CHECK IT OUT!

Thursday, December 18, 2008

Berita tokok tambah

Sebentar tadi saya membuka blog aku bimbo milik saniboey editor majalah manja singapore. Saya tertarik dengan tulisannya mengenai wartawan yang 1) kononnya semakin lesu kerana tidak mementingkan kualiti dalam kerja sebaliknya lebih mengejar deadline. 2) Kemudian beliau memperkatakan tentang Zubir yang memperlinya. Sbg seorang guru, saya memang tidak tau sejauh mana kebenaran tentang perkara pertama. Namun melalui pengalaman, seringkali berlaku sesuatu pelaporan berita (yang mana cerita itu memang saya tahu dari A to Z) yang di laporkan dari Z to A. Pertama, bila my family house terbakar habis pada tahun 2004. Keesokannya, berita itu keluar di paper, yang tepat cuma nama ayah saya saja dan tempat kejadian. Penceritaan kejadian was totally out! konon2 ayah saya dibangunkan jiran padahal ayah saya dan ibu sedang rancak berbual sebelum menyedari kejadian itu. Selain itu kononnya bomba pantas mengawal api walhal bomba langsung tak datang!. I wonder semasa wartawan ni tulis cerita ni dia tengah mengigau ke? Satu kes lagi apabila akhbar berita harian menyiarkan fakta nombor (front page lagi tu) jumlah pick up yang membawa pelajar kesekolah dan jumlah sekolah menengah dikota belud yang menggunakan servis pick up untuk pengangkutan pelajar. Sebagai orang KB saya kasihan dengan orang dari luar daerah yang tidak tahu menahu keadaan di sini dan mereka akan mempercayainya bulat-bulat. Anggaran yang diberi is totally out. Berani sungguh insan2 itu menulis sesuka hati. Apa tujuan kita membaca suratkhabar jika setiap berita yang disajikan itu berita palsu? Nampaknya setiap hari kita menyogok otak kita dengan berita palsu atau paling tepat, ditokok tambah. I ni amatur sket, so ayat I taklah macam ayat orang yang 'sempion' berkarya. Very linear bah.. Oya tentang Zubir tu..I dah muak dengan ceritanya tentang Pierre Andre. Kalaupun dia benci Pierre tak yahlah dia bawa satu malaysia benci budak tu. kesian Pierre.. Tapi yang lucunya..Walaupun tajuk artikel zubir tentang siti nurhaliza buang lemak..menyelit juga muka Fouziah Gous...Korang tengolah di arkib Bi pop, Punyalah banyak cerita Fouziah Gous yang ditulis oleh Zubir...I sorang je ke yang perasan nih?

1 comment:

Qohar said...

arghh, malas sa baca gosip.

gosip sa dgn sumandak maktab pun x pandai habis2 hehe

Related Posts with Thumbnails