CHECK IT OUT!

Sunday, February 15, 2009

Charice Pempengco

Sama ada saya yang ketinggalan zaman atau memang media kita yang belum pernah membuat liputan tentang gadis cilik yang berasal dari negara Filipina ini. Tapi apa yang pasti setiap kali membuka laman berita harian, pautan pertama yang saya klik ialah HIP/BI POP atau Hiburan bagi utusan online dan begitu juga Kosmo Online.

Bagi yang belum mengetahui tentang charice Pempengco, gadis ini dicungkil bakatnya melalui pertandingan nyanyian di tanah airnya. Namun bakat besarnya mula dikesan selepas beberapa video clip nyanyiannya di upload ke you tube. Ini membawanya ke Hollywood dan berpeluang muncul dalam rancangan bual bicara Opray Winfrey show (kena standing ovation lagi tu!), Ellen Degeneres yang ngetop tu, UK TV show "The Paul O'Grady Show", Good morning America, San Diego live dan banyak lagi. Selain itu Charice juga berpeluang menyanyi bersama-sama dengan Celine Dion (beberapa lagu), Bianca Ryan, Christina Aguilera, David Foster, Leona Lewis, whitney houston dan ramai lagi sampai tak tertaip rasanya. Self confidence pun tip top giler. Paling istimewa apabila beliau dijemput untuk mengadakan persembahan semasa majlis khas sempena perlantikan Presiden Barrack Obama. Beliau juga diberi 'standing ovation' selepas menyanyikan lagu god bless America dan I will always love you..Hebat bukan?!

Rugi jika anda tidak mendengar suara emas gadis cilik ini. Berdiri bulu roma bila menengar suaranya. Taip saja nama Charice Pempengco di you tube dan bedebuk! bepuluh2 malahan beratus video clip persembahan gadis ini boleh disaksikan. Enjoy Watching!!

2 comments:

Anonymous said...

It's a nice blog. Salam kenal ya...

Anonymous said...

Ya, comel juga si Cherice tu kan. dia punya bahasa english pun bagus. Senang orang putih berbual dengan dia. Suara pun power, lantang, merdu dan yang menarik tentang dia ni rendah diri dan tidak pernah lupa asal usul.

Related Posts with Thumbnails