CHECK IT OUT!

Monday, December 26, 2011

LAYAN FACEBOOK DITEPI KUBUR

Teringat semasa  saya bersembang dengan seorang rakan  yang baru kehilangan ibu mertua. Saya memberi ruang padanya untuk meluahkan kesedihan. That's what friends for, kan..Semasa arwah mertuanya terlantar sakit,  rakan tadi telah mencurahkan seluruh tenaganya untuk menjaga arwah. Bukan senang untuk melihat seorang menantu bertungkus lumus sebegitu rupa. Beliau melakukannya dengan rela hati kerana menganggap ibu mertuanya itu seperti ibu sendiri (yang juga telah meninggal dunia).

Apa yang mencuit perasaan saya, rakan tadi sempat menceritakan kisah anak bujangnya (lelaki) yang ditugaskan menemani beberapa orang lelaki dewasa lain untuk menjaga pusara neneknya. Menurut adat bangsa Bajau di Kota Belud ( bagi keluarga berada) kubur simati harus di jaga selama 7 hari 7 malam bagi mengelakkan kejadian curi mayat. Pencuri mayat ini mungkin diupah oleh bomoh ilmu hitam. Walaupun kes curi mayat sudah jarang berlaku namun adat ini tetap di amalkan sebagai tanda penghormatan.

Suatu waktu dahulu penjaga kubur akan menghabiskan sepanjang malam dengan bermain daun terup atau berbual dan  membaca surah2 terpilih agar tidak terlelap  walaupun sesaat. Berbalik kepada anak lelaki rakan saya tadi, dia memilih untuk melayan facebook di sisi pusara  neneknya sebagai alternatif untuk kekal berjaga sehingga siang.

Nampaknya pengaruh teknologi sudah merentas adat resam masyarakat tempatan. Hebatkan!

Akhirnya Khir Toyo dipenjara

(mula2 jadi MB dan beberapa tahun selepas itu)


Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, dipenjara setahun selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan menerima barangan berharga tanpa balasan. Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan pembelaan supaya hukuman itu ditangguhkan sehingga proses rayuan selesai.

windi's note: 
Sudahlah selangor terlepas kepada pembangkang, dijatuhi hukuman penjara pulak tu...hmmm..ngerinya dunia politik.
Ala-ala resort gitu!








Related Posts with Thumbnails