CHECK IT OUT!

Wednesday, November 23, 2011

Hargai nikmat kesihatan

Dulu bila orang sebut 'patah tangan', saya terbayang tangan bersimen. Bila patah tangan, simenkan dia, tunggu sebulan..then...buka simen dan sembuh seperti sediakala. Begitulah hemat saya. Sehinggalah baru2 ini saya ditakdirkan tergelincir di bilik air, patah tangan kiri dan di simen hingga paras siku.
Saya dan tangan ROBOCOP

Hari pertama, tangan saya bengkak, sakit dan berdenyut2. Saya hampir2 tidak dapat melelapkan mata. Bayi saya (4 bulan) pula menangis lapar. Bagaimana saya hendak mendukung dan menyusukannya dengan tangan 'robocop' ini? Pelbagai kaedah dicuba. Akhirnya sukses juga. Itupun suami wajib ada untuk merealisasikan kaedah penyusuan bayi yang terkini dan terpaksa itu.

Esok lain lagi masalahnya. Nak mandi kena hati2..takut basah pula tangan robocop tu. Nak alih2 tangan bukan senang. Beratnya Mak Aihh..! Bersyampu? menyabun? gosok gigi? semuanya ala kadar je..orang kata ambik syarat. Semuanya dilakukan dengan tangan kanan..Terima Kasih tangan kananku...

Bersyukurlah saya kerana dikurniakan seorang suami yang sabar dan prihatin. Dialah yang membantu saya bersiap dari hujung rambut kehujung kaki. Bukannya pasal manja tapi saya tak mampu nak buat sendiri okey...Lebih2 lagi jika memakai baju kurung. Pernah sekali, saya cuba2 berdikari. Tak semena-mena lengan baju kiri tersangkut. Ikhtiar terakhir, terpaksalah saya koyakkan lengan baju kurung itu..Oh No! my favourite dress..huhuhu.

Cuci piring?potong sayur? dukung anak? ikat rambut? Semuanya tak boleh. Nasib baiklah biras saya sudi menghulurkan bantuan. Itupun saya tetap memasak kerana suami tak biasa air tangan orang lain. Dengan syarat bahan2nya telah disediakan lebih awal. Botol garam, serbuk perasa, gula, sos dan apa2 yang sewaktu dengannya harus di longgarkan terlebih dahulu agar 'robocop' tiruan ini mampu memasak sesedap mungkin.

Masa kerja? Setiap hari membawa beban 2 kilo membuatkan leher saya melecet. Saya masuk ke kelas dengan pen marker sahaja. Barang2 yang lain sudah saya dahulukan penerbangannya ke kelas dengan bantuan ketua kelas.Dalam tempoh sebulan setengah entah berapa orang murid yang telah terhantuk kepala di tangan ini terutamanya pelajar tahun satu dan juga anak dara sunti saya yang berumur 5 tahun.
Baru buka simen...see the dead cells?

Sebulan setengah barulah simen ini dibuka. Ngerinya melihat tangan digerudi. Macam dalam filem The Saw! Lagi ngeri bila simen terbuka, meruap bau  masam tak terhingga..uweekk! Tangan saya pula kejur semacam. Sudahlah kejur, kotor, gatal, busuk, lemah dan sakit pulak tu. Doktor kata itu perkara biasa. Tidak terhenti setakat itu rawatan bersambung lagi dengan sesi FISIOTERAPI . Jika culas sesi ini, doktor kata saya akan jadi OKU selama2nya..oh Tidaaakkk!!

Sekarang ini saya masih ada satu lagi sesi fisioterapi yang harus dijalani. Syukurlah setakat ini proses rawatan menunjukkan hasilnya. Cuma yang pasti, tangan kiri ini tidak secantik kejadian asalnya. Alignmentnya kelihatan sedikit tersasar. Tapi SyukurAlhamdulillah tuhan masih mengizinkan saya memiliki kedua belah tangan. Pengalaman ini cukup mengajar saya untuk menghargai nikmat kesihatan yang tuhan berikan. Suami berpesan "ingat lima perkara, sebelum lima perkara" Aduhai!

5 comments:

fuad ansari said...

simpati saya membacanya..

betullah kata orang, berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul..

pasti telah byk ganjaran yg diberikan olehNya dek kerana kesabaran akak menghadapi ujian tersebut.. (",)

Kak Imun said...

Salam, cikgu windi. Alhamdulillah...akhirnya kesusahan telah berjaya ditempuhi. Semoga cepat2 sembuh, tak apalah alignment lari sikit yg penting Allah telah memberi balik apa yg pernah kita 'tercicir' sebentar......:)

windi said...

fuad: syukurlah tuhan masih memberi peluang kepada akak utk bermusahabah diri..

kak: insyallah..thanks!

Anonymous said...

slm, skrg sdh ok ka tangan? tangan kena gerudi tu, apa maksudnya ye? kna masuk besi ke sblum tu?

windi said...

anonymus, simen tu yg digerudi..keras sangat.

Related Posts with Thumbnails