CHECK IT OUT!

Wednesday, October 7, 2009

catatan Raya 2009



Pakcik Anggun dari Kg Sarang dan cucu2nya.. Yang baju hijau tu si Jipal, geng adik lelaki saya.


Dari kiri: my husband, bapa, yoyo sebelum sembahyang raya

Hari Raya Aidilfitri tahun ini sangat bermakna buat saya kerana giliran saya beraya di kampung halaman iaitu di Kampung Pirasan Kota Belud. Walaupun mungkin tidak se'grand' sambutan hari raya di kampung suami (Kg Telaga, Pitas) namun tempat jatuh lagikan dikenang..ini pula kampung halaman. Pada tahun ini Hari Raya Aidilfitri agak terjejas kemeriahannya disebabkan oleh hujan lebat dan angin kuat yang melanda KB. Namun dalam hujan2 itu masih ada juga yang sudi bertandang ke rumah dan kami sekeluarga sangat berbesar hati dengan kunjungan mereka.


Pada tahun ini juga buat pertama kalinya setelah berbelas tahun, kami mengunjungi rumah Datuk Ismail Gimbad. Datuk Ismail merupakan 'geng karas' bapa saya semenjak saya mengenali dunia ini. Ada seorang lagi bestfriend bapa yang saya kenal semenjak saya dilahirkan iaitu Allahyarham Yahya Zakaria namun dia telah pulang ke rahmatullah beberapa tahun yang lalu. Kembali kepada kisah Datuk Ismail, saya, kakak kedua dan adik perempuan beserta adik lelaki telah mengambil keputusan untuk mengikuti bapa beraya di rumah Datuk. Melangkah kaki ke halaman rumahnya, terimbas semula nostalgia zaman kanak2. Daun tarap nan melambai, pokok bunga kertas nan mekar, kereta land rover nan berparking dan pastinya tool box yang sentiasa berselerak di tepi rumahnya begitu juga aroma minyak hitam yang bersememeh di garajnya. Semuanya masih di situ. Nothing change. Yang pastinya, Datuk dan isterinya masih seperti dulu. Peramah dan selamba..kami dan anak2nya pula yang berubah banyak. Makin berusia dan berisi...iskh iskh iskh....

Kami sempat juga konvoi ke rumah auntie Tahis di Kesapang. Syukurlah dia nampak sihat dan gembira. Masalah keluarga yang di hadapinya sudah dapat di atasi sejajar dengan peredaran masa...Yang kelakarnya, kami menginas 'Dmax' yoyo, adik lelaki kami yang mengajar d Kudat dan kami sifatkan perjalanan kami hari itu sebagai 'exclusive for the woman' in the family. Yang lelaki stay di rumah. Tunggu tetamu. Tapi biasanya kalau raya kedua, apatah lagi malam, jarang sudah orang datang rumah. So kami pun tidaklah bimbang sangat. Tapi terkilan juga sebab tidak sempat singgah di rumah Diana Taga, satu-satunya anak perempuan peninggalan abang kepada ibu kami. Mendiang Taga meninggal dunia akibat kanser paru2 semenjak Diana masih anak dara sunti lagi. Sekarang ini dia telah beranak pinak dan hampir semua anaknya kami tak kenal kalau bukan kerana wajah mereka yang semuanya hampir sama. Maklumlah satu acuan..

Hari Raya ketiga saya berangkat pula ke kampung suami. Banyak juga kisah2 menarik di sana. Nanti saya postkan gambar2 saya di sana ok. Chow....

Friday, September 18, 2009

RENCANA PILIHAN


PROVOKASI dan sikap konfrontasi yang cuba disemarakkan oleh segelintir rakyat Indonesia perlu ditangani segera oleh Jakarta dan Kuala Lumpur agar ia tidak menjadi krisis besar. – AFP


TERBUKTI setelah kerajaan kita menyatakan protes terhadap tindakan ekstrem dan provokasi pelbagai pihak terhadap Malaysia, media massa Indonesia kini lebih berhati-hati.

Setakat ini tiada lagi laporan berat sebelah disiarkan mengenai hubungan dua hala kedua-dua negara.

Tindakan Menteri Luar, Datuk Anifah Aman memanggil Duta Besar Indonesia di Malaysia Da‘i Bachtiar bagi menyatakan rasa tidak puas hati Malaysia merupakan tindakan paling tepat untuk menghentikan tindakan memperlekehkan Malaysia.

Selama ini apabila Malaysia mendiamkan diri, ia seolah-olah membangkitkan keberanian banyak pihak di Indonesia untuk terus menghina Malaysia.

Kerajaan Indonesia pula seolah-olah ‘menghalalkan’ apa juga bentuk tindakan anti-Malaysia termasuk membiarkan usaha “mengumpulkan senjata tajam untuk menyerang Malaysia” walaupun ia nyata mengancam keselamatan.

Rakyat Malaysia yang pertama menjadi sasaran ialah pelajar perubatan di Universiti Gajah Mada di Jogyakarta di mana rumah sewa mereka dilempar dengan batu.

Selepas itu sekumpulan 30 pelajar universiti berkenaan mengambil tindakan berkonfrantasi dengan pelajar Malaysia dan mendesak pihak universiti terbabit tidak lagi mengambil pelajar Malaysia.

Kemuncaknya apabila kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) bertindak menyekat lalu lintas di Jalan Deponegoro, Menteng Jakarta Pusat bagi mencari rakyat Malaysia untuk diusir atau dipanggil sweeping.

Kumpulan itu didakwa didalangi oleh Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) pimpinan Megawati Soekarnoputri.

Bapanya, Presiden Soekarno merupakan pemimpin yang mempelopori slogan “Ganyang Malaysia”. Jadi tidak hairan apabila kumpulan berkenaan menjadi penerus kepada fahaman anti-Malaysia.

Kelompok Megawati sebenarnya kelompok yang kecewa selepas kalah pada pilihan raya lalu dan Megawati juga gagal kembali ke tampuk pimpinan Indonesia selepas tewas kepada Susilo Bambang Yudhoyono pada Pilihan Raya Presiden 2004.

Kelompok kecewa ini sanggup melakukan apa saja termasuk mengganggu ketenteraman negara sendiri demi meluahkan perasaan marah. Apatah lagi ketika ini Susilo yang kekal sebagai Presiden sedang sibuk menyusun Kabinet baru.

Menteri Pelancongan, Jero Wacik sendiri telah meletak jawatan selepas mengetahui namanya tidak terdapat di dalam senarai Kabinet tersebut.

Jero jugalah yang menjadi punca kepada kekecohan dan kekeruhan hubungan dua hala Malaysia-Indonesia.

Dia yang mahu menjadi ‘hero” telah menggunakan isu tarian Pendet dari Bali yang kononnya digunakan oleh Malaysia bagi mempromosikan pelancongan sendiri.

Bagaimanapun ia terbukti bukan angkara kerajaan Malaysia tetapi dilakukan oleh syarikat swasta di Singapura.

Discovery Channel sendiri telah mengutuskan surat permohonan maaf kepada Indonesia di atas kesilapan tersebut.

Bagaimanapun isu itu masih diperbesarkan sehingga Susilo sendiri memberi peringatan kepada Malaysia berhubung perkara tersebut.

Inilah yang dikatakan “matlamat menghalalkan cara”. Semua dilakukan Jero semata-mata untuk perjuangan karier politiknya iaitu berharap akan dikekalkan di dalam Kabinet. Tetapi akhirnya yang sebaliknya berlaku.

Selain itu Malaysia juga dituduh mencuri budaya Indonesia apabila turut mempromosikan batik, masakan rendang dan keris sebagai milik Malaysia selain menggunakan lagu Rasa Sayang dalam promosi pelancongan.

Provokasi itu tetap berlaku walaupun mereka sedar Malaysia dan Indonesia adalah serumpun. Kita bukan sahaja mempunyai hubungan kekeluargaan malah budaya serta tradisi juga sama.

Memang agak pelik apabila Indonesia mahu mempatenkan batik, keris, rendang dan sebagainya sebagai hak mereka dan mana-mana pihak yang mahu menggunakannya perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu.

Sedang Jepun negara yang lebih maju contohnya tidak pernah mempatenkan pedang samurai serta kimono. Bahkan menjadi satu kebanggaan apabila tradisi mereka terkenal serta diikuti di seluruh dunia.

Begitu juga India tidak pernah mempatenkan pakaian sari dan China tidak pernah mempatenkan tarian singa dan tarian naga.

Jika India mula mempatenkan kebudayaan mereka, Indonesia sendiri tidak dapat mempromosikan kebudayaan mereka yang banyak dipengaruhi agama Hindu terutama di Bali.

Oleh itu Susilo dan Kabinet barunya perlu memikirkan kaedah yang sesuai bagi mengelakkan media massanya daripada terus bertindak sebagai “polis, mahkamah bahkan menjadi presiden”.

Jika ia berterusan tidak akan ada lagi negara yang menghormati kepimpinan beliau khususnya dan Indonesia amnya.

Sumber : http://www.utusan.com.my/

windi's note:
Aikk...I belum pernah baca artikel ni sebelum ni. I baru jak jumpa. Nampaknya dekat sama idea kami tentang paten mempaten ni tau..walaupun ayat dia jauh lebih matang, informative dan tidak emosi but...Since it was written by utusan's journalist so i consider it as an honour for myself. Lagipun siapalah aku ini...cuma seorang blogger picisan...

Wednesday, September 16, 2009

jangan ada dusta di antara kita...

SELAMAT HARI MALAYSIA!!! Hari ini cuti am sempena hari malaysia. Sepatutnya seluruh negara bercuti kerana ianya melibatkan hal negara. Kalau peristiwa pada tarikh ini tidak berlaku maka tidak wujudlah negara Malaysia. Yang ada cuma Persekutuan tanah Melayu. Oleh kerana cuti maka berpeluanglah saya mengetuk keyboard laptop dan merealisasikan aktiviti kegemaran saya ini. Sebenarnya saya cuma mengambil kesempatan sementara menunggu kuih tarap saya masak di kuali. perenggan kedua akan saya sambung selepas menerbalikkan kuih tarap saya ok. he he...

Pertama sekali, dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa saya telah tamat praktikum di SMK Taun Gusi. Saya sangat gembira bukan kerana meninggalkan sekolah ini apatah lagi rakan2 sekerja (mereka sangat baik. Thanks to Zuraidah Jawin dan Dr Jessel Ginturun iaitu my guru pembimbing yang sangat sporting dan bijak) tetapi kerana memikirkan akhirnya saya dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada core business iaitu mengajar di sekolah rendah. Saya simpati kepada murid2 cilik yang memerlukan 100% perhatian dan bimbingan. Selepas ini saya tidak perlu lagi terkocoh2 meninggalkan sekolah tepat jam 12.30 setiap hari dan selalu minta excuse untuk apa2 jua aktiviti petang. Nasib baik GB sporting begitu juga rakan2 sekerja apatah lagi murid2.

Kedua, kisah tarian pendet. Tarian Pendet? Saya membuka pelbagai website yang pro indonesia. Ternyata bukan tarian pendet saja yang membuatkan mereka marah malahan mereka ternyata sakit hati bila kita mempromosi bahasa melayu, batik, muzik angklung dan yang paling kelakar mereka mempertikaikan promosi belacan, rendang dan kunyit oleh malaysia. Bagi mereka indonesia patut mempatenkan rendang dan kunyit agar malaysia tidak boleh mengatakan makanan itu kepunyaan kita. kah kah kah kah kah.....sampaikan makcik2 di hujung2 kampung di temuramah untuk menguatkan dakwaan mereka bahawa rendang berasal dari Indonesia. Tak ada kerja lain ke???

Secara peribadi saya merasakan perbuatan mereka ini sia2 dan seolah2 cuba mengalihkan pandangan masyarakat tentang isu yang lebih penting seperti survival dan ekonomi mereka. Sudahlah negara itu balik2 di timpa bencana. Ada masa lagi membincangkan isu remeh temeh. Mungkin juga siaran TV mahukan rating tinggi dan media cetak mahukan jualan tinggi dan oleh kerana mereka mengetahui bahawa sentimen kebencian ini boleh menaikkan rating maka isu ini juga yang berputar2 di media mereka. Kadang2 saya terfikir..What for?? Selagi media Indonesia masih terus memainkan isu ini selagi itulah perasaan rakyat mereka akan bersemarak. Teringat ungkapan lucu profesor Dr Kassim (pensyarah dan Dekan SPE, UMS), "ndak da pekdah2.." yang merujuk kepada perbuatan sia2.

Bayangkan jika orang-orang di USA melilit kain di kepala dan membawa pencungkil gigi sebagai ganti buluh runcing (yg penting tajam dan ringan) dan membawa sepanduk "sweeping asia".. atas sebab orang2 asia sibuk2 meniru burger mereka. maklumlah sekarang ini banyak jenama burger yg baru. Ramly burger, Otai burger, sugarbun, chicken king, dan macam2 lagi. Bayangkan mereka merayu kepada Obama untuk mempatenkan burger agar warisan burger mereka tetap terpelihara di USA.

Bayangkan jika negara China menghalakan senjata nuklear mereka ke arah singapura dan malaysia kerana kedua-dua negara ini mempromosikan tarian singa. Agar warisan tarian singa ini terpelihara maka mereka pun mempatenkan tarian singa untuk negara China sahaja. Mereka takut jika dibiarkan Malaysia akan naik kepala dan cuba meng'klaim' tembok besar China sebagai kepunyaan Malaysia sebagaimana Indonesia takut Malaysia lama kelamaan akan meng'klaim' Candi borobudur sebagai hak miliknya. Begitu juga China menghalakan nuklearnya kepada USA kerana mempopularkan Chinese food dan China Town. Apa lagi yang China ada jika segalanya dimonopoli oleh negara luar? Bak kata perantara rancangan TV Indonesia yang kacak dan jelita itu, "apa lagi yang kita ada jika semuanya telah diklaim oleh Malaysia?"

Bayangkan juga jika India mengisytiharkan perang ke atas Malaysia kerana mencuri resipi roti canai dan menaja kumpulan penari Bhangra?Apa lagi yang India ada jika Malaysia mencuri warisan roti canai India dan mengklaim tarian Bhangra sebagai kepunyaannya? Lama kelamaan Malaysia akan mengklaim Taj Mahal sebagai hak miliknya. Maka India pun mempatenkan roti canai dan tarian Bhangra mereka. Siapa teringin makan roti canai dan melihat tarian Bhangra mestilah datang ke India.

Kesimpulannya, kita bernasib baik kerana negara2 yang disebutkan di atas tidak teringin pun untuk bertindak demikian dan mungkin tidak pernah terfikir pun. Malahan jika mereka mendengar idea seperti yang saya utarakan diatas mungkin mereka akan terfikir "Barbarian sungguh pemikiran penulis blog ini. We got bigger fish to fry lah.." Yang penting pemerintah kedua2 negara harus mencari resolusi untuk menghentikan perkara ini dari berlaku lagi dan fitnah2 oleh media dari mana2 negara harus dihentikan. Yang jadi mangsa ialah rakyat kedua2 negara. Ekonomi kita juga yang terjejas. Yang untung adalah negara yang aman damai lah...

Tuesday, August 11, 2009

Sepun Ogok@H1N1

"Rakyat jangan panik kerana kadar kematian penyakit ini sangat rendah dan kematian banyak membabitkan golongan berisiko. Keadaan wabak ini juga masih terkawal".

"Apa yang penting, semua pihak perlu menjaga kebersihan dan mengambil langkah tertentu seperti kuarantin diri, elak berkunjung ke tempat awam dan dapatkan rawatan segera jika mempunyai tanda wabak," katanya.

windi's note: Di atas merupakan petikan kata2 Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkenaan kematian yang disebabkan oleh wabak h1n1. Mengapa perlu dia berulangkali mengatakan jangan panik? Sudah semestinya rakyat panik kerana ia membabitkan nyawa manusia walaupun cuma satu kes apatah lagi 32 kes sekarang ini. Mungkin jika 'palis2' ahli keluarga dia yang terkena h1n1 barulah dia berhenti menggunakan kata2 'jangan panik'.

Selain itu dia mengatakan kematian banyak membabitkan golongan berisiko. Adakah golongan berisiko itu bukan manusia? Adakah kenyataan itu hanya untuk golongan sihat walafiat? Adakah golongan sihat walafiat itu tidak mempunyai ahli keluarga dari golongan berisiko?Adakah jika kematian melibatkan golongan berisiko maka kematian itu dianggap biasa dan tidak perlu dikisahkan?

Keadaan wabak masih terkawal? Jangan terpedaya dengan kenyataan ini. wabak ini tidak terkawal lagi. Jumlahnya yang masih rendah berbanding negara lain bukan bermakna ianya terkawal tapi 'belum merebak' kerana negara kita antara negara terbelakang menerima padah wabak ini. It is just the beginning of a great disaster! Jika terkawal mengapa jumlah kematian meningkat setiap hari? Malahan ada antaranya yang menjadi mendiang atau allahyarham selepas menerima rawatan pesakit luar. Ada juga yang menghembuskan nafas terakhir di asrama...anak siapakah itu? kakak siapakah itu? anak buah siapakah itu? cucu siapakah itu? bestfriend siapakah itu?

Kiraan demi kiraan yang diumumkan oleh kementerian dan dilaporkan oleh akhbar seolah2 mengira 'buah belunu' jatuh dari pokok. Tiada sebarang belas kasihan dan seolah2 ia sesuatu yang normal. Ulasan akhbar pun cuma timbul selepas Tengku Puan Pahang dan anak2nya dijangkiti h1n1. Walhal kalau soal pergaduhan antara parti pembangkang dengan pemerintah, bukan main lagi artikel yang dikeluarkan. Berasap! Demonstrasi, ISA, politik, derhaka menderhaka..menyampahnya aku! Rakyat berjuang untuk hidup dengan sihat tapi ahli politik masih sibuk berdrama..

Dapatkan rawatan segera bila berlaku wabak? Saya masih ingat pesanan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican yang berulangkali dinyatakan di TV dan akhbar, jangan datang beramai2 kehospital untuk mendapatkan rawatan h1n1 jika sekadar gejala biasa selesema..manalah orang tahu gejala mereka ni biasa atau luar biasa? semua simptom yang di war2kan semuanya lazimnya dirasai semasa demam. media masa seharusnya memainkan langkah yang lebih proaktif untuk menyedarkan masyarakat tentang bahaya h1n1, cara mencegah dan apa yang perlu dilakukan jika terjadinya jangkitan secara lebih berkesan. Bukannya sekadar mengumumkan jangan panik dan dalam masa yang sama mengumumkan jumlah mereka yang telah kembali ke rahmatullah...

Walaubagaimana pun saya sangat setuju dengan cadangan beberapa pihak tentang kempen 'darurat kesihatan'. Seharusnya perkara ini harus diberi perhatian terutama oleh pihak berkuasa. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.. Rakyat juga harus berusaha menghadkan perjalanan mereka bagi mengelak risiko terjumpa si pengidap wabak. Namun jika kita lihat trend penularan wabak ini bukan lagi kerana melancong ke sana ke mari tetapi di sebabkan oleh orang terdekat seperti rakan sekolah, sepejabat, jiran dan sebagainya.


Kota Belud nampaknya dikejutkan dengan kes pertama h1n1..dengar2 seorang guru yang sarat mengandung..harap2 dia sembuh jua akhirnya..wallahualam...

Sunday, August 9, 2009

10 soalan lazim H1n1

10 soalan lazim tentang H1N1 - oleh Dr David KL Quek (Presiden MMA) - Ogos 2006

1) Bolehkah kita membezakan di antara selsema biasa dengan selsema H1N1 tanpa melalui ujian makmal?

Tidak boleh. Selsema adalah selsema, tetapi terdapat juga perbezaan yang boleh diketahui. Sesetengah gejala seperti batuk, hidung berair, demam, sakit badan, penat, muntah dan cirit berlaku hampir kepada semua pesakit yang menghidap selsema, tetapi gejalanya mungkin boleh berbeza dari seorang-ke seseorang yang lain.

Ada sesetengah pesakit yang mempunyai gejala yang ringan, ada yang pertengahan dan ada sebilangan kecil, kurang dari 10 peratus menunjukkan gejala yang merbahaya termasuk jangkitan paru-paru pneumonia.

Walaubagaimanapun, kajian penting dan pemerhatian oleh Kementerian Kesihatan beberapa minggu lepas menunjukkan hampir 95% daripada semua Penyakit Menyerupai Influenza (PMI) atau Influenza Like Illness adalah disebabkan oleh virus H1N1. (wow! saya pun terkejut!!)

Awal beberapa bulan yang lalu, selsema bermusim adalah disebabkan oleh virus jenis B dan jenis A yang lain, tetapi kini virus yang menyebabkan penyakit ialah dari jenis A (H1N1). Perkara yang sama juga berlaku di negara jiran, yang membawa maksud bahawa virus baru ini membawa masalah dan menyebabkan penyakit bergejala daripada jenis virus-virus yang sebelum ini.

Disebabkan oleh Penyakit Menyerupai Influenza (PMI) ini disebabkan oleh H1N1, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencadangkan bahawa tidak perlu lagi ujian makmal diadakan untuk mengesahkan kehadiran H1N1 ini. (Dengar cerita bajet KKM dah makin sikit!)

Kita rawat seolah-olah ia adalah PMI disebankan oleh H1N1. Sekiranya gejalanya ringan, maka kita beri rawatan melegakan masalah (ubat demam paracetamol, hidrasi, ubat batuk dll) dan kuarantin diri, menjarakkan hubungan dan lebih berhati-hati dengan sebarang komplikasi.

Kebanyakan penghidap H1N1 (70%) tidak memerlukan ubat anti virus seperti Tamiflu atau Relenza. Cuma kes-kes yang teruk sahaja perlu dirujuk ke hospital untuk rawatan lanjut.

2) Bagaimana doktor membuat keputusan samada seseorang itu patut menerima rawatan khusus untuk H1N1

Selepas 2-3 hari, demam dan batuk tidak berkurang, sila buat rawatan semula, terutama sekiranya terdapat kesukaran bernafas, lemah badan dan pening, atau faktor risiko seperti di bawah:-

1. Obesiti (Kegemukan dilihat mempunyai risiko komplikasi yang lebih tinggi)
2. Diabetes, sakit jantung
3. Asthma, Penyakit paru-paru kronik
4. Wanita mengandung
5. Immuniti yang rendah, pesakit kanser,
6. Mereka yang sudah mempunyai masalah jangkitan paru-paru (pneumonia)

3) Ramai pesakit yang terlalu bimbang kerana mempunyai jangkitan selsema PMI mahu diuji atau dirawat untuk H1N1 di hospital, tetapi disuruh pulang sahaja atau dibiarkan menunggu dan akhirnya tidak diuji. Adakah amalan ini betul?

Tidak ada yang betul atau yang salah tentang amalan ini, kerana wabak ini merebak terlalu meluas dan menyebabkan kita kekurangan sumber. Kes ini bukan hanya di Malaysia sahaja tetapi di semua tempat di seluruh dunia!

Saranan sekarang ialah untuk tidak menghabiskan terlalu banyak masa dan tenaga untuk menjalani ujian di hospital dan klinik. Kemungkinan besar ia sesuatu yang tidak perlu. Saya diberitahu seramai 1000 orang pesakit beratur dengan penuh rasa bimbang di Hospital sungai Buloh untuk menjalani ujian, kerana takut dengan H1N1.

Oleh itu mesej yang disampaikan perlu jelas. Kebanyakan penyakit selsema tidak perlu ujian pengesahan, ringan dan boleh pulih sendiri. 90 peratus akan pulih secara sendiri hanya dengan rawatan mengurangkan simptom, cuma hati hati dengan kemungkinan komplikasi yang emungkin timbul dan faktor risiko yang diterangkan tadi.

Sumber kita sangat terhad terutamanya untuk ujian pengesahan. Masalah ini bukan sahaja di Malaysia tetapisecara global. Permintaan terlalu tinggi di seluruh dunia untuk kit ujian dan bahan reagent kimia untuk H1N1 (Polymerase Chain Reaction) telah melebihi pengeluarannya disebabkan oleh masalah ini.

Sehingga 200 juta kit ujian telah dibahagi-bahagikan ke seluruh dunia tetapi bekalannya sangat kritikal kerana permintaan yang sangat tinggi. Oleh itu, setiap negara perlu mengamalkan kaedah catuan untuk menjalani ujian secara terpilih sahaja kepada pesakit yang betul-betul memerlukan agar pengawasan situasi pandemik dapat dilakukan dengan lebih berkesan.

4) Adakah doktor keliru apa yang perlu dibuat pada waktu merebaknya wabak ini, terutamanya apabila mereka tidak mempunyai kebenaran untuk menjalani ujian makmal bagi pengesahan apabila diperlukan?

Tidak sebenarnya. Pada awalnya wujud kekeliruan apa yang perlu dibuat seterusnya, siapa yang perlu menjalani ujian, siapa yang perlu dirujuk dan siapa yang perlu dimasukkan ke dalam wad. (Betul! Saya ada masalah ini sekarang!)

Tetapi sekarang peraturan telah jelas.

Tidak ada keperluan untuk menjalani ujian pengesahan H1N1 atau apa apa virus pun yang menyebabkan selsema. Kita jangkakan sahaja ia adalah H1N1 kerana ia adalah majoriti daripada kes. Rawat simptom sekiranya ringan, beri kefahaman dan keyakinan kepada pesakit bahawa pesakit yang terkena perlu menjaga kebersihan diri, menjalani kuarantin, menjarakkan hubungan, pakai topeng muka bila mereka batuk atau bersin dan sentiasa berhati-hati dengan keadaan penyakit.

Sekiranya ada sesak nafas dan badan menjadi terlalu lemah, sila ke hospital terus untuk dimasukkan ke wad. Memang dimaklumi bahawa, fasa merbahaya ini tidak selalunya jelas dan difahami oleh semua orang. Tetapi tidak apa lagi yang kita mampu buat - jika tidak kita akan masukkan terlalu ramai pesakit ke dalam wad dan ini boleh menjejaskan perkidmatan kesihatan kita.

Pemerhatian yang lebih ketat dapat membantu yang mana satu pesakit yang betul-betul memerlukan mendapat rawatan yang lebih intensif. Walaubagaimanapun, pasti terdapat kes-kes yang tertentu dimana pesakit semakin teruk tanpa dijangka, dan meninggal dunia sebelum apa-apa boleh dilakukan. Diharapkan ia akan menjadi kes yang terpencil.

Ingatan yang penting ialah semua doktor dan jururawat juga mengetahui bahawa mereka juga perlu berhati-hati dan mengamalkan cara-cara untuk menghalang diri daripada dijangkiti. Masalah ini boleh berlanjutan sehingga satu ke dua tahun. Sekiranya cuai mereka juga boleh terkena jangkitan!

5) Adakah garis panduan dari Kementerian Kesihatan lengkap untuk menangani masalah ini?

Saya fikir, garis panduan dari KKM telah lengkap. Walaupun ada ahli politik yang menyalahkan KKM dan menterinya kerana tidak cekap untuk mengendalikan pandemik ini, tetapi sebenarnya ini tidak tepat.

Kita perlu ingat bahawa ini adalah virus yang baru dan tidak pernah dihadapi sebelum ini. Jangkitannya dan cara perebakannya adalah sangat pantas dan hampir semua orang tidak immun terhadap virus ini.

Kemungkinan, suatu hari nanti, semua sumber dari kerajaan dan sektor swasta boleh digemblengkan untuk disalurkan ke arah yang lebih efisyen. Masalah logistik boleh berlaku kerana manusia adalah berbeza dari segi kapasitinya untuk memahami sesuatu masalah dan mengikut arahan-arahan yang diberikan daripada pelbagai pihak.

Adakalanya permintaan daripada pesakit adalah luar biasa dan kadang-kadang tidak terikut. Setiap pesakit merasakan bahawa penyakitnya adalah lebih bahaya dan memerlukan lebih penjagaan dan analisa.

Doktor juga berada di dalam tahap tidak pasti tentang keseriusan atau tahap bahaya penyakit baru ini - kita cuma baru cuba memahaminya dengan lebih baik sekarang. Oleh itu tahap keyakinan dan penerangan yang diberikan oleh doktor kepada pesakit tidak begitu meyakinkan bagi pesakit terutama kepada pesakit atau saudara mara yang terlalu bimbang.

Tidak ada banyak yang doktor boleh lakukan di dalam keadaan terdesak seperti ini terutama dengan cepatnya merebaknya penyakit ini seolah-olah merebaknya api ganas di dalam hutan. Apapun, kita jangan panik. Ingatlah bahawa 90% daripada pesakit yang terkena akan pulih dan mengalami kesan yang ringan. Kemungkinan hanya 10% sahaja yang dijangka akan mengalami masalah dan dimasukkan ke wad.

6) Adakah adil untuk menghadkan ujian pengesahan H1N1 hanya kepada pesakit yang dimasukkan ke hospital?

Saya sudah terangkan bahawa keadaan kekurangan kit dan alat reagent untuk menjalankan ujian pengesahan. Lagipun ujian ini tidak boleh dilakukan kepada semua orang di seluruh dunia. Apatah lagi kita mengetahui bahawa hampir semua penyakit jangkitan selsema, batuk dan gejala flu sekarang disebabkan oleh H1N1.

Rasional kita menjalankan ujian pengesahan kepada pesakit dalam wad ialah supaya kita dapat menghadapi musuh yang jelas, mengasingkan pesakit yang mempunyai virus yang bermutasi. KKM juga sedang membuat kajian secara rawak di seluruh negara untuk mengetahui dengan lebih tepat jenis-jenis virus yang merebak sekarang.

7) Adakah kita kekurangan ubat anti-virus (Tamiflu, Relenza)? Bolehkah saya makan Tamiflu?

Ubat antivirus ini didapati di kebanyakan klinik dan hospital ketika penularan wabak selsema burung (avian flu) tetapi sekarang sangat-sangat terhad. Kita kena ingat ubat ini juga dipesan oleh 167 negara di seluruh dunia.

KKM telah menyimpan di dalam stok 2,000,000 dos tamiflu dan ubat generiknya. Di dalam mesyuarat pandemik antara menteri yang lepas, Malaysia akan meningkatkan simpanan tamiflu kepada 5.5 juta dos iaitu meliputi 20 peratus populasi rakyat.

Buat masa ini, negara tidak mengalami kekurangan tamiflu. Ia cuma belum diedarkan secara umum lagi. KKM perlu memantau pemberian ubat ini dengan lebih ketat.

Sektor swasta pula berlainan pendapat dan mahukan ia diedarkan dengan lebih terbuka kepada umum dan kawalan dapat dikurangkan. Tetapi kita maklumi bahawa terdapat ketakutan yang mempunyai dasar, iaitu apabila berlaku rintangan (resistant) oleh virus ini. Cuba bayangkan virus H1N1 yang tidak lagi lut kepada apa-apa ubat antivirus. Tidak ada apa-apa lagi yang boleh menghalang kita dibunuh oleh virus ini!

Jenis virus rintangan ubat (drug resistant virus) yang kebal ini telah dikesan di Mexico, sempadan US, Vietnam, Britain dan Australia. Oleh itu kita perlu lebih cakna dan menilai keadaan semasa dengan lebih bijaksana.

Walaubagaimanapun, oleh kerana terdapat situasi di mana orang yang sihat pada asalnya tiba-tiba berubah menjadi kritikal atau meninggal dunia, maka para doktor tidak menolak kemungkinan bahawa virus jenis yang lebih garang ini sudah sampai ke tanahair kita. Atau mungkinkah kita yang lambat untuk memberi rawatan yang sepatutnya.

Tol kematian ke angka 14 (yang saya tahu 15 orang - seorang belum diumumkan) semakin membimbangkan. Pihak KKM sedang melihat perkara ini dan membuat kajian samada virus bermutasi ini sedang merebak. Kita berharap ia belum lagi berlaku.

8) Apakah masalah yang dihadapi doktor di dalam menghadapi H1N1?

Ia sangat berguna apabila doktor memberikan perhatian yang lebih kepada informasi tentang H1N1, mengetahui perubahan dan pembaharuan informasi setiap hari. Ini boleh membantu pesakit kita.

Melayari internet setiap hari untuk mengetahui informasi terkini boleh membantu. Daripada asyik merungut tentang kekurangan data dan maklumat di dalam arus perdana, para doktor perlu bersikap proaktif dan bertanggungjawab di atas masalah ini yang mungkin berlarutan sehingga ke satu atau dua tahun lagi.

Yang lebih penting, tumpukan perhatian yang lebih terhadap jangkitan paru-paru, faktor risiko dan rujuk secepat mungkin untuk penjagaan yang lebih rapi.

Kemudahan antivirus yang lebih mudah, penggunaannya yang bertanggungjawab, dan pemerhatian yang serius dapat mengurangkan keresahan dan kebimbangan orang ramai terhadap kelewatan menerima rawatan. Menggunakan antivirus secara tidak terkawal atau untuk mengelakkan jangkitan adalah cara yang salah dan menyebabkan keadaan menjadi bertambah buruk.

Walaupun begitu, merujuk kepada kes-kes di mana pesakit yang muda tiba-tiba meninggal dunia, maka penggunaan antivirus ini perlu digunakan lebih awal dan lebih aggressif.

Kita mengalu-alukan kehadiran Vaksin H1N1 spesifik dijangka pada akhir tahun. Buat masa ini, kepada petugas di barisan hadapan, pesakit jantung dan paru-paru dan pengembara yang sering ke luar negara dapat mengambil vaksin untuk flu bermusim yang boleh membantu mengurangkan masalah flu dari jenis lain.

9) Adakah kita sudah melaksanakan apa yang patut dan perlu dibuat?

Ya, apabila kita mellihat apa negara lain buat, kita secara relatifnya agak baik. Kita tidak telalu menakut-nakutkan orang ramai tentang bahaya penyakit ini dan dalam masa yang sama kita adalah telus di dalam menyatakan kemungkinan bahawa penyakit ini semakin merebak.

Pada awalnya, terdapat agensi, orang ramai dan doktor menuduh kami terlalu membesar-besarkan pandemik ini. Dan maklum balas kami dianggap terlalu melampau. Terlalu membesar-besarkan! Hanya apabila ada pesakit yang mati, maka apa yang kita buat sekarang pula dianggap terlalu sedikit!

Jika kita ikhlas memikir tentangnya, cuba bandingkan dengan negara lain, dan kita dapati bahawa tidak ada satu pun kerajaan di negara lain yang berjaya menangani masalah ini secara tepat.

Kita sedang mempelajari penyakit pandemik flu ini, dan maklumbalas setiap egara adalah berdasarkan pengalaman mereka yang lalu. Di Hong Kong, China, Vietnam, Singapore dan Malaysia, kita pernah mendapat penularan SARS, oleh itu kita lebih paranoid!

Dan pengalaman kita juga, tidak ada flu yang menyebabkan kematian sebelum ini, tak seperti di barat dimana flu bermusim membunuh beratus malah beribu orang setiap tahun! Oleh itu, ketakutan kepada H1N1 tidaklah setanding di barat. Walaupun sekarang ia semakin digeruni, apatah lagi kemungkinan ia akan bertukar kepada virus yang lebih garang menyebabkan ombak kedua atau ketiga pandemik ini, kita tidak akan tahu sehingga setahun dua tahun lagi.

10) Adakah orang ramai secara umum sudah cukup membantu untuk mengawal penularan ini?

Saya fikir orang ramai sudah cukup diberitahu tentang H1N1 pandemik ini. Malah mereka mungkin terlalu tahu sehingga mereka menjadi terlalu takut. Yang lebih penting, jangan panik dan berlebih-lebih.

Sudah pasti bahawa H1N1 akan merebak ke sekolah, universiti, akademi, kilang, pejabat, tempat kerja dll. WHO menganggarkan hampir 20-30 peratus populasi dunia akan dijangkiti penyakit ini setelah mengkaji model jangkitan penyakit-penyakit yang lalu. Cra jangkita utama dan yang paling pantas ialah melalui jalan udara.

Dimana flu-flu yang terdahulu mengambil masa 6 BULAN untuk merebak ke sekian banyak negara, H1N1 “berjaya” menular ke bilangan negara yang sama dalam masa 6 MINGGU!

Jika senario yang paling teruk berlaku, wabak ini dijangka akan menyebabkan kemasukan hospital sebanyak 100,000 orang sehingga ke 500,000 orang, dan kemungkinan melibatkan 5,000-27,000 orang akan meninggal dunia!

Oleh kerana kita telah memerhatikannya dengan rapat dan mengawal daripada merebak sehingga kini, keprihatinan dan tanggungjawab sosial yang tinggi daripada orang ramai, ia mungkin boleh mengawal jangkitan dan kes kematian ke tahap terkawal.

Bagaimana orang ramai boleh membantu? Pertama belajar dan laksanakan kebersihan diri yang baik. Sekiranya sakit, pastikan anda duduk di rumah, aau paling baik duduk di dalam bilik. Pakai topeng muka (topeng 3-ply pun dah cukup). Jangan keluar, jarakkan diri anda dengan orang lain lebih kurang 3 meter. Jangan keluar dan menyebarkan virus.

Bagi orang muda, ia adalah sesuatu yang sukar. Itu sebabnya virus ini merebak dengan cepat bagi golongan umur 16-25 tahun.

Bila penyakit ini tidak kurang selama beberapa hari, atau semakin teruk, pergi ke hospital yang berdekatan. Yang lebih penting, sentiasa berhati-hati dalan amalkan sikap bertanggungjawab.

Akhirnya, ambil tahu tentang berita terkini kerana informasi tentang penyakit ini sentiasa diperbaharui..

Vaksinasi H1N1 secara besar-besaran akan tiba dan masalah ini kita akan dapat atasi juga. Sementara itu, ia akan mengambil masa, tenaga, kesabaran, penggemblengan tenaga daripada pihak yang berwajib dan juga orang ramai dan menggunakan sumber kewangan yang banyak.

Related Posts with Thumbnails