CHECK IT OUT!

Wednesday, June 10, 2009

Shukery Hashim meninggal dunia



Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat pelakon Shukery Hashim. Beliau telah disahkan meninggal dunia kira-kira jam 1.15 tengah hari tadi akibat penyakit barah pankreas.

Shukery dilahirkan pada tahun 1954 dan merupakan anak jati Langkawi. Beliau mendapat pendidikan di merata tempat termasuk Sekolah St Michael, Alor Setar dan Sekolah Jalan Raja Muda yang dulunya dikenali dengan Princess Road School.

Walaupun mula berlakon pada 1984, arwah sebenarnya sudah terbabit dalam drama radio sejak 1975 di RTM. Allahyarham Shukery adalah salah seorang pelakon drama yang popular. Arwah selalu menunjukkan lakonannya yang hidup dan penuh penghayatan.

Sepanjang pembabitannya dalam dunia seni, Shukery sudah menerima tiga anugerah yang diiktiraf sebagai terbaik dalam industri seni di Malaysia iaitu Pelakon Terbaik di Anugerah Sri Angkasa pada 1990; Pelakon Drama TV Terbaik di Anugerah Sri Angkasa (1994) dan Pelakon TV Lelaki Popular 1994 (1995).

Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang beriman. Al-Fatihah.

Windi's note: Beliau merupakan antara pelakon yang sangat saya kagumi. Saya mengikuti perkembangan beliau sejak diumumkan menghidap barah pankreas tahap 4. Bila saya terbaca tahap 4 saya tahu yang dia tidak akan bertahan lama. Ini berdasarkan pengalaman melihat penderitaan pakcik saya yang menderita penyakit yang sama dan cuma mampu bertahan 1 bulan..Semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat keatas roh kedua mereka..Amin...

2 comments:

Anonymous said...

Kematian Shukery Hashim boleh menjadikan kita sentiasa mengingati mati.

Tahniah buat saudari kerana melanjutkan pelajaran, untuk memajukan bangsa kita, kita perlu ke hadapan

windi said...

Terima kasih dari Sabah...
Ya, tiada siapa yang akan mengubah nasib kita selain kita sendiri...selagi diizinkan tuhan...

Related Posts with Thumbnails