Hari Raya Aidilfitri tahun ini sangat bermakna buat saya kerana giliran saya beraya di kampung halaman iaitu di Kampung Pirasan Kota Belud. Walaupun mungkin tidak se'grand' sambutan hari raya di kampung suami (Kg Telaga, Pitas) namun tempat jatuh lagikan dikenang..ini pula kampung halaman. Pada tahun ini Hari Raya Aidilfitri agak terjejas kemeriahannya disebabkan oleh hujan lebat dan angin kuat yang melanda KB. Namun dalam hujan2 itu masih ada juga yang sudi bertandang ke rumah dan kami sekeluarga sangat berbesar hati dengan kunjungan mereka.
Kami sempat juga konvoi ke rumah auntie Tahis di Kesapang. Syukurlah dia nampak sihat dan gembira. Masalah keluarga yang di hadapinya sudah dapat di atasi sejajar dengan peredaran masa...Yang kelakarnya, kami menginas 'Dmax' yoyo, adik lelaki kami yang mengajar d Kudat dan kami sifatkan perjalanan kami hari itu sebagai 'exclusive for the woman' in the family. Yang lelaki stay di rumah. Tunggu tetamu. Tapi biasanya kalau raya kedua, apatah lagi malam, jarang sudah orang datang rumah. So kami pun tidaklah bimbang sangat. Tapi terkilan juga sebab tidak sempat singgah di rumah Diana Taga, satu-satunya anak perempuan peninggalan abang kepada ibu kami. Mendiang Taga meninggal dunia akibat kanser paru2 semenjak Diana masih anak dara sunti lagi. Sekarang ini dia telah beranak pinak dan hampir semua anaknya kami tak kenal kalau bukan kerana wajah mereka yang semuanya hampir sama. Maklumlah satu acuan..
Hari Raya ketiga saya berangkat pula ke kampung suami. Banyak juga kisah2 menarik di sana. Nanti saya postkan gambar2 saya di sana ok. Chow....
4 comments:
Salam.
(1) Pirasan? Bertuah puan kerana berada di kampung arwah Amil Jaya.
(2) Saya kepingin melihat gambar suasana di Pitas, khususnya Telaga. Saya pernah singgah di Telaga untuk mencari bot yang lebih besar bagi meneruskan perjalanan ke Malubang. Dari Malubang pasukan kami berjalan kaki ke Liu dan terus ke Telaga. Itu pengalaman berjalan kaki yang sangat menarik. Di Telaga, kami mendengar kisah (benar/legenda?) seorang wanita gagah. Dari Telaga kami menaiki bot kecil ke Pekan Pitas. Itu kisah awal tahun 80-an. Coretan puan, walaupun ringkas, dapat menghidupkan kenang-kenangan saya.
Wassalam.
1) Saya juga amat mengagumi Amil Jaya. Setelah membaca Belasungkawa allahyarham baru saya teringat tajuk novelnya yang sangat melekat disanubari ini iaitu BAGATON. Saya ada menulis tentang novel ini di profile blog saya. Sehingga kini baru saya teringat tajuknya.
2) Nampaknya Encik Isa sudah jauh berjalan ke pelusuk Pitas. Nama2 kg itu semuanya sangat famous di sana. Tentang cerita wanita gagah, suami saya sendiri tidak pernah mendengarnya. mungkin kerana kisah itu tidak diperturunkan lagi kepada anak2 kecil dizamannya.Tentang naik bot dari telaga ke Pitas, sampai sekarang ianya masih di amalkan oleh sebahagian besar penduduknya yang mempunyai bot sendiri.
3) Terima kasih kerana sudi meninggalkan respon.
wassalam
OOOOii, ISMAIL GIMBAD ITU BUKAN AMIL JAYA. AMIL JAYA ITU IALAH ISMAIL ABBAS. BONGOOOOOKKK
Salam.
Terima kasih, tuan/puan. Mudah-mudahan Allah memberikan hidayat kepada kita dan memperoleh ilmu walaupun tidak sampai setitik daripada air di laut.
Wassalam.
Post a Comment