CHECK IT OUT!

Saturday, December 20, 2014

Ragam anak-anakku

Perbualan saya hari ini dengan my son, Irsyad Ilham (11 tahun) kitaorang panggil dia Ecad:

ECAD: Mama, apa nama doktor di Klinik Saijan tu?
SAYA:  Doktor Saijan.
ECAD: OOO...jadi doktor di Polyclinic tu namanya DR POLIKILINIK?
SAYA: hahaha..bukanlah. Dr Saijan tu pemilik Klinik Saijan. Polyclinic tu nama klinik saja,                           tapi doktornya ramai.
ECAD: OOOO...


Perbualan saya tahun lalu dengan my daughter, Yasmin Syamini (7 tahun masa tu) kitaorang panggil dia Amin. Masa tu kami tengah jalan-jalan kat shopping mall.

Amin: Mama..kayanya Datuk Salleh kan..
Saya:  Kenapa Amin cakap macam tu?
Amin: Sebab semua kedai di sini kepunyaan dia.
Saya:  Macamana Amin tahu?
Amin: Semua kedai ada nama dia.
Saya:  Mana ada nama Datuk Salleh di semua kedai.
Amin: tuuuuu....yang itu lagi...kedai itu lagi...(menunjuk kebeberapa arah).
Saya:  Owh..cuba eja nama Datuk Salleh?
Amin: SALE.

Thursday, December 18, 2014

ALHAMDULILLAH

Aikk! Sebelum ni bukan main stress lagi? La ni tetiba alhamdulillah? well, Stress macamana pun kita mesti ucap alhamdulillah kepada Allah SWT kan kerana dengan limpah kurnianya kita masih bernafas di muka bumi ini dan masih berpeluang untuk menikmati kurniaanNya. Selain itu sabar adalah yang paling utama. Se Stress macamana pun, sabar itu paling penting di applykan dalam kehidupan kerana sabar itu menegah kita dari melakukan perkara2 yang ditegah..seperti mengamuk, meroyan, memecahkan barang-barang mahal (heii apa ni haa?so barang2 murah boleh lah yek?), memalukan diri sendiri dan worst case scenario..Bunuh Diri. 

Fuiyoo..panjangnya intro. Okay. Stop. Straight to the point..Yesterday, it supposed to be my toturing moment...the great challenges ever...why? I need to travel to the centre of Sabah state which is called Kota Kinabalu, to meet my supervisor in UMS and I need to bring my proposal which is 'BELUM SIAP'. Aigoo...sapa suruh tak kasi siap..and i takut kena marah and rasa berdosa pada diri sendiri sebab when i did my proposal it must show how sarjana I am (sarjanalah sangat) but instead i rasa macam sedang mengarang kisah Pak  Mat melepak kat kedai kopi makan kuih pisang and main Dam..oklah upgrade sikit..Pak Mat sedang lepak kat kedai kopi sambil update status kat facebook lepas tu Pak Mat pun selfie.. amacam..upgrade tak Pak Mat?
My sis, my nieces and my kids
Oklah..back to sanity..another things that bugging me is how am i going to bring my 3 children and driving when one of them yang paling bongsu selalu muntah dalam keta? and when i meet my lecturer, who is going to take care of them sebab yang bongsu takut dengan strangers...mesti dia buat hal nanti. So..this is the moment when heroes appeared..my saviour..1st, my brother agreed to be my driver. Problem solved! I can take care of my bongsu yang selalu muntah dalam kereta. Then, miracoulously, my elder sister sefamily is coming to UMS and able to take care of my 3 years old daughter yang takut to strangers. My another 2 children pun happy sangat2 sebab diorang boleh main dengan kazen diorang...wuhuuuu!! I Felt so blessed!! and when i met my leccturer dia taklah bengang sangat dengan proposal kedai kopi I tuh..cuma sedikit penambahbaikan dan pembetulan konsep.

What?! nasib baiklah I tak meroyan kat facebook..tulis berkilo-kilo status...dugaan oh dugaan.. stress..hidupku punah ranah musnah...atau pun, what a life! Thanks to my brother and my sister sefamilia for their support..kesian diorang terpaksa tunggu I for a few hours. They were my saviours..They lightened my burdend and keep me going sane despite all the hassle in my life. I owe them. Thank you Allah SWT for your mercy, and showing me the right path. Sesungguhhnya Allah tidak menguji umatNya dengan ujian yang tak mampu di hadapinya.


Friday, December 12, 2014

STRESS TAK SUDAH

OMG! stress sungguh! Ingatkan things will get back to normal after my sister's marriage. It turned out that..sebenarnya majlis perkahwinannya itulah yang telah menyelamatkan my soul..it keep me sane by meeting all the clan...beramah mesra dengan sedara mara tercinta dan busy ke sana kemari survey perjalanan majlis. It really-really made my day.

Now, after a week, the tense started again..severely. Why??? My proposal in progress...Pembentangan is coming soon..midterm is about time..My health is in jeopardy...pregnant..diabetes...anemia..back ache..aigoo..aigoo..husband is going out station..The nanny is buat hal...busy mengalahkan YB..Mesyuarat and perjumpaan sana sini..sampai tak dapat nak datang rumah menjaga bebudak 3 orang ni. I need to travel back and forth to the town for lecture class, perjumpaan dengan supervisor...plus..I need to go back and forth to the hospital for medical review.What a life!

KepadaMu ya Allah, aku memohon dan berserah...


Saturday, November 29, 2014

What a life!

OMG! its been a year since my last post. Why all of sudden I reunited with my full of spider web blog? Because I am so stress rite now..stress of what? Assgmnt, tons of assgmnt which is sooo frustrating because I cant focus on my personal life..My sister is getting married in a few days and Its hard for me to spend my whole day by her side and support her ...... my husband will be going abroad soon...I m struggling with poor health due to my pregnancy..and..to add salt to the wound, someone told me that one of my friend is back stabbing me. What a life!

How am I going to handle these situation with a positive mind and a smile on my face? And since my dissapearance  in the field of blogging my total nuffnnang earning is only RM20 (okay..I exaggerate it. The earning never bother me actually. I dont give a damn on it. Im not rich but money is not my major reason to create this blog). 

Stresssss!! huh...Its not good for my 22 weeks pregnancy..Owhhh...I need to have some rest...lay on my king size mattress (do I have to say that?) ohhh....I need to keep sane....

*The spelling and grammatical error are everywhere...dont bother it. I didnt double check my post. I wanna read this again and make fun of myself after i get over all the obstacles..(Its just an excuse. Actually, my grammar is terrible...but..hey i really didn't do the grammar check).K.bye.


Friday, November 22, 2013

ICE BREAKING POST


OMG! its been almost a year since I last posted something in here...in my very dearly blog. Mengapakah....ku berubah.....mengapakah? Hewww...mungkin Im running out of idea? motivation? or maybe my life is so dull that I really have nothing interesting to write? owhh..dont blame the life, will me?! my life is great and fantastic...with 3 kids and stunning husband (i hope he didnt read this or he will brag about this...forever). So what happenend????? I think its about courage. 

My life is so stable and routine based that makes my brain less creative to think of something new..and now why all of sudden? Yes...now i have courage...my brain started to work out with new thing a little bit after i enrolled in a new course in university. so....wait and see...im gonna come up with something new and fresh...soon..yea soon bebeh...hmmm.. yea right...lame!

Wednesday, February 13, 2013

Perginya Blogger Mohd Isa Abd Razak

Tanggal 5 February 2013.....Muka buku saya dihujani dengan ucapan harijadi yang indah-indah. Hati ini gembira bukan kepalang kerana terasa diri ini dihargai...walaupun mungkin ianya hanya memenuhi tuntutan Facebook yang setia mengingatkan pengguna tentang harijadi seseorang atau mungkin kerana membalas jasa saya yang selalu ringan hati mengucapkan selamat harijadi kepada rakan FB yang lain, hakikatnya ia tetap berjaya menaikkan mood saya pada hari itu.



Saya terasa agak kehilangan....kerana beliau selalu berkongsi ilmu tentang pelbagai perkara terutama dalam bidang Bahasa. Beliau juga seringkali memberi nasihat, tunjuk ajar dan blog beliau juga sarat dengan tulisan yang sangat berfaedah untuk  sesiapa sahaja yang cintakan ilmu. Blog beliau boleh saya katakan sebagai tempat persinggahan kerana banyak khazanah berguna terkandung di dalamnya...selain coretan peribadi beliau tentang kehidupan lalu.


Berikut merupakan komen terakhir beliau di FB saya semasa saya mengeluh dengan pengalaman pertama mengajar di kelas tahun 1.



Untungnya, cikgu. Selepas berpengalaman, cikgu boleh menjadi orang penting dalam

rancangan celik huruf, berceramah, menulis buku dan sebagainya.

January 9 at 10:59pm · Unlike · 2



Semoga rohnya dicucuri limpahan rahmat dari Allah, dan digolongkan di kalangan orang-orang yang diredhai Allah... Dari Dia kita datang dan kepada Dia kita kembali........





Sunday, February 3, 2013

LELAKI ALAMI KONTRAKSI BERSALIN

Hola Comosta! Sudah acapkali kita mendengar kisah2 kesakitan bersalin yang diluahkan oleh para ibu. Namun hal ini mungkin masuk telinga kiri, keluar telinga kanan bagi pihak lelaki...maklumlah. mereka memang takkan merasa punya...Tapi bagaimana agaknya jika lelaki benar-benar merasai kontraksi kelahiran itu? Nah, videonya ada di bawah...take your time....and click!




Tuesday, January 22, 2013

Drama Korea yang Klise

Dulu saya tak adalah minat sangat dengan drama Korea. Tapi one day my sister datang rumah dan tune in to channel 393 (saya tak tau langsung yang channel tu ever exist in our package). Masa tu dia bukak siri ntah saya sudah lupa tajuknya tapi ceritanya berkisar isu keluarga. Sekali dua tengok, tak rasa apa-apa. Tapi bila dah balik2 tengok, timbul rasa ingin tahu dengan kisah seterusnya...dan lagi..dan lagi...dan hingga kini entah sudah berapa siri kami anak beranak tonton setiap hari. 

But one thing for sure...lama kelamaan timbul rasa jemu dengan drama Korea ni....why? saya dah mula sense beberapa ciri2 klise dalam citer diorang....Antaranya, korang tengok kat bawah. Ada tak yang korang pun ter 'sense' benda yang sama:

1. Setiap family mesti ada seorang anak angkat yang dirahsiakan statusnya semenjak kecil. 

2. Ayah sebenar kepada seorang gadis miskin sebenarnya seorang lelaki kaya raya yang terpaksa berpisah dengan kekasihnya (emak gadis miskin) kerana perbezaan darjat.

3. Emak mentua selalu kacau daun dalam rumahtangga anak2nya.

4. Asal sakit je mesti  Kanser.

5. Watak jahat selalu kena Amnesia in the end of the story...pastu dia insaf dan keluarganya pun bersatu dan selalu membawanya bersiar2 di taman. Dia pun berlari2 kegirangan di taman dengan ditemani anak menantu dan cucu.

6. Lelaki kaya yang hensem akan jatuh cinta dengan wanita miskin yang baik hati. 

7. Tak kira betapa garangnya wanita itu, seorang lelaki kaya akan jatuh cinta kepadanya kerana wanita itu rupanya seorang yang berhati mulia dan garangnya bersebab...garang kerana benar kut.

8. Seorang wanita akan dicintai oleh lebih dari seorang lelaki...

9. Bila sang wanita merajuk dan ingin berlalu pergi, sang lelaki akan menyentap lengan buah hatinya dan pandangan mereka bertaut..then pandai2 je diorang bubuh music sentimentol untuk menghappeningkan mood penonton.

10. Tak kira betapa kuatnya angin, derasnya hujan, lebatnya salji dan even dalam keadaan nazak sekali pon...belahan rambut takkan berubah weiii...tetap kemas, stay still dan maintain comei...

11. Adegan kissing dah macam wajib dalam drama Korea...Parental guidance memang penting sangat. Takleh biar anak2 kecil tengok sendiri2..

12. Siang malam pagi petang....make up is on! Sebelum tidur, make up tebal giler...baru bangun pun sama jugak...(biasanya drama dalam studio).

13. Gajet (henpon) diorang canggih nak mampus...even watak orang miskin tanak kampung pon pakai henpon canggih manggih...Tapi heran ringtone takda canggih mana pun..kring2 biasa je.

14. Banyak lagi tapi cukuplah sampai di sini saja...relakan perpisahan ini...ehh...melalut pula dengan lirik lagu. Anyway itu saja yang saya boleh kongsikan bersama..Ada banyak lagi sebenarnya tapi kat atas tu lah yang obvious sangat..sampai saya naik menyampah menonton sebab dah boleh agak ceritanya...But still i dan anak2 masih tercangak depan TV every 4.30 pm for Rain come to my life...hua hua hua....

Friday, December 14, 2012

Kecantikan Gadis KadazanDusun

Let me present, The beautiful faces of KadazanDusun women. They are none other than  my cousin, relatives and friend...so, let's begin the tour.

Pretty
Fair and lovely
exotic
Cute
Amazing
Beautiful
Elegant
Charming


So amacam? ok tak...sebenarnya ada ramai lagi tapi aku tak larat nak upload  banyak-banyak....
Next entry lah yea...Bye. 

Thursday, December 13, 2012

JEJAKA IDAMAN MALAYA?

OPPA SUZUKI AFF 2012
Buat masa ini aku takda mood nak tune in Channel 393...huhuhu....

sebab oppa kat atas tu bagi Fadhli Shas kad merah!
Keputusan semi final Piala Suzuki 2012 (Thai-3 , Mas-1)




HIJAU

Hari ini ku tukarkan tema blogku kepada warna hijau. Cantikkan..Inilah tema baruku sempena 2013...Mengapa hijau? kerana aku sukakan alam semulajadi...warna rerumput dan pokok2 sangat mendamaikan jiwaku ini. Malahan baju2ku sekarang ini pun banyak yang berwarna hijau..(tak tanye pon..) Krisis pertengahan usia kut? Ahhhh...tak kisahlah..Apa yang pasti, buat masa ini warna kegemaranku ialah Hijau...Esok lusa tak tahulah pulak...

p/s: Post ini tersangatlah...takde maknanye..

Wednesday, December 12, 2012

Bila baca blog sendiri...

Still cuti sekolah......menghabiskan masa dengan projek2 terbengkalai seperti mengecat rumah, mengemas bilik, menyusun atur perabot, menonton drama Korea (most of the time...hehe), mencuba resepi baru dan surfing internet. Still aktiviti ini tidak merangsang minda saya untuk mendapatkan idea terbaru bagi pengisian blog. Last2 saya buka post lama2 dan baca.......hampir 2 jam membaca blog sendiri yang telah dikarang semenjak 5 tahun yang lalu. 

Lucu juga bila baca blog sendiri...ada juga post yang awesome..sampai saya sendiri pun senyum2 kerang. Ada juga yang tangkap leleh...yang bernada geram pun ada...terpaksalah ditapis semula..Entah sudah berapa ribu kali dibaca orang (perasannnn....) Kesimpulannya, tulisan saya lebih awesome jika saya sibuk..minda saya lebih kreatif dan pengamatan saya lebih tajam (ouch! not again...) berbanding sekarang......Lalu....Ku tanamkan azam dalam mindaku "Be creative Mak Jah...think out of the box...Mak Jah pasti boleh!"

p/s : Paksa diri menulis kerana kesian dengan Nuffnang yang telah mengirimkan cek.

Friday, November 16, 2012

Cuti-cuti Sekolah 2012

Wohoooo...Best!! Budak2 sekolah memang hepi sangat. Mesti ramai yang ambil kesempatan bangun lewat setiap hari. My hubby and I pun tak kurang happy nyer...Inilah peluangnya kami membawa anak2 bercuti  sakan. As both of us are cikgu, so jadual tidak bertindih...sama2 bercuti panjang. Untuk post kali ini kuabadikan few pictures of us sempena cuti2 sekolah 2012..This is just the beginning...hua3x... Percutian Fasa 1 kami ini bermula di Kundasang, Sabah. Our favourite vacation  venue. International standard  with the mountain  and the place amidst the cloud.
My family


Anak sungai which is coming straight from the mountain...Picture was taken from  beranda  restoran.

Mountain View @ Dreamworld resort...

Anak2 gembira, parent pun happy...Menikmati udara segar Gunung Kinabalu sekitar jam 6 pagi. 
Ladang Tenusu di kaki gunung Kinabalu. Ala2 New Zealand gitu..


Monday, September 24, 2012

Shila Amzah di mercu kejayaan

Unik Sungguh pakaian Shila kan..She looks gorgeous!

Shila Amzah mengharumkan nama negara apabila berjaya memenangi pertandingan nyanyian peringkat antarabangsa Asian Wave 2012 di Shanghai, China. Shila berjaya menewaskan penyanyi dari China, Korea Selatan, Singapura, Thailand dan India. Shila menyanyikan tiga buah lagu iaitu Gemilang (lagu popular Jaclyn Victor), Grenade (lagu nyanyian Bruno Mars) dan sebuah lagi dalam bahasa Mandarin ketika pertandingan akhir berkenaan.

Pada pusingan pertama Asian Wave 2012, Shila telah menyanyikan lagi penyanyi Adele, Set Fire to the Rain dan pada pusingan kedua dia mengalunkan pula lagu penyanyi Taiwan, Lee Hom iaitu Forever Love yang telah menarik perhatian juri dan komposer terkenal China, Eric Moo. Asian Wave merupakan pertandingan peringkat Asia Pasifik untuk mencari penyanyi bertaraf bintang yang mewakili negara masing-masing.

Shila merupakan antara penyanyi yang paling berusaha keras untuk berjaya. Dia berkali-kali menyertai pertandingan nyanyian di tanahair dan hampir-hampir menjadi juara semasa pertandingan One in a million. Namun dia terpaksa akur dengan sokongan peminat terhadap gadis biasa (Ayu) kelahiran Sabah. Selain itu shila juga telah berkali-kali muncul di kaca TV untuk persembahan konsert dan acara mega. Malahan dia tidak ralat untuk berkali-kali menyanyikan lagu artis lain yang lebih gah namanya di persada seni.

Akhirnya pertandingan Asian Wave ini telah menjulang namanya dimercu! Setelah berkali-kali mencuba akhirnya Shila berjaya membuktikan bahawa dia mampu melakukan yang terbaik dan dikala ini saya kira dia sedang menikmati kemahsyuran dari kemenangan itu. Dia layak kerana dia sememangnya telah berusaha amat keras untuk menggapai bintang. Tahniah SHILA!! 

p/s: Bestnya kau Shila...Dapat jumpa Alan Tam, legenda artis Hong Kong 90 an..

Monday, September 17, 2012

Rumah Terbalik pertama di Asia Tenggara

Pernah tak korang imagine macamana agaknya sudut pandangan seekor cicak? Yelah..cicak yang melekat kat siling rumah kita tu. Mesti semuanya upside down kan... Ingat tak filem cicak man? Bila Apek@cicak man melekat dekat siling, merasa juga kita melihat dari kacamatanya selama beberapa saat..
Inilah rupanya rumah terbalik tu...cantik tak?
Well, sekarang kita tak payah cramp2 otak nak imagine semua tu..Jomlah berkunjung ke Rumah Terbalik yang pertama di Asia Tenggara. Rumah terbalik tu terletak di daerah Tamparuli, Sabah. Best jugaklah...Selain tengok rumah terbalik dapat juga beli cenderahati menarik dan ada pula cafe yang menghidangkan makanan yang enak. 
Kancil terbalik pun ada juga..Polka dot pulak tu. 
Sharing is caring. Korang boleh klik link di bawah untuk maklumat lanjut: 

Wednesday, September 12, 2012

OPPA GANGNAM STYLE !!

Sana sini orang memperkatakan tentang "oppa gangnam style". Bukan sahaja di Malaysia bahkan diseluruh dunia...famous tuuu...Maka parody video penyanyi Rap Korea (Psy) pun berlegar2 di youtube. Ada yang best ada juga yang  menyemak kat youtube je..Sampaikan Hollywood pun nak ambik tempias dari populariti Psy. Ellen degeneres, britney, nelly furtado, simon cowell, CNN, Justin bibir...you name it! Semuanya kemaruk nak bekerjasama dengan Psy. Plastiknya dunia entertainment ni kan...fofular = duit.
Sape yang belom tgk video gangnam style, carik je besepah kat youtube. 

Bagi saya, moral value dalam video tu memang takde langsung. Tapi mungkin orang suka koreografernya yang pelik. Then penyanyinya pula tak hensem...hep hep..bukan merendah2kan tau tapi itulah keistimewaannya..As we all know, korean artist memang obses dengan penampilan dan kecantikan. Tapi Psy ni sempoi je..

Anyway, ada satu parody video yang saya tertarik sangat...terharu sangat lihat ikatan kekeluargaan mereka dalam Video kat bawah ni..enjoy watching!

Thursday, May 3, 2012

BOB KUMAN MENINGGAL DUNIA

"Pelakon dan pelawak terkenal, Husni Mohd Rawi, 40, atau lebih dikenali sebagai Bob Kuman, meninggal dunia di kediamannya di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, jam 4.38 petang ini"

Baru semalam saya membaca kisah penderitaannya dan kini dia sudah tiada....Sepanjang berada dalam keadaan uzur arwah telah bergelut dengan pelbagai kesedihan dan penderitaan. Malah dalam keadaan yang masih stabil, telah tersebar khabar angin kononnnya dia telah meninggal dunia. 

Selain itu banyak pihak yang mengandaikan bahawa dia cuma meraih simpati untuk mendapatkan wang mudah. Tidak cukup dengan itu, akaun banknya pula disekat pihak bank. Maka banyaklah sumbangan dari hamba Allah yang bersimpati dengannya, tersekat separuh jalan.

Begitulah lumrah alam....Kawan ketawa ramai, tapi bila susah berapa kerat saja yang muncul untuk menghulurkan bantuan. Takziah untuk arwah Bob kuman....semoga rohnya ditempatkan didalam golongan orang2 yg beriman..Amin. Bersemadilah dengan tenang......

Tuesday, May 1, 2012

Remaja 15 tahun bunuh bapa kandung!

IPOH:  Seorang remaja berusia 15 tahun dipercayai menikam bapanya bertubi-tubi sehingga mati di rumah mereka di Taman Bersatu, Simpang Pulai, dekat sini, awal pagi tadi. Jaswant Singh, 40, ditemui mati di bilik tidur rumahnya jam 1.30 pagi dengan beberapa kesan luka di badan. 
 
 Membaca petikan akhbar di atas, saya teringat satu kisah benar yang berlaku di sebuah daerah berhampiran daerah saya. Seorang lelaki di tikam, dikerat-kerat, disimpan di dalam tong ikan dan akhirnya di campak ke kawasan pembuangan sampah. 
 
Takdir menentukan, salah satu anggota badannya digonggong anjing liar dan dilihat oleh orang ramai. Maka gemparlah penduduk kampung. Siasatan demi siasatan dibuat dan sekali lagi kegemparan berlaku kerana simangsa bukanlah calang-calang orang. Seorang yang dihormati lagi berjawatan tinggi. 
 
Belum reda kegemparan itu maka timbul lagi kegemparan yang lebih dahsyat. Rakan-rakan dan saudara mara simangsa hampir pengsan gara-gara terkejut bila si anak yang masih di bawah umur mengaku membunuh bapanya!! 
 
Rentetan itu rahsia si mangsa pun terungkai...Umum mengetahui bahawa mangsa ialah seorang lelaki yang berpangkat, dihormati, budiman dan punyai ramai kenalan. Namun keadaannya tidak begitu di rumah..Tidak perlulah saya nyatakan apakah masalahnya (tidak baik mengaibkan orang yang telah tiada) namun cukup saya katakan bahawa 'kesilapan dan ketegangan' telah mengakibatkan malapetaka yang tak tercapai dek akal waras manusia.
 
Sebagai seorang ibu saya beristighfar dan berdoa kepada Allah SWT agar dijauhi segala malapetaka kebencian dari dalam sanubari setiap ahli keluarga saya. Syaitan akan mencuba dalam apa cara sekalipun untuk menjahanamkan manusia. 
 
Semaikanlah kasih sayang dalam sanubari anak-anak. Jangan tunjukkan emosi marah yang melampau-lampau (walaupun anda sangat marah tahap Cipan) Belajar kawal perasaan. Jika terlepas sekali dua, silalah  cover bila hati anda sudah sejuk, takut nanti jadi dendam pada anak-anak apatah lagi bila mereka tak faham mengapa 'ketegangan' itu berlaku. 
 
Let them know why mak atau abah 'meroyan' sebentar tadi. Let them know that mak dan abah meroyan sebab sayangkan diorang. Kasih Sayanglah 'pukau' yang paling berkesan untuk mendidik anak-anak kerana anak-anak yang dibesarkan dengan Teknik maki hamun dan Strategi Lempang (acah2 takpa kut) akan menjadi manusia rendah keyakinan diri, tidak mampu berfikir baik dan buruk, lembam dan biasanya disudahi dengan 'mental disorder'.
MAMA DAN BAPAKU YANG TERSAYANG
 
Terus terang saya coretkan, fakta ini bukanlah saya copypaste dari blogger lain (tau takpe..) tapi ianya hasil pemerhatian bertahun-tahun terhadap orang-orang terdekat dengan saya yang sentiasa diuji dengan dugaan yang hebat-hebat..Apa yang boleh saya katakan, Syukur  kehadrat Allah SWT kerana mengurniakan kami ibubapa yang open minded, bertimbang rasa, penyayang dan bijak bestari. Syukur Alhamdulillah....

Sunday, February 12, 2012

my awesome 36th !

This is my first entry in 2012. I just celebrated my 36th birthday last week and this was the most happening birthday celebration ever in my life. Well, as a mediocre people, I did not held a mega celebration like celebrities. Never in my dream.. 

What I mean with 'most happening birthday celebration' is celebrating it with my small family (me, hubby, son and daughters). They wished me happy birthday, give me hugs and taking picture together. We were also having a good time eating cheese cake and gain weight for half kilo. Not forgetting a souvenir from my hubby and self made greeting cards from my children. How wonderful it was! 
 
At the end of the day, my big family (mom, dad and siblings) also came to my house and we did eat a lot and gain another kilo. The day was perfected with my facebook account filled with greetings from all of my friends! I couldn’t ask for more..Thank you for making my day! Thank You Allah SWT. Syukur Alhamdulillah.
Related Posts with Thumbnails