CHECK IT OUT!

Tuesday, December 30, 2008

Berpantang maut sebelum ajal

Lelaki hampir dibaham beruang kutub Alaska


SEORANG lelaki cuba menyembunyikan diri daripada dilihat oleh seekor beruang kutub di Barrow, Alaska.



BERUANG kutub mengejar lelaki itu yang lari menyelamatkan diri.


BARROW - Seorang lelaki di Alaska mengalami pengalaman menakutkan selepas dia hampir dibaham oleh seekor beruang kutub, lapor sebuah akhbar semalam. Lelaki itu yang bekerja sebagai juruukur terserempak dengan haiwan ganas tersebut ketika kembali ke kenderaannya di bandar Barrow di Alaska, Amerika Syarikat (AS). Mangsa yang tidak sempat membuka kunci pintu kereta cuba menyembunyikan diri di sebalik kenderaannya tetapi gagal mengaburi penglihatan beruang kutub itu. Dia kemudian terpaksa berlari mengelilingi kenderaannya beberapa pusingan selepas beruang itu mengejarnya. Beruang itu dilihat cuba menerkam dan mencakar lelaki itu malah ia memanjat bonet kereta selepas gagal menangkap mangsanya. Bagaimanapun, adegan kejar-mengejar itu berakhir selepas lelaki tersebut berjaya menyelamatkan diri dengan masuk ke dalam sebuah kenderaan berdekatan yang tidak berkunci. Lelaki itu terpaksa mendapatkan rawatan di hospital selepas belakang dan kepalanya cedera dicakar haiwan ganas tersebut.

Windi's note: Pengajaran, Lain kali jangan kunci kereta anda manalah tahu ada orang dikejar along dan bolehlah dia bersembunyi dikereta anda he he....tak kelakarnye....

2 comments:

Ajeem said...

pengalaman ngeri tuu..ganas pulak beruang tu..herannya dia comel dan perempuan selalu peluk..haha...patung teddy bear antara yang terbanyak di uum..kalau kena cakar baru tauu...

Anonymous said...

agaknya masa tu sang teddy bear kehabisan makanan. bila nampak spesis berdaging dan berdarah panas mungkin ini peluang baik untuk ditapau hingga 2 3 hari. nasib baik spesis yang nak dijadikan tapau tu jenis inteligent, kalau tidak nahaslah jawabnya..

Related Posts with Thumbnails