CHECK IT OUT!

Wednesday, April 15, 2009

Epi bepday to youuuu..makan ubi kayuuuu...

Happy Birthday to my sister yang sulung...bernama.. jeng jeng jeng....Mymoon...tepuk tangan (pok! pok! pok!)....She is sweet 39..he he.. sweet lagi kah tu ah.. anyway...selamat merawat anak2 jeragat yang mula menempel di 'pingas' mu..he he..tidak bah..jangan stress2..nanti kuar wrinkle. pulak dah! wokeh... Hepi bepday again....

Sunday, April 5, 2009

Simptom awal sawan?

Hari jumaat yang lalu, sekolah kami mengadakan ujian bulanan. Tengah2 saya sibuk mengagihkan kertas soalan kepada guru2 yang bakal bertugas menjaga kelas ujian, tiba2 kami dikejutkan dengan suara cemas seorang pelajar yang menjerit "cikgu ada orang pengsan!"

Beberapa saat kemudian beberapa orang pelajar dan pengawal keselamatan mengusung seorang pelajar naik ke bilik guru. Saya kenal benar pelajar itu kerana saya mengajar kelasnya di 5 Bestari. Calvin Zee namanya. Budaknya cergas dan cerdas. Menurut seorang pelajar, dia tiba2 terjelepuk semasa melintasi tangki air sekolah. Kebetulan ibu Calvin turut berada di sekolah kerana menghantar seorang lagi anaknya ke Pra sekolah. Beliau kelihatan sungguh cemas hingga pucat lesi mukanya.

Saya menyuruh pengawal keselamatan mendudukkan Calvin di kerusi kerana nampaknya dia semakin sedar. Namun..tingkah lakunya kelihatan aneh. He kept on smiling dan meraba-raba di lantai seolah2 ada benda yang dicarinya. Saya menyapu wajahnya dengan sedikit air. Perlahan2 dia membuka mata. Saya menepuk pahanya sedikit untuk mengambil perhatian lalu bertanya "Calvin..kamu kenal cikgu?" jawabnya "tidak.." Beberapa orang guru yang rapat dengan calvin juga bertanya soalan yang sama namun jawapannya tetap sama "tidak".

Ibunya mula cemas tapi jauh disudut hati saya mungkin dia belum sedar sepenuhnya lagi dari segi daya taakulan. Macam juga orang yang baru bangun tidur dan masih mamai2, bila kita tiba2 muncul di depannya secara tiba2 mungkin dia menganggap dirinya masih di alam mimpi. lebih kurang 10 minit dalam keadaan mamai, keadaannya kembali stabil. Dia sudah dapat mengenali beberapa orang dikalangan guru2 termasuk ibunya.

Sebenarnya saya tidak tahu apa yang berlaku kepadanya. Apa punca dia tiba2 terjelepuk pengsan sebab ketika itu dia sihat walafiat. Ada yang kata pelajar itu menunjukkan simptom awal sawan. Ibunya berkata itu kejadian kali kedua. Kali pertama pada bulan november tahun lepas (2008). Namun tidak seteruk yang kedua ini. Kami menasihati ibunya untuk membawa anaknya ke hospital untuk mengesan punca keadaannya yang tidak menentu itu.

Friday, April 3, 2009

Azalina Berang...


Oleh Maiamalina Mohamed Amin
maiamalina@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: “Saya tak tahulah SPRM ini, kalau nak siasat...siasatlah kalau tak ada kes...buang,” kata Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said ketika ditanya status siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes politik wang dan salah guna kuasa kementeriannya.

Beliau yang tidak selesa dengan sikap diam diri suruhanjaya terbabit menjelaskan masih belum menerima sebarang maklumat mahupun penjelasan berhubung kes salah laku itu khususnya selepas tamat Perhimpunan Agung Umno, Sabtu lalu.

“Saya tengah tunggu SPRM lah ni...dia buka fail, hari-hari tengok saya...jumpa...tanya orang ini...telefon...lepas pemilihan Umno terus diam.

“Ini saya nak tanya SPRM ni, saya tengah naik angin ni...apa yang dia dapat...nak tunggu apa. Saya tidak tahu (ditanya sama ada kes sudah ditutup). Saya rasa mereka jatuh cinta dengan saya (I think they are in love with me),” katanya pada pemberita semalam.


Thursday, April 2, 2009

Kempunan naik pentas

Pada hari ahad yang lalu saya dan suami ke one borneo pada jam 11.00 am. Sebenarnya pada waktu itu saya sepatutnya berkuliah untuk kursus perlakuan organisasi. Tunggu punya tunggu pensyarah tak muncul2 hingga menimbulkan syak di hati seorang kawan. Si kawan menelefon pensyarah itu dan ternyata dia terlupa bahawa hari ini dia sepatutnya menyampaikan kuliah. Sebaliknya dia mengikut seorang kawan untuk mengunjungi kenduri kahwin di papar. Nak buat macamana lagi? terpaksalah kami berinut..

Memandangkan saya dan suami cuma berdua (anak-anak di rumah dijaga ipar) kami mengambil kesempatan menonton wayang kategori 18PL. Tak rugi rasanya menonton Filem 'taken'. Aksinya padat dan cukup dengan segala rempah ratusnya untuk menjadi sebuah filem box office.

Selepas menonton wayang, kami menonton rakaman Titian Mesra yang dianjurkan oleh RTM Sabah bertempat di dewan mini one borneo (sebelah Rasa Mas restoran). Berduyun2 artis sabah membuat persembahan. Ramai juga yang berbakat besar dan menghiburkan. Mula2 kami berdiri ditingkat tiga. Pengacara menjemput penonton untuk turun ke bawah dan duduk di kerusi. Ramai yang enggan duduk dikerusi depan pentas. Mungkin kerana 'shy2 cat' atau takut kena panggil oleh pengacara untuk aktiviti bersama penonton. Saya tak kisah dipanggil ke atas pentas kerana semasa di sekolah dan maktab dulu selalu juga saya naik kepentas untuk menyanyi atau berlakon (aisehmen..minta puji ooo...). Semasa zaman "menanam anggur" dulu pun saya dan seorang sepupu telah beberapa kali memanjat bukit Studio RTM untuk uji bakat pengacara. Namun memang kami ditakdirkan menjadi guru kerana semasa ujibakat itu ramai sangat yang bagus2 dan kami yang amatur ni pun terpaksa blah..he he he..

Berbalik pada cerita one borneo tadi, saya pun duduklah di atas kerusi penonton didepan pentas. Namun suami saya enggan turut serta. Malu konon. Sanggup dia berdiri diluar dan bersandar didinding sampai sengal2 lutut. Semasa pengacara turun ke bawah mencari peserta untuk ditemuramah, suami menelefon saya berkali2. sampai 3 miss called. Bila saya angkat, kelam kabut dia suruh saya keluar dari situ. Tidak mahu mengeruhkan keadaan saya pun keluar dan bertanya kenapa. Ini jawabnya " Nanti u kena panggil. Saya tidak sanggup tengok u naik atas pentas. Tak biasa..janggal lah..mari kita pulang" ... dan kami pun pulang lah dan angan2 saya untuk naik kepentas yang disuluh spotlight sambil menjinjit hamper tajaan giant, tinggal angan2...he he..om..kuroyon poo...

Wednesday, April 1, 2009

Perkataan lama yang hampir dilupakan...

Sebentar tadi saya membuka blog abd naddin dan terbaca artikel menyebut perkataan 'marung'. Sudah lama saya tidak mendengar perkataan ini dituturkan.

Kemudian saya teringat perkataan 'pajal' yang senasib dengan perkataan marung. Kedua2 perkataan ini dahulunya biasa digunakan dikalangan penduduk sabah namun sekarang ini hampir tidak kedengaran lagi.

Sorang jiran kami yang kami panggil 'yang Bayah' juga selalu menyebut 'ensakni' bermaksud sedangkan. Rasanya kawan2 saya yang bertutur bajau tidak pernah lagi menuturkan perkataan itu.

Oya, pada zaman 80 an Kota Marudu dipanggil Bandau dan KK pula api-api. Mungkin anak2 zaman sekarang tak dapat bayang bagaimana rasanya memanggil Kmarudu dengan Bandau atau KK dengan api-api.

Teringat pula cleaner di sekolah saya yang mengarahkan seorang rakannya menutup lampu dalam bahasa dusun " oppan poh suis .." Sengaja saya meletakkan perkataan oppan dalam warna merah untuk menarik perhatian anda. Opp itu sebenarnya bermaksud 'off' iaitu tutup dan perkataan pan dihujung bermaksud 'kan'.

Ada satu perkataan lagi iaitu 'unggat-unggat'. Dalam Bahasa Melayu standard ianya membawa maksud teroleng2 atau terhencut2. Betapa popularnya perkataan ini sampaikan suatu waktu dahulu pada awal 90 an, on air di tv1, seorang lelaki tua yang ditemuramah berkenaan nahas kapal terbang berdekatan airport Tawau berkata " Saya nampak itu kapal unggat-unggat" Jarang sekali saya mendengar perkataan itu dituturkan sekarang apatah lagi oleh murid2 saya walaupun kebanyakannya berbangsa kadazan dusun.
Related Posts with Thumbnails