CHECK IT OUT!

Sunday, November 29, 2009

Perang mulut



KOMEN:

1) Brutal juga pompuan ni...
2) Tega juga org ni ambik video laki bini tengah perang.
3) Gelak lagi tuh..
4) Kalau dgn dia2 sekali kena tetak baru tau..
5) Nasib juga 'cameraman' ada sana kalau tidak ntah2 betul2 bertetak.
6) sempat lagi cakap 'wokey, thank you".
7) Pengajaran untuk semua - Sabar itu separuh daripada iman...

windi's note: Sorrylah..saya tak sangka pula terikut byk lagi video adegan sadis dalam video perang mulut nih. I dont know how would you all  react with the other videos yg saya tak berniat nak masukkan sekali. Actually I tengah cari  movie 'pisau cukur' di you tube (mo tgk movie free lah konon). Tau2 tersampai ke video pisau2 yang ganas. eee...seram.

UPSR di sekolah ku

waaa..lama betul suda tidak masuk entri. sibuk bangat bah. inilah cikgu ni kalau hujug tahun mcm ndak cukup 2 tangan. mcm2 mo di setel sebelum tutup sekolah. Budak lagi mo diurus, ibubapa budak lagi, UPSR lagi, pentadbiran lagi..eee..mcm2..

Baru2 ni UPSR  sudah di umumkan..Bestnyer sekolah I naik peratusnya. Dulu 30% jak (bikin malu juga tapi kena muhasabah diri lah). Sekarang da naik ke 54% (harap2 tahun depan naik lagi). Saya mmg puas hati dgn kelas 6B saya sebab semua lulus BI. yahoo !! Tapi sedih jugak sbb sorg jak dpt A.

Sekonyong2 ada sorg bapa budak tu tanya I "napa anak saya dapat C untuk BI? dari tahun 1 dapat B saja dia" I pun tak sangka dia bleh tanya gitu. I jwb lah "ntahlah..adalah kali dia tersilap masa jawab tu". Belum lagi sorang mama budak (tanya I. "Frust betul anak saya tak dpt A. Dia berabis sudah tu.." I jawablah "yakah..kesian..pa bleh buat. setakat tu jak dia mampu. oklah lulus jg" I tau..bukan drg mo dgr jawapan I tu..tapi they wanted me to read between the lines "ko ni ndak pandai mengajar! anak sa hebat jadi ndak hebat trus oleh ko"  lebih kurang gitulah tu...

Tetiba sorang guru BM yg tanpa dipinta mengumumkan...2 orang pelajar kita gagal kerana BI !! Aik? Bukan pula berterima kasih kerana anak dia yg lemah basic BI tu dapat "B" di bawah asuhan I, mo blame2 lah pulak. kesian kelas sebelah bukan I ajar. Bertukar2 guru. tu yg crack sket keputusan drg tu. Not saying that kalau I ajar mesti lulus tapi at least tidaklah seperti kelas sebelah yg bertukar2 guru selalu( pindah sek ) .So fokus pun kurg. budak pun susah mo score klu teknik berubah2 n tidak selaras dgn kemampuan sebenar drg.

Tahun depan I kena ajar BI dua2 kelas. tinggal I sorg jak option BI di sek ni. Burden pun tambah heavy...huhuhu. Napalah cikgu 'tuuuuut' ni pindah. siok2 lagi dia di sek baru tu..dpt elaun 1700!! Tapi terus terang ndak siok juga mengajar kalau bukan tahun 6.  Tiada cabaran. Harap2 next year BI akan terus gemilang..Akan ku harungi segala rintangan dan cabaran dengan semangat yg gigih demi anak bangsa dan gaji ujung bulan.  hi hi hi hu hu hu....


Wednesday, November 11, 2009

BAGATON tetap diingatan...

Saya teringat kisah pada tahun 2000. Ketika itu saya baru saja bergelar guru dan diposting di SK Kesagaan, Pitas. Saya tinggal berseorangan di rumah guru tetapi berjiran dengan sebuah keluarga berbangsa Rungus. Ketika itu saya sangat kesunyian kerana tidak ada apa-apa aktiviti yang boleh dilakukan (selepas waktu persekolahan) . Nak tidur, panas sangat! maklumlah..tepi laut. Nak tengok tv, kaburlah pulak (antena usang), radio pun belum beli (belum gaji) handphone tiada line, suratkhabar jangan harap. Pendek kata semuanya serba tiada. Seolah2 saya terputus dari dunia luar.

Fikir punya fikir, saya meminta kunci pusat sumber dari Cikgu Midi, jiran sebelah. Maka bermulalah proses 'meruah' pusat sumber untuk mencari bahan bacaan yang boleh menghilangkan kebosanan. Entah macamana tiba-tiba saya terpegang sebuah buku kecil yang tidaklah terlalu tebal namun rupanya ia sebuah buku novel. Ia bertajuk bagaton. Ada sesuatu yang menarik saya untuk membaca sinopsis buku itu dan bila ianya mengaitkan Kota Belud, Kampung halaman saya, maka tanpa berlengah lagi saya duduk bersandar di pusat sumber dan membaca muka surat pertama.

Seusai membaca  keseluruhan novel itu, saya menyeka airmata yang bergenang. Tidak pernah saya 'memuromou' selepas membaca novel. Namun, novel Bagaton karya Amil Jaya yang berasal dari Kampung Pirasan Kota Belud benar-benar menewaskan keegoan saya  yang selalu menganggap bahawa sesebuah karya itu di garap untuk menyukakan hati pembaca.

Perasaan saya bercampur baur selepas membaca novel itu. Marah, sedih, geram, simpati, gembira dan teruja. Diibaratkan 'lor' mangga yang lengkap dengan belacan, lada porok, kicap, ajinomoto dan garam. Bila rasa itu dicampur adukkan bersama, terbit rasa 'umami' (istilah jepun) yang mengistilahkan punca kesedapan rasa.

Berhari-hari saya membayangkan kejadian yang di ceritakan dalam novel itu sehingga ada masanya saya mengharapkan diri ini seorang pengarah filem agar bolehlah saya mengadaptasi cerita itu ke layar filem. Hari berlalu, masa beredar...saya belum lagi menjumpai sebuah novel seberkesan itu untuk diri ini (mungkin saya yang kurang membaca). Walaupun novel New Moon karya Stephanie Mayer iaitu sekuel kepada novel Twilight (my favourite movie selepas Kuch2 Hota hai) pun tidak mampu menyebabkan saya bergenang air mata. Lama kelamaan saya terlupa tajuk novel itu. Yang saya ingat cuma rasa 'Umami' yang masih bersisa di hati ini.

Sehinggalah baru-baru ini penulisnya telah kembali kerahmatullah. Ketika membaca Belasungkawanya, baru saya terlihat tajuk novel yang saya selalu puja sebagai yang paling berkesan di hati ini. Ku sedekah kan Al-fatihah buat Allahyarham..Amin.

Tuesday, November 10, 2009

Dimana kawan2 nya??

Jari2ku sakit semua..kerna menaip tak henti2...nilah lagu yg sesuai buat saya skrg ini.
Tadi suami meminta tolong untuk membuatkan akaun FB kerana dia ingin mencari kawan2 lama di mana saja mereka berada. Dengan excitednya saya membuka akaun FB nya. Kemudian mulalah proses mencari rakan2 yg jauh di mata dekat di hati.

Dia menyebut begitu ramai nama kawan2nya untuk di search namun semuanya hampa. Setakat ini tiada seorang pun rakan2nya yang berkecimpung dalam dunia FB. Akhirnya suami menemui seorang rakan iaitu Mohd Aqsha Saubin. Walaupun gembira namun penemuan itu tidak akan membawanya kepada rakan2 lain kerana esok dia akan berjumpa dengan si Aqsha. Begitu juga lusa, tulat dan seterusnya...kerana mereka rakan sekerja di sekolah...emmm..nampaknya we  have to work harder...esok, lusa dan selamanya sehinggalah he sukses to find one...Chaiyo! Chaiyo!!


Friday, November 6, 2009

Syurga di Tapak kaki Ibu

Apabila banyak tugasan telah disiapkan, kadang2 otak memberi ruang kepada pemiliknya untuk memikirkan semula perkara2 yang di KIV sebelum ini. Salah satunya ialah tentang kekeluargaan. Kadang-kadang saya trfikir, sejauhmanakah saya telah melayan ibu bapa saya? Adakah mereka pernah tersentuh hati dengan tingkah laku saya atau tutur kata saya selama ini? Saya rasa saya boleh jawab pertanyaan itu di dalam hati ini, sejujur2nya.

Hati saya sungguh tersentuh bila emak memberitahu (itu pun secara tidak sengaja) bahawa dia pernah terkilan dengan kata2 salah seorang dari kami sehingga dia mengalirkan air mata yang membasahi baju kurungnya. Emak faham mungkin kata2 itu tercetus dengan tidak sengaja tapi sebagai seorang ibu, dia sangat tersentuh. "Mungkin saya sudah tua..sebab itu sensitif" kata emak.

windi's note: Syurga itu di tapak kaki Ibu....



hujung tahun punya cerita

Musim persekolahan sudah hampir kepenghujungnya. Dikala ini cikgu2 sedang berhempas pulas menyiapkan tugas2 terakhir sebelum cuti sekolah. Saya sendiri sibuk menghempas dan memulas tenaga untuk memeriksa jawapan pelajar, menyiapkan keputusan peperiksaan akhir dan yang paling menuntut kudrat ialah pengurusan SPBT. Pembahagian buku, pemulangan, kira stok, keceriaan, pelupusan, laporan stok dan macam2 lagi.

Saya tidak faham mengapa nasib Guru SPBT ini seolah dilupakan. Masa mengajar sama sahaja seperti guru lain. Sedangkan Guru Pusat Sumber, Guru data dan Guru Disiplin telah di bantu dengan peraturan masa mengajar minima. Tiap2 tahun guru SPBT digula2kan dengan masa minima namun akhirnya ..akulah Penjaga Stor yang berkejar-kejar ke kelas dan ada masa free saja berkejar pula ke Stor. 2 in 1 sungguh..

Guru2 lelaki pula sibuk menyiapkan padang untuk sukan sekolah yang bakal dilaksanakan minggu depan.  Pelajar sibuk berlatih sukan. Lepas sukan sekolah, RIMUP pula. Selepas itu majlis penutupan  RIMUP dan SUKAN Sekolah. Selepas itu Majlis menandatangani buku rekod pelajar. Penutup bagi segala majlis ialah MAPC iaitu majlis anugerah Pelajar cemerlang. Above all, saya juga yang pajak jawatan Pengacara Majlis. yang lain bukan tidak boleh tapi 'tidak Kopud'.

Kadang-kadang bila tugas2 dah tepu sangat, maka pelajar tahun 6 lah yang jadi penyelamat. Jangan sangka 12 tahun tidak boleh buat kerja. Ada masanya, saya rasakan mereka jauh lebih cekap dan cepat. Contohnya, bila suruh salin markah di borang markah, punyalah cepat siap. Pilihlah yang tulisan cantik2 mengalahkan cikgu. Bila suruh kira lebihan buku teks pun cepat dan cekap. malahan request lagi kerja2 yang lain. Ada kalanya mereka bercakap sesama mereka "banyak betul pula kerja guru ni kan..". Baru kamu tahu..he he he..Tapi kena pandai ambil hati juga. Kadang2 saya puji2 juga. Pujian Ikhlas lah barulah berkat. Lepas tu belanja mee goreng n kuih sikit2. Happylah diorang.

Tapi ada juga yang tidak suka di belanja guru. Alasan mereka, kami tolong secara ikhlas cikgu. Bukan mengharapkan balasan..sejuknya perut ibu mengandung...As I mentioned before, saya lebih gembira mengajar sekolah rendah kerana mereka ibarat kain putih yang belum di corakkan. Apa yang guru2 pesan dan tegur, sekali dua mungkin tak masuk lagi. Tapi kalau sudah berkali2, nampak juga perubahan dan itulah 'kepuasan' menjadi guru apatah lagi jika perubahan itu diiringi dengan kejayaan dalam pelajaran. Above all, I am so happy to be a teacher. I am so into it...


Tuesday, November 3, 2009

At last!!

Dengan ini adalah diisytiharkan...I dah hantar my full draf tesis to my pensyarah!! yahoo!! Donno how to explain my feeling. relief, mcm tekejut2 (tetiba teringat tesis blum siap pastu teringat lg, eh..sudah siap pulak), macam blank2 pun ada jg sbb all these semester, my mind is thinking abt tesis jak..makan tesis, tidur tesis, mandi tesis, mimpi tesis. and all of sudden..tetiba hantu tesis pun hilang...iskh..tak percaya lah..walaupun actually baru draft tapi..kalau buat pindaan pun mungkin taklah byk sgt..well..today i want to be a kutu rayau internet. I mau 'megimbalai' dulu. ok. chow..
Related Posts with Thumbnails