CHECK IT OUT!

Wednesday, December 24, 2008

Ropuan keluargaku

Saya telah melawat muzium sabah baru-baru ini dan rumah warisan telah mengingtkan saya kepada zaman kanak-kanak yang telah berpuluh tahun ditinggalkan. Melihat 'ropuan' rumah brunei mengingatkan saya kepada 'ropuan' keluarga kami 25 tahun yang lampau. Ropuan yang selalu menjadi pusat persinggahan utama kucing2 untuk membuang hajat. Ropuan itu jugalah yang selalu menjadi punca pertelingkahan kami adik beradik kerana masing-masing tidak mahu menunaikan tanggungjawab sosial iaitu 'membuang sisa buangan sikucing'.

Ropuan keluarga kami 25 thn yang lampau dibina dalam bentuk empat segi tepat. Saiznya cukup untuk menempatkan 2 unggun api bagi 2 jenis masakan. samada unggun sebelah untuk menanak nasi dan sebelah lagi untuk memasak sayur ataupun pemandangan biasa diwaktu pagi, unggun sebelah untuk menjerang air dan sebelah lagi untuk memasak sarapan sama ada nasi goreng, kuih lapis, mee goreeng atau bubur ayam (my father's secret recipe). Di bawah ropuan ialah selonggok kayu kering yang digunakan sebagai bahan bakar memasak. Kalau tak silap, namanya 'siduon'. Baru saya sedar, telah berpuluh tahun saya meninggalkan dunia ropuan hingga nama kayu api pun saya ingat-ingat lupa. Setiap kali musim kemarau atau panas terik(hujung minggu), saya akan dikerah mencari kayu api di belukar berhampiran rumah. Entah mengapa saya selalu menjadi mangsa mencari kayu api. Mungkin kerana saya selalu menjadi 'mak sanggup' dan tidak sampai hati untuk berkata 'tidak'. Atau mungkin juga kerelaan saya sendiri kerana ada masanya saya bosan dengan nasihat demi nasihat (ketika itu saya anggap leteran) yang ibu berikan dirumah. Rasanya saya lebih gembira masuk ke hutan mencari kayu api bersama beberapa orang kawan sepermainan. Ya, saya semakin yakin... rasanya memang saya sendiri yang rela masuk ke hutan. Berbanding 2 orang kakak saya (Saya anak ketiga), kaki sayalah yang paling berotot, tapak kaki saya yang paling lebar dan sayalah yang paling selekeh. Ini disebabkan kecenderungan saya untuk meronda kampung halaman dan pelbagai lagi aktiviti lasak yang lain.

Berbalik kepada hal ropuan sebentar tadi, oleh kerana mencari kayu api sudah jadi darah daging ketika itu, pantang saja saya atau adik beradik lain melihat kayu panjang, tanpa dahan dan hampir mati, kami akan 'terliur' membayangkan betapa sesuainya kayu itu dijadikan kayu api. Sanggup kami masuk ke celah2 belukar semata2 untuk menarik kayu itu keluar dan menyeretnya pulang kerumah walaupun ketika itu kami dalam perjalanan pulang dari sekolah dibawah panas terik dan haus yang amat sangat.

Pulang saja ke rumah, kayu itu dipotong2 dan diletak dibawah ropuan tadi. Perkara paling menakjubkan berkaitan ropuan ialah bagaimana nasi atau apa saja yang dimasak didapur ropuan mampu membuatkan makanan itu disajikan dengan aroma yang ohhhh....sukar digambarkan dengan kata2. Wangi dan amat lazat. Mungkin bau asap mempengaruhi rasa dan aroma masakan atau mungkin kerana api dan masakan dikawal rapi sepanjang masa dan tidak ada peluang bagi masakan itu untuk tersasar dari resipi. Saya tak akan dapat melupakan bagaimana enaknya nasi yang ibu masak 25 tahun yang lalu. Teknik mengeringkan nasi dengan cara menggunakan bara api mungkin faktor yang meningkatkan kelazatan dan kewangian nasi.

Namun Ropuan kami juga banyak meninggalkan memori mencuci periuk, cerek dan kuali yang teramat tebal arangnya. Tapak tangan ini sampai haus dek kerana mencuci dan menggosok peralatan memasak. Teknik yang selalu kami gunakan, tanah pasir bercampur tanah liat di gaul dengan serbuk pencuci. Selepas itu mulalah proses 'gosok, jangan tak gosok' (seperti lagu Spider) sampailah berkilat. Wah, siksa jugalah. Tapi alah bisa tegal biasa. Melihat periuk berkilat dan bersinar, merupakan satu kepuasan yang tidak terhingga. Apatah lagi jika Ibu pandai bermain Saikologi dan memuji 'kekilatan' periuk yang kami gosok, jangan tak gosok itu. Kembang kempis hidung dibuatnya. Tak perasan pun tapak tangan dah haus.

Walaubagaimanapun jika ada mesin masa dicipta lalu saya diberi peluang untuk kembali kezaman itu, rasanya, saya akan menjawab 'no thanks' kerana saya sudah cukup melalui itu semua dan saya sangat menyenangi kehidupan saya ketika ini bersama suami dan 2 orang anak yang comel dan pintar. Serindu-rindu saya kepada kenangan silam, mungkin saya tidak akan begitu tabah lagi untuk mencari kayu api, membuang tahi kucing dari ropuan, menggosok periuk apatah lagi mengawal api sepanjang waktu memasak. Bukan itu saja, mungkin menyusun kayu api dibawah periuk pun saya takkan mampu lagi menyusun sebaik dulu dengan teknik silangnya. Wahai Ropuan keluarga, saya amat merindui kamu..tetapi saya rasa sangat selesa dengan anak kamu yang bernama dapur gas. Tidak lama lagi kamu akan menjadi nenek bila anak kamu si Dapur gas mempunyai anak bernama Aowa microwave kitchen. Selamat tinggal 'Ropuan keluarga..'. See u in Muzium..he he...

7 comments:

Ajeem said...

wauu..pengalaman ni memang sama betul dengan hidup saya beberapa thaun yang lalu...bulu hidung terlebih hitam..faham-fahamlah..kadang-kadang syok juga main 'polopou' iaitu arang kerana ia merupakan dakwat percuma yang punya 1001 fungsi..hehe...anak dusun tulen ka?boleh berbahasa fasih?sekadar bertanya saja.

windi said...

ponsikou ajeem for willing to read my post. Itu kayu api kan, ada yang pandai keluar buih dihujung kalau kena bakar. urang bilang bikin ubat babag(ketuat).i memang pure dusun tapi since membesar dikawasan orang bajau so banyak juga pengaruh luar. Tapi still very2 proud to be a dusun. Boleh memahami bahasa dusun dengan gred A+++ tapi jarang praktis lidah sebab dirumah parents cakap melayu.Diorang cakap melayu sebab first met, bahasa dusun diorang beza. kalau baju, mama cakap 'bangkad' bapa ckp 'rasuk', dan banyak lagi yang clash2. Tabilung VS Tindal.

Ajeem said...

haha..tabilung ramai di kudat la..tindal di kota belud..di KM pulak kimaragang..aramai juga sebab komplikated..macam-macam ada..saya tidak tua bahasa apa-apa selain dusun masa masuk darjah satu..haha..ketara betul pure dusun....

Anonymous said...

No lar..Kudat banyak rungus lar..kawasan dusun tabilung ramai di kawasan on the way to kudat..cthnya,timbang mangaris, dudar dll..etc..kimaragang di pitas ramai kot..

BorneoKuku said...

Hingga kini kami masih menggunakan Ropuan itu di rumah kami..untuk membakar Jagung dan bakar Ikan LOMUDUK yang Si INA baru pancing dari sungai.Kadang-kadang kami guna untuk bakar PELANDUK juga. Syok bah..Saya ni keturunan Tobilung yang pure....kalau si INA (Panggilan untuk Mak), Mahu buat KOMBOS, untuk persediaan kamaatan dan perkhawinan cucunya, Kami guna ROPUAN untuk memasak...lebih jimat, dan sedap rasanya...

Kaimun AL said...

Buat masa ni kami dah ada dapur gas, so selasa la kan. Petik saja trus keluar api. Tapi saya masih lagi rindu sama ropuan. Ropuan adalah teman saya membesar. Kadang2 saya suruh suami saya buat ropuan, alasan saya untuk digunakan semasa gas habis. Tengah malam mana ada jual gas kan. Tapi suami saya yang berbangsa bajau ni dah biasa dengan dapur gas dan berkata yang dia tak tau apa itu ropuan dan tidak pandai langsung buat ropuan. Memang saya agak sayu kerana sebenarnya saya sangat rindu sama ropuan. Saat2 menyusun kayu api dan dapat menyalakan kayu api untuk memasak apa saja. Bila saya terlihat kayu yang agak kurus dan jenjang, pasti hati saya berkata,"Ngam betul bikin kayu api.."

Anonymous said...

Kalau kami panggil Ropuhan... My family masih guna sampai sekarang walaupun ada dapur gas dan elektrik untuk menjarang air ataupun kalau nak rasa masakan ala bbq. Lucu juga bila nak menghidupkan api di ropuhan tu. saya tidak mengunakan bahan2 bakar express seperti gasolin,instead saya guna sabut kelapa tapi memang susah nak hidup. bila berjaya menghidupkan api, i always say "Yeah!..berjaya!" adik2 saya ketawa jak...hehe

Related Posts with Thumbnails