Bagi yang teringin nak beli keta second hand dengan niat nak berjimat, baik tak payah sebab 2nd hand car biasanya menagih kos penyelenggaraan yang jauh lebih tinggi berbanding kereta baru. Lainlah kalau anda ada kepakaran bertukang..
KEDUA: MENGURUSKAN KAD KREDIT ANDA DENGAN BIJAK : Bayarlah kad kredit anda setiap bulan. Kalau tak bayar nanti kena caj kadar faedah yang lebih tinggi. Kalau tak mampu nak bayar lum sum, bayarlah jumlah minima. Kalau bayaran minima RM293, baik bayar RM300 contohnya, agar baki hutang cepat habis.
Kalau nak bayar barangan yang mahal (TV plasma 50' contohnya), anda boleh pilih skim bayaran mudah yang ditawarkan oleh pengeluar kad kredit.Skim itu membantu anda membahagikan kos belian dalam satu jangka masa contohnya 6-12 bulan tanpa dikenakan kos kewangan jika anda membayar ikut jadual.
Elakkan ambil tunai dari kad kredit kecuali keadaan MENDESAK. Ingat, mendesak yang betul2 mendesak. Bukannya mendesak seperti nak pegi shopping atau nak beli telefon bimbit model terbaru. Itu kehendak namanya. Bukan keperluan mendesak.
Yang PALING penting, hadkan jumlah kad kredit yang anda miliki. Kalaulah anda salah seorang yang memiliki kad kredit melebihi 2 keping, saya sarankan anda untuk memotong kad yang lain. Percayalah..ia sangat berbaloi!
KETIGA: KURANGKAN HUTANG ANDA : Jika anda mendapat durian runtuh seperti bonus tahunan syarikat atau tetiba ada orang tersilap masukkan wang ke dalam akaun anda, maka dinasihatkan agar anda menggunakan separuh wang itu untuk membayar hutang kad kredit. Lagi cepat hutang langsai, lagi tenang hidup anda.
KEEMPAT: BUAT BELANJAWAN : Senaraikan dulu semua bayaran2 dan hutang2 yang wajib dibayar pada bulan itu. Bayar dulu SEMUA hutang dan perbelanjaan sebelum anda membelanjakan wang itu untuk perkara lain. Senaraikan barang2 yang ingin dibeli dan rekodkan perbelanjaan anda. Semua rekod ini penting agar anda boleh menilai semula tabiat perbelanjaan anda sekaligus mengambil langkah pemulihan untuk menangani defisit.
KELIMA : MULAKAN SIMPANAN ANDA: Ingat masa depan..orang yang makan gaji cenderung untuk membelanjakan semua wangnya dan bertahan hanya untuk menunggu pay day yang seterusnya. Lantaran itu bila anda yang bekerja makan gaji berbaris di pejabat pos untuk mengorek sisa2 simpanan yang ada di dalam ASB (borang merah), makcik2 yang selalu jual kuih kat gerai2 berbaris dengan borang biru (deposit wang). Mind set makcik2 tu, rezeki yang ada harus disimpan sebaik2nya kerana esok lusa belum tentu dapat lagi. Tapi orang makan gaji (terutamanya kakitangan kerajaan) sentiasa yakin bahawa tiap2 bulan rezeki tetap akan mashyuk...Last2 duit makcik2 berkoyan2, duit anda juga yang maintain 'slim'. Renung2kan lah...
4 comments:
Hola, windi. Entri yang bagus. Kami beli kancil second-hand, nasib baik kanda ada kemahiran tukang 50%..
Comel tabung bislut tu...tiba2 pulak i rasa mau guna tabung bambu, fungsinya tabung tapi ala2 deco gitu..:D
paling takut guna kad kredit...duit mengalir kita tak rasa...
kak: masa i taip pasal kancil tu mmg bp jilah bertukang yg i terbayang2..haha
seri: betul tu!
dah xguna kredit kad dah..better debit..ada duit guna..xda jgn gatal tangan nk berbelanja..hehehe
Post a Comment