CHECK IT OUT!
Saturday, December 20, 2008
SELAMAT PENGANTIN BARU MAWI-EKIN
Akhirnya dengan sekali lafaz, sahlah C Ekin menjadi isteri kepada jejaka impian ramai gadis, Mawi. Antara adegan yang melucukan sebentar tadi ialah semasa Mawi ingin mengucup dahi isterinya. The way he hold kepala Ekin seolah-olah ingin menarik helmet dari kepala Ekin. Bersungguh-sungguh dia ingin mengucup dahi Ekin hingga terpaksa memanjangkan muncung bibirnya bagi mengatasi tudung Ekin yang agak tebal. Mungkin juga dia sangat gementar kerana mawi tidak pernah mengambil gambar sambil menyentuh wanita apatah lagi mengucup dahi. Sebab itulah agaknya pose yang diberikan agak pelik dan janggal. Terbahak-bahak juga saya dan keluarga melihat tingkah laku Mawi yang serba tak kena. Tapi kami faham, orang baru kahwinlah katakan. Macam2 perkara yang berlegar difikiran. Orang didalam majlis itu sendiri pun kembang kempis hidung menahan gelak. Tapi ramai juga yang tak tertahan kerana saya lihat sendiri dikaca television, beberapa orang tetamu menyeringai termasuklah beberapa orang kenamaan.
Ekin juga kelihatan sedikit terganggu dengan keadaan itu dan dengan spontannya mengangkat kedua belah tangan menunjukkan simbol 'piece'. Tak ayu sungguh. Sudahlah LIVE, pengantin pula galak semacam. Belum lagi adegan berbual-bual2 dan menyeringai. Pengantin perempuan tak manislah menyeringai dan berbual2 semasa bernikah. Siti Nurhaliza semasa bernikah dulu pun taklah galak sangat. Tunduk saja dan benar-benar menghayati keadaan dirinya yang sedang dinikahkan dan mengikut tatatertib seorang pengantin melayu.
Rasanya saya boleh memaafkan Ekin kerana dia nampak sangat terganggu dengan gelak hadirin dan kelihatan sangat mukanya yang dalam kemalu-maluan. Mungkin juga adegan mengangkat tangan dan menunjuk simbol 'piece' itu adalah tindakan refleksnya bila nervous. Punyalah kuat Mawi memegang kepalanya hingga tudungnya tertarik kebelakang dan menampakkan sedikit anak rambutnya. ( saya masih boleh tergelak sakan bila teringat adegan ini).
Apa-apa pun, selamat pengantin baru kepada kedua mempelai yang sama cantik dan sama padan bagai pinang dibelah dua. Semoga berkekalan hingga kehujung nyawa.
Windi's note: Teringat pula masa bernikah dulu, semangat sungguh husband melafazkan nikah sampai terkejut para hadirin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment