CHECK IT OUT!

Sunday, August 21, 2011

Ops Shopping Raya 2011


Mencari kelengkapan Hari Raya terutamanya pakaian tidak semudah yang dibayangkan. Perlu ada kemahiran menyelongkar, membelek, membanding beza dan paling penting tenaga mesti ada. Kaki mesti tahan lasak. Mata mesti cekap melilau. Kesabaran mesti tinggi dan ongkosnya jangan lupa...yang penting mampu dan puas hati.

Kaki kebas, pinggang lenguh..Itulah yang saya, suami dan anak-anak rasai semalam. Demi ops membeli belah, kebas kaki pun kebaslah. Sampai satu tahap, anak-anak duduk atas lantai kedai. Kesiannn..Jam 4 petang saya  pun tak larat berjalan lagi. Letih sangat. Lagipun rindu dengan Baby Aleesya yang ditinggalkan bersama pengasuh. 

Dalam keseronokan membeli dan membelah, terselit perkara yang kurang sedap dipandang. Ada sesetengah ibubapa yang mengherdik anak-anak dikhalayak ramai. Suara bukan alang-alang. Full blast! Mengalahkan lagu Hari Raya yang berkumandang di kompleks membeli belah. Hmmm...kita pun geleng kepala. Kesian budak-budak tu.

Jam 4 suku kami balik ke rumah. Betul-betul tak larat. Walaupun penat tapi hati seronok melihat anak-anak riang gembira. Pesanan kepada semua, jangan terpedaya dengan tawaran harga rendah. Banyak tawaran  harga kelentong. Contohnya, seluar jeans kanak-kanak yang saya beli tahun lalu pada harga RM42.90 (harga biasa tanpa offer) Semalam saya terlihat seluar jeans yang sama kononnya berharga RM109.90 tapi di offer sehingga harga RM44.90. See? Lagi mahal kan! 
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

3 comments:

azieazah said...

Betul. Bukan semua harga offer tu betul-betul murah. Bagi orang berduit, tak berkira sangat. Tapi kalu nak rasa berbaloi, elok juga kalu kita dapat survey dan compare harga.

Kak Imun said...

Wellcome back, windi. Rindu suda mau gelak ketawa sama2 dalam dunia blog. Wah, lengkap suda persiapan raya...? hehehe.....

Zul Fattah said...

haha..betul2.. siap eh dah nk raya dah.. huhu.
slamat haari raya yup
http://zulfattah.blogspot.com/

Related Posts with Thumbnails