IPOH: Seorang remaja berusia 15 tahun dipercayai menikam bapanya bertubi-tubi sehingga mati di rumah mereka di Taman Bersatu,
Simpang Pulai, dekat sini, awal pagi tadi. Jaswant Singh, 40,
ditemui mati di bilik tidur rumahnya jam 1.30 pagi dengan beberapa kesan
luka di badan.
Membaca petikan akhbar di atas, saya teringat satu kisah benar yang berlaku di sebuah daerah berhampiran daerah saya. Seorang lelaki di tikam, dikerat-kerat, disimpan di dalam tong ikan dan akhirnya di campak ke kawasan pembuangan sampah.
Takdir menentukan, salah satu anggota badannya digonggong anjing liar dan dilihat oleh orang ramai. Maka gemparlah penduduk kampung. Siasatan demi siasatan dibuat dan sekali lagi kegemparan berlaku kerana simangsa bukanlah calang-calang orang. Seorang yang dihormati lagi berjawatan tinggi.
Belum reda kegemparan itu maka timbul lagi kegemparan yang lebih dahsyat. Rakan-rakan dan saudara mara simangsa hampir pengsan gara-gara terkejut bila si anak yang masih di bawah umur mengaku membunuh bapanya!!
Rentetan itu rahsia si mangsa pun terungkai...Umum mengetahui bahawa mangsa ialah seorang lelaki yang berpangkat, dihormati, budiman dan punyai ramai kenalan. Namun keadaannya tidak begitu di rumah..Tidak perlulah saya nyatakan apakah masalahnya (tidak baik mengaibkan orang yang telah tiada) namun cukup saya katakan bahawa 'kesilapan dan ketegangan' telah mengakibatkan malapetaka yang tak tercapai dek akal waras manusia.
Sebagai seorang ibu saya beristighfar dan berdoa kepada Allah SWT agar dijauhi segala malapetaka kebencian dari dalam sanubari setiap ahli keluarga saya. Syaitan akan mencuba dalam apa cara sekalipun untuk menjahanamkan manusia.
Semaikanlah kasih sayang dalam sanubari anak-anak. Jangan tunjukkan emosi marah yang melampau-lampau (walaupun anda sangat marah tahap Cipan) Belajar kawal perasaan. Jika terlepas sekali dua, silalah cover bila hati anda sudah sejuk, takut nanti jadi dendam pada anak-anak apatah lagi bila mereka tak faham mengapa 'ketegangan' itu berlaku.
Let them know why mak atau abah 'meroyan' sebentar tadi. Let them know that mak dan abah meroyan sebab sayangkan diorang. Kasih Sayanglah 'pukau' yang paling berkesan untuk mendidik anak-anak kerana anak-anak yang dibesarkan dengan Teknik maki hamun dan Strategi Lempang (acah2 takpa kut) akan menjadi manusia rendah keyakinan diri, tidak mampu berfikir baik dan buruk, lembam dan biasanya disudahi dengan 'mental disorder'.
MAMA DAN BAPAKU YANG TERSAYANG |
Terus terang saya coretkan, fakta ini bukanlah saya copypaste dari blogger lain (tau takpe..) tapi ianya hasil pemerhatian bertahun-tahun terhadap orang-orang terdekat dengan saya yang sentiasa diuji dengan dugaan yang hebat-hebat..Apa yang boleh saya katakan, Syukur kehadrat Allah SWT kerana mengurniakan kami ibubapa yang open minded, bertimbang rasa, penyayang dan bijak bestari. Syukur Alhamdulillah....
3 comments:
asatagfirullah. macam2 lah sekarang ni
iya...dunia akhir zaman...
Semoga keluarga kita terhindar dr perbuatan syaitan yg boleh memusnahkan kita, Amin......
Post a Comment