IRSYAD ILHAM BIN ASRIE (6 TAHUN)
YASMIN SYAMINI BINTI ASRIE (3 TAHUN)
Esok kehidupan akan berlangsung seperti 2 minggu yang lalu. Cuti 2 minggu akhirnya berlalu jua dan esok semua guru di seluruh negara akan mula bertugas. Begitu juga murid2 sekolah akan mula menjalani rutin bangun pagi, gosok baju, berus kasut, naik bas, menelaah pelajaran dan macam2 lagi. Guru juga akan mula membuka buku rancangan mengajar,mencari sisa2 pen yang bertempiaran semasa cuti, membuka takwim sekolah dan memikirkan strategi2 pengajaran yang seterusnya.
Ibu bapa juga akan sibuk semula menghantar dan mengambil anak dari sekolah. Teringat pula kakak sulung saya. Selepas ini bermulalah rutinnya setiap pagi menghantar anak ke sekolah, tengahari mengambil anak dan menghantar anak sidang petang ke sekolah. Petangnya turun lagi mengambil anak yang belajar di sidang petang. Walau pun suri rumah takkan terlepas dari kesibukan. Masa cuti sekolah ni dia pun tumpang rileks berlenggang ke Melawa ( Rumah kedua mereka yang terletak berhampiran tempat kerja suami). Biasanya suaminya yang berulangalik KB-KK kalau tak ada overtime.
Seperti yang saya pernah tulis sebelum ini, sekolah akan mula bersipongang dengan suara guru2 dan murid2 begitu juga bunyi enjin kenderaan lalu lalang di hadapan sekolah. Meriahlah sekolah2 Malaysia...
Saya teringat pada hari2 awal cuti, suami terlentang di atas kusyen dengan santainya dan berkata "sioknya cuti...tak payah kelam kabut urus itu ini" Tiba2 anak kami yang belajar di Pra sekolah menyampuk "Sioknya cuti..Tidak payah hari2 buat kerja sekolah" dan tanpa dijangka anak kami yang bongsu (3 tahun) manyampuk juga "Ya kan bang (merujuk abangnya di Pra sekolah), sioknya cuti...tidak payah pergi nursery.." Kami bertiga serentak tertawa mendengar kata2nya yang spontan dan serius itu..Dia terpinga2 melihat gelagat kami.
Sekarang ini dia tengah bersedih mengingat hari esok kerana ayahnya telah memberitahu bahawa esok dia akan dihantar ke nursery semula. Alasan dia tidak suka dihantar ke nursery:
a) TV di nursery kecil dan tak ada cartoon network. "Balik2 TV1 saja..yang kakak (pengasuh) suka saja" katanya.
b) Kakak pengasuh balik2 suruh tidur.
c) Mangkuk nasi terlalu kecil. "Mangkuk sana kecil jak mama..besar lagi piring di rumah kita" katanya.
d) Makanan tak sedap. "Balik2 kami makan nasi sama sup ikan saja mama" Bukannya apa, di rumah ada sup sayur, fishball, nugget dan bila2 mereka request masak itu ini, saya akan tunaikan jika sempat. Kalau di nursery takkan mereka bagi makan benda2 mahal (Seperti nugget, udang atau ayam sentiasa). Tak pulang balik modal pula nanti. Saya tak kisah menu mereka asalkan bersih, halal dan berkhasiat.
e) Tilam tak empuk. ha ha ha....

3 comments:
Hai cikgu Windi...
Maklumlah waktu mau buka sekolah ni
macam-macam kesibukan..mau pun cikgu ni..itu pastikan..
Selamat berkerjaya..
Icad bilang bestnya cuti sebab tak payah buat kerja rumah, si Yasmin pula maknan tak sedap dan asyik di suruh tidur. Salah seorang anak buah saya pun pernah mengeluh bila diorang asyik disuruh tidur saja walhal budak2 tu tengah seronok tengok kartun. Lawak sungguh bila selama ini diorang cuma berdiam diri saja tapi bila isu sudah berbangkit maka keluarlah segala macam komen yang benar2 menggelikan hati.
he he..rupanya nursery lain pun balik2 suruh tidur kan...patutlah ada nursery yang kedapatan kasi minum budak ubat tidur.
Post a Comment