CHECK IT OUT!

Friday, September 3, 2010

Coretan Pra Raya.

Pejam celik tak sedar bulan syawal hampir menjelang tiba. Ada lebih kurang 7 hari lagi sebelum hari raya Aidilfitri. Tahun ini kami 4 beranak sempat menempah baju raya. Tidak seperti tahun lalu, dek terlalu sibuk dengan kursus pendidikan, dekat2 nak raya baru ingat nak cari baju. Akhirnya semua baju raya kami baju ready made. Bolehlah tu..

Tahun ini saya tidaklah sesibuk tahun lalu. Cuma menguruskan murid2 tahun 6 yang bakal mendudukan peperiksaan upsr. Suami pula sibuk dengan 'renovation' rumah yang baru kami beli di Taman Desa. Harap2 tahun depan bolehlah kami menghirup udara Taman Desa pula. Sudah 8 tahun tinggal di flat guru, rasa jenuh pula. Bukan pasal tak selesa..kat  flat ni selesa sangat sebab ruang tamu luas, 3 bilik luas dan dapur yang muat2 semua perkakas dapur. Dekat dengan sekolah suami pulak tu. Jimat minyak kereta. Kalau ada masalah, dia pun senang nak 'pecut' balik rumah. We'll miss this house...huhuhu.

Tapi, bak kata bapa Jennifer Lopez, sekecil mana pun rumah, jika ianya kepunyaan kita sendiri, ianya lebih bererti dan meningkatkan keyakinan keluarga. Katanya lagi, "After buying the house, we can feel the sense of belonging". Walaupun rumah pertama diorang ciput je..Kata Jennifer Lopez pula "kami sangat bangga dengan rumah kecil kami yang mempunyai 3 bilik kerana ia kepunyaan kami dan hasil kerja keras ibubapa kami". Itulah yang kami mahu anak2 kami rasakan. The sense of belonging seperti apa yang pernah saya rasai ketika kecil dulu tatkala bapa membawa kami berpindah ke rumah sendiri.

Berbalik kisah Hari Raya, tahun ini kami sekeluarga akan beraya di kampung suami yang terletak nun jauh di utara Sabah. Raya ketiga barulah kami balik ke rumah ibu bapa saya di Kota Belud. Semenjak nikah 8 tahun yang lalu inilah amalan kami. Bergilir2. Tapi malangnya tahun ini selepas raya ketiga (Ahad) esoknya saya kena datang kerja lah pulak! Sekolah kami tak ambik cutilah..alasannya UPSR dah dekat. Lebih baik mengajar daripada dok meratah biskut di rumah..Hemmm..Yang menurut perintahlah katakan..terpaksalah patuh.

Selain itu bapa dan emak mengajak kami untuk mengadakan rumah terbuka di Kampung Dudar (kampung sebelah emak) sebab rumah baru keluarga kami di kampung ini  baru siap. Tak sabar rasanya mengimbas kenangan zaman Edo kami.. Bestnya!

Akhir sekali, bagi menamatkan entry yang panjang lebar ini, Saya mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA BLOGGER DI MALAYSIA .. MAAFKAN SEGALA KETERLANJURAN BICARA YANG MUNGKIN SECARA TAK SENGAJA TELAH TERTAIP DI BLOG INI. Wassalam.

7 comments:

dayangredzuan said...

selamat hari raya kak windi...memohon seribu kemaafan... :)

Kak Imun said...

Selamat Hari Raya juga buat Windi sekeluarga.....!

windi said...

trimas! selamat hari raya juga buat korang semua.

Rafi Harumin said...

Rezeki yang mencurah curah kan.. Alhamdulillah.

Salam aidilfitri, mohon maaf segala kesilapan yang ada. semoga gembira sekeluar dalam keberkatan ALLAH. Ameen Ya Rabb..

windi said...

insyallah ashrafi..thanks

azieazah said...

Salam kenal WINDI.

wah seronoknya persiapan raya.

I like your blog, sebab ada rose merah yang sungguh menggoda. Hehehehe

sekamar rindu said...

salam.

selamat hari raya....maaf zahir dan batin..

kampung Dudur? di mana tu?

Related Posts with Thumbnails