(Ditaip dalam laptop. Baru berkesempatan upload d ntenet)
6 January 2010, 2.35 petang. Kami baru habis taklimat kurikulum. Guru besar yang menyampaikan taklimat dan amanat. Berita baik, sekolah kami terpilih dalam kategori sekolah anjakan sarjana .
(terhenti seketika. Murid tahun 1 yang menjalani transisi di bawa melawat bilik BOSS atau bilik buku teks. Saya memberikan sedikit taklimat. Ecad tiba-tiba mencelah,” hari-hari saya tengok ni bilik”. Cikgunya menjawab, “Bah. Tidak payahla kamu ikut masuk. Sana kamu belakang” Seorang murid iras Pakistan bertanya “cikgu jual ka ni?” ada pula yang bertanya “cikgu rumah siapa sana tu?” sambil menunjuk ke luar sekolah.)
Berbalik kepada kisah anjakan sarjana, sekolah kami berjaya mendapat 53.3% kelulusan UPSR pada tahun ini. Jauh lebih baik berbanding 33% pada 2 tahun yang lalu walaupun sebenarnya kami pernah mencapai 70% ke atas sebelum ini. Berita buruknya, seperti biasa GB mengingatkan kami tentang headcount, pemantauan, kertas kerja, program peningkatan prestasi, perasa, KAIZEN, Excel class, Fail-fail dan juga pesanan, kalau tak suka pentadbirannya dipersilakan isi borang pindah. Memang bersungguh-sungguh dan tiada ruang untuk si pemalas dan si suka bertangguh lah nampaknya. Pemalas mungkin bukan perkataan yang sesuai untuk saya tapi sikap bertangguh mungkin ada tempiasnya.
Sekolah kami menerima seorang guru PK1 yang baru menggantikan cikgu Amliah yang berkelana ke sekolah lain. Muda lagi guru ini. Kalau tak silap baru 31 tahun..saya pun belum berkesempatan berbual dengannya secara peribadi. Dia sebenarnya agak culture shock di sekolah ini. Biasalah orang baru. Nanti-nanti oklah tu. 8 tahun yang lalu ketika saya baru pindah ke sini, saya pun terkena kejutan budaya juga. Ketika itu GB nya orang lain. Tapi persamaannya dengan GB sekarang, kedua-duanya amat tegas dan bercita-cita tinggi juga amat popular di kalangan GB-GB di Kota Belud.
Mungkin kerana itu murid-murid keluaran sekolah kami selalu menonjol bila naik ke tingkatan satu. Menurut maklum balas yang kami terima, mereka sangat berdisiplin, pandai bergaul, bersopan santun, berpenampilan kemas dan rajin belajar. Mungkin kerana asuhan yang diterima di rumah beserta amalan dan latihan di sekolah mempengaruhi pembawaan mereka hingga ke sekolah menengah. Kami Cuma mampu tumpang bangga kerana sejauh mana mereka maju kehadapan, ke luar Negara, jadi guru, terbang di awan biru, menjawat jawatan besar, kisah mereka bermula di sekolah papan ini, dengan guru-guru yang melatih mereka memegang pensil, mengajar mereka mengesat hingus yang meleleh, mengenal ABC, nombor , asas menulis, asas mengira, mengajar mereka tentang kasih sayang, disiplin dan sopan santun.
Sememangnya, Guru ialah pejuang yang tidak dikenali kecuali oleh murid2nya.. Tiada apa yang saya harapkan selain daripada kejayaan murid-murid dan secebis senyuman bila bersua. Kejayaan guru adalah kejayaan murid-murid.
Jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment