CHECK IT OUT!

Saturday, December 17, 2011

SBPA : STAF KERAJAAN DALAM DILEMA

Semenjak dua menjak ini isu SBPA menjadi topik hangat. Ramai yang teruja dengan Skim baru ini namun ada juga yang ragu-ragu untuk menyertainya. Kemuncaknya apabila  CUEPACS membantah dan mengarahkan staf kerajaan agar tidak menandatangan borang opsyen sebelum dia berjumpa dengan PM pada 19 Dec 2011 ini. Menurut Timbalan Presiden Cuepacs Azih Muda pihaknya bukan menolak SBPA tetapi membantah pelaksanan opsyen kerana tidak cukup maklumat dan kurang penjelasan khususnya perubahan gaji.

Di bawah ini saya petik beberapa komen pembaca blog berkenaan SBPA. 

KOMEN Pro SBPA

Abu (bukan nama sebenar) :Kita berkhidmat biarlah ikhlas. Dasar yang dibentuk telah dibincangkan dengan semua pihak. Di pihak bawahan kami tiada masalah untuk ikut sbpa. Kita perlu berlumba. Yang terbaik akan kekal manakala yang tidak memuaskan seharusnya berusaha ke arah lebih cemerlang. 


Jusa C (bukan nama sebenar) :kenapa nak takut markah rendah? adakah ybhg dato pernah membuat kajian secara ilmiah atau kajian yang diperakui bahawa setakat ini mereka yang mendapat markah yang rendah adalah dari jenis orang yang macam mana?

minta maaf ybhg dato, kurang bijak tindakan ybhg dato sekiranya ybhg dato tidak mempunyai kajian yang terperinci. kalau sekadar mendengar keluh kesah sebilangan kecil dan dijadikan kayu pengukur. satu kesilapan besar ybhg dato duduk di kerusi presiden cuepacs.

KOMEN Pro Cuepacs 

Ali (bukan nama sebenar) :Sokong pendirian cuepacs. Mohon diperhalusi cara pemindahan gaji. Dasar letak jawatan- boleh masuk balik, tanpa hilang kekananan dan tidak putus perkhidmatan..SANGAT TIDAK SETUJU. Dasar ini untuk siapa? Calon pilihanraya? Kalau kalah boleh masuk semula perkhidmatan Awam? Dasar kemasukan terus ke gred kenaikan pangkat ... SANGAT TIDAK SETUJU. Untuk siapa ni. Orang-orang kanan menteri...Tangga gaji baru, INDAH, tapi bukan untuk orang-orang lama..ia untuk orang-orang baru menikmatinya.

Pak Pandir (bukan nama sebenar) :  ke mana hilang jawatan guru cemerlang, pegawai cemerlang? wajarkah kemasukkan pegawai sektor swasta atau yang dianggap terkemuka menjawat jawatan kumpulan premier yang tidak mempunyai kelayakan iktisas seperti guru? wajarkah KPPM pada tahun-tahun akan datang adalah seorang CEO GLC atau Kerajaan negeri yang tidak ada kelulusan iktisas keguruan? adakah para penggubal dasar ini memikirkan kesannya kepada pendidikan anak bangsa? Siapa sebenarnya yang untung dan rugi berpanjangan dengan pelaksanaan dasar kemasukan seperti itu? 

MAKLUMAT LANJUT BERKENAAN CUEPACS VS SBPA     SILA KLIK SINI

Windi's note:    Anda bagaimana?

No comments:

Related Posts with Thumbnails