CHECK IT OUT!

Tuesday, January 22, 2013

Drama Korea yang Klise

Dulu saya tak adalah minat sangat dengan drama Korea. Tapi one day my sister datang rumah dan tune in to channel 393 (saya tak tau langsung yang channel tu ever exist in our package). Masa tu dia bukak siri ntah saya sudah lupa tajuknya tapi ceritanya berkisar isu keluarga. Sekali dua tengok, tak rasa apa-apa. Tapi bila dah balik2 tengok, timbul rasa ingin tahu dengan kisah seterusnya...dan lagi..dan lagi...dan hingga kini entah sudah berapa siri kami anak beranak tonton setiap hari. 

But one thing for sure...lama kelamaan timbul rasa jemu dengan drama Korea ni....why? saya dah mula sense beberapa ciri2 klise dalam citer diorang....Antaranya, korang tengok kat bawah. Ada tak yang korang pun ter 'sense' benda yang sama:

1. Setiap family mesti ada seorang anak angkat yang dirahsiakan statusnya semenjak kecil. 

2. Ayah sebenar kepada seorang gadis miskin sebenarnya seorang lelaki kaya raya yang terpaksa berpisah dengan kekasihnya (emak gadis miskin) kerana perbezaan darjat.

3. Emak mentua selalu kacau daun dalam rumahtangga anak2nya.

4. Asal sakit je mesti  Kanser.

5. Watak jahat selalu kena Amnesia in the end of the story...pastu dia insaf dan keluarganya pun bersatu dan selalu membawanya bersiar2 di taman. Dia pun berlari2 kegirangan di taman dengan ditemani anak menantu dan cucu.

6. Lelaki kaya yang hensem akan jatuh cinta dengan wanita miskin yang baik hati. 

7. Tak kira betapa garangnya wanita itu, seorang lelaki kaya akan jatuh cinta kepadanya kerana wanita itu rupanya seorang yang berhati mulia dan garangnya bersebab...garang kerana benar kut.

8. Seorang wanita akan dicintai oleh lebih dari seorang lelaki...

9. Bila sang wanita merajuk dan ingin berlalu pergi, sang lelaki akan menyentap lengan buah hatinya dan pandangan mereka bertaut..then pandai2 je diorang bubuh music sentimentol untuk menghappeningkan mood penonton.

10. Tak kira betapa kuatnya angin, derasnya hujan, lebatnya salji dan even dalam keadaan nazak sekali pon...belahan rambut takkan berubah weiii...tetap kemas, stay still dan maintain comei...

11. Adegan kissing dah macam wajib dalam drama Korea...Parental guidance memang penting sangat. Takleh biar anak2 kecil tengok sendiri2..

12. Siang malam pagi petang....make up is on! Sebelum tidur, make up tebal giler...baru bangun pun sama jugak...(biasanya drama dalam studio).

13. Gajet (henpon) diorang canggih nak mampus...even watak orang miskin tanak kampung pon pakai henpon canggih manggih...Tapi heran ringtone takda canggih mana pun..kring2 biasa je.

14. Banyak lagi tapi cukuplah sampai di sini saja...relakan perpisahan ini...ehh...melalut pula dengan lirik lagu. Anyway itu saja yang saya boleh kongsikan bersama..Ada banyak lagi sebenarnya tapi kat atas tu lah yang obvious sangat..sampai saya naik menyampah menonton sebab dah boleh agak ceritanya...But still i dan anak2 masih tercangak depan TV every 4.30 pm for Rain come to my life...hua hua hua....

2 comments:

Kak Imun said...

Hola, betul tu. Paling2 pun anak org kaya suka anak gadis yg miskun kan.. Sepanjang i tengok drama korea ada 2 drama yg i suka iaitu, The Great Doctor dan Cinderella the step sister. I memang tabik pada pengarah dan pilihan pelakon2 dia. Drama yg lain biasa2 sj, bole la utk hiburan...:D Well, drama tempatan apa kurangnya kan. he3...

windi said...

The great doctor memang i sukeee....sangat! hehehe..tapi cinderella tu i blm tgk lg. mgkn ditayang sblm i jadi peminat. Yalah...drama tempatan apa kurangnya kan...

Related Posts with Thumbnails