CHECK IT OUT!

Thursday, March 5, 2009

AKIBAT BACA BERITA MAIN 'REDAH JEEE....'

Pembaca berita sebut 'kemaluan' ganti 'kacang'


ZAIN menyebut 'kemaluan lelaki dijual dalam pesawat' ketika membaca berita di stesen Cable News Network (CNN).



ATLANTA - Seorang pembaca berita wanita stesen televisyen Cable News Network (CNN), Zain Verjee mencetuskan kontroversi di Amerika Syarikat, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia mencetuskan kontroversi setelah membaca berita dengan menyatakan sebuah syarikat penerbangan kini menjual kemaluan lelaki dalam penerbangan.

Zain sepatutnya melaporkan syarikat penerbangan Northwest Airlines mula menjual kacang tetapi dia menyebut perkataan kemaluan lelaki sebanyak tiga kali.

Dalam bahasa Inggeris, Zain sepatutnya menyebut peanut yang bermaksud kacang tetapi dia sebaliknya menyatakan penis iaitu kemaluan lelaki.

"Northwest mula menyediakan perkhidmatan kemaluan lelaki dalam bulan ini ketika rakan gabungannya, Delta yang beribu pejabat di Atlanta sudah melakukannya sejak bertahun-tahun lalu.

"Georgia merupakan negara pengeluar kemaluan lelaki terbesar di negara ini," kata Zain. - Agensi

1 comment:

Anonymous said...

Mungkin tidak keterlaluan jika saya mengatakan bahawa reaksi kaum lelaki bila melihat berita tersebut ialah, tersengih, menundukkan kepala sambil menggeleng. Kaum wanita pula reaksi mereka ialah tersengih, rasa agak lucu sambil menutup mulut dengan kedua belah tangan. Agaknya la, hehe..

Related Posts with Thumbnails