CHECK IT OUT!

Tuesday, January 22, 2013

Drama Korea yang Klise

Dulu saya tak adalah minat sangat dengan drama Korea. Tapi one day my sister datang rumah dan tune in to channel 393 (saya tak tau langsung yang channel tu ever exist in our package). Masa tu dia bukak siri ntah saya sudah lupa tajuknya tapi ceritanya berkisar isu keluarga. Sekali dua tengok, tak rasa apa-apa. Tapi bila dah balik2 tengok, timbul rasa ingin tahu dengan kisah seterusnya...dan lagi..dan lagi...dan hingga kini entah sudah berapa siri kami anak beranak tonton setiap hari. 

But one thing for sure...lama kelamaan timbul rasa jemu dengan drama Korea ni....why? saya dah mula sense beberapa ciri2 klise dalam citer diorang....Antaranya, korang tengok kat bawah. Ada tak yang korang pun ter 'sense' benda yang sama:

1. Setiap family mesti ada seorang anak angkat yang dirahsiakan statusnya semenjak kecil. 

2. Ayah sebenar kepada seorang gadis miskin sebenarnya seorang lelaki kaya raya yang terpaksa berpisah dengan kekasihnya (emak gadis miskin) kerana perbezaan darjat.

3. Emak mentua selalu kacau daun dalam rumahtangga anak2nya.

4. Asal sakit je mesti  Kanser.

5. Watak jahat selalu kena Amnesia in the end of the story...pastu dia insaf dan keluarganya pun bersatu dan selalu membawanya bersiar2 di taman. Dia pun berlari2 kegirangan di taman dengan ditemani anak menantu dan cucu.

6. Lelaki kaya yang hensem akan jatuh cinta dengan wanita miskin yang baik hati. 

7. Tak kira betapa garangnya wanita itu, seorang lelaki kaya akan jatuh cinta kepadanya kerana wanita itu rupanya seorang yang berhati mulia dan garangnya bersebab...garang kerana benar kut.

8. Seorang wanita akan dicintai oleh lebih dari seorang lelaki...

9. Bila sang wanita merajuk dan ingin berlalu pergi, sang lelaki akan menyentap lengan buah hatinya dan pandangan mereka bertaut..then pandai2 je diorang bubuh music sentimentol untuk menghappeningkan mood penonton.

10. Tak kira betapa kuatnya angin, derasnya hujan, lebatnya salji dan even dalam keadaan nazak sekali pon...belahan rambut takkan berubah weiii...tetap kemas, stay still dan maintain comei...

11. Adegan kissing dah macam wajib dalam drama Korea...Parental guidance memang penting sangat. Takleh biar anak2 kecil tengok sendiri2..

12. Siang malam pagi petang....make up is on! Sebelum tidur, make up tebal giler...baru bangun pun sama jugak...(biasanya drama dalam studio).

13. Gajet (henpon) diorang canggih nak mampus...even watak orang miskin tanak kampung pon pakai henpon canggih manggih...Tapi heran ringtone takda canggih mana pun..kring2 biasa je.

14. Banyak lagi tapi cukuplah sampai di sini saja...relakan perpisahan ini...ehh...melalut pula dengan lirik lagu. Anyway itu saja yang saya boleh kongsikan bersama..Ada banyak lagi sebenarnya tapi kat atas tu lah yang obvious sangat..sampai saya naik menyampah menonton sebab dah boleh agak ceritanya...But still i dan anak2 masih tercangak depan TV every 4.30 pm for Rain come to my life...hua hua hua....

Friday, December 14, 2012

Kecantikan Gadis KadazanDusun

Let me present, The beautiful faces of KadazanDusun women. They are none other than  my cousin, relatives and friend...so, let's begin the tour.

Pretty
Fair and lovely
exotic
Cute
Amazing
Beautiful
Elegant
Charming


So amacam? ok tak...sebenarnya ada ramai lagi tapi aku tak larat nak upload  banyak-banyak....
Next entry lah yea...Bye. 

Thursday, December 13, 2012

JEJAKA IDAMAN MALAYA?

OPPA SUZUKI AFF 2012
Buat masa ini aku takda mood nak tune in Channel 393...huhuhu....

sebab oppa kat atas tu bagi Fadhli Shas kad merah!
Keputusan semi final Piala Suzuki 2012 (Thai-3 , Mas-1)




HIJAU

Hari ini ku tukarkan tema blogku kepada warna hijau. Cantikkan..Inilah tema baruku sempena 2013...Mengapa hijau? kerana aku sukakan alam semulajadi...warna rerumput dan pokok2 sangat mendamaikan jiwaku ini. Malahan baju2ku sekarang ini pun banyak yang berwarna hijau..(tak tanye pon..) Krisis pertengahan usia kut? Ahhhh...tak kisahlah..Apa yang pasti, buat masa ini warna kegemaranku ialah Hijau...Esok lusa tak tahulah pulak...

p/s: Post ini tersangatlah...takde maknanye..

Wednesday, December 12, 2012

Bila baca blog sendiri...

Still cuti sekolah......menghabiskan masa dengan projek2 terbengkalai seperti mengecat rumah, mengemas bilik, menyusun atur perabot, menonton drama Korea (most of the time...hehe), mencuba resepi baru dan surfing internet. Still aktiviti ini tidak merangsang minda saya untuk mendapatkan idea terbaru bagi pengisian blog. Last2 saya buka post lama2 dan baca.......hampir 2 jam membaca blog sendiri yang telah dikarang semenjak 5 tahun yang lalu. 

Lucu juga bila baca blog sendiri...ada juga post yang awesome..sampai saya sendiri pun senyum2 kerang. Ada juga yang tangkap leleh...yang bernada geram pun ada...terpaksalah ditapis semula..Entah sudah berapa ribu kali dibaca orang (perasannnn....) Kesimpulannya, tulisan saya lebih awesome jika saya sibuk..minda saya lebih kreatif dan pengamatan saya lebih tajam (ouch! not again...) berbanding sekarang......Lalu....Ku tanamkan azam dalam mindaku "Be creative Mak Jah...think out of the box...Mak Jah pasti boleh!"

p/s : Paksa diri menulis kerana kesian dengan Nuffnang yang telah mengirimkan cek.
Related Posts with Thumbnails