CHECK IT OUT!

Friday, November 6, 2009

hujung tahun punya cerita

Musim persekolahan sudah hampir kepenghujungnya. Dikala ini cikgu2 sedang berhempas pulas menyiapkan tugas2 terakhir sebelum cuti sekolah. Saya sendiri sibuk menghempas dan memulas tenaga untuk memeriksa jawapan pelajar, menyiapkan keputusan peperiksaan akhir dan yang paling menuntut kudrat ialah pengurusan SPBT. Pembahagian buku, pemulangan, kira stok, keceriaan, pelupusan, laporan stok dan macam2 lagi.

Saya tidak faham mengapa nasib Guru SPBT ini seolah dilupakan. Masa mengajar sama sahaja seperti guru lain. Sedangkan Guru Pusat Sumber, Guru data dan Guru Disiplin telah di bantu dengan peraturan masa mengajar minima. Tiap2 tahun guru SPBT digula2kan dengan masa minima namun akhirnya ..akulah Penjaga Stor yang berkejar-kejar ke kelas dan ada masa free saja berkejar pula ke Stor. 2 in 1 sungguh..

Guru2 lelaki pula sibuk menyiapkan padang untuk sukan sekolah yang bakal dilaksanakan minggu depan.  Pelajar sibuk berlatih sukan. Lepas sukan sekolah, RIMUP pula. Selepas itu majlis penutupan  RIMUP dan SUKAN Sekolah. Selepas itu Majlis menandatangani buku rekod pelajar. Penutup bagi segala majlis ialah MAPC iaitu majlis anugerah Pelajar cemerlang. Above all, saya juga yang pajak jawatan Pengacara Majlis. yang lain bukan tidak boleh tapi 'tidak Kopud'.

Kadang-kadang bila tugas2 dah tepu sangat, maka pelajar tahun 6 lah yang jadi penyelamat. Jangan sangka 12 tahun tidak boleh buat kerja. Ada masanya, saya rasakan mereka jauh lebih cekap dan cepat. Contohnya, bila suruh salin markah di borang markah, punyalah cepat siap. Pilihlah yang tulisan cantik2 mengalahkan cikgu. Bila suruh kira lebihan buku teks pun cepat dan cekap. malahan request lagi kerja2 yang lain. Ada kalanya mereka bercakap sesama mereka "banyak betul pula kerja guru ni kan..". Baru kamu tahu..he he he..Tapi kena pandai ambil hati juga. Kadang2 saya puji2 juga. Pujian Ikhlas lah barulah berkat. Lepas tu belanja mee goreng n kuih sikit2. Happylah diorang.

Tapi ada juga yang tidak suka di belanja guru. Alasan mereka, kami tolong secara ikhlas cikgu. Bukan mengharapkan balasan..sejuknya perut ibu mengandung...As I mentioned before, saya lebih gembira mengajar sekolah rendah kerana mereka ibarat kain putih yang belum di corakkan. Apa yang guru2 pesan dan tegur, sekali dua mungkin tak masuk lagi. Tapi kalau sudah berkali2, nampak juga perubahan dan itulah 'kepuasan' menjadi guru apatah lagi jika perubahan itu diiringi dengan kejayaan dalam pelajaran. Above all, I am so happy to be a teacher. I am so into it...


No comments:

Related Posts with Thumbnails