CHECK IT OUT!

Saturday, June 27, 2009

Perginya seorang teman....

Tanggal 25 june 2009, inbox message saya bertalu2 menerima mesej baru. Saya sangat risau kerana di kala itu seorang teman yang sangat saya sayangi sedang nazak di hospital queen menderita penyakit leukimia. Saya membuka mesej demi mesej yang diterima dan ternyata kerisauan saya menjadi kenyataan. Kak Lina Jalil telah meninggal dunia.....serta merta fikiran saya kosong, bingung dan wajah allahyarham bermain2 di mata. Dalam diam saya menyedekahkan al fatihah padanya..Tiada lagi air mata yang tumpah kerana segalanya sudah terluah semasa menerima berita nazaknya dia di hospital. Namun hati saya terasa begitu pedih...Saya hampir tidak bersemangat untuk melakukan semua perkara.

Allahyarham Kak Lina Jalil merupakan seorang teman yang saya kenali semasa belajar di UMS sejak tahun 2005. Dia seorang yang sangat periang, prihatin, ringan tulang, workaholic, kuat beribadat, penyayang dan selalu memberi nasihat kepada kami. Usianya masih muda untuk pergi....39 tahun. Namun tuhan lebih sayangkan dia...

Masih jelas diingatan saat2 pertama dia jatuh sakit. Ketika itu kami sedang menjamu selera di de bayu cafe. Semasa tengah makan arwah mengadu badannya sejuk. Sejuk sangat sampai bandannya terketar2. Kami naik risau kerana kesejukan yang dirasainya kelihatan luar biasa. Pandangannya mulai kabur pada masa itu. Tidak ada cara lain, arwah menelefon suaminya. Dia bergegas ke hospital dan setelah beberapa hari...Beliau di sahkan mengidap Leukimia.

Beberapa minggu sebelum itu, baru saya teringat, dia pernah juga mengadu sakit sendi2 sampaikan tangannya bengkak dan tidak mampu memandu. Kami menasihatinya untuk ke hospital pakar. Setelah beberapa minggu dia memberitahu kami bahawa doktor mengatakan dia mengalami penyakit "tambah darah tapi tidak pandai naik2".

Masih teringat kek keju buatan arwah yang lembut dan enak. Begitu juga biskut2nya yang membuka selera. Arwah kalau soal masak memasak memang handal. Begitu juga jahit menjahit. Dia memang istimewa dan sangat sukar untuk menemui insan seperti arwah Kak Lina. Ketika dalam proses rawatan kemoterapi dia masih sempat meluangkan masa mengikuti kuliah. Sedih saya melihat kepayahannya berjalan, menaiki tangga ke bilik kuliah dan ke surau yang terletak ditingkat atas. Semasa solat di surau dia sempat menunjukkan kepalanya yang telah dicukur licin dan beberapa anggota badannya yang lebam2 bahana rawatan kemoterapi.

Setelah bertarung dengan Leukimia selama setahun lebih akhirnya dia tewas juga..lambaian terakhirnya menjadi kenangan abadi kami semua...Semasa peperiksaan akhir pada hujung Mei 2009, dia memaksa diri mengambil peperiksaan di dalam dewan yang teramat sejuk. Terketar2 dia menahan sejuk dengan tubuhnya yang kurus melidi dek melawan penyakit. Penutup hidung dan mulut yang dipakainya tidak mampu menghalangnya dari terkena jangkitan penyakit. Doktor sudah berpesan agar Arwah Kak Lina tidak terdedah kepada khalayak untuk mencegah jangkitan. Namun takdir menentukan dia terkena juga jangkitan chicken pox yang membuatkan kondisi kesihatannya bertambah teruk. Dan..lambaian selamat tinggalnya kepada kami pada petang 27 mei 2009 itu (kami sudah habis paper tapi dia dan Aziah masih ada satu paper lagi) merupakan pertemuan kami yang terakhir..Semoga Rohnya di tempatkan bersama orang2 yang beriman..Amiiin....


4 comments:

NONG said...

Takziah untuk keluarga teman mu.
Sesungguhnya semua yang hidup ini pasti akan pergi cuma saja waktunya berbeza..

Anonymous said...

Aku paling tak boleh baca post macam ni...sayu hati ku dan nafas jadi sesak....tausug

Anonymous said...

Aku paling tak boleh baca post macam ni...sayu hati ku dan nafas jadi sesak....tausug

windi said...

ya...aku yg menulis pun sedih

Related Posts with Thumbnails