CHECK IT OUT!
Monday, November 28, 2011
Wednesday, November 23, 2011
Hargai nikmat kesihatan
Dulu bila orang sebut 'patah tangan', saya terbayang tangan bersimen. Bila patah tangan, simenkan dia, tunggu sebulan..then...buka simen dan sembuh seperti sediakala. Begitulah hemat saya. Sehinggalah baru2 ini saya ditakdirkan tergelincir di bilik air, patah tangan kiri dan di simen hingga paras siku.
Hari pertama, tangan saya bengkak, sakit dan berdenyut2. Saya hampir2 tidak dapat melelapkan mata. Bayi saya (4 bulan) pula menangis lapar. Bagaimana saya hendak mendukung dan menyusukannya dengan tangan 'robocop' ini? Pelbagai kaedah dicuba. Akhirnya sukses juga. Itupun suami wajib ada untuk merealisasikan kaedah penyusuan bayi yang terkini dan terpaksa itu.
Esok lain lagi masalahnya. Nak mandi kena hati2..takut basah pula tangan robocop tu. Nak alih2 tangan bukan senang. Beratnya Mak Aihh..! Bersyampu? menyabun? gosok gigi? semuanya ala kadar je..orang kata ambik syarat. Semuanya dilakukan dengan tangan kanan..Terima Kasih tangan kananku...
Bersyukurlah saya kerana dikurniakan seorang suami yang sabar dan prihatin. Dialah yang membantu saya bersiap dari hujung rambut kehujung kaki. Bukannya pasal manja tapi saya tak mampu nak buat sendiri okey...Lebih2 lagi jika memakai baju kurung. Pernah sekali, saya cuba2 berdikari. Tak semena-mena lengan baju kiri tersangkut. Ikhtiar terakhir, terpaksalah saya koyakkan lengan baju kurung itu..Oh No! my favourite dress..huhuhu.
Cuci piring?potong sayur? dukung anak? ikat rambut? Semuanya tak boleh. Nasib baiklah biras saya sudi menghulurkan bantuan. Itupun saya tetap memasak kerana suami tak biasa air tangan orang lain. Dengan syarat bahan2nya telah disediakan lebih awal. Botol garam, serbuk perasa, gula, sos dan apa2 yang sewaktu dengannya harus di longgarkan terlebih dahulu agar 'robocop' tiruan ini mampu memasak sesedap mungkin.
Masa kerja? Setiap hari membawa beban 2 kilo membuatkan leher saya melecet. Saya masuk ke kelas dengan pen marker sahaja. Barang2 yang lain sudah saya dahulukan penerbangannya ke kelas dengan bantuan ketua kelas.Dalam tempoh sebulan setengah entah berapa orang murid yang telah terhantuk kepala di tangan ini terutamanya pelajar tahun satu dan juga anak dara sunti saya yang berumur 5 tahun.
Sebulan setengah barulah simen ini dibuka. Ngerinya melihat tangan digerudi. Macam dalam filem The Saw! Lagi ngeri bila simen terbuka, meruap bau masam tak terhingga..uweekk! Tangan saya pula kejur semacam. Sudahlah kejur, kotor, gatal, busuk, lemah dan sakit pulak tu. Doktor kata itu perkara biasa. Tidak terhenti setakat itu rawatan bersambung lagi dengan sesi FISIOTERAPI . Jika culas sesi ini, doktor kata saya akan jadi OKU selama2nya..oh Tidaaakkk!!
Sekarang ini saya masih ada satu lagi sesi fisioterapi yang harus dijalani. Syukurlah setakat ini proses rawatan menunjukkan hasilnya. Cuma yang pasti, tangan kiri ini tidak secantik kejadian asalnya. Alignmentnya kelihatan sedikit tersasar. Tapi SyukurAlhamdulillah tuhan masih mengizinkan saya memiliki kedua belah tangan. Pengalaman ini cukup mengajar saya untuk menghargai nikmat kesihatan yang tuhan berikan. Suami berpesan "ingat lima perkara, sebelum lima perkara" Aduhai!
![]() |
| Baru buka simen...see the dead cells? |
Sebulan setengah barulah simen ini dibuka. Ngerinya melihat tangan digerudi. Macam dalam filem The Saw! Lagi ngeri bila simen terbuka, meruap bau masam tak terhingga..uweekk! Tangan saya pula kejur semacam. Sudahlah kejur, kotor, gatal, busuk, lemah dan sakit pulak tu. Doktor kata itu perkara biasa. Tidak terhenti setakat itu rawatan bersambung lagi dengan sesi FISIOTERAPI . Jika culas sesi ini, doktor kata saya akan jadi OKU selama2nya..oh Tidaaakkk!!
Sekarang ini saya masih ada satu lagi sesi fisioterapi yang harus dijalani. Syukurlah setakat ini proses rawatan menunjukkan hasilnya. Cuma yang pasti, tangan kiri ini tidak secantik kejadian asalnya. Alignmentnya kelihatan sedikit tersasar. Tapi SyukurAlhamdulillah tuhan masih mengizinkan saya memiliki kedua belah tangan. Pengalaman ini cukup mengajar saya untuk menghargai nikmat kesihatan yang tuhan berikan. Suami berpesan "ingat lima perkara, sebelum lima perkara" Aduhai!
Labels:
coretanku
Monday, November 21, 2011
KEPUTUSAN AKHIR BOLA SEPAK SUKAN SEA 2011
Malaysia menyamakan kedudukan menerusi tandukan Asrarudin Putra pada minit ke-35 pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA yang sedang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta. Terdahulu, Indonesia mendahului 1-0 menerusi tandukan hasil sepakan sudut pada minit kelima.
Penentu kemenangan : SEPAKAN PENALTI yang nyata menunjukkan kehebatan Khairul Fahmi Che Mat untuk kesekian kalinya.
KEPUTUSAN AKHIR :
MALAYSIA (5 GOL) INDONESIA (4 GOL)
Penentu kemenangan : SEPAKAN PENALTI yang nyata menunjukkan kehebatan Khairul Fahmi Che Mat untuk kesekian kalinya.
TAHNIAH MALAYSIA!!
Labels:
sukan
Thursday, November 3, 2011
Monday, October 31, 2011
Pengalaman bersalin
Hampir setahun saya tidak aktif menulis...mood itu hilang sejurus hamil anak ketiga pada bulan september tahun lalu. Selepas selamat bersalin mood itu membadai semula namun masa dan tenaga pula yang kurang mengizinkan. Hari ini saya melegakan badai dengan menulis catatan berkenaan cinta hatiku yang baru lahir ke dunia...Aleesya Dania.
| ALEESYA DANIA. Berusia 30 hari ketika gambar ini di ambil. |
SEBELUM BERSALIN
Saya dijangka bersalin pada 17 Mei 2011. Sampai tarikh itu tanda kelahiran belum juga muncul. Doktor memberi tempoh sehingga 26 Mei 2011 dan sekiranya tidak bersalin juga doktor akan memasukkan ubat untuk mencetuskan kontraksi kelahiran. Saya tahu sakitnya kontraksi paksa itu berdasarkan pengalaman anak pertama. Saya dan suami tidak putus2 berdoa agar anak kami lahir sebelum 26 Mei.
Tanggal 25 Mei, saya bangun pagi dengan rasa yang agak pelik dibahagian pinggul. Berat semacam saja. Mungkin kepala bayi sudah turun...getus hati saya. Tidak lama kemudian saya terasa senak di bahagian bawah perut. Saya berbaring dan mula mengira selang masa setiap kesakitan yang berlaku. 3 jam..2 jam...dan pada jam 3 petang selang kesakitan sudah tetap kepada 30 minit. Sah! Ini memang kontraksi kelahiran. Saya menunggu lagi. Suami mula tidak keruan. Dia memaksa saya ke hospital tapi saya mahu menunggu lagi.
Dalam cemas, suami sempat pula memasak kuih jemput2 pisang emas. Dihidangkan kuih itu pada saya yang sedang mengira selang masa kontraksi. Selain kuih, tidak ketinggalan segelas milo panas kaw2. Lucu juga melihat gelagat suami. Pada jam 7.00 malam kontraksi mula berselang 5 minit. Saya sedar masanya sudah tiba untuk kami ke hospital. Selepas mendaftar jururawat memeriksa bukaan dan ternyata bukaan sudah 3 cm.
SEMASA BERSALIN
Pada jam 11.50 malam, kesakitan menjadi luar biasa. Keinginan meneran serasa tidak tertahan lagi. Saya terjingkit-jingkit menuju ke wad pemeriksaan. Jururawat menyuruh saya ke tandas untuk membuang air kecil. Cecair merah berlendir berserakan di lantai dan saya sedar 'the time has come!'. Bukaan serviks sudah 7 cm. Jururawat tergesa2 menyuruh saya ke dewan bersalin. Dalam kesakitan, saya sangat gembira. Sudah 9 bulan saya menanti saat ini.
Saya diarahkan berbaring di katil khas. Seorang jururawat memecahkan air ketuban. Tak semena-mena, bak ombak tsunami melanda pantai, air ketuban itu menderu keluar. Saya terkejut. Bahkan jururawat itu juga turut terkejut dan melatah 'Eh kuda! Eh kambing! astagaa...tekejut aku. Banyaknya air! Patutlah perut kau besar" Habis basah belakang saya dek air tu. Tapi saya tidak peduli kerana sakit kontraksi sudah sampai tahap maksimum. Untuk melegakan kesakitan cuma satu perkara yang perlu dilakukan..Lahirkan bayi ini secepat mungkin!
Dengan lafaz bismillah, saya meneran sekuat hati. Jururawat tidak putus2 memberikan semangat. Ala2 bersorak semasa pertandingan lumba lari gitu..."Lagi Zah..lagi..kuat lagi..nampak sudah kepala ni Zah..lagi..kuat lagi..pandai kau zah.." itulah antara kata2 semangat yang mereka berikan. Saya bertekad untuk melahirkan bayi ini secepat mungkin kerana risau dia akan lemas dalam perut. Maka saya pun meneran dan meneran sekuat hati.
Akhirnya Aleesya ku sayang lahir juga ke dunia. Syukur alhamdulillah. Bermula dengan sakit yang tidak dapat di ungkapkan dengan kata-kata, tiba-tiba ianya hilang begitu saja. Yang tinggal cumalah luka-luka luaran dan dalaman yang pastinya akan sembuh dalam tempoh beberapa minggu. Tangisan bergema. Jururawat meletakkannya di atas dada saya. Saya memandangnya dengan penuh kesyukuran dan rasa terharu yang tidak terhingga..Air mata kegembiraan mengalir dipipiku..."Anakku, selamat datang ke dunia" bisik hati kecilku.
Labels:
coretanku
Subscribe to:
Posts (Atom)


