CHECK IT OUT!

Friday, November 6, 2009

Syurga di Tapak kaki Ibu

Apabila banyak tugasan telah disiapkan, kadang2 otak memberi ruang kepada pemiliknya untuk memikirkan semula perkara2 yang di KIV sebelum ini. Salah satunya ialah tentang kekeluargaan. Kadang-kadang saya trfikir, sejauhmanakah saya telah melayan ibu bapa saya? Adakah mereka pernah tersentuh hati dengan tingkah laku saya atau tutur kata saya selama ini? Saya rasa saya boleh jawab pertanyaan itu di dalam hati ini, sejujur2nya.

Hati saya sungguh tersentuh bila emak memberitahu (itu pun secara tidak sengaja) bahawa dia pernah terkilan dengan kata2 salah seorang dari kami sehingga dia mengalirkan air mata yang membasahi baju kurungnya. Emak faham mungkin kata2 itu tercetus dengan tidak sengaja tapi sebagai seorang ibu, dia sangat tersentuh. "Mungkin saya sudah tua..sebab itu sensitif" kata emak.

windi's note: Syurga itu di tapak kaki Ibu....



4 comments:

Kaimun AL said...

Hatiku sentiasa berkata, aku akan sentiasa memaafkan anak2 ku sekiranya mereka ingin berubah kerana aku tahu, aku juga bukanlah seorang yang lengkap dahulunya...

windi said...

Aku akan sentiasa berterima kasih dengan pengalaman hidup kerana itulah yang akan menjadi panduan dan pengajaran untuk menghadapi masa hadapan.

Unknown said...

Salam windi. Windi ada pertalian dengan Dato' CT ke? Hmmm...

windi said...

wslm..ada pertalian..cucu Adam..

Related Posts with Thumbnails