CHECK IT OUT!

Tuesday, June 9, 2009

WAJIB LULUS BI SPM

CYBERJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju supaya Bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran wajib untuk lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


Katanya, idea itu boleh memberi nilai tambah kepada masa depan pelajar terbabit khususnya untuk bersaing dalam dunia pekerjaan dalam era globalisasi.


Bagaimanapun, beliau berharap Kementerian Pelajaran akan mendapatkan pandangan daripada orang ramai khususnya ibu bapa terlebih dulu sebelum melaksanakannya kerana ia menyentuh masa depan anak mereka.


“Sebenarnya keputusan sama ada cadangan itu boleh dilaksanakan atau tidak bergantung kepada ibu bapa dan bukannya kerajaan kerana ia membabitkan masa depan anak mereka,” katanya.


Windi’s note: Kalau kerajaan boleh melaksanakan PPSMI tanpa mengambil kira pandangan ibubapa, masyarakat dan guru-guru begitu juga cerdik pandai dan tokoh pendidikan terkemuka (ramai menentang tapi tetap diteruskan) mengapa pula kerajaan ragu2 untuk mewajibkan lulus BI ?


Sekurang-kurangnya bila BI diwajibkan lulus, guru2 dan pelajar akan bersunguh2 belajar Bahasa Inggeris (by hook or by crook).


Sekurang2nya tenaga dan fokus guru-guru BI adalah kepada BI dan tidak bercelaru lagi dengan Program Rakan Taulan (Membimbing rakan sekerja belajar BI agar mereka fasih berbahasa BI dan mampu mengajar ETEMS dengan sempurna).


Program Rakan Taulan ini sangat murni tujuannya tapi akhirnya guru BI juga yang menghadapi isu “burn out”. Nak pandaikan rakan satu hal, murid lagi… Alih2 bila guru BI mengadu letih, Elaun BISP juga disebut2…diungkit2…Jangan makan gaji butalah…nanti elaun ditarik lah..buat malu sekolah lah… Duit tak berkatlah…SKT statiklah…Deploymentlah…Rekod perkhidmatan black listlah…urgghh…!!


Sebenarnya guru2 PPSMI pun tekanan juga. Terutama bagi mereka yang tidak mahir berbahasa Inggeris (limited user) di mana Bahasa Malaysia sudah sebati dalam diri mereka sebagai bahasa perantaraan untuk mengajar Sains atau Matematik. Mereka sudah masak dan mahir untuk memilih laras bahasa yang sesuai dan ‘ngam’ di hati pelajar. Tiba-tiba mereka terpaksa mengubah dunia mereka kepada penggunaan Bahasa asing. Sudahlah tidak mahir untuk diri sendiri, terpaksa pula bergelut di kelas. Tidak hairanlah bila tercipta ayat "are you finished? May I pass away? disturb2 the water, ten push tree same with seven, look face letter, kabag (cabbage), I very angry, what you thing? and etc....."


Semasa PPSMI diuar2kan pada tahun 2002, saya pernah terfikir..kenapa tidak wajibkan saja lulus BI peringkat SPM? Dengan itu pelajar akan bersungguh2 belajar BI, membeli kamus sendiri dan menggunakan apa saja sumber yang ada asalkan lulus BI. Kenapa kita harus memakan ubat selesema walhal kita sebenarnya mengalami cirit birit?


Selain itu masa pengajaran dan pembelajaran BI haruslah di tambah begitu juga wajibkan subjek kesusasteraan Inggeris. Wajibkan setiap pelajar menyertai English Club dan wajibkan mereka mengikuti sekurang-kurangnya dua pertandingan dalam setahun semasa English week. Banyak pertandingan yang boleh diikuti seperti Story telling, News reading competition, Quizzes, Debate, singing dan banyak lagi.


Jumlah pengambilan pelajar IPG untuk TESL juga harus ditambah. Antara alasan popular pihak sekolah ataupun jabatan pelajaran berkenaan kelemahan prestasi BI pelajar ialah kekurangan guru terlatih BI terutama sekolah luar bandar. Alasan ini ada benarnya kerana sepanjang 10 tahun saya dalam bidang perguruan dan selalu mengikuti kursus berkaitan BI anjuran sekolah atau pejabat, selama itu juga lah selalu terdengar keluh kesah guru yang hadir "saya ajar BI di sekolah tapi saya ni bidan terjun saja. Sekolah kami dari dulu lagi tidak pernah ada guru opsyen BI" semasa kursus BI, guru bidan terjun BI biasanya lebih ramai daripada guru terlatih BI.


Semoga Menteri Pendidikan kita yang baru ini mampu merungkaikan isu PPSMI yang membelenggu sistem pendidikan di negara kita ini. Saya faham beliau sedang mencari kaedah terbaik untuk menyelesaikan isu ini dan membuka pintu perbincangan seluas2nya kepada sesiapa sahaja yang berminat. Tahniah Tan Sri !


Saya cuma memberi pendapat mengikut logik akal dan pengalaman sebagai seorang pendidik dan pelaksana dasar kerajaan berkaitan bidang pelajaran. Kamilah yang setiap hari bergelut dan bergelumang dengan pelajar dan setiap hari berhadapan dengan isu2 yang timbul.


Orang mungkin beranggapan saya tidak patriotik kerana tidak menyokong dasar kerajaan (berkenaan PPSMI). Saya sangat cintakan negara Malaysia (semasa bersekolah menengah saya mempunyai puluhan koleksi gambar menteri2 yang saya kagumi seperti Tun Dr Mahathir dan DSAI) namun selepas 7 tahun PPSMI dilaksanakan saya tidak boleh memujuk hati dan membohongi diri ini bahawa PPSMI inilah kaedah terbaik untuk meningkatkan prestasi BI pelajar. Saya juga tidak mengatakan PPSMI ini tidak mempengaruhi langsung peningkatan kebolehan BI pelajar. Ada juga sesetengah golongan yang selesa dengan PPSMI. Namun saya percaya terdapat ruang dan jalan lain untuk pelaksanaan yang lebih mantap, menyeluruh dan paling penting dapat mencapai sasaran.

No comments:

Related Posts with Thumbnails