CHECK IT OUT!

Monday, October 31, 2011

Pengalaman bersalin

Hampir setahun saya tidak aktif menulis...mood itu hilang sejurus hamil anak ketiga pada bulan september tahun lalu. Selepas selamat bersalin mood itu membadai semula namun masa dan tenaga pula yang kurang mengizinkan. Hari ini saya melegakan badai  dengan menulis catatan berkenaan cinta hatiku yang baru lahir ke dunia...Aleesya Dania. 

ALEESYA DANIA. Berusia 30 hari ketika gambar ini di ambil.
SEBELUM BERSALIN
 
Saya dijangka bersalin pada 17 Mei 2011. Sampai tarikh itu tanda kelahiran belum juga muncul. Doktor memberi tempoh sehingga 26 Mei 2011 dan sekiranya tidak bersalin juga doktor akan memasukkan ubat untuk mencetuskan kontraksi kelahiran. Saya tahu sakitnya kontraksi paksa itu berdasarkan pengalaman anak pertama. Saya dan suami tidak putus2 berdoa agar anak kami lahir sebelum 26 Mei.

Tanggal 25 Mei, saya bangun pagi dengan rasa yang agak pelik dibahagian pinggul. Berat semacam saja. Mungkin kepala bayi sudah turun...getus hati saya. Tidak lama kemudian saya terasa senak di bahagian bawah perut. Saya berbaring dan mula mengira selang masa setiap kesakitan yang berlaku. 3 jam..2 jam...dan pada jam 3 petang selang kesakitan sudah tetap kepada 30 minit. Sah! Ini memang kontraksi kelahiran. Saya menunggu lagi. Suami mula tidak keruan. Dia memaksa saya ke hospital tapi saya mahu menunggu lagi.

Dalam cemas, suami sempat pula memasak kuih jemput2 pisang emas. Dihidangkan kuih itu pada saya yang sedang mengira selang masa kontraksi. Selain kuih, tidak ketinggalan segelas milo panas kaw2. Lucu juga melihat gelagat suami. Pada jam 7.00 malam kontraksi mula berselang 5 minit. Saya sedar masanya sudah tiba untuk kami ke hospital. Selepas mendaftar jururawat memeriksa bukaan dan ternyata bukaan sudah 3 cm.

SEMASA BERSALIN 

Pada jam 11.50 malam, kesakitan menjadi luar biasa. Keinginan meneran serasa tidak tertahan lagi. Saya terjingkit-jingkit menuju ke wad pemeriksaan. Jururawat menyuruh saya ke tandas untuk membuang air kecil. Cecair merah berlendir berserakan di lantai dan saya sedar 'the time has come!'. Bukaan serviks sudah 7  cm. Jururawat tergesa2 menyuruh saya ke dewan bersalin. Dalam kesakitan, saya sangat gembira. Sudah 9 bulan saya menanti saat ini.

Saya diarahkan berbaring di katil khas. Seorang jururawat memecahkan air ketuban. Tak semena-mena, bak ombak tsunami melanda pantai, air ketuban itu menderu keluar. Saya terkejut. Bahkan jururawat itu juga turut terkejut dan melatah 'Eh kuda! Eh kambing! astagaa...tekejut aku. Banyaknya air! Patutlah perut kau besar"  Habis basah belakang saya dek air tu. Tapi saya tidak peduli kerana sakit kontraksi sudah sampai tahap maksimum. Untuk melegakan kesakitan cuma satu perkara yang perlu dilakukan..Lahirkan bayi ini secepat mungkin!

Dengan lafaz bismillah, saya meneran sekuat hati. Jururawat tidak putus2 memberikan semangat. Ala2 bersorak semasa pertandingan lumba lari gitu..."Lagi Zah..lagi..kuat lagi..nampak sudah kepala ni Zah..lagi..kuat lagi..pandai kau zah.." itulah antara kata2 semangat yang mereka berikan. Saya bertekad untuk melahirkan bayi ini secepat mungkin kerana risau dia akan lemas dalam perut. Maka saya pun meneran dan meneran sekuat hati.

Akhirnya Aleesya ku sayang lahir juga ke dunia. Syukur alhamdulillah. Bermula dengan sakit yang tidak dapat di ungkapkan dengan kata-kata, tiba-tiba ianya hilang begitu saja. Yang tinggal cumalah luka-luka luaran dan dalaman yang pastinya akan sembuh dalam tempoh beberapa minggu. Tangisan bergema. Jururawat meletakkannya di atas dada saya. Saya memandangnya dengan penuh kesyukuran dan rasa terharu yang tidak terhingga..Air mata kegembiraan mengalir dipipiku..."Anakku, selamat datang ke dunia" bisik hati kecilku.


*Sebenarnya, sudah lama saya menulis catatan ini. Baru hari ini berkesempatan mempublishkannya.

5 comments:

Kak Imun said...

Syukur Alhamdulillah. Itulah saat2 yg kita nantikan selama hampir 10 bulan dlm penantian.

Sy pun sangat berterima kasih kpd para bidan yg bersorak memberikan semangat. Tmbh kuat semangat kita kan, hehehe.... Inilah antara enti u yg sangat menggembirakan dan mengharuka saya.........:D

Jojoe said...

alhamdulillahhh..tahniah... patutla lama xupdate blog.mesti sibuk uruskan baby ni.. Smoga ibu dan babynya yg cute sihat sokmo yer..

p/s: comelnya babyyy...

windi said...

kakak: TQ. pengalaman bersalin anugerah tuhan yg tidak ternilai..

jojoe: ya joe..itulah pasal..skrg ni mo berjinak2 balik..thanks!

fuad ansari said...

pengalaman bersalin orang lain menimbulkan ketakutan..

tatkala, pengalaman bersalin akak, menimbulkan senyuman di bibir..

tahniah..

(",)

windi said...

terima kasih adik fuad. Syukur alhamdulillah.

Related Posts with Thumbnails