CHECK IT OUT!

Tuesday, June 15, 2010

KEPUTUSAN TERKINI PIALA DUNIA 2010

Keputusan Piala Dunia 2010
Kumpulan E
Jepun 1 (Keisuke Honda,85';- Cameroon 0




Keputusan Piala Dunia 2010
Kumpulan E
Belanda 2 (gol sendiri Simon Poulsen,46'; Dirk Kuyt,85'- Denmark 0

Monday, June 14, 2010

JADUAL PIALA DUNIA 2010 waktu Malaysia

Piala Dunia 2010 menjelma lagi. Saya tidak serius sangat dengan Bola Sepak ni tapi suami saya memang FANATIK! Sejak Piala Dunia 2010 bermula, telinga saya banyak disumbat dengan bunyi 'Gol!' dan juga suara pengulas yang bermacam tone. Anak2 pun surrender dengan minat bapanya. Terpaksalah diorang turut sama menonton world cup. Untuk tidak ketinggalan zaman maka saya sertakan link jadual Piala Dunia waktu Malaysia untuk rujukan para peminat Bola Sepak. KLIK LINK DI BAWAH, OK.


GAMBAR MENARIK PIALA DUNIA 2010:
Stadium utama berlangsungnya Piala Dunia 2010 di Johannesburg..cantikkan!
Piala yang menjadi rebutan 
Best player in the world - Lionel Messi dari Argentina

Cristiano Ronaldo, 25 tahun - second best player in the world dari Portugal. Digosip kan dengan ramai jelitawan dunia termasuk Paris Hilton dan Kim Kardashian,

Windi's Note:  
Ada kawan berkata, "saya tak paham apa yang seronok sangat melihat 22 orang lelaki mengejar sebijik bola?"

Wednesday, June 9, 2010

Cuti blogging 4 hari

Cuti sekolah menjelma sudah..Inilah masanya merehatkan tulang2, otot2 dan otak stress dari bebanan tugas seharian (for cikgu2 and student). Dalam hal ini saya sangatlah bersyukur ke hadrat ilahi kerana di temukan jodoh dengan seorang cikgu juga. Antara kelebihannya ialah, kalau saya cuti dia pun cuti...ngeh ngeh ngeh...

Bagi memanfaatkan masa yang ada maka dia pun ajak balik kampungnya. Habis tu, saya tak balik kampung ke? Asyik dia saja balik kampung. Hish! Tak sanggup saya merapu lama2. Camna saya nak balik kampung, memang saya kerja di daerah sendiri pun...Ibubapa pun tinggal dekat pekan.

Oleh itu mulai esok hinggalah Ahad saya akan berkelana di Kampung suami yang terletak nun jauh di utara negeri Sabah. Line intenet memang tiada langsung. Line di rumah ni pun pakai streamyx fixed line. Tiada can nak angkut sana sini.

Ok then, See u on monday .. Bye..

Ashwad Ismail, Pemberita Astro Awani yang makin famous


Jika hari ini Israel serang kapal Mavi Marmala,
Jika hari ini rating Astro Awani naik mencanak-canak,
Jika hari ini boss Astro senyum2 gembira,
Jika hari ini Pakcik Google sibuk cari keyword Ashwad,
Jika hari ini Akhbar utama negara paparkan wajah kacak,
Semuanya bermula dengan seorang jejaka bujang berusia 25 tahun, bernama Ashwad Ismail yang dengan penuh karisma, menceritakan detik-detik cemasnya semasa serangan Israel ke atas kapal Mavi Marmala.

Amacam, ok tak sajak tak berkerat kat atas tu? Saja je tiru sajak hari guru pastu ejes2 sikit kasi selari dengan tajuk di atas. Semenjak dua menjak ni nama Ashwad sangat femes. Bagi sesiapa yang ingin tahu sedikit sebanyak tentangnya, Let me spoonfeed you allzz..


Bintang: scorpio
Tahun: Ox

Pengakuan Ashwad tentang dirinya:
whacko, pick unspoken words, read through gestures. Churning ideas from blank screen to anything

Hobi: 
collecting ships and yatch model... debating... scuba diving... swimming... fishing... Political Agenda...

Filem diminati: 
godfather 1, Borat, Mukhsin, Sepet, Gubra, Meet Joe Black, The Librarian 

Musik Kesukaan: 
very light n easy... 

Buku Kegemaran: 
malay dilemma by tun dr mahathir... Kampung Boy by Lat... The 400... Five People You Meet In Heaven... The Count of Monte Cristo...

Amacam? Ada persamaan ka dengan kamu yang meminatinya? Kalau ada bermakna ada harapanlah kan..hehe..Finally, Ashwad ni ada blog. Sapa2 yang nak baca pemikirannya, bolehlah klik link kat bawah:
untuk menambahkan kegembiraan dan keceriaan anda, Ashwad ada satu blog lagi. Klik link di bawah:
Happy surfing! 


Lagi-lagi Kahwin..

Kahwin lagi...memang pun! Minggu ni memang Pesta Kahwin. Asal saja musim cuti sekolah mesti sana sini orang buat masjid. Lepas tu Baby BOOM..Hehe..Pasal tu banyak orang lahir bulan Mac, April dan Mei Tak percaya? cuba tanya Bakery berdekatan anda. Bila masa jualan kek birthday mereka up up to the sky...Atau wad bersalin. Cuba tanya, bila masa mereka tak menang tangan menyambut kelahiran bayi? 

Semasa saya melahirkan anak pertama, bulan Mei 2003, Traffic kelahiran memang sangat tinggi. Sampaikan nurse tak sempat makan dan ke tandas. Ibu2 bersalin bersilih ganti keluar masuk labour room. Sibuk macam orang keluar masuk tandas awam di Shopping Mall. Febuari 2006 saya bersalin anak ke dua. Dari tengah malam  sampai ke tengahari, rasanya 5 orang je ibu bersalin..wad pun lengang.

Ok! Habis cerita pasal baby Boom. Di bawah ini saya uploadkan beberapa gambar perkahwinan rakan2 saya. Lain bangsa lain fesyennya..Ok, Let me present...The Borneons Wedding.
Fesyen Kontemporari..Latar mereka ialah tikar dengan benang tekat emas warisan bangsa Bajau.
Sebenarnya saya pun baru kenal fesyen ni..Mungkin Suku Tidong. Saya lupa pula tanya Siti. Sudah FB tapi belum reply..Maklumlah pengantin baru. Orang tengah Honeymoon. Faham2lah.
Siti dan Faizal - Bagai pinang di belah dua.

Saya dapat gambar isterinya saja. Suaminya rakan sekerja kami - Ramizu & Marteney - Suku Bajau.
Suku kaum Dusun Tabilung wedding dress - my student, Claryssa Clemeus.
Mama dan Bapa saya...tahun ini ulang tahun ke 43 perkahwinan mereka.

OK. Cukup sampai sini saja. Ada banyak lagi fesyen lain mengikut suku kaum masing2 tapi ini saja yang saya larat upload. Bye. See u allzz soon.


Related Posts with Thumbnails