CHECK IT OUT!

Monday, May 2, 2011

Bolehkah Menggunakan Gelaran Haji dan Hajjah?

Artikel di bawah saya petik dari blog  ustaz zaharuddin.
Saya telah meringkaskan artikel ini sedapat mungkin. Jika pembaca inginkan penjelasan yang lebih lengkap (termasuk dalil2 berkaitan)  sila klik  www.zaharuddin.net.  

Ramai yang bertanya sama ada boleh digunakan gelaran ‘Haji' kepada mereka yang sudah selesai menunaikan haji. Saya teringat ada seorang kenalan saya, sekitar 10 tahun dahulu memarahi seorang rakannya kerana tidak memanggilnya dengan gelaran tersebut. Bila saya bertanya mengapa sampai begitu sekali?. 

Dijawabnya "Ye la, kita dah bertungkus lumus melaksanakan haji, berbelas ribu ringgit habis, jadi hormatlah sikit kita  dengan pengiktirafan" demikian tegasnya secara agak emosi. Saya yakin, para pembaca mempunyai pelbagai reaksi apabila membaca jawapannya. Majoriti mungkin akan merasa tidak bersetuju sama sekali dengan hujjah yang disebut olehnya. Namun itulah hakikat bagi sebahagian besar umat Islam khususnya di Malaysia, mereka cukup ingin serta merasa selesa dan bangga dengan gelaran ‘Haji' sesudah mereka pulang dari mengerjakan ibadah agung tersebut. 

Jadi persoalan kita ketika ini, adakah boleh di sisi Islam?
"ada orang baru balik haji, sibuk ingin digelar haji, kalau tak gelar, dia marah, habis rukun Islam yang lain pun lepas ini kena bagi gelaran jugakah?, jadilah namanya Tuan Haji Umrah Solat Puasa Zakat Ali Bin Abu Bakar" Demikian sindir seorang ustaz sebagai tanda protes tidak setuju disamping ingin membuat buah lawak untuk menghilangkan mengantuk para pendengar ceramahnya. 

"Nabi dan sahabatnya tiada yang guna gelaran begitu, ni semuanya mengarut dan bid'ah" tegas seorang ustaz lagi dalam kuliahnya. Adakah salah untuk menggunakan gelaran Haji di awal nama bagi mereka yang pulang dari menunaikan ibadah besar itu? 

Persoalan ini tidak dinafikan lebih kepada sebuah isu kecil, justeru diharap jangan ada sesiapa yang kerananya melakukan dosa menghina, merendah dan menyakiti hati manusia lain. Itu persoalan pokok yang perlu difahami sebelum kita melanjutkan perbincangan. 

GELARAN BAIK SEPERTI TUAN HAJI?
Gelaran buruk dengan tujuan merendah dan menghina, tanpa khilaf lagi ia dilarang, maka jelas GELARAN BAIK ADALAH dibenarkan dalam Islam selagi tidak bercanggah dengan aqidah seperti menggelar seseorang dengan gelaran yang mengangkatnya ke darjat Tuhan atau Rasul.

Maka tentunya tiada sebarang halangan di dalam Islam untuk gelaran-gelaran biasa yang kurang kontroversi seperti gelaran Tuan haji, Ustaz, Dr, Dato', Syeikh, Profesor, Tok Guru, Imam, Hujjatul Islam, Syeikhul Islam dan apa jua gelaran yang baik lagi disukai dan baik untuk digunakan sebagai penghargaan, pujian, doa dan pengiktirafan. 

Oleh itu, jika kita memanggil seseorang dengan gelaran Tuan Haji, dan ia menyukakan tuan tubuh, malah dapat mengingatkannya dengan ibadah agung yang pernah dia bertungkus lumus melakukannya, mengingatkannya kepada Allah swt dan baitullah al-haram serta boleh mengekalkan momentum keinsafannya. Maka sudah tentu ia tidak dilarang di dalam Islam malah digalakkan. 

ADAT DAN HORMAT
Apatah lagi apabila ia sudah menjadi adat di sesebuah kawasan untuk menggunakan nama panggilan yang baik tersebut. Adakalanya, gelaran ‘Haji' juga digunakan hanya kerana tiada gelaran lain yang sesuai untuk seseorang untuk menunjukkan hormat kita kepadanya. 

Saya pernah mempunyai beberapa kenalan jutawan veteran yang amat rapat dengan saya, walaupun mereka adalah jutawan, hartawan, pengasas dan ketua kepada syarikat masing-masing, namun mereka belum menerima anugerah Dato', mereka juga bukan pemegang PhD. Justeru gelaran apakah yang paling sesuai untuk memanggilnya disamping menunjukkan penghormatan kita kepada umurnya ? 

Tatkala itu saya hilang idea, hanya gelaran ‘Tuan Haji' saya kira paling sesuai setiap kali berhuung dengan beliau. Gelaran pak cik tidak sesuai, gelaran syeikh kurang sesuai orang perwatakan sepertinya, abang juga tidak sesuai, akhi juga tidak sesuai, awak juga tidak, enta pun tidak sesuai. Pernahkah anda mengalami situasi seperti itu? 

Kita sedar, kesan buruk juga boleh berganda apabila seorang yang digelar ‘tuan haji' dan ‘puan hajah' melakukan maksiat dan dosa secara terangan. Lebih mendukacitakan apabila kesnya melibatkan tangkapan khalwat, zina, pecah amanah dan lain-lain yang biasnaya tersiar di dada akhbar. Namun demikian hal itu tidak menjadikan penggunaan gelaran ‘Haji' dan Hajah' sebagai haram. 

AKHIRNYA
Walaupun harus mendapat atau menggunakan gelaran ‘Haji', amat perlu disedari pemergian menunaikan rukun Islam kelima itu bukanlah kerana gelaran dan tidak wajar menjadi marah jika tidak diberikan oleh manusia. Bukankah pandangan Allah yang menjadi sasaran ke sana. 

5 comments:

Mohd Isa Abd Razak said...

Assalamualaikum.

Saya lebih suka dipanggil Cikgu Isa. Dahulu, semasa di Bukit Langsat, ada orang memanggil saya ustaz atau syeikh. Saya berasa keberatan menerima panggilan itu. Saya tidak mengajar sesiapa, namun apabila saya pulang dari Mekah, begitu banyak orang memanggil saya tuan haji. Kalau ikutkan hati, saya lebih suka dipanggil Encik Mohd Isa atau Cikgu Isa sahaja. (Panggilan tuan bermula apabila Tuan James Alip menjadi Pengarah.)

Pelik sedikit, sekali atau dua kali sahaja saya dengar orang menyebut Tuan Haji Mohd Zain. Sebutan yang popular untuk beliau ialah Ustaz Mohd Zain Jusoh. Begitu juga halnya beberapa orang ustaz yang lain.

Pelik juga, mulut saya ringan menyebut Tuan Haji Mohd Darus, Tuan Haji Charming, Tuan Haji Nordin dan sebagainya. Alhamdulillah, ustaz kata panggilan itu baik.

Isteri saya “beruntung” sebab hanya sekali dua sahaja saya dengar orang memanggilnya hajah.

Cikgu Kadiza, jikalau kita menuntut untuk dipanggil haji/hajah, perbuatan itu memang tidak baik. Panduan ustaz ini amat berguna untuk kita.

Terima kasih, cikgu. Wallahuaklam. Wassalam.

Kak Imun said...

Salam, Windi. Saya pun sependapat dgn ulasan Tuan Mohd Isa.

Panggilan Haji dan Hajah, dengan niat ikhlas untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan memang baik kerana secara tidak langsung mereka memberikan kita inspirasi untuk menguatkan azam dan bercita2 untuk menjejakkan kaki di Tanah Suci Mekah.

Segala yang baik2, semua datangnya dari Allah SWT.......:)

sabahnews.co.be said...

Persatuan Blogger Sabah pertubuhan haram!

http://sapdalkrew.blogspot.com/2011/05/persatuan-blogger-sabah-adalah.html

MARI MENGADAKAN EXCHANGE LINK KALAU SUDI

MAKLIN MASIAU said...

Hello..apa kabar cgu asrie? dia ada akaun fb ka? klu dia free minta dia kal sya 0198325591..ada hal mau bincang2..tq

Anonymous said...

Saya ada terbaca buku 'Kuthbah Rasullulah'. Di situ ada mengatakan "Antara tanda2 Hari Kiamat iaitu bilamana orang naik haji kerana ingin meningkatkan perniagaan, orang miskin kerana nama, orang kaya kerana bermegah-megah.." allahualam..

Related Posts with Thumbnails