CHECK IT OUT!

Sunday, June 21, 2009

Catatan Praktikum

(15 Jun 2009 - catatan hari pertama - dah lama taip tapi tidak terpublished)

Hari ini saya memulakan hari pertama praktikum di SMK Taun Gusi Kota Belud.

Beberapa langkah sebelum mencapai kaki lima bangunan sekolah, saya terbayang2 kenangan semasa mengajar di sekolah ini 12 tahun yang lepas...Betapa cepat masa berlalu. Hari terakhir saya mengucapkan selamat tinggal kepada sekolah ini (melanjutkan pelajaran ke maktab), saya berusia 21 tahun, bujang, slim and slender dan naif. Kini saya kembali ke sekolah ini untuk praktikum 3 bulan dalam situasi berbeza. 33 tahun, berkahwin dengan 2 cahayamata, 3G (ha ha ha) dan sudah 9 tahun bergelar guru.

Sesampainya saya di sekolah ini, saya melihat kelibat guru2 lama yang pernah menjadi 'geng karas' saya 12 tahun yang lampau. Syukurlah...Mereka masih seperti dulu. Peramah, kuat bergurau malah masih manis dan tampan seperti dahulu. Mereka seperti tak dimakan usia. Mungkin benar kata kakak saya, Ramai guru lambat tua sebab tugas sebagai guru yang setiap hari berhadapan dengan remaja 13-19 tahun menyebabkan jiwa mereka sentiasa muda. Mungkin benar...semasa berborak dengan kawan lama, mereka memberi amaran "jangan harap budak2 sekarang sama seperti zaman dulu2. Budak sekarang lebih agresif, berani membantah dan harus ditangani dengan penuh kesabaran dan kebijaksanaan"

Saya masuk ke kelas pertama. Terkejut beruk saya melihat kesemua pelajar lelakinya buat tidak tahu saja kewujudan saya di dalam kelas. Ada yang menjerit2 memanggil kawan di blok sebelah, ada yang duduk berkumpulan membelakang saya, menjeling sambil tersenyum sinis. Yang perempuan buat2 termenung dan ada juga yang sedang leka berlawan cakap dengan pelajar lelaki. Saya menarik nafas dalam2 dan mengucapkan selamat petang. Eh..Cikgu pula yang beriya2..Takpalah..first impression count.

HARI KEDUA - 16/06/2009

Hari kedua saya masuk ke kelas yang sama. Kelmarin saya berjanji untuk memberikan kertas ujian ringkas bertajuk Apa itu imbangan duga. Itu sahaja. Saya meminta semua pelajar untuk duduk berasingan. Dengan susah payah saya memujuk mereka duduk berasingan. Seorang pelajar masih degil. Saya mengulangi arahan agar pelajar itu duduk berasingan. Tidak semena-mena dia melenting dan berkata "Kang lemiang kerusi eh lek ku!" Saya terpegun tidak terkata. Tidak sangka ada murid sekurang ajar itu! Paling mengejutkan, rakannya di dalam kelas bersorak sakan menyokong tindakannya...masyaallah..Apa sudah jadi dengan murid2 sekarang...saya hampir bertempik kerana marah dan kecewa namun saya tidak ingin merosakkan hari kedua saya dengan 'tempikan' ala2 Kungfu Hustle. Saya menggetap bibir menahan marah. Air mata saya hampir tumpah dek terlalu geram. Namun saya berjaya menstabilkan tahap adrenalin saya selepas beristighfar dalam hati berkali2..

Dua masa sebelum pulang, saya memasuki sebuah kelas khas yang mengambil pengkhususan bahasa Arab. Saya bersedia dari segi mental dan fizikal. Masuk saja ke kelas, mereka berdiri dan mengucapkan salam, membaca doa dan memberikan senyuman. Tidak ada lagi wajah2 ganas dengan rambut punk, seluar ketat dan terlondeh, kolar terangkat, butang terbuka dan jelingan sinis. Selepas berkomunikasi selama beberapa minit, rasa lega menyelubungi diri. Mereka terdiri dari pelajar terpilih dari segi sikap dan akhlak. Sejuk hati....Ada cahaya di hujung terowong...

5 comments:

abd naddin said...

Cikgu, saya turut simpati dan terkejut membaca pengalaman praktikum cikgu di SMK Taun Gusi itu.Saya rasa sedih kerana ada murid sebegitu. Saya lepasan SMK Taun Gusi dan kami adalah murid angkatan pertama yang menduduki bangunan sekolah itu ketika ia mula dibuka tahun 82.Saya dapat bayangkan perasaan cikgu, dan saya bersedih kerananya, kerana mereka itu tidak lain adalah kerabat kerabat kita sendiri.

windi said...

Ya..cabaran menjadi guru di zaman ini sudah jauh berubah berbanding dulu. Semakin canggih bahan bantu mengajar, begitu juga sikap murid semakin pelbagai.

semua ini menuntut kesabaran yang tinggi namun apa yang pasti pepatah orang dulu2 iaitu melentur buluh biar dari rebungnya sememangnya sangat bermakna.

Yun said...

Hai kak...mmg bdk2 skrg berbeza berbanding masa2 lalu...kalau time dulu-dulu mau berdiri time guru mengajar pun enda berani tp bdk2 skrg ditegur sedikit pun melawan. Begitu juga pelajar-pelajar di tempat saya praktikum kak terkejut saya melihat telatah mereka yang tidak pandai menghormati guru.Tp tidak semua la...segelintir ja hehehe.

Tp kelas yang sy ajar ni kira ok jua la..tp ada segelintirnya malas... disuruh salin nota enda mau...dipaksa-paksa pun enda mau dengar...dimarah diam sekejap ja lepas tu bising...hehe...serak suara dibuat oleh mereka.

Kaimun AL said...

Hola, Cikgu Windi. Memang ramai anak2 sekolah yang semakin nakal sekarang ni. Mungkin itu semua akibat dari kurang perhatian dari ibu bapa dan memberi peluang untuk mereka bergaul dengan budak2 yang agak brutal nakalnya. Peringkat alam remaja memang peringkat yang agak kritikal untuk mereka mengenal identiti mereka sendiri. Yang paling sering menghadapi situasi ini adalah guru2,lebih2 lagi peringkat menengah rendah. Saya dapat bayangkan kalau lah cikgu terhilang sabar agak2 adakah murid yang brutal tu 'terlemiang' ke dinding? Hehe..jangan marah ye, gurau jak.

windi said...

hI yUN..LONG time no see...waa..naik seraklah suara yun yang soft tu....kalau mengajar ni hari2 melaung dalam kelas..Anyway..thanks for ur comment.

To Kaimun AL, ya budak2 muda ni memang macam2 ragam. maklumlah baru mencari identiti sendiri. ada yang ikut2 kawan nakal supaya nampak hebat.

Related Posts with Thumbnails