CHECK IT OUT!

Monday, September 24, 2012

Shila Amzah di mercu kejayaan

Unik Sungguh pakaian Shila kan..She looks gorgeous!

Shila Amzah mengharumkan nama negara apabila berjaya memenangi pertandingan nyanyian peringkat antarabangsa Asian Wave 2012 di Shanghai, China. Shila berjaya menewaskan penyanyi dari China, Korea Selatan, Singapura, Thailand dan India. Shila menyanyikan tiga buah lagu iaitu Gemilang (lagu popular Jaclyn Victor), Grenade (lagu nyanyian Bruno Mars) dan sebuah lagi dalam bahasa Mandarin ketika pertandingan akhir berkenaan.

Pada pusingan pertama Asian Wave 2012, Shila telah menyanyikan lagi penyanyi Adele, Set Fire to the Rain dan pada pusingan kedua dia mengalunkan pula lagu penyanyi Taiwan, Lee Hom iaitu Forever Love yang telah menarik perhatian juri dan komposer terkenal China, Eric Moo. Asian Wave merupakan pertandingan peringkat Asia Pasifik untuk mencari penyanyi bertaraf bintang yang mewakili negara masing-masing.

Shila merupakan antara penyanyi yang paling berusaha keras untuk berjaya. Dia berkali-kali menyertai pertandingan nyanyian di tanahair dan hampir-hampir menjadi juara semasa pertandingan One in a million. Namun dia terpaksa akur dengan sokongan peminat terhadap gadis biasa (Ayu) kelahiran Sabah. Selain itu shila juga telah berkali-kali muncul di kaca TV untuk persembahan konsert dan acara mega. Malahan dia tidak ralat untuk berkali-kali menyanyikan lagu artis lain yang lebih gah namanya di persada seni.

Akhirnya pertandingan Asian Wave ini telah menjulang namanya dimercu! Setelah berkali-kali mencuba akhirnya Shila berjaya membuktikan bahawa dia mampu melakukan yang terbaik dan dikala ini saya kira dia sedang menikmati kemahsyuran dari kemenangan itu. Dia layak kerana dia sememangnya telah berusaha amat keras untuk menggapai bintang. Tahniah SHILA!! 

p/s: Bestnya kau Shila...Dapat jumpa Alan Tam, legenda artis Hong Kong 90 an..

Monday, September 17, 2012

Rumah Terbalik pertama di Asia Tenggara

Pernah tak korang imagine macamana agaknya sudut pandangan seekor cicak? Yelah..cicak yang melekat kat siling rumah kita tu. Mesti semuanya upside down kan... Ingat tak filem cicak man? Bila Apek@cicak man melekat dekat siling, merasa juga kita melihat dari kacamatanya selama beberapa saat..
Inilah rupanya rumah terbalik tu...cantik tak?
Well, sekarang kita tak payah cramp2 otak nak imagine semua tu..Jomlah berkunjung ke Rumah Terbalik yang pertama di Asia Tenggara. Rumah terbalik tu terletak di daerah Tamparuli, Sabah. Best jugaklah...Selain tengok rumah terbalik dapat juga beli cenderahati menarik dan ada pula cafe yang menghidangkan makanan yang enak. 
Kancil terbalik pun ada juga..Polka dot pulak tu. 
Sharing is caring. Korang boleh klik link di bawah untuk maklumat lanjut: 

Wednesday, September 12, 2012

OPPA GANGNAM STYLE !!

Sana sini orang memperkatakan tentang "oppa gangnam style". Bukan sahaja di Malaysia bahkan diseluruh dunia...famous tuuu...Maka parody video penyanyi Rap Korea (Psy) pun berlegar2 di youtube. Ada yang best ada juga yang  menyemak kat youtube je..Sampaikan Hollywood pun nak ambik tempias dari populariti Psy. Ellen degeneres, britney, nelly furtado, simon cowell, CNN, Justin bibir...you name it! Semuanya kemaruk nak bekerjasama dengan Psy. Plastiknya dunia entertainment ni kan...fofular = duit.
Sape yang belom tgk video gangnam style, carik je besepah kat youtube. 

Bagi saya, moral value dalam video tu memang takde langsung. Tapi mungkin orang suka koreografernya yang pelik. Then penyanyinya pula tak hensem...hep hep..bukan merendah2kan tau tapi itulah keistimewaannya..As we all know, korean artist memang obses dengan penampilan dan kecantikan. Tapi Psy ni sempoi je..

Anyway, ada satu parody video yang saya tertarik sangat...terharu sangat lihat ikatan kekeluargaan mereka dalam Video kat bawah ni..enjoy watching!

Thursday, May 3, 2012

BOB KUMAN MENINGGAL DUNIA

"Pelakon dan pelawak terkenal, Husni Mohd Rawi, 40, atau lebih dikenali sebagai Bob Kuman, meninggal dunia di kediamannya di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, jam 4.38 petang ini"

Baru semalam saya membaca kisah penderitaannya dan kini dia sudah tiada....Sepanjang berada dalam keadaan uzur arwah telah bergelut dengan pelbagai kesedihan dan penderitaan. Malah dalam keadaan yang masih stabil, telah tersebar khabar angin kononnnya dia telah meninggal dunia. 

Selain itu banyak pihak yang mengandaikan bahawa dia cuma meraih simpati untuk mendapatkan wang mudah. Tidak cukup dengan itu, akaun banknya pula disekat pihak bank. Maka banyaklah sumbangan dari hamba Allah yang bersimpati dengannya, tersekat separuh jalan.

Begitulah lumrah alam....Kawan ketawa ramai, tapi bila susah berapa kerat saja yang muncul untuk menghulurkan bantuan. Takziah untuk arwah Bob kuman....semoga rohnya ditempatkan didalam golongan orang2 yg beriman..Amin. Bersemadilah dengan tenang......

Tuesday, May 1, 2012

Remaja 15 tahun bunuh bapa kandung!

IPOH:  Seorang remaja berusia 15 tahun dipercayai menikam bapanya bertubi-tubi sehingga mati di rumah mereka di Taman Bersatu, Simpang Pulai, dekat sini, awal pagi tadi. Jaswant Singh, 40, ditemui mati di bilik tidur rumahnya jam 1.30 pagi dengan beberapa kesan luka di badan. 
 
 Membaca petikan akhbar di atas, saya teringat satu kisah benar yang berlaku di sebuah daerah berhampiran daerah saya. Seorang lelaki di tikam, dikerat-kerat, disimpan di dalam tong ikan dan akhirnya di campak ke kawasan pembuangan sampah. 
 
Takdir menentukan, salah satu anggota badannya digonggong anjing liar dan dilihat oleh orang ramai. Maka gemparlah penduduk kampung. Siasatan demi siasatan dibuat dan sekali lagi kegemparan berlaku kerana simangsa bukanlah calang-calang orang. Seorang yang dihormati lagi berjawatan tinggi. 
 
Belum reda kegemparan itu maka timbul lagi kegemparan yang lebih dahsyat. Rakan-rakan dan saudara mara simangsa hampir pengsan gara-gara terkejut bila si anak yang masih di bawah umur mengaku membunuh bapanya!! 
 
Rentetan itu rahsia si mangsa pun terungkai...Umum mengetahui bahawa mangsa ialah seorang lelaki yang berpangkat, dihormati, budiman dan punyai ramai kenalan. Namun keadaannya tidak begitu di rumah..Tidak perlulah saya nyatakan apakah masalahnya (tidak baik mengaibkan orang yang telah tiada) namun cukup saya katakan bahawa 'kesilapan dan ketegangan' telah mengakibatkan malapetaka yang tak tercapai dek akal waras manusia.
 
Sebagai seorang ibu saya beristighfar dan berdoa kepada Allah SWT agar dijauhi segala malapetaka kebencian dari dalam sanubari setiap ahli keluarga saya. Syaitan akan mencuba dalam apa cara sekalipun untuk menjahanamkan manusia. 
 
Semaikanlah kasih sayang dalam sanubari anak-anak. Jangan tunjukkan emosi marah yang melampau-lampau (walaupun anda sangat marah tahap Cipan) Belajar kawal perasaan. Jika terlepas sekali dua, silalah  cover bila hati anda sudah sejuk, takut nanti jadi dendam pada anak-anak apatah lagi bila mereka tak faham mengapa 'ketegangan' itu berlaku. 
 
Let them know why mak atau abah 'meroyan' sebentar tadi. Let them know that mak dan abah meroyan sebab sayangkan diorang. Kasih Sayanglah 'pukau' yang paling berkesan untuk mendidik anak-anak kerana anak-anak yang dibesarkan dengan Teknik maki hamun dan Strategi Lempang (acah2 takpa kut) akan menjadi manusia rendah keyakinan diri, tidak mampu berfikir baik dan buruk, lembam dan biasanya disudahi dengan 'mental disorder'.
MAMA DAN BAPAKU YANG TERSAYANG
 
Terus terang saya coretkan, fakta ini bukanlah saya copypaste dari blogger lain (tau takpe..) tapi ianya hasil pemerhatian bertahun-tahun terhadap orang-orang terdekat dengan saya yang sentiasa diuji dengan dugaan yang hebat-hebat..Apa yang boleh saya katakan, Syukur  kehadrat Allah SWT kerana mengurniakan kami ibubapa yang open minded, bertimbang rasa, penyayang dan bijak bestari. Syukur Alhamdulillah....
Related Posts with Thumbnails