CHECK IT OUT!

Friday, February 27, 2009

Budak comel dijaga anjing

Budak perempuan dijaga anjing



MADINA



ANNA


MOSCOW - Seorang kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun dijaga oleh beberapa ekor anjing setelah dia diabaikan oleh ibunya yang kaki botol, lapor sebuah akhbar semalam.

Beberapa pekerja khidmat sosial yang menemui budak itu terkejut apabila mendapati kanak-kanak tersebut bukan sahaja berbogel tetapi turut merangkak seperti anjing serta menggonggong tulang.

Ibunya makan di meja manakala anaknya itu dibiarkan makan di lantai bersama anjing.

Kanak-kanak yang bernama Madina itu hanya mengetahui dua perkataan iaitu 'ya' dan 'tidak.'

Dia turut menggeram seperti anjing ketika didekati.

Madina yang berasal dari Ufa, tengah Rusia tidak berkawan dengan jiran-jiran manakala ibunya, Anna, 23, sentiasa mabuk sehingga mengabaikan kanak-kanak itu.

"Kanak-kanak itu mempunyai senyuman manis tetapi dia kekurangan penjagaan dan kasih sayang selain daripada anjing-anjingnya," kata seorang pekerja sosial.

Bapa kanak-kanak itu menghilangkan diri sebelum kelahirannya menyebabkan Anna meminum arak sehingga mabuk, kata beberapa jiran.

Menurut mereka, Anna sering menjemput rakan-rakannya untuk berparti arak di rumah.

Beberapa kakitangan perubatan berkata, mental dan fizikal kanak-kanak itu berada dalam keadaan baik di sebalik kelakuannya. - Agensi

Anak Sabah memang BOLEH!

Anak jati Semporna dilantik Pengarah LHDN Sabah

27/02/2009 3:19pm

KOTA KINABALU 27 Feb. — Anak jati Semporna, Kamaruzzaman Abdul Salleh mengukir sejarah sebagai anak kelahiran Sabah yang pertama dilantik sebagai Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Sabah berkuatkuasa 1 Mac ini.

Sebelum ini, tiada seorangpun anak jati negeri ini yang pernah memegang jawatan itu.

Bagi Kamaruzzaman, pelantikan itu amat bermakna kerana ia menunjukkan pengiktirafan kerajaan terhadap keupayaan anak tempatan memikul tanggungjawab berat bagi jawatan yang disandang.

“Saya akan cuba melakukan yang terbaik untuk meningkatkan mutu perkhidmatan LHDN di Sabah dan menjalankan tugas dengan telus, adil dan sempurna,” katanya selepas majlis penyerahan tugas antara beliau dan penyandang Noraini Jaafar di Wisma LHDN Sabah, dekat sini hari ini. - Bernama

Windi's note: Baguslah kalau kerajaan mula sedar hal ini. Tahniah kepada pengarah LHDN yang baru! Buktikan anak Sabah memang boleh. Pemimpin tempatan juga harus berperanan untuk melobi anak tempatan untuk menjadi pengarah atau memangku jawatan penting bagi setiap jabatan di Sabah. Kredit kepada SARAWAK kerana mengutamakan anak tempatan bagi menerajui setiap jabatan di negeri Sarawak.

Kepada sesiapa yang berpendapat bahawa orang Sabah tidak layak memegang jawatan pengarah atau apa-apa jawatan penting bagi agensi kerajaan (seperti yang pernah terwar-war beberapa tahun yang lampau), harap maklum bahawa sudah ramai orang Sabah yang memiliki PHD dan berkebolehan tinggi.

Populasi Sabah 1/3 dari Malaysia. Mustahil sungguh jika tidak ada seorang pun yang layak untuk menerajui Jabatan Persekutuan di Sabah. Setakat ini cuma Jabatan Penyiaran, Penerangan, Pelajaran, penjara, Laut Sabah, kehakiman dan LHDN ( 6 daripada 50 jabatan) yang pernah diketuai orang Sabah . Tak percaya? Rujuklah di www.sabah.gov.my/dir/federal.asp


Wednesday, February 25, 2009

Slumdog millionaire filem best





Semalam, saya menonton anugerah Oscar 2008 melalui chanel starmovie. Buat pertama kalinya saya merayu-rayu kepada 2 orang putera(6 tahun) dan puteri(3 tahun) (yang selalu menggunakan kuasa veto bagi menentukan chanel apakah yang harus di tune on. Biasanya astro ceria atau cartoon networklah. They don't really like to watch disney channel because they think it's too naive) agar memberi peluang kepada mama mereka yang pernah bercita-cita menjadi pengarah filem ini, untuk menonton Oscar.

Entah macamana malam itu mereka boleh bersetuju membiarkan saya "layaaann..." depan tv. Perkara yang paling mengujakan saya apabila "slumdog millionaire" berjaya menggondol banyak anugerah. Saya tak pernah tonton pun filem tu tapi mengetahui yang 80% daripada krewnya ialah orang India dan penggambaran yang dibuat sepenuhnya di Mumbai membuatkan saya berazam membeli VCD originalnya nanti.

Tarian dari filem itu juga dipersembahkan di dalam majlis berprestij itu. Ketika melihat penari menarikan tarian bollywood di Pentas Oscar, saya rasa macam "eh..biar betul nih..merasa jugak saya menyaksikan Bollywood di Hollywood ya.." Orang putih tu semuanya 'kebaruan' tengok tarian Bollywood. Mungkin mereka akan menganggap itu yang terbaik dari India. Kalaulah mereka melihat tarian Hrithik roshan dalam Kahoo Na Pyar Hei, musti gila bayang si Angelina Jolie dibuatnya. Ataupun seandainya Jennifer Anniston menonton filem Kuch kuch Hota hai lakonan Shah Rukh Khan, musti dia terlupa kewujudan Brad Pitt ataupun John Mayer. Brad Pitt pun trus mabuk kepayang tengok Rani Mukherjee..

( Di atas ialah draft yang I buat beberapa minggu yang lalu tapi tak sempat siap kerana mengantuk..he he..lewat malam sudah masa tu lepas tonton Anugerah Oscar. Tapi hari ni I sambung sebab I have a lot of time..Cuti sekolah la katakan...he he..nasib baiklah tak ada kursus)


Bangga betul saya melihat filem Bollywood diangkat dianugerah berprestij itu. Walaupun bukan filem Malaysia tapi at least ianya membuktikan bahawa pelakon dan krew Asia mampu menghasilkan yang terbaik. Malaysia pun tidak mustahil boleh menghasilkan kejutan kerana India cuma 10 tahun lebih senior dalam bidang filem berbanding Malaysia. Cuma penerbit dn pengarah Malaysia harus memikirkan karya yang menjangkau pemikiran klise pengkarya yang ada sekarang ini. Plot juga harus dititik beratkan kerana "kesumbangan plot" juga yang sering membuatkan saya 'kaciwa' bila menonton filem tempatan. Nanti saya akan publishkan satu entri berkenaan Upin dan Ipin the Geng yang saya rasa ada bau-bau bacang dengan apa yang perkatakan sebentar tadi berkenaan 'keklise an' pemikiran para pengkarya.

Berbalik kepada tujuan entri asal, menyesal agaknya Amitabh dan Shah rukh tidak menerima tawaran filem Slumdog jutawan ini. Akhirnya rezeki Anil Kapoor juga menyengih di atas pentas oscar. Saya minat bangat juga dengan Anil Kapoor ni semenjak melihat lakonan dia dalam filem My name is Lakhan. Ryan Seacrest menggelar Anil Kapoor, George Clooney India. Apa kaki George Clooney tu berbanding dengan Anil Kapoor? Feroz Khan juga berpeluang menayang gigi di pentas Oscar. I minat juga dia ni sebab lakonan dia fuh! Hidup beb! Apa watak sekali pun mesti bikin berdiri bulu roma. Tapi yang lucunya bila saya fikir2kan, dulu lagi budak2 setinggan dua orang tu merasa situasi Oscar berbanding The King of Bollywood sapa lagi kalau bukan Shah Rukh Khan. itulah namanya takdir dan rezeki masing-masing. sapa sangka budak setinggan yang miskin tahap gaban tu boleh jejak kaki di Hollywood.

Saya ingatkan pencapaian filem The hidden dragon crouching tiger dinobatkan sebagai filem asing terbaik suatu waktu dulu will be the 1st and the last in asia history. Punyalah hebat ulasan2 dari media kita masa itu dan diva terunggul dari Malaysia iaitu Datuk Michelle Yeoh pun turut sama terkena tempias glamour sebagai pelakon filem itu.

Namun kejutan yang dibuat oleh filem ramuan India yang dikilangkan oleh toko British ternyata membuahkan hasil dan mendapat anugerah yang paling hebat untuk tahun 2009. malahan tarian dalam filem itu juga menjadi kegilaan para surirumah dan sesiapa sahaja yang ingin bersenam di USA. Bagi saya yang membesar dengan filem2 Bollywood, step tarian yang dipersembahkan dalam lagu Jai Ho itu biasa2 saja. Banyak lagi yang lebih 'kaw2' yang pernah saya saksikan seperti dalam filem Kahona Pyar hai, Kuch2 Hota hai, Ashoka, Devdas dan beratus2 lagi. You name it! Tarian terbaik yang saya pernah lihat seumur hidup saya untuk filem Bollywood ialah dalam filem Kahona Pyar Hai melibatkan Hritik Roshan. Best giler!!

Berlumba2 talk show di USA menjemput watak utama filem ini iaitu Dev Patel dan Freida Pinto untuk menjadi tetamu undangan. Malah Tyra Banks turut menjemput beberapa orang penari di dalam rancangan bual bicaranya untuk mempersembahkan tarian ala-ala Jai Ho. Kebetulan Aishwarya Rai, menantu Amitabh Bachan yang cantik super Popular di dunia Bollywood itu turut menjadi tetamu. Tyra Bank mengajak Aishwarya untuk menari bersama dan bertanya "Have you done this before?". Bila saya dengar pertanyaan Tyra yang ditujukan kepada Aishwarya, terdetik di hati ssaya, kesian betul orang USA ni tau. Tak tau apa-apa pasal dunia luar. Sekiranya Tyra ialah orang yang mengikuti perkembangan filem Bollywood, pertanyaan seperti itu samalah seperti satu gurauan semata-mata. Seperti kita bertanya pada teman baik kita 'siapa nama kau?' atau pun bertanya kepada orang yang sedang tidur nyenyak 'apa kau buat?'. Cuba teka apa jawapan si Aishwarya Rai berkenaan soalan Tyra Banks tadi? jeng-jeng jeng...jawapannya ialah "My whole life!"

Harap2 VCD original filem ini cepat direleasekan oleh Foxsearch company. I will buy it to see how great the film is. Jumpa lagi...

Thursday, February 19, 2009

Chenelle Orang Sabah?!!


Chenelle - I Fell In Love with The DJ.

Ini lagi satu berita tentang artis yang I ketinggalan.. nasiblah I terbaca di Utusan Online tentang rakyat Malaysia yang berjaya di luar negara. Rupanya penyanyi lagu ngetop I fell in love with the DJ tu orang Malaysia? Sudahla begitu, orang Sabah pulak tu! Hei hei hei...Memang hebat2 orang Sabah ni..!

Che’Nelle is a young R&B soul, reggae singer/songwriter, producer signed to Virgin Records America. She was born on March 10, 1983 as Cheryline Lim in Sabah, Malaysia to a Chinese Malaysian father and Indian-Dutch mother. Raised in Perth, Western Australia. Her father ran a karaoke lounge, where Che'nelle began singing as a toddler. She has played in bands and written her own music for years but it was American music veteran Charles Dixon, who discovered her music on myspace. Dixon took her material to Virgin Records and flew Che'nelle business class to Los Angeles at the end of last year to meet with the label. Within two days she had signed the deal and was being marketed as a world artist. Che'nelle worked as a promotions assistant before moving to New York in January after signing a six-album deal with Virgin Records America, the same label as Lenny Kravitz, Janet Jackson and Ben Harper. In Australia, she is represented by EMI. She also shares the same management team as Kanye West, performing as the opening act on his Australian tour in March 2006. Che'nelle collaborated with UK based music producer Menon Dave (aka Schizo) on a track for her forthcoming album. The two had also been collaborating on a number of projects prior to Che'nelle's deal with Virgin Records. Che'nelle, studied music at the West Australian Academy of Performing Arts. Her song, "Teach Me How To Dance" was featured in the movie Take The Lead Her debut album "Things Happen For A Reason" is due out on August 28.

Sunday, February 15, 2009

Charice Pempengco

Sama ada saya yang ketinggalan zaman atau memang media kita yang belum pernah membuat liputan tentang gadis cilik yang berasal dari negara Filipina ini. Tapi apa yang pasti setiap kali membuka laman berita harian, pautan pertama yang saya klik ialah HIP/BI POP atau Hiburan bagi utusan online dan begitu juga Kosmo Online.

Bagi yang belum mengetahui tentang charice Pempengco, gadis ini dicungkil bakatnya melalui pertandingan nyanyian di tanah airnya. Namun bakat besarnya mula dikesan selepas beberapa video clip nyanyiannya di upload ke you tube. Ini membawanya ke Hollywood dan berpeluang muncul dalam rancangan bual bicara Opray Winfrey show (kena standing ovation lagi tu!), Ellen Degeneres yang ngetop tu, UK TV show "The Paul O'Grady Show", Good morning America, San Diego live dan banyak lagi. Selain itu Charice juga berpeluang menyanyi bersama-sama dengan Celine Dion (beberapa lagu), Bianca Ryan, Christina Aguilera, David Foster, Leona Lewis, whitney houston dan ramai lagi sampai tak tertaip rasanya. Self confidence pun tip top giler. Paling istimewa apabila beliau dijemput untuk mengadakan persembahan semasa majlis khas sempena perlantikan Presiden Barrack Obama. Beliau juga diberi 'standing ovation' selepas menyanyikan lagu god bless America dan I will always love you..Hebat bukan?!

Rugi jika anda tidak mendengar suara emas gadis cilik ini. Berdiri bulu roma bila menengar suaranya. Taip saja nama Charice Pempengco di you tube dan bedebuk! bepuluh2 malahan beratus video clip persembahan gadis ini boleh disaksikan. Enjoy Watching!!

Friday, February 13, 2009

TERSEREMPAK BLOG EX LECTURER

Semalam saya memperuntukkan 1 jam setengah untuk meneroka lebih jauh ke alam siber dan meninjau beberapa blog lagi. Tinjauan secara rambang itu akhirnya membawa saya ke blog En Isa Razak iaitu bekas pensyarah saya semasa di maktab perguruan Keningau pada tahun 1997-2000. Beliau bukan pensyarah tetap kami kerana jabatan yang berbeza namun kami selalu berinteraksi melalui pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Institut Perguruan yang ketika itu masih dikenali sebagai Maktab perguruan.

Melalui blog beliau juga saya sampai ke blog En Firdaus, juga pensyarah IPK atau lebih 'sedap' saya panggil maktab. Gambar-gambar yang dimuatkan ke dalam blog En Firdaus membuatkan saya seolah-olah kembali kezaman maktab, zaman bujang trang-tang-tang, zaman 20 an yang penuh keriangan dan hilai tawa, usik mengusik, Aktiviti GERKO dan persatuan yang sangat menyeronokkan. Tapi yang pastinya pokai sentiasa...Maklumlah Elaun cuma RM300 lebih. Potong itu ini tinggal RM 200 lebih saja. Bak kata seorang teman, dek kerana ingin berjimat, Megi pun dibelah empat.

Kembali kepada blog En Firdaus, walaupun setelah hampir 10 tahun berlalu, wajah En Firdaus nampaknya tetap maintain. Pencuci muka apa yang dia pakai agaknya? he he... Teruja juga bila En Firdaus sudi meninggalkan komen dalam blog saya. Saya akui ketiadaan gambar saya di blog. Suatu hari nanti akan saya upload juga.

Tahniah kepada En Firdaus dan En Isa Razak kerana sudi berkongsi idea dan pengalaman dengan pelayar yang lain. Selepas ini saya berharap untuk terserempak dengan blog bekas pensyarah yang lain terutama yang pernah mengajar saya dahulu (Jabatan bahasa).
Semoga MAKTAB PERGURUAN KENINGAU (IPK) tetap cemerlang, gemilang dan terbilang...

CITE LAWAKSSS...

PEMANDU DAN ORANG KAYA PDF Print E-mail


Suatu hari ada dua orang kaya sedang duduk di cafe, sambil menggosip pemandunya.

Orang kaya I : " Hei, kau tau tak, pemandu aku ini bodohnya setengah mampus ! Kalau kau tak percaya cuba lihat nie."

Terus dia panggil pemandunya si King Kong " King Kong, ini 10 ringgit, pergi ke kedai kereta, dan belikan aku Mercedez."

King Kong pun menjawab dengan sopan, " Yes Sir !! Right A way !!" Dengan pantas terus ke kedai kereta.

Orang kaya I itu beritahu ke temannya, " Nampak? Apa aku cakap....dia buat betul-betul"

Orang kaya II : " Haha....itu belum apa-apa, kau nak tengok, pemandu aku lagi teruk dari itu. Biar aku tunjukkan pada kau." Terus orang kaya II memanggil pemandunya Rambo. " Rambo, pergi ke rumah aku, cuba lihat sama ada aku ada kat rumah ke tidak ?"

Rambo: " Yes Sir !! Right A Way !!" dan dia terus cabut ke rumah tuannya.

Orang kaya II beritahu kepada temannya tadi, " Nampak apa yang aku cakapkan ? Dia tak ada otak untuk berfikir, mana boleh aku ada di dua tempat yang berbeza dalam satu masa.

Tdak berapa lama kemudian, kedua pemandu itu bertemu di jalan,


King Kong : " Ehh you know, my boss is very stupid laaaahhh. Dia kasih aku 10 ringgit dan suruh aku beli mercedez di kedai kereta, mana boleh ?? Kau kan tahu sekarang kan hari minggu. Semua kedai kereta tutup!!"

Rambo : " Kau fikir boss kau stupid ha ? boss aku lagi stupid!! Masa dia suruh aku balik rumah lihat, apakah dia ada di rumah.....Padahal dia kan boleh check sendiri telefon je la ke rumahnya!!"


TABOO KETIKA MENELEFON PDF Print E-mail


1. Soalan: haloo, may i speak to bedah please?
Jawapan: maap.sini bukan balai polis.

2. Soalan: haloo, siapa disana?
Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..

3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.

4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.

5. Soalan: haloo, mak ade rumah?
Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.

6. Soalan: haloo timah, buat ape tu?
Jawapan: kan ke saya tengah bercakap ngan awak kat tepon ni..

7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye... time kacih.

8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap

9. Soalan: halloo......
Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?

10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya...
Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.

11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le tu.

12. Soalan: assalammualaikum...
Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib jawab)


SEORANG PAKCIK DENGAN BIRI-BIRINYA PDF Print E-mail


Temubual seorang pemuda dengan pakcik gembala biri-biri.

Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa soalan tak?
Pakcik : Boleh aje...

Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : Yang putih.
Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.
Pemuda : Yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...

Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...

Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Aaa....yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...

Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam, padahal jawapan semuanya sama aje?
Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.
Pemuda : Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punye?
Pakcik : Yang hitam pun sama.....

Wednesday, February 11, 2009

Tak dapat tidur petang lagi..Huwaaa!!

Minggu ini adalah minggu terakhir sekolah kami tanpa kegiatan sekolah diwaktu petang. Bermula minggu depan kebanyakan guru-guru akan berkampung di sekolah sampai petang. Siapa kata kerja guru setengah hari? Officially dalam jadual waktu mengajar memang begitu. Namun perkembangan pesat dalam bidang pendidikan telah lama menidakkan kerja setengah hari bagi guru-guru.

Jadual selepas persekolahan berkuatkuasa minggu depan bagi sekolah saya:
(Malangnya I terlibat dalam semua hari. Huwaaaaa....)

Isnin - Kelas SBT (Skim Bantuan Tuisyen) / Kelas Tambahan UPSR
Selasa - Kelas SBT (skim bantuan tuisyen) / Kelas Tambahan UPSR
Rabu - Ko kurikulum (unit beruniform, persatuan, kelab)
Khamis - Buddy Support System (Membimbing guru M3 dan Sn berbahasa Inggeris) / Sembahyang Hajat bersama PIBG
Jumaat - Rehat (finally...)
Sabtu - Kuliah (Kebanyakan guru menghabiskan hujung minggu di bilik kuliah)
Ahad - Kuliah (Kebanyakan guru menghabiskan hujung minggu di bilik kuliah)

Nasib baiklah ada cuti untuk pelajar. Dapat juga guru-guru menumpang kasih berehat. Itu pun awal-awal lagi dimaklumkan kepada semua guru bahawa cuti sekolah adalah cuti pelajar. Guru tetap akan dipanggil ke sekolah bila-bila masa untuk apa saja program atau mesyuarat mahupun kursus. Ingkar? Surat tunjuk sebablah jawabnya.

Monday, February 9, 2009

LAGU LAWAKSSS...

Mengikut Melodi Lagu Pulangkan (Misha Omar)

(Ex-Student)
Sedikit bunga yang menggoda
Sekadar dipandang usah dibayar
Kau pasti tak percaya
Duit ku bukan
Untuk mu sayang

(Pegawai PTPTN)
Tiada ku sangka kau sungguh kejam
Kau peram hutang yang kau pinjam
Namun takkan bahgia kehidupan mu
Bila engkau berkonvo
Kau milik ku

Pegawai PTPTN: Pulangkan hutang-hutang ku

Ex-Student: Oh..hentikanlah menghantui ku

Pegawai PTPTN: Oh..pulangkan oh pulangkanlah pada ku

Ex-Student: Ku pulangkan semua hutang ku

Pegawai PTPTN: Yang dikau peram tanpa rela ku

Ex-Student: Bebaskanlah..maafkan daku oh kasih

(Pegawai PTPTN)
Tiada kemaafan di sini
Kau hutang tanpa bayar sesen lagi
Akan ku jejaki mu kemana jua
Hingga akhir masa..sayang!



Sunday, February 8, 2009

PR HILANG KUASA DI PERAK

Terkejut juga bila melihat betapa dramatiknya perubahan politik di Perak. Setiap perubahan yang berlaku adalah dalam tempoh yang sungguh pantas. Namun akhirnya, BN juga yang menjuarai permainan ini. Ternyata PR masih belum dapat mangatasi kelicikan dan kegeniusan pemain dari team BN.

Dalam hal ini saya mengambil pendirian atas pagar. Bagi pihak PR saya agak kecewa kerana tidak berpeluang untuk melihat sejauhmana kecekapan pentadbiran mereka. Sejauhmana kata2 perjuangan yang dilaungkan itu benar-benar direalisasikan atau retorik semata-mata. Selain itu simpati juga kepada menteri besarnya Datuk Nizar kerana kehilangan kuasa serta merta. Rasanya tidak perlulah dia berebut pejabat dengan MB Perak yang baru. Sudah terang lagi bersuluh bahawa PR telah diatasi oleh BN. Namun mesti ada sebab musabab dia nekad bertindak demikian. Cuma dia dan pemimpin PR yang tahu.

Selain itu, strategi DSAI untuk mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan pada september lalu nampaknya telah terkena batang hidung sendiri. Walaupun saya sebenarnya suatu waktu dulu mengangkat DSAI sebagai idola saya, namun semenjak dia mewar-warkan rancgn untuk mengambil alih kerajaan dengan memujuk wakil rakyat melompat parti, saya mula cuak. Bagi saya, untuk mengambil alih kerajaan tidak perlulah dengan cara itu. Walaupun dibolehkan dari segi undang-undang tapi saya tetap merasakan ianya sesuatu yang tidak bermoral.

Saya pernah bertugas sebagai kerani undi semasa pilihanraya dan kesempatan itu saya ambil untuk memerhatikan sekalian pengundi yang datang membuang undi. Yang buta datang berpimpin, yang tempang datang bertongkat, yang kurap datang menggaru-garu. Kebetulan saya bertugas distesen no 3 khas untuk warga emas. Pelbagai gelagat pengundi warga emas. Bertongkat, dipimpin, pening-pening lalat, lenguh kaki, tidak tahu menulis, baju compang camping, basah kuyup dan macam-macam lagi. Pengundi distesen 1 dan 2 terdiri dari golongan muda yang ada diantaranya datang dari jauh dan pulang ke kampung semata-mata untuk mengundi. Bayangkan kepercayaan yang mereka berikan untuk calon mereka ini (berdasarkan parti) disia-siakan sekelip mata selepas melompat parti. Perbuatan melompat parti ini seolah-olah menidakkan kebijaksanaan para pengundi yang mengundi calon berdasarkan siapa mereka dan parti apa mereka pada masa itu.

Bagi pihak BN pula nampaknya sebagai parti pemerintah kerajaan Malaysia, kelebihan masih pada mereka. Saya sangat Kagum dengan kebijaksanaan dan kelicikan permainan politik BN. Tindakan Adun Bota keluar BN telah menyebabkan Datuk Tajol meletak jawatan. Dikala PR berpesta menerima ahli baru rupanya 3 orang lagi ahli PR telah berpaling tadah. Memandangkan mereka telah menandatangani perjanjian mengosongkan kerusi jika berpindah keparti BN maka mereka cuma menjadi ahli bebas tapi memberikan sokongan kepada BN. Bijak dan licik sungguh. Tentu mereka telah memikirkan perkara ini lebih awal. Pelbagai cara digunakan oleh PR untuk mengekang kemaraan BN namun akhirnya Datuk Zambry ditakdirkan mengangkat sumpah pada jam 3.30 petang sabtu 7 febuari 2009. Tinggallah Datuk Nizar dan pemimpin PR yang lain menggigit jari dengan seribu kehampaan.

Namun jika disoroti berita-berita yang disiarkan di dada akhbar perdana dan begitu juga siaran televisyen, seolah-olah PR sedang berkerat rotan berpatah arang dengan sultan. Seolah-olah isu utama ialah perselisihan antara PR dengan sultan manakala 3 orang wakil rakyat yang berpaling tadah begitu juga adun BOTA yang memburuk sikukan diri sendiri seolah-olah disenyapkan berita mereka. Melalui siaran televisyen digembar gemburkan kemarahan rakyat terhadap PR kerana menderhaka kepada sultan. Secara peribadi, saya rasakan isunya bukanlah antara PR dengan sultan tetapi 4 orang wakil kepada rakyat yang menukar haluan yang menyebabkan PR kehilangan kuasa di Perak.

Hakikatnya, pemerintah negeri Perak sekarang ialah BN dan puncanya ialah 4 orang wakil rakyat yang menukar haluan. Simpati saya kepada PR yang baru 11 bulan mentadbir Perak. Parti ini tidak berpeluang untuk merealisasikan wawasan parti begitu juga Datuk Nizar, pemimpin tertinggi PR dan penyokong setia yang tidak dapat menerima pertukaran pentadbiran yang tiba-tiba itu. Kepada BN, tahniah kerana berjaya memenangi permainan ini dan semoga kemaslahatan para pengundi kedua-dua belah parti tetap terbela.
Related Posts with Thumbnails