CHECK IT OUT!

Wednesday, November 11, 2009

BAGATON tetap diingatan...

Saya teringat kisah pada tahun 2000. Ketika itu saya baru saja bergelar guru dan diposting di SK Kesagaan, Pitas. Saya tinggal berseorangan di rumah guru tetapi berjiran dengan sebuah keluarga berbangsa Rungus. Ketika itu saya sangat kesunyian kerana tidak ada apa-apa aktiviti yang boleh dilakukan (selepas waktu persekolahan) . Nak tidur, panas sangat! maklumlah..tepi laut. Nak tengok tv, kaburlah pulak (antena usang), radio pun belum beli (belum gaji) handphone tiada line, suratkhabar jangan harap. Pendek kata semuanya serba tiada. Seolah2 saya terputus dari dunia luar.

Fikir punya fikir, saya meminta kunci pusat sumber dari Cikgu Midi, jiran sebelah. Maka bermulalah proses 'meruah' pusat sumber untuk mencari bahan bacaan yang boleh menghilangkan kebosanan. Entah macamana tiba-tiba saya terpegang sebuah buku kecil yang tidaklah terlalu tebal namun rupanya ia sebuah buku novel. Ia bertajuk bagaton. Ada sesuatu yang menarik saya untuk membaca sinopsis buku itu dan bila ianya mengaitkan Kota Belud, Kampung halaman saya, maka tanpa berlengah lagi saya duduk bersandar di pusat sumber dan membaca muka surat pertama.

Seusai membaca  keseluruhan novel itu, saya menyeka airmata yang bergenang. Tidak pernah saya 'memuromou' selepas membaca novel. Namun, novel Bagaton karya Amil Jaya yang berasal dari Kampung Pirasan Kota Belud benar-benar menewaskan keegoan saya  yang selalu menganggap bahawa sesebuah karya itu di garap untuk menyukakan hati pembaca.

Perasaan saya bercampur baur selepas membaca novel itu. Marah, sedih, geram, simpati, gembira dan teruja. Diibaratkan 'lor' mangga yang lengkap dengan belacan, lada porok, kicap, ajinomoto dan garam. Bila rasa itu dicampur adukkan bersama, terbit rasa 'umami' (istilah jepun) yang mengistilahkan punca kesedapan rasa.

Berhari-hari saya membayangkan kejadian yang di ceritakan dalam novel itu sehingga ada masanya saya mengharapkan diri ini seorang pengarah filem agar bolehlah saya mengadaptasi cerita itu ke layar filem. Hari berlalu, masa beredar...saya belum lagi menjumpai sebuah novel seberkesan itu untuk diri ini (mungkin saya yang kurang membaca). Walaupun novel New Moon karya Stephanie Mayer iaitu sekuel kepada novel Twilight (my favourite movie selepas Kuch2 Hota hai) pun tidak mampu menyebabkan saya bergenang air mata. Lama kelamaan saya terlupa tajuk novel itu. Yang saya ingat cuma rasa 'Umami' yang masih bersisa di hati ini.

Sehinggalah baru-baru ini penulisnya telah kembali kerahmatullah. Ketika membaca Belasungkawanya, baru saya terlihat tajuk novel yang saya selalu puja sebagai yang paling berkesan di hati ini. Ku sedekah kan Al-fatihah buat Allahyarham..Amin.

6 comments:

Mohd Isa Abd Razak said...

Salam.

Al-Fatihah untuk guru saya, Cikgu Ismail Abbas (Amil Jaya).

Sesudah selesai membaca novel Bagaton, saya membacanya sekali lagi dan membuat catatan berasaskan bab demi bab. Banyak perkara yang sudah saya fikirkan tetapi belum satu pun tulisan dapat saya hasilkan. Puan mendahului saya, iaitu menyatakan penghargaan (apresiasi) yang begitu tinggi terhadap novel Bagaton dengan cara yang tersendiri.

Bahagian tertentu (?) novel ini pernah dipentaskan dan pernah mengundang kontroversi.

Wassalam.

DIARI PKGMEN said...

Suatu pengalaman yang menarik

windi said...

Terima kasih semua. novel Bagaton memang mempunyai keistimewaan yang tersendiri.

Myfrin's story said...

Sweetnya wajah blog u yang terbaru ni. Ala2 batik gitu..Lambang love ada reben lagi, comelnya..

windi said...

thank you..he he..

Myfrin's story said...

Awat hang tak buat catatan baru?

Related Posts with Thumbnails