CHECK IT OUT!

Friday, January 22, 2010

Jalan2 cari makan

Lama sudah tidak pijak KK..lebih tepat, 1Borneo, paling tepat tengok wayang. Setelah 5 tahun berulang alik ke KK setiap minggu (kuliah), saya dan suami memutuskan untuk mencuba dunia baru..menikmati hujung minggu di rumah, mengemas, melipat kain, membasuh, masak sedap2 n paling penting 'save' bajet.

2010 ini, kami belum lagi menjejakkan kaki ke KK. We did it! Semua rancangan berjalan lancar..tapi ada kisah di sebaliknya. Kalau sudah rutin, memang susah membiasakan diri dengan situasi baru. Kami sangat gembira kerana berjaya menamatkan pengajian namun rutin perjalanan itu masih menghantui kami. Setiap minggu anak-anak akan bertanya, "mama, babah, bila kita pergi KK?" Yasmin (my 4 years old daughter) sesekali meluahkan perasaan pada abangnya 'Bang, lama sudah kita tidak tengok wayang kan..." Bangun saja dari tidur, Ecad (my son) kadang2 termenung..rupanya membayangkan keseronokan berlari-lari di 1Borneo.

Dek kerana kasihan dengan mereka ( dan diri sendiri..hehe) maka rancangannya esok kami akan membawa anak2 ke tempat yg mereka sukai. Lagipun Leno Tuaran telefon saya kelmarin. Sandal yang saya order sudah sampai. modern Granite pun telefon juga suruh sain SESB agreement. Bah, OKlah tu..kira bermanfaat juga perjalanan kami..walaupun esok bukan 25 Januari....

Wednesday, January 20, 2010

Tolong menolong amalan mulia.

Sebentar tadi bapa2 penghuni flat berjaya mengeluarkan tayar kereta cikgu Jamaliah dari parit flat. Mula2 terkial2 juga beberapa org yang kurang mahir. Masuk jek, tarik, pusing, tapi perkembangan cuma sedikit. Tayar bergerak beberapa inci saja. Kemudian datang cikgu Sufian dan cikgu Dahlan. Drg ni selalu tukang2 keta. Lepas drg takeover, sekejap jak dah selesai...Moral of the story, klu org bertukang2, rajin2la observe..belajar2..kan kan kan..jgn ingat main takraw jak.....hehe.

Friday, January 15, 2010

day 3 in school

(Ditaip dalam laptop. Baru berkesempatan upload d ntenet)

6 January 2010, 2.35 petang. Kami baru habis taklimat kurikulum. Guru besar yang menyampaikan taklimat dan amanat. Berita baik, sekolah kami terpilih dalam kategori sekolah anjakan sarjana .

(terhenti seketika. Murid tahun 1 yang menjalani transisi di bawa melawat bilik BOSS atau bilik buku teks. Saya memberikan sedikit taklimat. Ecad tiba-tiba mencelah,” hari-hari saya tengok ni bilik”. Cikgunya menjawab, “Bah. Tidak payahla kamu ikut masuk. Sana kamu belakang” Seorang murid iras Pakistan bertanya “cikgu jual ka ni?” ada pula yang bertanya “cikgu rumah siapa sana tu?” sambil menunjuk ke luar sekolah.)

Berbalik kepada kisah anjakan sarjana, sekolah kami berjaya mendapat 53.3% kelulusan UPSR pada tahun ini. Jauh lebih baik berbanding 33% pada 2 tahun yang lalu walaupun sebenarnya kami pernah mencapai 70% ke atas sebelum ini. Berita buruknya, seperti biasa GB mengingatkan kami tentang headcount, pemantauan, kertas kerja, program peningkatan prestasi, perasa, KAIZEN, Excel class, Fail-fail dan juga pesanan, kalau tak suka pentadbirannya dipersilakan isi borang pindah. Memang bersungguh-sungguh dan tiada ruang untuk si pemalas dan si suka bertangguh lah nampaknya. Pemalas mungkin bukan perkataan yang sesuai untuk saya tapi sikap bertangguh mungkin ada tempiasnya.

Sekolah kami menerima seorang guru PK1 yang baru menggantikan cikgu Amliah yang berkelana ke sekolah lain. Muda lagi guru ini. Kalau tak silap baru 31 tahun..saya pun belum berkesempatan berbual dengannya secara peribadi. Dia sebenarnya agak culture shock di sekolah ini. Biasalah orang baru. Nanti-nanti oklah tu. 8 tahun yang lalu ketika saya baru pindah ke sini, saya pun terkena kejutan budaya juga. Ketika itu GB nya orang lain. Tapi persamaannya dengan GB sekarang, kedua-duanya amat tegas dan bercita-cita tinggi juga amat popular di kalangan GB-GB di Kota Belud.

Mungkin kerana itu murid-murid keluaran sekolah kami selalu menonjol bila naik ke tingkatan satu. Menurut maklum balas yang kami terima, mereka sangat berdisiplin, pandai bergaul, bersopan santun, berpenampilan kemas dan rajin belajar. Mungkin kerana asuhan yang diterima di rumah beserta amalan dan latihan di sekolah mempengaruhi pembawaan mereka hingga ke sekolah menengah. Kami Cuma mampu tumpang bangga kerana sejauh mana mereka maju kehadapan, ke luar Negara, jadi guru, terbang di awan biru, menjawat jawatan besar, kisah mereka bermula di sekolah papan ini, dengan guru-guru yang melatih mereka memegang pensil, mengajar mereka mengesat hingus yang meleleh, mengenal ABC, nombor , asas menulis, asas mengira, mengajar mereka tentang kasih sayang, disiplin dan sopan santun.

Sememangnya, Guru ialah pejuang yang tidak dikenali kecuali oleh murid2nya.. Tiada apa yang saya harapkan selain daripada kejayaan murid-murid dan secebis senyuman bila bersua. Kejayaan guru adalah kejayaan murid-murid.

Jumpa lagi.

ECAD


(Taip di laptop. Baru berkesempatan upload)

4 JANUARY 2010 jam 3.01 petang. Saya masih tercatuk di sekolah, menunggu Ecad keluar dari kelas. 5.50 pm merupakan detik yang ditunggu-tunggu. Walaupun ramai yang simpati dengan saya yang menunggu sampai petang namun saya tetap menghadiahi mereka dengan senyuman. Bagi saya ini tidak seberapa. Ianya jauh lebih mudah berbanding pengalaman menjalani praktikum di SMK TG pada tahun lalu.

Pada masa itu, saya bertugas pagi di sekolah manakala tengahari saya bergegas ke SMK TG. Manakala setiap hari Isnin dan Rabu saya akan bergegas juga ke SMK TG pada jam 9.40 pagi dan selepas tamat kelas (Subjek Ekonomi) di SMK TG saya akan bergegas semula ke sekolah. Selepas habis waktu sekolah saya akan bergegas lagi ke SMK TG. Kebetulan pula ayah saya sakit dan ditahan di wad. Maka langkah saya lebih panjang. Selepas tamat waktu persekolahan di SMK TG, saya akan bergegas pula ke hospital. Sehingga jam 8.30 mlm barulah saya sampai ke rumah. Sehinggalah ayah saya dibenarkan keluar wad maka awallah saya sampai ke rumah. Lebih kurang jam 6.00 pm. Maka, pengalaman pada hari ini tidak ada apa-apa bagi saya…

Berbalik kepada kisah Ecad (anak lelaki sulung saya), pada tahun ini dia menginjak ke tahun 1. (Ecad tetiba muncul minta duit untuk ke kantin) Sayu hati saya melihat dia berbaju sekolah dan melangkah masuk ke kelas. Anak yang saya kandung 9 bulan 10 hari itu kini sudah memasuki alam persekolahan. Begitu rupanya perasaan ibubapa menghantar anak ke sekolah pada hari pertama. Selama ini saya mendengar dari mulut orang namun pada hari ini saya merasai sendiri pengalaman itu.

Oleh kerana Ecad memiliki susuk tubuh yang tinggi dan besar maka menjadi masalah kepada kami untuk mencari seluar yang padan. Dengan berbekalkan keterujaan memikirkan anak sulung kami akan melangkah ke tahun 1, suami saya membawa Ecad ke kedai jahit kebiasaannya iaitu Armani Vs bla bla.. yang terletak di centre point KK. Dia menempah 2 pasang seluar sekolah untuk Ecad yg nilainya tidak berbeza langsung dengan seluar orang dewasa. Teruja punya pasal, mahal pun mahallah.

Berbalik kisah di sekolah. Ramai ibubapa yang menghantar anak-anak ke tahun 1. Seperti biasa, tangisan berkumandang di beberapa sudut dan suara ibubapa memujuk bertebaran di atmosfera sekolah. Ada yang menjanjikan gula-gula, ada yang menjanjikan hadiah, ada yang turut sama tersedu dan tidak kurang juga yang berkasar. Itu pemandangan biasa di hari pertama persekolahan. Itu lah rempah ratusnya. Nasib baik Ecad mendapat pendidikan pra sekolahnya di sini juga. Maka sekolah ini sudah jadi rumah keduanya. Tidak ada apa yang menakutkan dia malah begitu teruja melihat rakan-rakan Pra sekolahnya yang lain.

Semasa mereka berbaris di dewan untuk menerima kad nama masing-masing, saya terharu melihat dia berdiri di dalam barisan. Segak sungguh dia. Patutlah ada pepatah mengatakan, bagi seorang ibu atau ayah, anaknya merupakan kanak-kanak terbaik dan tercantik di dunia. (Blackoutlah pulak! Panas nye..) Begitu juga saya. Biarpun Ecad agak agresif pada luarannya namun jauh di sudut hati, saya tahu dia berbakat dan memerlukan kami untuk memandu arahnya kearah yang betul.

Berbalik kepada kisah mereka berbaris sebentar tadi, seorang bapa berbual dengan makcik pekerja am (pembersihan) sekolah kami. Dia memberitahu pekerja am itu bahawa dia ingin menunggu anaknya sampai pulang pada hari ini kerana risau anaknya akan menangis. (Cikgu Jumat pula datang bertanyakan buku teks matematik tahun 2..oh idea..jangan terbang ah..) Dengan ketawa tertahan-tahan makcik itu menjawab “Saya rasa anak kamu ok saja tadi. Tapi rasanya kamu yang menangis mengingatkan dia..” Bapa pelajar tahun 1 itu tersipu-sipu lalu berlalu. Mahu saja saya terlepas ketawa kerana gelihati. Saya juga menyedari betapa sayu dan sugulnya wajah si bapa melihat anaknya berbaris masuk ke kelas. Mungkin pengalaman pertama. Seperti saya juga.

Sekarang jam 3.56 pm. (Eh..Elektrik dah on balik..nyamannya ditiup kipas). Ecad dan kawan-kawannya masih di dalam kelas. Bersipongang suara guru-guru mengajar murid di kelas masing-masing. Semoga anak-anak ini akan menjadi insan terbilang bila mereka dewasa kelak. Insyallah…

Saturday, January 2, 2010

Happy new year..2010

Tahun Baru menjelma sudah..2010. 10 tahun yang lalu I have nothing..baru posting, naif, bujang n pokai..Today, is much different..2 kids, husband, some money n gain a lot of weight..how time fly so fast. Its been 1  year since  I  wrote my 1st entry in this blog. Thanks to The Almighty God for giving me the chance to keep breathing everyday..

I keep my azam 2010 and belated new year hijrah for myself. Hope to achieve it this year..Amin.
Related Posts with Thumbnails