Minggu lalu, saya dan keluarga jalan-jalan cari makan ke 1 borneo hypermall. Ini kunjungan yang entah keberapa puluh kali tapi kunjungan kali ni ada sedikit perbezaan.
Pertama, saya berjalan tanpa beban. Maksud saya sebagai seorang cikgu, hujung tahun adalah tahun paling best kerana dikala orang lain sibuk 'membanting tulang' dipejabat, saya berlenggang di 1 borneo tanpa memikirkan kerja(sekurang-kurangnya dalam sebulan). Oh! Lapangnya fikiran.. Kakak saya yang bekerja di RTM dan adik saya seorang Phsiotherapist di Hospital Kudat sememangnya tersangatlah 'jeles' dengan ke'rilek'an saya ini. Betapa 'rileks' nya sampaikan saya selalu lupa hari apatah lagi tarikhnya.
Kedua, Pengunjung 1 borneo yang menyoping sakan pun kebanyakannya adalah guru. Sama ada saya mengenali mereka semasa kursus atau melihat perwatakan pun sudah tahu mereka itu guru. Item2 yang dibeli pun sudah memperlihatkan mereka itu guru. Stapler, pemadam, buku catatan, tudung manik, beg sandang dll. Pemandangan seperti ini adalah jarang-jarang kerana guru di hari persekolahan tidak mempunyai masa senggang yang cukup memandangkan sabtu dan ahad pun sibuk dengan kelas tambahan. Sebaliknya, Jika tidak bertugas disekolah, kebanyakan guru berada dipusat pengajian tinggi pada hujung minggu (OUM, UMS, UPM) bagi memenuhi tuntutan meningkatkan ilmu pengetahuan(Ijazah) disamping meningkatkan gred gaji ke DG41. Siapa tak mahu gaji tinggi beb! So, cuti hujg tahun umpama pesta kerana beban tugas dan beban pengajian boleh dilupakan untuk seketika.
Ketiga, harga minyak sudah turun. saya dan keluarga boleh meronda kemana-mana tanpa rasa bersalah sangat. Maklumlah 'lebih jimat, lebih nilai'.
* Selagi betis ini masih larat membawa badan ini kemana-mana, selagi itulah ''kita enjoy!" (mcm kata nora danish dalam drama puteri).
3 comments:
best la, tapi sa punya gajilmbt masuk. 3 bln baru ada...
adoii,takkan makan pasir...
hmm..keunikan guru berbanding penjawat awam yang lain. tidak apa,cuti akan berlalu sekejpa lagi..hehe..harap paparkan photo sebenar.teringin juga mengenali siapa pemilik blog dari sabah ni..hehe
Seperti yang saya tulis dalam biodata, saya suka berangan2. Oleh kerana saya teramat minat dengan Siti Nurhaliza saya letak photo dia. Berangan2la konon bernasib baik macam siti..kaya lagi raya dan ada foundation sendiri..he he..Ok bila saya da puas berangan nanti I put my real photo.
Post a Comment