CHECK IT OUT!

Wednesday, May 27, 2009

My Last exam paper!! Can't believe it.

Tanggal 27 May 2009 maka berakhirlah episod mengambil peperiksaan setiap hujung semester yang telah saya harungi semenjak May 2005. Fuh...it's been a long 4 years man....Sudah 4 tahun saya dan kawan2 berulangalik ke UMS setiap hujung minggu..Ada yang dari Kudat, Sipitang, Kota Marudu, Kota Belud, Keningau, Papar, Putatan, KK, Semporna dan Tenom! Masing2 terfikir tadi..Bagaimana rasanya hujung minggu tanpa kuliah?! Adakah kami akan termangu2 di rumah kebingung-bingungan atau terlajak bangun jam 5 pagi bersiap2 untuk menghadiri kuliah? Yang pasti we are thrilled to have our freedom again after 4 years being in uncertainty situation. Selamat Tinggal DEWAN KULIAH!!

Subjek terakhir saya pada hari ini ialah Pengenalan kepada sistem maklumat yang di kuliahkan oleh Encik Yuzainy. Cita2 saya untuk menghabiskan kertas with flying colours nampaknya takkan terlaksana kerana ada 2 soalan yang saya miss..soalan pertama tentang takrifan dan aplikasi GDSS dan juga apakah itu m-commerce dan 4 aplikasinya. Bukannya susah sangat pun tapi ntahlah...camna saya boleh miss ulangkaji part tu. Padan muka saya! 20 markah lagi tu..Harap2lah jawapan yang lain tu make sense..kalau non sense.. kuroyon poh...

Jumaat ni kami ada taklimat Latihan mengajar di UMS..Well..berat jugalah bagi seorang guru. Bukan berat sebab LM itself tapi berat sebab we have to bahagi2kan masa..Imaginelah..6.30 pagi pergi sekolah mengajar..pulang jam 12.30 tengahari. Jam 12.40 tengahari hingga 5.50 petang di Sekolah Menengah untuk praktikum.. Sampai rumah trus pengsan!.. Bagus kalau macam kerja pejabat duduk dalam air con..Guru ni masuk kelas saja trus talk and talk and talk.....

Entahlah bagaimana lagi akan saya bahagikan masa ini..Jadual petang saya sentiasa padat. isnin dan selasa (kelas tuisyen), Rabu (KOKUM), Khamis (Buddy Support system) Jumaat (rehat)..Sekolah rendah tempat saya mengajar 15 kilometer dari sekolah menengah tempat saya praktikum..Well I need 20 minutes to get there..Terpaksalah saya lambat nih..Apa boleh buat..UMS dah arah buat praktikum terpaksalah buat walaupun semasa mula2 kami mendaftar sebagai pelajar pada tahun 2005 tidak ada langsung pemberitahuan bahawa kami perlu berpraktikum. Sehinggalah pada tahun 2007, tiada angin tiada ribut..tiba2 saja ketua kelas membawa khabar duka bahawa kami dikehendaki praktikum...macam full time student...Sepatutnya kami konvo 2009..Tapi kerana arahan yang tiba2 ini maka kami pun terpaksa di extend ke 2010. Bayaran pun bertambah...

Ya Allah..Berikanlah aku kesabaran dan kekuatan untuk menempuhi Praktikum 3 bulan ini..semoga segala kesulitan dan kepayahan dan kesibukan ini akan terlerai jua akhirnya dan membuahkan hasil....Amin.

Tuesday, May 26, 2009

Awek Italy minat Siti Nurhaliza

Well.. seorang awek Itali yang duduk di Jepun juga meminati Siti Nurhaliza. Hurm.. camne tu. Lihat bertapa hebatnya pengangan dan pekaki dato Siti. Haha.. Cakap banyak pun tak guna. Kena nengok sendiri.. Well korang rasa kalau korang nyanyi lagi Kiroro (miraie) tu, mesti kecoh satu Jepun yang sorang budak bangla duduk Malaysia nyanyi lagi Kiroro kan? Hahaha.. Jangan maraa…


Malay song from an artist I love, Siti Nurhaliza. I still have a little cold and I need to sing very quietly because my house is small and its 11pm =P Hope you enjoy it anyway ^_^
(Coretan awek Italy ni)

Friday, May 22, 2009

kisah seram di wad ICU

Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap mengalami kejadian pelik.. Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada satiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka.. Perkara ini sangat membingungkan para doktor… Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut…

Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya… beberapa doktor bersiap sedia untuk mengenal pasti penyebab kepada kematian di katil tersebut. Seorang pesakit lelaki sedang tidur di katil misteri.

Masa berputar… pukul 08:00am.. 08:30am sehingga jam 9.00 am… tiba-tiba…… Pintu bilik ICU itu terbuka…. Kemudian masuklah Makcik Bedah…. Seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari jumaat.. Masuk… mendekati katil keramat tersebut… dan terus mencabut soket elektrik untuk alat bantuan pernafasan pesakit tersebut dan menggantikannya dengan ‘plug vacum cleaner’nya…

Kisah Suami dan Isterinya

Sepasang kekasih sedang asyik memadu asmara di tepi sebuah tasik, sambil berbual-bual mesra…

Makwe: bang, andaikata saya menjadi bintang…

Pakwe: abang kan jadi Ultramannya

Makwe:kenapa pulak, sepatutnya abg jadi bulan purnamalah

Pakwe:Salah tu, kan ultraman ada bintang kepunyaannya

Makwe: gitu… kalau saya jadi bunga

Pakwe: Abang jadi tukang kebunnya

Makwe: Kenapa bukan kumbang

Pakwe: Sebab kumbang keje dia hanya menghisap madu..sedangkan tukang kebun kerjanya menyiram dan membaja bunga tu setiap hari

Makwe: Wah! hebatnya abg nie… begitu pandai berkata-kata

Setelah puas berbicara dan bergurau senda, bangunlah pasangan kekasih tersebut untuk bersiar-siar… tiba2 si makwe tersepak sebatang tunggul kayu, dan jatuh tersembam ke tanah…bedebik!!!!!! macam nangka busuk daa!!!!

Makwe: Aduh!!!! sakiknya be, (awek tu rupanya minah kelate)

Pakwe: Cilako! punyo tunggul kayu… .buto ko!!!!!, tak nampak ko oghang nak lalu(rupa2nya si pakwe tu orang N9)… sayang takde apa2 ke?

Makwe: Takde sikit je bang… cuma luka sikit jer dahi nie

Pakwe:Nasib baik tunggul kayu, kalau orang tadi memang nahas abg kejekan.

Memang telah ditakdirkan jodoh mereka berdua… selang beberapa bulan
selepas itu pasangan kekasih ini pun mendirikan rumahtangga… 2 tahun
kemudian, si isteri teringat kembali kisah yang lalu sewaktu membawa anak
mereka bersiar-siar di tasik yang sama ketika bercinta dahulu,

Isteri: Bang, ingat lagi tak tempat nie?

Suami: Masakan abg boleh lupa

Isteri: Kalau saya jadi bintang

Suami: Abang jadi beginilah

Isteri: Kenapa bukan Ultraman…

Suami: Kat Malaysia mana ada Ultraman… kat Jepun adalah… apa lah awak nie

Isteri: Kalau saya jadi bunga

Suami: Abang jadi beginilah

Isteri: Apa abg nie… cakaplah betul2

Suami: Apo kono eh dongan ekau nie… dah buang tebiat ko, tak nampak anak kito tu… .kalau dah abg jadi Ultraman ngan ntah apo apo ntah laie, sapo nak bagi makan kek anak kito tu… .yang mengado-ngado nak jadi bintang tu buek apo

Isteri: Abe nie tok supo dulu… .tok rometik lasung, mete2 la saya nie doh tok comey lagi…

Suami: Takdo nak romantik kosmetik do… .

Selepas puas duduk sambil berbalah, maka berjalan pulanglah keluarga tersebut… .tiba2 si isteri tadi tersepak sebatang tunggul kayu(mungkin tunggul yg sama), lalu jatuh gedebuk!!!! ke tanah…

Isteri: Aduh abe sakik nyo!!!!!

Suami: Apo kono eh awak nie… .buto ko, punyo bosa tunggul tu tak nampak ko!!!!!!!!!!


Di Malam Pertama

Suasana masih riuh di luar. Sanak saudara semuanya berkampung disini.Gelak ketawa, gurau senda jelas kedengaran. Aku memimpin isteriku ke dalam bilik pengantin. Suara-suara sumbang terlalu banyak yang menegurku.

“Hai, malam masih muda, dah nak masuk tidur?” sapa Pak Ucu.

“Orang muda bang Aji, biarlah. Air dah penuh kat kepala tu.” sahut Pak Tam disambut hilai ketawa sanak saudara yang lain. Meriah sungguh keadaan diluar walau jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam.

Hadiah yang masih belum dibuka ku susun ke tepi. Lampu ku tutup. Merebah diri ke katil pengantin, aku menoleh ke arah isteriku.

“Kita tidur dulu lah yer. Ramai sangat orang kat luar tu.” Isteriku Hanya mengangguk tanda setuju.

Entah pukul berapa sekarang, aku pun tidak tahu. Keadaan di luar gelap gelita dan senyap sunyi. Tanda sanak saudaraku telah pulang dan keluargaku telah tidur.

Jari jemariku lembut membelai rambutnya. Ku selak rambut ikal yang Menutupi telinganya lalu membisikkan “Assalammualaikum!” ke telinganya untuk Menguji isteriku.

“Wa alaikummussalam.” Rupanya isteriku masih belum tidur. Ku kucup pipi halusnya. Ku kucup dahinya yang mulus. Semerbak harumnya menusuk deria bauku. Akanku tunaikan tanggungjawabku sebagai suami malam ini. Jari-jemari ini terus membelai tubuhnya. Perasaanku tidak dapat dikawal lagi, namun…

“Kringggggg….”

“Tik..tik..tik..tik…”

“Kring.. kring..kring..”

Bunyi-bunyi jam loceng entah dari mana memenuhi ruang bilikku. Terkejut dengan segala macam bunyi yang ada, aku membuka lampu. Serentak itu, terang benderang seluruh rumahku. Bunyi-bunyi ini telah berjaya membangunkan semua orang di rumahku.

Aku mencari-cari punca bunyi-bunyi itu. Mataku terarah ke sekotak hadiah yang masih terbalut rapi. Aku buka dengan pantas dan di dalamnya terdapat 5 buah jam loceng. Juga sekeping kad berbunyi… Selamat Pengantin Baru,

Jangan gopoh-gopoh. Baru Pukul 2 pagi. Jangan maree.. kami potong stim.

Dalam hatiku.. cilaka punya kengkawan. Potong stim betullah!!!

TAMAT

Lesson learn nye kat sini …… buka leerRRRR hadiah tuu duluu>>> hihihee

Apa itu MARKETING?

Jika anda melihat seorang gadis cantik di sebuah pesta lalu anda menghampirinya dan berkata, “Aku adalah orang kaya.. kahwinlah dengan aku.”

Itu adalah DIRECT MARKETING.

Jika anda berada di sebuah pesta dengan kawan-kawan anda dan bertemu dengan seorang gadis cantik. Salah seorang kawan anda menghampiri gadis itu dan berkata, Lihatlah jejaka itu (sambil menunjuk anda).Ia sangat kaya,kahwinlah dengan dia.”

Itu adalah ADVERTISING.

Jika anda melihat seorang gadis cantik di sebuah pesta lalu anda menghampiri dan meminta nombor telefonnya. Keesokan harinya anda menelefonnya dan mengatakan,”Hi.. aku sangat kaya, kahwinlah dengan aku.”

Itu adalah TELEMARKETING.

Anda tengah berada d sebuah pesta dan melihat seorang gadis cantik. Anda membetulkan tie, berjalan ke arahnya dan menawarkan minuman. Anda membukakan pintu untuknya saat menghantar pulang dan berkata, “Aku sangat kaya, mahukah kau kahwin dengan aku?”

Itu adalah PUBLIC RELATIONS.

Anda tengah berada di sebuah pesta dan melihat seorang gadis cantik. Ia berjalan ke arah anda dan mulai merayu, “Kau sangat kaya rupanya.”

Itu adalah BRAND RECOGNITION.

Anda berada di sebuah pesta dan melihat seorang gadis cantik. Anda mendekatinya dan berkata, “Aku sangat kaya, Kahwinlah dengan aku.” Lalu ia menampar muka anda.

Itu adalah CUSTOMER FEEDBACK.



Monday, May 18, 2009

Koboi Kota Belud

Artikel ini saya petik dari blog seliu-liu

Seorang anak Sabah yang bersaing dalam program realiti TV, Mentor menggunakan peribahasa `Mangan Niah Mangan Asal Kurung-Kurung' sebagai prinsip hidup.
Mungkin anak muda bernama Thye itu belum mengerti makna di sebalik peribahasa itu dan jangan salahkan beliau. Semoga anak muda itu berjaya dalam kerjayanya.
Di tangan protegenya ada kipas tangan tertera perkataan `Koboi Kota Belud'. Mungkin juga Adibah noor tidak tahu bahawa orang Kota Belud mahu maju dan tidak lagi tinggal di Pekan koboi.
Kita lupakan dulu segmen hiburan.
Cuma saya mahu mengulas sedikit tentang `Koboi Kota Belud'.
Sebagai daerah sulung di bumi Sabah yang ada Residen British dan terawal mewujudkan pihak berkuasa tempatan (PBT), Kota Belud seharusnya sudah menjadi bandar raya pesat membangun dan rakyatnya menikmati kemajuan hasil kemakmuran ekonomi Sabah.
Bagaimanapun, kerana kealpaan dan terlalu memikirkan diri sendiri, daerah makmur dengan hasil bumi meliputi minyak, gas, padi, bijirin, dasar laut nan indah dan pusat pelancongan alam semula jadi, terperosok sebagai daerah termundur di bumi Malaysia.
Pekan Koboi sebenarnya mendokong makna pekan serba mundur dan di kawasan terpencil. Apa istimewanya.
Alangkah indahnya jika Kota Belud maju seperti Sandakan dan Tawau atau paling kurang Kudat. Ini dari dulu sampai sekarang guna imej Pekan Koboi.
Seperti diakui Residen Pertama Inggeris di North Borneo atau Borneo Utara (Sekarang Sabah), William Pretyman, Kota Belud adalah daerah yang kaya dengan sumber ekonomi sehingga menjadi pilihan Inggeris untuk bertapak di North Borneo pada 1878 sebelum menjajah negeri itu pada 1881.
Kata saya, koboi dulu naik kuda, koboi sekarang hadapi kesesakan jalan raya.

Sunday, May 17, 2009

BERHATI-HATI DI JALAN RAYA

Adakah and perasan bahawa terdapat sesetengah round about di KK tidak relevan lagi? Kereta berpusu-pusu dari pelbagai arah dan saiz roundabout itu tidak dapat menampung jumlah kenderaan yang ada..Agaknya roundabout itu sejak zaman Pemerintahan Parti Berjaya kut..contohnya roundabout berdekatan jeti labuan atau Restoran Rossa, Fajar trading atau supermarket mika.

Sebuah lagi bulatan berbahaya ialah bulatan berhadapan panggung Kilan dan Cineplex di bandaran Berjaya. Paling afdal jika di buat lampu isyarat!!!!! Jangan saja tidak Berfungsi seperti di bawah ini. Lihat video clips di bawah:

website baru

Setelah berhempas pulas bertanya di sana sini, membaca tips dan macam2 lagi, saya dan kawan2 berjaya juga menyudahkan assgmt kami iaitu membina laman web kelas ht18plums.com.

Banyak lagi yang perlu dibuat sebenarnya tapi setakat ini bolehlah dikatakan 80% dah siap. kalau sudi silalah lawat website kami di bawah:


Dek kerana sibuk menyiapkan website tu..jadi anak tiri suda ni blog saya.. kesian Windi's diary..Da lama tidak dijenguk...

windi's note:
Susah juga pulak buat website ni kalau kurang pengalaman. Buat blog 90% lebih senang tau...

PERUTUSAN HARI GURU

Jumaat, 2009 Mei 15

PERUTUSAN SEMPENA PERAYAAN HARI GURU 2009 “GURU PEMBINA NEGARA BANGSA”

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam
sejahtera.

1. Marilah kita semua merafakkan syukur ke hadrat Allah SWT
kerana sekali lagi kita dapat menyambut Hari Guru bagi tahun 2009.
Pada tanggal 16 Mei setiap tahun seluruh negara menyambut Hari
Guru sebagai penghormatan jasa kaum guru dan tanda ucapan
terima kasih kepada mereka. Penghormatan ini amat layak diberikan
kerana usaha gigih guru dalam mendidik insan merupakan peranan
yang mulia. Pembangunan diri insan yang cemerlang akan
menentukan matlamat pembinaan sebuah negara yang maju dan
aman akan dapat kita capai.


2. Menyedari pentingnya pembinaan negara bangsa bagi
sebuah negara yang berbilang kaum seperti Malaysia, Kementerian
Pelajaran telah memilih “Guru Pembina Negara Bangsa” sebagai
tema Hari Guru pada tahun ini. Keupayaan membina Negara Bangsa
amat bergantung kepada keutuhan perkongsian nilai serta semangat
patriotisme yang dapat dipupuk dan disuburkan dalam kalangan
semua lapisan rakyat, terutama dalam kalangan generasi muda.
Menerusi semangat patriotisme, bangsa akan menjadi kuat, berani,
mempunyai kekuatan mental, emosi dan fizikal dalam membentuk
ketahanan negara. Nilai sosial seperti semangat kekitaan, perasaan
saling hormat-menghormati, mengamalkan sifat toleransi, taat setia
dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap negara wajarlah
dipupuk dan diamalkan sejak di bangku sekolah dan menjadikannya
budaya hidup masyarakat.

3. Matlamat kerajaan untuk membina sebuah Negara Bangsa
adalah selaras dengan gagasan 1 Malaysia; rakyat didahulukan dan
pencapaian diutamakan yang dihasratkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd
Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Hasrat
1 Malaysia ialah membina sebuah negara yang bersatu padu serta
menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama, menikmati
kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan keadilan. Tidak
ada sesiapapun akan terpinggir untuk merebut peluang yang
disediakan bagi menyerlahkan segala keupayaan dan potensi
masing-masing.

4. Jika nilai-nilai ini dapat diterapkan melalui proses pendidikan
yang terancang, saya yakin dan percaya perpaduan dalam kalangan
rakyat akan dapat diperkukuhkan. Perpaduan merupakan aspek
penting dalam pembangunan negara. Oleh itu ianya perlu diberikan
perhatian yang bersungguh-sungguh oleh setiap orang. Kementerian
Pelajaran akan terus menyokong pembinaan Negara Bangsa bagi
memperkukuhkan perpaduan, membina identiti nasional dan
semangat kebangssan serta membangunkan sumber manusia
bersesuaian dengan keperluan negara kita dalam menghadapi
cabaran globalisasi.

5. Saya menaruh penuh keyakinan dan berharap guru dapat
memainkan peranan yang penting ini. Selain bertanggungjawab
mengajar dan mendidik, guru turut berada di saf hadapan untuk
menyemai dan memupuk perpaduan, semangat patriotisme,
menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran; serta membentuk
akhlak dan jati diri murid bagi melahirkan modal insan cemerlang.

6. Membina Negara Bangsa merupakan Teras Strategik yang
pertama dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-
2010. Bagi menjayakan Teras Strategik ini, pelbagai program dan
projek yang berkaitan dengan kebahasaan, kesusasteraan, patriotik,
serta seni, warisan dan budaya telah dirancang oleh pihak
Kementerian. Ia bertujuan untuk memperkukuh perpaduan bangsa,
membina identiti nasional, memperteguh semangat kebangsaan
serta membangunkan sumber manusia bagi mengisi keperluan
negara. Semoga, dengan jati diri yang kental dan semangat patriotik
yang tebal, akan lahirlah bangsa Malaysia yang utuh dan bermaruah.

7. Tugas membina negara bangsa melalui pendidikan tidak akan
selesai. Sebaliknya ia semakin kompleks dan mencabar selaras
dengan kemajuan yang tidak terbatas pada masa kini. Saya menyeru
kepada semua guru supaya mempertingkatkan diri dengan ilmu dan
kemahiran supaya dapat melaksanakan tanggungjawab dengan lebih
berkesan. Ingatlah bahawa peranan kita sentiasa dinilai oleh
masyarakat. Guru juga perlu memelihara akhlak dan budi pekerti
supaya guru terus dihormati dan menjadi role model kepada anak
didik dan masyarakat. Berkhidmatlah dengan penuh ikhlas. Teruslah
berjuang membina negara bangsa kerana Malaysia amat
memerlukan khidmat bakti para guru.

8. Kepada Kerajaan Pusat, jutaan terima kasih diucapkan atas
keprihatinan dan sokongan padu yang sentiasa diberi kepada
Kementerian Pelajaran. Malah, dalam kemuraman ekonomi dunia
yang mana Malaysia turut merasai bahangnya, kepentingan
pendidikan tetap diutamakan. Suntikan RM200 juta kepada
Kementerian Pelajaran dalam Pakej Rangsangan Ekonomi yang
pertama, diikuti RM2.093 bilion lagi melalui Pakej Rangsangan
Kedua merupakan bukti kukuh betapa komitednya pihak Kerajaan
dalam memastikan pembangunan pendidikan terus berjalan seperti
yang dirancang dan disasarkan.

9. Kepada semua guru, sekali lagi saya ucapkan jutaan terima
kasih atas segala jasa yang telah tuan/puan sumbangkan. Jasa dan
pengorbanan kita akan terpahat dalam ingatan dan akan tetap
dikenang sepanjang hayat.

“Selamat Menyambut Hari Guru”

Sekian, wabillahi taufik walhidayah wassalam mualaikum
warahmatullahi wabarakatuh. Selamat Menyambut Hari Guru.



TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN

SELAMAT HARI GURU!!!

Murid zaman teknologi cabar kemahiran guru


Muhyiddin melihat medal Tokoh Guru Kebangsaan 2009, Seng Tiong (tiga dari kanan) selepas merasmikan sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Kuala Terengganu semalam. Turut kelihatan ialah (dari kiri) Abdul Rahim, Ahmad Said, Alimuddin dan Shahul Hamid.


KUALA TERENGGANU – Guru hari ini berdepan dengan tugas jauh lebih mencabar kerana kebanyakan pelajar lebih bijak ekoran terdedah kepada kemajuan teknologi terkini.

Ia diakui sendiri oleh tiga Tokoh Guru Kebangsaan 2009, Datuk Abdul Rahim Tahir, 63, Phua Seng Tiong, 64, dan Shahul Hamid Mydin Shah, 60.

Bagi Shahul Hamid, untuk menjadi pendidik berjaya, guru perlu melengkapkan diri dengan ilmu dan mengetahui peranan masing-masing dalam mendidik pelajar.

“Meskipun peranan guru dalam mendidik pelajar semakin mencabar, itu adalah satu perkara yang biasa sekiranya mereka menganggap murid-murid seperti anak sendiri.


MUHYIDDIN melawat gerai pameran Kumpulan Utusan sambil diperhatikan Pengerusinya, Tan Sri Hashim Ahmad Makaruddin (belakang, dua dari kiri) di Kuala Terengganu semalam.


“Guru perlu menjalankan tugas dengan baik terutama dalam menyatupadukan rakyat,” katanya ketika ditemui selepas sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man di sini semalam.

Penganugerahan Tokoh Guru Kebangsaan 2009 itu membolehkan ketiga-tiga tokoh guru berkenaan menerima hadiah wang tunai RM10,000 berserta hadiah iringan, pingat emas dan sebuah plak setiap seorang.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tuesday, May 5, 2009

HI.. DAH LAMA TAK JUMPA

Dah lama rasanya tak jenguk blog windi's diary ni..Saya saja je..ambil; kesempatan sementara tenang2kan fikiran nih..sakit seluruh badan ni..kenapa? Dah 3 minggu I berhempas pulas buat assgmt. maklumlah..da semester akhir ni macam2 pula disuruh buat. pembentangan tak habis2.. Ingat pula lagu Saloma "jari2 ku ..sakit semua... kerna berkerja sepanjang hari.." Saya pun mahu menyanyi juga.."jari2 ku...sakit semua..kerna menaip siang malam...assignment banyak ..bertimbun2..kalau tak buat..gerenti fail.." ok. I mau sambung lagi buat kerja. Jumpa lagi..
Related Posts with Thumbnails