CHECK IT OUT!

Tuesday, March 24, 2009

Percubaan buat websitelah pulok!

Sejak beberapa hari yang lalu fikiran saya agak bercelaru (aisehmen..!) kerana memikirkan assgmt yang diberikan oleh pensyarah untuk kurus Pengenalan kepada sistem maklumat. Belum siap2 lagi. Bukan kerana saya sengaja tidak membuatnya tapi saya 'tak reti' untuk membuatnya.

Tugasan yang diberikan ialah membuat laman web. Sebenarnya pensyarah memberi kelonggaran untuk kumpulan kami membuat blog sahaja kerana lebih mudah dan murah.

Tapi kami sengaja menyusahkan diri dengan berusaha membuat laman web yang agak komplikated malahan sanggup membeli domain berharga Rm85 dengan muatan 3 GB. Bukan apa, tujuan kita mengambil kursus ialah untuk menambah pengetahuan baru. Jika sekadar buat blog (yang kami memang dah tahu cara2nya) maknanya kami takkan belajar apa-apa yang baru bukan.

Pengalaman pertama buat website ni susah juga rupanya. Ingatkan senang2 macam blog. Tak paham arahan satu hal, tak paham bahasa lain lagi. Lain disuruh klik lain di tekan. Takpa....Kami akan berusaha lagi sampai dapat. Chayo chayo!!

Friday, March 20, 2009

Rahsia disebalik lagu matahariku - agnes monica

Lagu matahariku dendangan Agnes Monica yang cun melecun putih melepak itu merupakan lagu kegemaran saya. Oleh kerana itu saya telah bersusah payah (tak susah pun sebenarnya..) untuk mencari lirik lagunya di internet. Maka berkumandanglah suara saya yang 'bassy' ini di dalam rumah dengan diiringi oleh video clip yang dikutip dari You tube. Mendayu-dayu sungguh suara saya mendendangkan lagu ini sehinggalah anak perempuan saya yang berusia 3 tahun menjerit "mama..bising bah.." dan barulah saya sedar dunia.

Selepas puas melalak dan memaksa suami untuk berduet dalam lagu 'aku dan dirimu' dendangan Ari Lasso dan Bunga Citra, saya tergerak hati untuk mengakses laman web harakah daily. Tajuk utama ialah "Kenapa MAIS peduli lagu Allah Peduli sahaja?' Lagu Allah peduli ialah lagu Agnes Monica yang mengandungi perkataan Yesus Kristus. Majlis Agama Islam Selangor meminta kerajaan agar mengharamkan lagu itu dalam pasaran Malaysia kerana sedar liriknya mampu mewujudkan kekeliruan kepada para pendengar.

Namun penulis artikel itu turut menyatakan bahawa terdapat sebuah lagi lagu Agnes Monica yang sealiran dengan lagu Allah peduli dan kebetulan pula ianya lagu kegemaran saya "Matahariku" .

Saya cuba untuk mengabaikan ide penulis tentang lagu matahariku tetapi hati ini tetap berkata, apa salahnya mencari kebenaran. Akhirnya saya menemui satu fakta yang mungkin menyokong ide penulis tadi.

Di bawah ini saya copy paste kan sedikit sedutan dari sebuah laman web. Petikan itu saya set kan dalam warna merah dan italic font. Lirik lagu matahariku turut saya sertakan untuk rujukan para pembaca. Selepas itu bolehlah kita menilai sendiri apakah status matahari di dalam lagu tadi.

Secara peribadi saya agak kecewa kerana petikan itu membawa sedikit pengaruh kepada saya untuk tidak menyanyikan semula lagu itu walaupun sekadar hiburan. Lagu itu begitu indah melodinya untuk dinyanyikan begitu juga liriknya. Cuma perkataan 'matahari' itu saja yang mencacatkan segala-galanyanya.

Nampaknya saya terpaksalah beralih kepada lagu Rossa atau Bunga Citra Lestari yang ternyata lebih mudah dinyanyikan kerana note yang lebih rendah. Selain itu koleksi lagu mereka tidak kurang puitis dari segi lirik dan melodi yang indah. Tapi yang paling penting Liriknya nggak bisa memesongkan akidah kita bukan...Tepuk dada tanya selera..

Windi's note: Kalau I dah gian sangat nak humming lagu ni mungkin I will change matahariku to some other word like , oh tuhanku, kekasihku, maha kuasa, atau apa-apa saja yang ngam dengan syllable matahariku. Atau menyanyikan lagu ini tanpa penghayatan langsung. Just to focus to kemerduan sora masing2 ka... peh! perasan you..

Asal-usul Natal

imageAkar perayaan Natal berasal dari kebudayaan bangsa Romawi. Orang Romawi sekitar abad ke-10 hingga 7 sebelum Yesus lahir (sebelum Masehi) mengenal hari lahirnya Dewa Matahari yang diperingati tiap 25 Desember dengan sebutan ‘Saturnalia’. Hari itu dianggap sebagai ‘The Winter Saltice’, saat mana matahari berada di titik yang paling jauh dari katulistiwa. Saat matahari memperpanjang kekuatan untuk naik dalam titik balik perjalanan tahun. Saat itulah beberapa daerah di Eropa menjadi siang sepanjang hari tanpa mengalami datangnya malam. Itu pas tanggal 25 Desember. Pada proses itulah perayaan Saturnalia dirayakan dengan pesta pora, hura-hura, mabuk-mabukan, dan berbagai ritual amoral. Mereka menganggap bahwa ini adalah keajaiban alam yang dapat dibuat sang matahari. Itu sebabnya matahari dipuja sebagai Dewa Matahari.

Lirik lagu Agnes Monica Matahariku

Tertutup sudah pintu .. pintu hatiku
Yang pernah dibuka waktu hanya untukmu
Kini kau pergi dari hidupku
Kuharus relakanmu walau aku tak mau

Berjuta warna pelangi didalam hati
Sejenak luluh bergening menjauh pergi
Takada lagi cahaya suci
Semua nada beranjak aku terdiam sepi

Dengarlah matahariku suara tangisanku
Kubersedih kerna panah cinta menusuk jantungku
Ucapkan matahariku puisi tentang hidupku
Tentangku yang tak mampu menaklukan waktu

Berjuta warna pelangi didalam hati
Sejenak luluh bergening menjauh pergi
Takada lagi cahaya suci
Semua nada beranjak aku terdiam sepi


Tuesday, March 17, 2009

Bollywood Vs Hollywood





Semalam, saya menonton anugerah Oscar 2008 melalui chanel starmovie. Buat pertama kalinya saya merayu-rayu kepada 2 orang putera(6 tahun) dan puteri(3 tahun) (yang selalu menggunakan kuasa veto bagi menentukan chanel apakah yang harus di tune on. Biasanya astro ceria atau cartoon networklah. They don't really like to watch disney channel because they think it's too naive) agar memberi peluang kepada mama mereka yang pernah bercita-cita menjadi pengarah filem ini, untuk menonton Oscar.

Entah macamana malam itu mereka boleh bersetuju membiarkan saya "layaaann..." depan tv. Perkara yang paling mengujakan saya apabila "slumdog millionaire" berjaya menggondol banyak anugerah. Saya tak pernah tonton pun filem tu tapi mengetahui yang 80% daripada krewnya ialah orang India dan penggambaran yang dibuat sepenuhnya di Mumbai membuatkan saya berazam membeli VCD originalnya nanti.

Tarian dari filem itu juga dipersembahkan di dalam majlis berprestij itu. Ketika melihat penari menarikan tarian bollywood di Pentas Oscar, saya rasa macam "eh..biar betul nih..merasa jugak saya menyaksikan Bollywood di Hollywood ya.." Orang putih tu semuanya 'kebaruan' tengok tarian Bollywood. Mungkin mereka akan menganggap itu yang terbaik dari India. Kalaulah mereka melihat tarian Hrithik roshan dalam Kahoo Na Pyar Hei, musti gila bayang si Angelina Jolie dibuatnya. Ataupun seandainya Jennifer Anniston menonton filem Kuch kuch Hota hai lakonan Shah Rukh Khan, musti dia terlupa kewujudan Brad Pitt ataupun John Mayer. Brad Pitt pun trus mabuk kepayang tengok Rani Mukherjee..

( Di atas ialah draft yang I buat beberapa minggu yang lalu tapi tak sempat siap kerana mengantuk..he he..lewat malam sudah masa tu lepas tonton Anugerah Oscar. Tapi hari ni I sambung sebab I have a lot of time..Cuti sekolah la katakan...he he..nasib baiklah tak ada kursus)

Bangga betul saya melihat filem Bollywood diangkat dianugerah berprestij itu. Walaupun bukan filem Malaysia tapi at least ianya membuktikan bahawa pelakon dan krew Asia mampu menghasilkan yang terbaik. Malaysia pun tidak mustahil boleh menghasilkan kejutan kerana India cuma 10 tahun lebih senior dalam bidang filem berbanding Malaysia. Cuma penerbit dn pengarah Malaysia harus memikirkan karya yang menjangkau pemikiran klise pengkarya yang ada sekarang ini. Plot juga harus dititik beratkan kerana "kesumbangan plot" juga yang sering membuatkan saya 'kaciwa' bila menonton filem tempatan. Nanti saya akan publishkan satu entri berkenaan Upin dan Ipin the Geng yang saya rasa ada bau-bau bacang dengan apa yang perkatakan sebentar tadi berkenaan 'keklise an' pemikiran para pengkarya.

Berbalik kepada tujuan entri asal, menyesal agaknya Amitabh dan Shah rukh tidak menerima tawaran filem Slumdog jutawan ini. Akhirnya rezeki Anil Kapoor juga menyengih di atas pentas oscar. Saya minat bangat juga dengan Anil Kapoor ni semenjak melihat lakonan dia dalam filem My name is Lakhan. Ryan Seacrest menggelar Anil Kapoor, George Clooney India. Apa kaki George Clooney tu berbanding dengan Anil Kapoor? Feroz Khan juga berpeluang menayang gigi di pentas Oscar. I minat juga dia ni sebab lakonan dia fuh! Hidup beb! Apa watak sekali pun mesti bikin berdiri bulu roma. Tapi yang lucunya bila saya fikir2kan, dulu lagi budak2 setinggan dua orang tu merasa situasi Oscar berbanding The King of Bollywood sapa lagi kalau bukan Shah Rukh Khan. itulah namanya takdir dan rezeki masing-masing. sapa sangka budak setinggan yang miskin tahap gaban tu boleh jejak kaki di Hollywood.

Saya ingatkan pencapaian filem The hidden dragon crouching tiger dinobatkan sebagai filem asing terbaik suatu waktu dulu will be the 1st and the last in asia history. Punyalah hebat ulasan2 dari media kita masa itu dan diva terunggul dari Malaysia iaitu Datuk Michelle Yeoh pun turut sama terkena tempias glamour sebagai pelakon filem itu.

Namun kejutan yang dibuat oleh filem ramuan India yang dikilangkan oleh toko British ternyata membuahkan hasil dan mendapat anugerah yang paling hebat untuk tahun 2009. malahan tarian dalam filem itu juga menjadi kegilaan para surirumah dan sesiapa sahaja yang ingin bersenam di USA. Bagi saya yang membesar dengan filem2 Bollywood, step tarian yang dipersembahkan dalam lagu Jai Ho itu biasa2 saja. Banyak lagi yang lebih 'kaw2' yang pernah saya saksikan seperti dalam filem Kahona Pyar hai, Kuch2 Hota hai, Ashoka, Devdas dan beratus2 lagi. You name it! Tarian terbaik yang saya pernah lihat seumur hidup saya untuk filem Bollywood ialah dalam filem Kahona Pyar Hai melibatkan Hritik Roshan. Best giler!!

Berlumba2 talk show di USA menjemput watak utama filem ini iaitu Dev Patel dan Freida Pinto untuk menjadi tetamu undangan. Malah Tyra Banks turut menjemput beberapa orang penari di dalam rancangan bual bicaranya untuk mempersembahkan tarian ala-ala Jai Ho. Kebetulan Aishwarya Rai, menantu Amitabh Bachan yang cantik super Popular di dunia Bollywood itu turut menjadi tetamu. Tyra Bank mengajak Aishwarya untuk menari bersama dan bertanya "Have you done this before?". Bila saya dengar pertanyaan Tyra yang ditujukan kepada Aishwarya, terdetik di hati ssaya, kesian betul orang USA ni tau. Tak tau apa-apa pasal dunia luar. Sekiranya Tyra ialah orang yang mengikuti perkembangan filem Bollywood, pertanyaan seperti itu samalah seperti satu gurauan semata-mata. Seperti kita bertanya pada teman baik kita 'siapa nama kau?' atau pun bertanya kepada orang yang sedang tidur nyenyak 'apa kau buat?'. Cuba teka apa jawapan si Aishwarya Rai berkenaan soalan Tyra Banks tadi? jeng-jeng jeng...jawapannya ialah "My whole life!"

Harap2 VCD original filem ini cepat direleasekan oleh Foxsearch company. I will buy it to see how great the film is. Jumpa lagi...

Monday, March 9, 2009

Pelancaran album Stacy af6 hambar....



Saya memang fanatik dengan artis yang datang dari negeri di bawah bayu kerana saya percaya orang-orang Sabah memang berbakat cuma mereka umpama Permata Pink panther yang menjadi buruan jutaan pencinta permata kerana keunikan dan kecantikannya (filem Pink Panther) tetapi tidak berpeluang meunjukkan kilauannya kerana pusat rakaman dan hiburan terletak nun jauh di semenanjung. Justeru kejayaan Stacy menjadi juara AF6 sangat mengujakan malahan saya pernah memberitahu suami, jika album Stacy dipasarkan nanti saya akan membelinya sebagai tanda sokongan kepada artis dari negeri Sabah yang tercinta.

Rentetan itu saya dengan terujanya mengajak suami dan anak-anak untuk menyaksikan pelancaran album Stacy Af6 yang bertempat di centre atrium 1 Borneo pada 8 mac 2009 jam 2.00 ptg bersamaan hari ahad (Kelmarin). Dibawah ialah detik2 penantian dan situasi semasa menyaksikan dengan mata kepala sendiri majlis pelancaran album Stacy AF6.

1.30 pm - Terpacak di tingkat 1 berhadapan pentas utama. Kami sengaja memilih posisi yang 'ngam-ngam' depan pentas. Berbaris anak beranak. Saya, Ecad(6 tahun), Yasmin(3 tahun) dan suami (36 tahun..he he he..).

1.45 - Mula teruja kerana 15 minit lagi stacy akan muncul. Ecad berkata "mama, Stacy pun ada di sini ka? Ingatkan di TV saja"

1.50 - Pengacara (yang selekeh..seluar jeans lusuh, rambut panjang, baju T Shirt lusuh, topi kusam dan berpeluh-peluh. Masa tu I harap bukan dia mengacarakan pelancaran album Stacy nanti. Kalau dia pun, harap-harap dia tukar baju) mempersilakan Nuri (artis Sabah kunun..I tak kenal lah) untuk menyanyikan lagu SEKSIS. Suara boleh tahan tapi dressing dia tak cantik. Seluar mcm org pegi snorkeling (melekat di badan) tapi baju pula longgar. Sudahla dia pendek. Orang Dusun bilang 'tidak serupai'.

1.55 - Abang Stacy Cham naik ke pentas menyanyikan lagu Inggeris dan lagu Adam AF2. Boleh tahan suara dia. Menari pun OK. Baju? Ok jugalah. Ngam dengan imej. Masa tu I terfikir juga alangkah bagusnya kalau ada teropong. Bleh tengok dengan jelas muka abang stacy.

2.00 - Pengacara mengumumkan acara akan bermula jam 2.30 petang. Ah? Setengah jam lagi? Sudahlah kaki I mau kebas dah. Ecad mula buat hal. Buka kasutlah, mahu kencinglah, laparlah. Yasmin pula mula sudah menangis2. Rimas agaknya dikelilingi orang ramai. Tapi husband saya tak mahu berganjak. Takut nanti posisi kami yang strategik tu di ambil orang.

2.30 - Kaki I start sudah mau sengal2. Kepala pening-pening lalat. Rasa geram sikit sebab janji jam 2.00 pm. Alih2 2.30 ptg pula start. I pujuk hati "Sabar..ini bukannya mesyuarat mau telampau punctual. Mesti on da way sudah diorang nih"

2.40 - Tan Sri Bernard Dompok datang untuk melancarkan album Stacy. Aii? tak nampak pun batang hidung Stacy. Freddie Fernandez pun tiada. Tiada sorang pun orang Astro yang 'fofular' berkeliaran di majlis tu. Ada kut tapi saya yang tak kenal. Tapi frust juga sebab pengacaranya masih 'uncle selekeh' tadi tu. Mungkin konsep Majlis ni santai n selekeh kut...

2.45 - Pengacara menjemput wakil maestro talent untuk berucap. Bukan freddie tapi sebangsa kut..Husband saya cakap,'adik Freddie Fernandez kali tu'. Wakil Freddie cakap, Freddie kirim salam ngan orang Sabah. Dia tak dapat datang. Ada Mesyuarat kunun. Phek !! I tak percayalah..takkan mesyuarat lebih penting dari Event? Mengaku jelah " Dia malas datang".

2.50 - Tan Sri Bernard Dompok bagi ucapan. Mula2 I teruja dengan suaranya yang garau macho macam suara Francis Fahir. Tapi bila dia start berucap dalam bahasa Inggeris, saya naik cuak. Takkan dia tidak perasan muka-muka yang bertenggek menyaksikan pelancaran album tu majoriti muka tempatan. Lagi afdal jika dia menggunakan bahasa Kadazan Dusun sedikit atau gunakan full BM. Lagi "mesraaa..." kata BOB af2. Tapi tabik juga pada Tan Sri Bernard sebab beliau ni lah yang mensponsor pelancaran album sulung Stacy di Sabah.

3.00 - Tan Sri Bernard n 'adik' Freddie fernandez berdiri atas pentas untuk melancarkan album Stacy. Diorang mau tarik sudah tu kain merah yang menutup replika album stacy. Saya cakap (dengan geram) pada suami " Apa punya pelancaran ni? Takkan buat pelancaran album tapi artisnya belum muncul pun! Mana Stacy ni?"

3.05 - Tan Sri menyelak separuh kain merah itu tapi terhenti bila 'uncle selekeh' tiba-tiba berkata 'nanti dulu!' Rupanya majlis hampir tertinggal satu step iaitu mengeluarkan Stacy dari 'tapukannya'. Hati saya yang mula suam-suam kuku pada mulanya sejuk serta merta bila Stacy diiringi keluar dari bilik kecil dibelakang dan naik ke atas pentas. Senyum2 Stacy diiringi penari berpakaian tradisional dusun. Macam pengantin baru. Tapi?....ish ish ish....What on earth is she wearing??? Baju hitam 100%, lengan baju pendek sehingga menampakkan parut jarum BCG. Itu boleh dimaafkan tapi..aarkh..ropolnya? macam ropol baju badut di bahagian leher...atau..macam compressor enjin kereta! Lepas tu seluarnya ala-ala sinbad... Rambut? mengurai kebelakang dengan jambul lurus di depan. Bagus lagi dia recycle baju dia masa AJL dulu tu. She is prettier than what she had shown herself yesterday.

3.20 - Teruja untuk melihat persembahan Stacy depan mata. Selepas Tan Sri duduk di kerusi VIP, tup2 acara mengagihkan cenderahati pada pihak2 yang berjasa kepada pelancaran album Stacy lah pulok! Lama lagi tu. Lebih kurang 10 minit. Boring siot Woi! Baru yang kena panggil naik pentas ambil cenderahati tu berlenggang lagi. Sudahlah orang ramai terpacak dari jam 1.30 lagi.

3.30 - Nasib baik dah selesai pengagihan cenderahati.. Apa lagi Stacy..Cepatlah hiburkan penonton yang dah sengal tulang kering ni. Baru Stacy macam mau ready2 ambil step tengah pentas untuk menyanyi, tetiba 'uncle selekeh' suruh turun pentas. Hoi..ape nih? Rupanya ada sorang pompuan bernama XYZ (I tak dengar dan tak peduli dah namanya sapa) disuruh menyanyi. Lagu apa? Saya tak ingat sebab rasanya berasap dah kepala ni. saya terus keluar dari celah2 orang ramai. Geram sangat dah. Saya lihat ada lebih kurang 30 orang disekitar saya juga buat tindakan serupa. Lagipun kaki saya harus digerakkan (berjalan) untuk mengelakkan 'cramp'. Kebetulan Ecad merengek minta dibawakan ke tandas. Yasmin pula berlari ke sana-kemari tanpa arah tujuan.

3.40 - Stacy muncul dipentas menyanyikan lagu AKU STACY yang fofular tuh. Saya cuba menyelit untuk menonton tapi susah juga. Ramai sungguh manusia. Last2 jumpa satu tempat berdekatan Beauty Credit shop yang menjual produk Korea. Dapatlah saya menonton Stacy dengan clear. Ecad pun teruja sebab dapat melihat Stacy menerusi celah-celah kangkang penonton. Nasib dindingnya cermin.

3.50 - Acara bersama penonton. Klise! 5 orang penonton secara berganti2 di suruh naik kepentas dan berlakon memujuk Stacy. Lagu iringan, Kuch2 hota hei. Audio pun hampeh. Suara Stacy dan 'uncle selekeh' berdengung-dengung. Tak taulah apa yang mereka katakan. Tak jelas. Bagi saya, tak perlulah acara bersama penonton ni dibuat sebab orang datang hanya untuk melihat persembahan Stacy yang mantop dan melihat pelancaran album sulung yang dinanti2 hampir setahun. Kalau best acara bersama penonton tu takpa juga. Sekadar berlakon memujuk Stacy dengan latar muzik kuch2 hota hai...bagus tak payah. Kalau latarnya lagu2 Stacy seperti Aku Stacy atau Gagap atau lagu yang pernah dinyanyikan di AF dulu ok juga. Ini...Kuch2 Hota hai, takda kaitan dgn Stacy. Ntahlah..tak sangka artis under maestro talent boleh diraikan sesimple ini.

4.00 - Stacy menyanyikan lagu terbaru dari album sulungnya. Saya cuba menghayati bait-bait lagu dan menikmati melodinya. Tapi....walaupun saya peminat Stacy, saya tak boleh menipu diri sendiri dan memaksa diri untuk mengatakan lagu baru Stacy itu sedap. Hakikatnya, kedua-dua lagu baru yang didendangkan oleh empunya lagu adalah biasa-biasa saja. Harap-harap lagu lain yang terkandung dalam album stacy ini ada yang sedap. Malah semasa menyanyikan lagu barunya ada ketika Stacy terkucil. Ish ish ish...Why oh why...

4.20 - sebagai penutup stacy menyanyikan lagu 'fofularnya' gagap. Finally, ssaya dapat juga menyaksikan kehebatan Stacy. Penari2 sudah bersedia dibelakang Stacy. Bila start saja, orang pun bertepuk gemuruh. Namun, apa yang dapat saya perhatikan, persembahan Stacy kureng power dan lontaran vokalnya kurang mantap. Bukan kerana dia tidak mampu tapi entah apa yang menganggu fikirannya sehingga auranya seolah kureng... penari2 yang mengiringi pun nampak seperti ingat-ingat lupa step tarian. Ada yang terdulu ada yang terkemudian. yang sorang angkat tangan, yang sorang lagi melompat. Ish..ish..ish..tak synchronize nye...tak best bah kalau penari tak serentak nih. Macam main2 jak.. walhal selain tag 'alamak terlebih sudah', Stacy terkenal kerana persembahan yang mantap dan suara yang power. Tan Sri Bernard pun macam tak terhibur sangat. Riak wajahnya biasa-biasa saja. Macam muka orang menghadiri mesyuarat hujung tahun.

4.30 - Akhirnya tamat juga majlis ini. Belum pun Stacy menghabiskan lagu gagap, ramai penonton yang mula angkat kaki. Mungkin agak kecewa dengan Majlis yang simple dan hambar itu.

Tidak ada apa-apa yang membuatkan saya terkenang-kenang atau tersenyum2 sepanjang perjalanan pulang. Oleh kerana tidak puas hati dengan hiburan di 1 Borneo itu, kami berpusing ke Centre Point dan menonton wayang street Fighter. Nasib baik filem itu agak menarik jalan ceritanya walaupun nampak sangat filem itu filem bajet rendah. Tapi takpalah..Boleh lah..lagipun saya sempat terserempak dengan Yoyo (adik saya yang bertugas di SK Garau, Kudat) dan housematenya yang turut menonton filem Street Fighter. Pada jam 9.30 malam, kami keluar dari Centre Point dan pulang ke rumah. Pada jam 11.00 malam kami sampai ke rumah dan trus landing time... Adapun, melodi 'goruk' anak beranak ini bersahut-sahutan hingga ke pagi....



Thursday, March 5, 2009

AKIBAT BACA BERITA MAIN 'REDAH JEEE....'

Pembaca berita sebut 'kemaluan' ganti 'kacang'


ZAIN menyebut 'kemaluan lelaki dijual dalam pesawat' ketika membaca berita di stesen Cable News Network (CNN).



ATLANTA - Seorang pembaca berita wanita stesen televisyen Cable News Network (CNN), Zain Verjee mencetuskan kontroversi di Amerika Syarikat, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia mencetuskan kontroversi setelah membaca berita dengan menyatakan sebuah syarikat penerbangan kini menjual kemaluan lelaki dalam penerbangan.

Zain sepatutnya melaporkan syarikat penerbangan Northwest Airlines mula menjual kacang tetapi dia menyebut perkataan kemaluan lelaki sebanyak tiga kali.

Dalam bahasa Inggeris, Zain sepatutnya menyebut peanut yang bermaksud kacang tetapi dia sebaliknya menyatakan penis iaitu kemaluan lelaki.

"Northwest mula menyediakan perkhidmatan kemaluan lelaki dalam bulan ini ketika rakan gabungannya, Delta yang beribu pejabat di Atlanta sudah melakukannya sejak bertahun-tahun lalu.

"Georgia merupakan negara pengeluar kemaluan lelaki terbesar di negara ini," kata Zain. - Agensi

Monday, March 2, 2009

Kesukaran Odoi Odu terbayar

Kesukaran Odoi Odu terbayar



TIGA wajah yang bakal menyemarakkan industri perfileman tempatan iaitu dari kiri; Shuhaimi, Farizie dan Christopher Low.

Anugerah Filem Pendek Astro Kirana beri pengiktirafan dan penghargaan kepada karyawan muda

KARYA yang hanya lengkap beberapa jam sebelum tarikh penyertaan ditutup selepas melalui pelbagai rintangan dan halangan hingga membuatkan Farizie Morinding hampir berputus asa, mencipta sejarah tersendiri kepada pemuda itu apabila diumumkan pemenang utama Anugerah Filem Pendek Astro Kirana 2008/2009, Jumaat lalu.

Anak kelahiran Ranau, Sabah ini berkata, pembikinan Odoi Odu (Oh Grandma) disempurnakan tanpa memiliki segala kemudahan diperlukan namun tetap berjaya mencuri hati juri profesional.

Farizie berkata, dia hanya memiliki sebuah handycam yang dibelinya ketika menuntut dalam jurusan Seni Persembahan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk menyempurnakan pembikinan filem pendek yang menjadi impian serta harapannya selama ini.

“Saya membelinya pada 2003 dengan harga RM1,500. Ia tidak pernah rosak dan kamera ini banyak membantu untuk saya mendapatkan pelbagai visual menarik,” katanya.

Kata Farizie, pelbagai rintangan terpaksa ditempuhinya ketika melakukan proses penyuntingan. Disebabkan tidak memiliki komputer, dia mengharap ihsan beberapa teman untuk membantunya menyiapkan pembikinan filem pendek itu.

“Kawan yang pada mulanya membantu bagaimanapun lari, membuatkan saya terpaksa mengharap bantuan teman lain. Malangnya, komputer miliknya tidak dapat dihidupkan hingga saya hampir patah hati.

“Disebabkan berdepan terlalu banyak rintangan, saya membawa diri di satu tempat dalam gelap malam untuk mencari kekuatan. Dalam ketakutan, saya melihat diri sendiri dan mencari di mana kelemahan hingga saya diuji pelbagai halangan untuk menyiapkan Odoi Odu.

“Namun, saya sedar setiap manusia ada kekuatan tersendiri. Kita sebenarnya memiliki kekuatan dan saya kembali menemui kekuatan untuk menyempurnakan filem pendek ini,” imbas Farizie akan laluan sukar sebelum segala yang diimpikan menjadi kenyataan.

Warna suram perjuangannya berlalu apabila dia dipertemukan dengan seorang teman lama yang sudah hampir sedekad tidak ditemui.

Suntingan dapat dilakukan menggunakan komputer riba yang hanya dilengkapi perisian asas untuk pembikinan filem.

“Semuanya dilakukan dalam serba kekurangan. Ketika itu saya nekad untuk menyempurnakannya juga dan alhamdulillah, ia sempat saya siapkan sebelum tarikh penyertaan ditutup.

“Selesai membuat salinan saya terpaksa berjalan kaki sejauh 10 kilometer untuk ke perhentian bas sebelum ke pejabat pos untuk menghantar penyertaan. Alhamdulillah, semua rintangan itu dibayar dengan penghargaan yang cukup berharga ini,” katanya terharu.

Sebagai pemenang utama, Farizie menerima geran sehingga RM100,000 untuk pengarahan filem serta wang tunai RM5,000 dan trofi.

Odoi Odu juga membawa pulang tiga trofi lain iaitu Lakonan Terbaik, Cerita Terbaik dan Pengarahan Terbaik.

Filem pendek menggunakan bahasa Dusun itu mengisahkan kisah sedih seorang nenek yang dapat melihat roh suaminya yang meninggal dunia. Biarpun kerap ditohmah malah ada yang beranggapan dia gila, nenek ini sabar menempuh semua dugaan itu. Nenek itu hidup bertemankan seekor kucing yang ditemuinya dalam kelaparan.

“Saya kini dalam perancangan untuk membuat kesinambungan filem pendek itu. Saya bercadang untuk mengekalkan pelakon yang sama kerana memberikan persembahan terbaik dalam Odoi Odu,” katanya.

windi's note: Inilah salah satu daripada cita-cita saya suatu waktu dahulu iaitu menjadi PENGARAH FILEM.. ke ke keh...
Related Posts with Thumbnails