Happy Belated tahun baru 2011..Syukur alhamdulillah saya masih dipanjangkan usia untuk terus mencoret sesuka hati di blog ini...nampaknya sudah 2 tahun lebih saya berkelana di arena maya ini...mula2 blogging dulu sebab kepingin sangat nak tahu apa itu 'blog'. Lama2 dah jadi kebiasaan. Apatah lagi sejak daftar 'nuffnang' ada jugaklah masyuuuukk sikit2..tambahlah semangat.
Mahu cerita apa ya?..Oya..sekarang ni anak2 dah semangat tengok TV sebab Astro kami tidak lagi mengalami gangguan teruk seperti tahun lalu..Last year memang tahun terhampeh bagi siaran Astro kami. Setiap jam 10.00 pagi hingga 5 petang, mesti siaran terganggu. Tambah bengang bila musim cuti sekolah. Sudahlah banyak siaran best2 ..Terpaksalah beli VCD atau dengar radio..most of the time, surf internetlah.... Terpaksalah bersaing dengan anak2. Selalunya diorang menang. Nasib2..
Hinggalah baru2 ni tetiba je Astro kami tak buat hal. clean and crystal clear..No more 'your service currently not available'. Eh?..kami tiada buat aduan pun. Ada orang yang baik hati tolong buatkan aduan ke? atau diorang ada mesin khas men'detect' gangguan? Tiba2 anak sulung saya si Ecad yang berusia 8 tahun menegur sesuatu yang dilihatnya di halaman kejiranan kami. "mama..tengok di luar tu..ada orang sudah potong pokok besar depan rumah. Mungkin pasal tu lah siaran Astro kita tidak kena block lagi"
Saya melihat ke luar dan ternyata halaman depan sudah jadi terang benderang. Tidak ada lagi bayang2 pokok2 besar yang memayungi rumah. Entah suratan atau kebetulan, ternyata semenjak itu siaran TV di rumah kami tidak pernah lagi terganggu (kecuali ketika hujan lebat dan blackout).