CHECK IT OUT!

Wednesday, May 27, 2009

My Last exam paper!! Can't believe it.

Tanggal 27 May 2009 maka berakhirlah episod mengambil peperiksaan setiap hujung semester yang telah saya harungi semenjak May 2005. Fuh...it's been a long 4 years man....Sudah 4 tahun saya dan kawan2 berulangalik ke UMS setiap hujung minggu..Ada yang dari Kudat, Sipitang, Kota Marudu, Kota Belud, Keningau, Papar, Putatan, KK, Semporna dan Tenom! Masing2 terfikir tadi..Bagaimana rasanya hujung minggu tanpa kuliah?! Adakah kami akan termangu2 di rumah kebingung-bingungan atau terlajak bangun jam 5 pagi bersiap2 untuk menghadiri kuliah? Yang pasti we are thrilled to have our freedom again after 4 years being in uncertainty situation. Selamat Tinggal DEWAN KULIAH!!

Subjek terakhir saya pada hari ini ialah Pengenalan kepada sistem maklumat yang di kuliahkan oleh Encik Yuzainy. Cita2 saya untuk menghabiskan kertas with flying colours nampaknya takkan terlaksana kerana ada 2 soalan yang saya miss..soalan pertama tentang takrifan dan aplikasi GDSS dan juga apakah itu m-commerce dan 4 aplikasinya. Bukannya susah sangat pun tapi ntahlah...camna saya boleh miss ulangkaji part tu. Padan muka saya! 20 markah lagi tu..Harap2lah jawapan yang lain tu make sense..kalau non sense.. kuroyon poh...

Jumaat ni kami ada taklimat Latihan mengajar di UMS..Well..berat jugalah bagi seorang guru. Bukan berat sebab LM itself tapi berat sebab we have to bahagi2kan masa..Imaginelah..6.30 pagi pergi sekolah mengajar..pulang jam 12.30 tengahari. Jam 12.40 tengahari hingga 5.50 petang di Sekolah Menengah untuk praktikum.. Sampai rumah trus pengsan!.. Bagus kalau macam kerja pejabat duduk dalam air con..Guru ni masuk kelas saja trus talk and talk and talk.....

Entahlah bagaimana lagi akan saya bahagikan masa ini..Jadual petang saya sentiasa padat. isnin dan selasa (kelas tuisyen), Rabu (KOKUM), Khamis (Buddy Support system) Jumaat (rehat)..Sekolah rendah tempat saya mengajar 15 kilometer dari sekolah menengah tempat saya praktikum..Well I need 20 minutes to get there..Terpaksalah saya lambat nih..Apa boleh buat..UMS dah arah buat praktikum terpaksalah buat walaupun semasa mula2 kami mendaftar sebagai pelajar pada tahun 2005 tidak ada langsung pemberitahuan bahawa kami perlu berpraktikum. Sehinggalah pada tahun 2007, tiada angin tiada ribut..tiba2 saja ketua kelas membawa khabar duka bahawa kami dikehendaki praktikum...macam full time student...Sepatutnya kami konvo 2009..Tapi kerana arahan yang tiba2 ini maka kami pun terpaksa di extend ke 2010. Bayaran pun bertambah...

Ya Allah..Berikanlah aku kesabaran dan kekuatan untuk menempuhi Praktikum 3 bulan ini..semoga segala kesulitan dan kepayahan dan kesibukan ini akan terlerai jua akhirnya dan membuahkan hasil....Amin.

5 comments:

Ajin b. Gagah said...

Salam perkenalan Windi,
Semua links saya dari KB setakat ini, lelaki. Mungkin disebabkan, selama ini barangkali saya belum bernasib baik terlayari blogger perempuan.
Apa lagi ia nya seorang pendidik.

Dalam pada itu, saya terhayati jua serba sedikit keluhan windi ketika berkuliah.
Mengingatkan saya kenangan di masa yang silam..nostalgia, sebagai seorang student...parah juga belajar.
Namun atas usaha yang gigih, berjaya jua akhir nya.

Dengan telus, saya nyatakan saya sangat menghormati career seorang guru.
Disamping itu, kebanyakan adik-adik dan sanak saudara saya juga bertugas sebagai cikgu.

At last but not least, teruskan citi-cita murni mu dan semuga berjaya.

windi said...

Terima Kasih en Solymone...

Anonymous said...

astagaaaa...ada juga gambar melompat sakan tuuu...mo kasi kabur tu muka tu tau..hehehehe

Anonymous said...

ooppss...silap korum..sepatutnya yang entry yang satu lagi..tapi xpa bah..tau juga gambar yang mana satu

windi said...

lawa bah gambar melumpat tuh! macam propesenel jak yang ambil..keh keh keh..

Related Posts with Thumbnails