CHECK IT OUT!

Saturday, February 12, 2011

Susahke ajar budak sekolah rendah?

Sejuk je mata dan hati bila pandang gambar ni kan....bolehlah dikatakan ianya menggambarkan seorang ayah yang sedang tekun membantu anak2nya menelaah pelajaran. Nak tahu the story behind the scene?Ni dia..

1) Anak perempuan saya baru saja habis merajuk sebab bapanya bukan saja mengajar  tapi tolong 'siapkan' kerja sekolahnya. "Cikgu tidak suruh ibubapa buat kerja sekolah kamilah!.kami mesti buat sendiri" katanya. Alasan si bapa: Saya tidak sabar tunggu dia siap menulis...

2) Anak lelaki saya  terjerit2 bertanya "mama....are untuk seorang ka atau lebih seorang?"  "tanyalah babah..kan dia ada depan kamu?" Kata saya yang ketika itu sedang sibuk di dapur. Dengan selamba dia berkata "babah tidak pandai.." Dan tetiba je bapanya menyampuk "Ingat babah ni bodoh sangat kah..?" Alasan si bapa: Saya ada terangkan tapi dia masih tidak paham..

Komen  si Bapa: 
Nasib baiklah dia mengajar kat sekolah menengah. Katanya, susah sangat mengajar budak sekolah rendah ni. Nak terangkan perkara tu mesti perlahan2 sampai budak faham. Lepas tu laras bahasa pun kena adjust ikut level diorang. Sudah la tu, tak reti berdikari. Kena tunggu sampai settle semuanya.
Komen Saya:
Itu baru mengajar anak sendiri. Belum lagi mengajar dalam kelas. Macam2 kerenah. Dengan mixed ability pupils, cikgu2 kena pelbagaikan teknik pengajaran. Adik lelaki saya pernah komen, "kakak ni kalau  terangkan sesuatu detail sangat"  Bukan apa, agaknya saya terpengaruh dengan kebiasaan kat kelas. 

windi's Note:
Korang semua tau tak, last2 suami saya lebih rela basuh pinggan dan  Siang udang kat dapur..Saya pulak di suruhnya duduk depan budak2 tu..

Tuesday, February 1, 2011

Kalaulah saya ada pembantu rumah kan bagus...

Kalaulah saya ada pembantu rumah kan bagus...ada juga orang yang tolong saya lipat kain, kemas rumah, menyapu, lap cermin....Tak payahlah saya terkejar2 buat semua tu bila balik dari kerja. Dapatlah saya merehatkan tulang empat kerat ni dengan tidur siang yang lena.

Kalaulah saya ada pembantu rumah kan bagus...ada juga orang yang tolong urus bebudak 2 orang ni..Diorang ni dah lah rajin tukar2 baju, rajin menghambur mainan kat ruang tamu, rajin menyelongkar stor, rajin berebut mainan, rajin suruh masak itu ini...Tak payahlah saya berjaga siang semata2 nak pastikan diorang tak buat sesuatu yang di luar dugaan. Dapatlah saya merehatkan tulang empat kerat ni dengan tidur siang yang lena. 

Kalaulah saya ada pembantu rumah kan bagus...ada juga orang yang tolong tengok2kan bebudak ni jika saya  menghadiri mesyuarat di luar masa kerja. Ada juga orang yang tolong angkat kain dari jemuran jika awan tetiba gelap. Tak payahlah suami saya kendong bebudak ni ke tempat kerjanya pula..dan tak payahlah saya angkat kain kat jemuran walaupun belum kering. Dapatlah saya bermesyuarat dan berkursus dengan tenang.

Kalau saya ada pembantu rumah kan bagus...tak payahlah asyik2 menapau makanan kat kantin sebab bila sampai kat rumah tak larat dah nak masak. Jimat belanja...Suami pun tak payahlah pura2 tak nak makan malam. Alasan "Abang nak diet..berat badan dah naik" walhal dia kasihan tengok isterinya yang tengah memboyot ni tunggang langgang kat dapur.
Dulu saya pernah ada pembantu rumah. Lain orang lain 'feel' nya. Yang sorang tu garang sangat. Sampai lebam kaki bebudak ni di kerjakan. Yang sorang lagi tu, makcik dia selalu menyibuk suruh pulanglah..minta advancelah..bawa pegi kendurilah..Takda privacy kitaorang dibuatnya. 

Yang sorang lagi memang tip top..kitaorang masih rindu kat dia. Lemah lembut dan rajin. Walaupun pergerakannya ada fight ngan kekura kat padang perlumbaan tapi kitaorang boleh consider lagi..Asalkan orangnya baik. Cuma tu jelah..Bil telefon selalu melambung2 up2 to the sky...Call bopren kut. 

Ada sorang lagi tu pulak (yang last) mengalahkan tuan rumah! Duduk tengok TV. Pastu remote TV dia yang control. Saya yang cuci piring dia pulak gelak2 depan TV. Kalau rancangan fevretnya dah tamat...Zuuuppp..trus masuk bilik. Ingat awak tu anak dara kitaorang ke...suka hati je..baju pon seksi meksi..

Bila ingat balik suma ni..hemppp...baik takda pembantu rumah..Takpalah tunggang lunggang kat dapur, tak dapat tido lena di siang hari dan heret bebudak tu kat tempat kerja..Takpalah hari2 tapau lauk kat kantin..Takpalah angkat kain lembab dari jemuran..Takpalah suami pura2 tak nak makan malam. Takpalah kalau hari2 mengerah tulang empat kerat..campur tulang suami 8 kerat..campur tulang anak2 yang dikerah kemas mainan sendiri = 16 kerat. Itulah jihad kami...

Hmmmmmm...kalaulah saya ada pembantu rumah kan bagus.....

Monday, January 31, 2011

PAKAIAN TRADISI DUSUN TABILUNG

Pakaian tradisi Kanak-kanak Dusun Tabilung, Kampung Dudar Kota Belud

Pakaian tradisi Dusun Tabilung, Kampung Timbang, Kota Belud. Perhatikan gelang kaki mereka..Teka berat? 2 Kilo!

Pakaian Tradisi orang dewasa bagi suku Dusun Tabilung, Kg Dudar, Kota Belud.  Wanita-wanita ini sedang menari bagi  meraikan kedatangan pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan.

Upacara perkahwinan suku Kaum Dusun Tabilung, Kg Timbang, Kota Belud.

Pengantin lelaki dan pengapitnya - Suku kaum Dusun Kg Timbang Manggaris, Kota Marudu.

Wanita-wanita dari suku kaum Dusun (Kota Belud)  dengan baju tradisi mereka.

Gadis Tabilung, Kg Timbang, Kota Belud.

Pemenang ratu Unduk Ngadau Kg Timbang 2009

Kiri: Ratu unduk ngadau 2009 dan kanan: 1st runner up unduk ngadau 2010

Emak kepada Ratu Unduk Ngadau 2009-Pembantu am kat sekolah kami..hehe..boleh tahan kak Rosina ni...
Wajah2 gadis Dusun Tabilung..

Windi's Note:
Semua gambar2 ini saya perolehi dari simpanan peribadi dan juga koleksi gambar dari Facebook kawan2 dan bekas murid2...Ponsikou (terima kasih).

Sunday, January 16, 2011

Best jugak blog nih!

Beberapa hari yang lalu, admin Myfrin's story  sms saya. "try bukak blog Gunsirit.com Ada banyak cerita lucu dalam blog tu". Dek kerana teruja, saya pun cepat2 menyahut seruan. Buka2 saja..waaahhhh..70%  penulisan dalam Bahasa Inggeris. Dari gaya bahasa saja pun dah tahu orangnya  pernah stay oversea. .

Walaupun  guna Bahasa Inggeris tapi  ceritanya very the local and sangatlah kelakar. Nak terguling2 dibuatnya! Terutama kartun yang direkanya sendiri. My first impression, this guy is genius..Then, tengah gelak2 sampai kering gusi, I saw his picture. Aik! macam familiar...Saya cepat2 scroll down  then......patutlah familiar, rupanya my ex lecturer kat MPKS (IPG Keningau sekarang). 

Tak sangka sungguh dia ni berbakat buat lawak antarabangsa. Dulu macam shy guy je....Well, rasa bersalah juga buat post ni sebab saya takda minta kebenaran pun..Harap2 dia tak marah. Saya berharap semoga dia terus Sukses dalam kerjayanya! (klisenya ayatku ini)..

Di bawah ini saya selitkan salah satu hasil karyanya:

Gunsirit: “Sir, please rescue my pet buffalo,Guntalou”
Rescuer: “Are you crazy, a buffalo is an excellent swimmer”



Wednesday, January 12, 2011

Astro ceria ku

Happy Belated tahun baru 2011..Syukur alhamdulillah saya masih dipanjangkan usia untuk terus mencoret sesuka hati di blog ini...nampaknya sudah 2 tahun lebih saya berkelana di arena maya ini...mula2 blogging  dulu sebab kepingin sangat nak tahu apa itu 'blog'. Lama2 dah jadi kebiasaan. Apatah lagi sejak daftar 'nuffnang' ada jugaklah masyuuuukk sikit2..tambahlah semangat.

Mahu cerita apa ya?..Oya..sekarang ni anak2 dah semangat tengok TV sebab Astro kami tidak  lagi mengalami gangguan teruk seperti tahun lalu..Last year memang tahun terhampeh bagi siaran Astro kami. Setiap jam 10.00 pagi hingga 5 petang, mesti siaran terganggu. Tambah bengang bila musim cuti sekolah. Sudahlah banyak siaran best2 ..Terpaksalah beli VCD atau dengar radio..most of the time, surf internetlah.... Terpaksalah bersaing dengan anak2. Selalunya diorang menang. Nasib2..

Hinggalah baru2 ni tetiba je Astro kami tak buat hal. clean and crystal clear..No more 'your service currently not available'. Eh?..kami tiada buat aduan pun. Ada orang yang baik hati tolong buatkan aduan ke? atau diorang ada mesin khas men'detect' gangguan? Tiba2 anak sulung saya si Ecad yang berusia 8 tahun menegur sesuatu yang dilihatnya di halaman kejiranan kami. "mama..tengok di luar tu..ada orang sudah potong pokok besar depan rumah. Mungkin pasal tu lah siaran Astro kita tidak kena block lagi" 

Saya melihat ke luar dan ternyata halaman depan sudah jadi terang benderang. Tidak ada lagi bayang2 pokok2 besar yang memayungi rumah. Entah suratan atau kebetulan, ternyata semenjak itu siaran TV di rumah kami tidak pernah lagi terganggu (kecuali ketika hujan lebat dan blackout).


Related Posts with Thumbnails