CHECK IT OUT!

Thursday, December 24, 2009

Mengecat rumah

Hari ini saya dan suami mengerah segala kudrat yang ada untuk mengecat dinding rumah yang sudah kusam dan dipenuhi lukisan Picasso anak2ku. Warna yang kami pilih ialah 'candle light'..ala2 warna cahaya lilin gitu..anak2 tumpang seronok. Tengah sibuk memunggah itu ini, suami menerima SMS bahawa pakciknya meninggal dunia akibat sesak nafas di Landung Ayang, Kudat. Suami bergegas ke Kudat bersama kakaknya dan Ecad (my son).

Saya meneruskan perjuangan mengecat. Bab mengecat bukan satu masalah buat saya kerana saya berpengalaman luas dalam hal ini. Setiap kali menjelang Hari Raya, inilah aktiviti kami sekeluarga (bapa dan adik beradik). Mengecat rumah dengan warna putih. Walaupun penat dan lapar namun bila aktiviti ini dilakukan bersama-sama keluarga, terasa seronok pula. Surat khabar terbentang disetiap sudut rumah dan tangan bertompok dengan cat. Ada yang menggunakan roller dan ada juga yang menggunakan berus cat. Masing-masing memuji kepandaian diri mengecat. Ada masanya kami sama-sama mengeluh bila leher terasa kejang memandang ke atas semasa mengecat siling. Bila azan berkumandang, masing-masing 'mengganyang' hidangan di atas meja.

Bila suami saya pulang dari kudat, dia terkejut melihat rumah yang sudah 60% bercat. Dia langsung tidak menyangka saya mampu mengecat secepat dan sekemas yang dilihat (amboiii..angkat bakul nampak). Suami saya rasa agak tercabar lalu menunjukkan  juga 'skill' nya mengecat. Saya terkinum2 (senyum2) dan berkata " You have to accept it..painting is my life" suami membalas " my life2 konon..pigi buat kupi!"..


Friday, December 18, 2009

Malaysia juara Bola Sepak Sukan Sea.

Hari ini saya sangat gembira menyaksikan kemenangan Malaysia menentang Vietnam 1-0 dalam perlawanan Bola Sepak sukan SEA Laos. Saya bukannya minat sangat dengan bola sepak tapi bila melibatkan pasukan negara, memang saya pandai 'terminat'. Mungkin semangat kebangsaan yang tebal kut.. Sebenarnya ada beberapa perkara menarik (bagi saya) yg ingin saya coretkan di sini:


1) Aidil Zafuan memang hensem. Untung Rita Rudaini.
2) Muka pemain Vietnam macam muka orang Kg Bolobog.
3) Gol Keeper Malaysia memang best! Very tricky sampai dapat kad kuning. Janji menang.
4) Kenapalah jurulatih vietnam tidak tukar Gol keeper mereka yang da terkehel bahu tu. Kan dah bolos..Dulu2 kalau saya (sebagai keeper) sepak angin pun cikgu tukar..inikan pula terkehel bahu.
5) Vietnam gol sendiri..kesian..Jangan saja pemain tu bunuh diri sudahlah..tidak pun, kena bunuh.
6)Semua pemain Malaysia boleh diharap. Siapa2 masuk padang, pastinya menyuntik semangat pada rakan2 yang kepenatan di Padang.
7) Pemain2 Vietnam kelihatan 'down' semasa Golkeeper mereka yang terjengket2 dan menyeringai menahan sakit, masih dikekalkan dalam permainan.
8) Bangga sungguh melihat pemain Malaysia rajin kejar bola dan tidak mengharap kawan saja terutama pemain India sorang tu..lupa nama. Guru kut nama dia.
9)Pertahanan Malaysia memang best. Susah tembus terutama Aidil dan Nasdiq. Pandai tackle bola. Walaubgmnpn Malaysia hampir bolos akibat terleka seketika selepas berjaya menjaringkan gol.
10)Drama2 pemain Vietnam tidak mampu memperdayakan pemain Malaysia. Mereka maintain emosi dan mungkin belajar banyak semasa perlawanan pertama mereka  yang 'hampeh' semasa menentang vietnam.

Overall, Tahniah Malaysia!! Malaysia Boleh! Demikianlah catatan saya yang mempunyai pengalaman bermain Bola Sepak semasa di Darjah 6. Sekian, Terima Kasih.

Monday, December 14, 2009

Majlis perkahwinan di Kg Dudar

Sekarang jam menunjukkan jam 2.05 pagi. Mata ini masih segar.Mungkin kerana beberapa jam sebelum itu saya telah meneguk secawan nescafe kaw2..Daripada memaksa diri tidur lebih baik saya layan blog ini dulu ditemani lagu2 jiwang artis Indonesia. Suami dan anak2 sedang lena diulit mimpi. Sekali sekala suami terjaga dan bertanya kenapa saya belum tidur lagi. Kadang2 dia menghampiri dan melihat paparan skrin komputer. Saya menjeling dan tersengih2. Dia menggeleng2 kepala dan melingkar semula di sisi putera dan puteri kami, menyambung mimpi..atau mungkin menyulam mimpi baru yang lebih indah.

Sebenarnya saya cuma ingin mengupload gambar2 semasa menghadiri perkahwinan sepupu di Kg Dudar, Kota belud. Dia tidak kenal dengan saya dan seluruh adik beradik saya kerana kami tidak pernah berjumpa. Yang kenal rapat cuma emak saya dan emaknya (sepupu sekali). Namun saya tetap juga menghadiri perkahwinannya untuk berkenalan dengan keluarganya. Lagipun suami saya turut menerima undangan melalui keluarga pengantin lelaki (sekampung). Sayang sekali saya tidak sempat merakam persandingan mereka kerana kehabisan cas bateri kamera.


Pelamin bertemakan biru awan...

Pengantin lelaki diusung ke atas rumah untuk upacara nikah.

Tarian khas untuk menyambut kedatangan pengantin. Dusun Tabilung.

Penari dan bridesmaid berbaju tradisional suku kaum Dusun

'Datuk K' (dengan tuala dileher) menolak jemputan menyanyi. Alasan, I am on duty..

Tukang masak yang keletihan (emak saya).

Jam telah menunjukkan jam 2.40 pagi. Patutlah mcm pening2 lalat..Ok, jumpa lagi..

Pics to see..

Sejak cuti ni, makin tak kreatif minda saya. Betullah kata orang, badan sihat otak cergas. badan saya ni mmg tak sihat..kurang senaman jadi otak pun tak cergas. Anyway saya uploadkan beberapa gambar yang saya kira menarik (at the moment, saya terpaksa mencergaskan otak dengan mendengar lagu2 jiwang kris dan Anang)



Cantik2 sumandak di atas kan..Gambar ni saya ambil dr Blog DARD (sempena Tamu Besar Kota Belud 2009). Actually semua budak2 di atas tu murid2 saya semasa mereka masih di sekolah rendah. Sumandak Kg Timbang memang lawa2 dan bijak2..


My ex student juga...Si Elysa. Sekarang ni murid husband saya (my spy) di Tingkatan 3.
They never get away from me..hehehe..


Gaya, mutu, keunggulan...mangan nyiak mangan..asal kurung2..


Aduii... ciputnya gambar maktab kami ni..saya import dari facebook kawan.

Friday, December 11, 2009

Yang cemerlang dan yang kandas

Dipetik dari website : http://mymassa.com (by Dr Rahmat)

windi's note: 
Bagus untuk renungan sesiapa sahaja terutama guru, ibubapa dan pelajar.
Sangat berkhasiat sebagai tonik pembuka minda.

Mungkin tidak keterlaluan jika pada hari ini kita melihat sekolah seperti kilang; kilang melahirkan generasi cemerlang (lihat Utusan Online 17 Mac 2007, 13 Mac 2007, 23 Mac 2006, 14 Mac 2006). Lalu kita meletakkan harapan yang amat tinggi terhadap produk sekolah kita, malah kita memilih sekolah-sekolah yang telah berjaya menghasilkan pelajar cemerlang untuk menempatkan anak-anak kita di situ, kerana bagi kita, kilang yang telah menghasilkan produk yang baik pastinya akan dapat menggilap kecemerlangan anak-anak kita dengan baik juga. Namun kadangkala kita lupa bahawa produk yang baik hanya dapat dihasilkan jika bahan mentahnya baik.

Saya sedar bahawa amat salah untuk menjadikan ‘kilang’ sebagai analogi kepada sekolah-sekolah kita. Namun saban tahun kita sering meuar-uarkan dalam media massa tentang pencapaian cemerlang sekolah-sekolah tertentu, khususnya sekolah-sekolah berasrama penuh. Lalu, kita juga mengangkat tenaga pengajar sekolah-sekolah hebat ini sebagai tenaga pengajar yang proaktif, beriltizam tinggi, lebih bijak, pandai mendidik, menggunakan teknik pengajaran yang canggih dan kualiti-kualiti lain yang menjustifikasikan pencapaian cemerlang sekolah tempat mereka bertugas. Dengan itu juga kita lupa bahawa bahan mentah yang masuk ke sekolah-sekolah sedemikian adalah bahan-bahan berkualiti yang telah ditapis atau disenaraipendekkan. Lebih malang lagi kita jarang mahu mengetahui apakah masalah sekolah-sekolah yang corot dalam pencapaian Peperiksaan Nasional itu.

Dalam suatu seminar ‘Outcome Base of University Education’ yang pernah saya hadiri, penceramah pernah membangkitkan isu guru-guru daripada sebuah sekolah menengah yang ‘tercorot’ keputusan Peperiksaan SPM-nya yang mencabar Pegawai Pendidikan Daerah supaya menukarkan semua guru dari sekolah yang dikategorikan hebat supaya mengajar di sekolahnya yang rata-rata terdiri daripada anak-anak pekerja kilang dan pelajar-pelajar yang genjot iltizam mereka: untuk melihat sejauh mana hebatnya guru-guru sekolah cemerlang berkenaan. “Adakah guru yang cemerlang atau pelajarnya yang sememangnya cemerlang, yang sudah ditapis dan sedia cemerlang?” Atau secara analoginya ‘bahan mentahnya’ sudah sedia cemerlang.

Malah seorang bapa di Bandar Baru Bangi, yang namanya tidak mahu didedahkan, telah memberitahu saya bahawa anaknya yang dihantar ke salah sebuah Sekolah Menengah Sains telah meminta ayahnya mengeluarkannya daripada sekolah tersebut kerana guru-gurunya yang tidak bersungguh-sungguh dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Malah pada suatu ketika semasa pengajian saya di England, rakan-rakan bekas lulusan Sekolah Menengah Sains menyatakan bahawa perolehan keputusan cemerlang di Sekolah Menengah Sains adalah sebahagiannya kerana soalan-soalan ramalan Peperiksaan Nasional yang hampir menyamai soalan-soalan sebenar peperiksaan dan bukannya kehebatan guru-gurunya. Pastinya kita boleh mencabar dakwaan sedemikian kerana guru juga memainkan peranan utama. Pembolehubah yang lain dalam hal kecemerlangan sekolah sedemikian dikatakan berasaskan kecemerlangan pelajar itu sendiri. Walau bagaimanapun bukan isu ini yang hendak saya ketengahkan.

Setiap kali apabila keputusan Peperiksaan Nasional yang diduduki oleh pelajar-pelajar sekolah kita, baik di peringkat UPSR, PMR, SPM dan STPM diumumkan, kita sering akan membicarakan keputusan cemerlang yang dicapai oleh sekolah-sekolah tertentu dan lebih riuh lagi, keputusan individu tertentu di kalangan pelajar-pelajar kita. Lalu jika ada anak-anak kita yang telah menduduki peperiksaan sedemikian maka jiran-jiran, rakan sekerja, ahli keluarga dan kenalan kita akan menelefon dan bertanya tentang berapa ‘A’ yang telah diperolehi. Maka ada yang menjawab dengan megahnya, dan ada yang menjawab tanpa ditanya kerana anak-anak mereka mendapat banyak ‘A’ yang seharusnya dibanggakan. Itu bukan suatu kesalahan pada pandangan kita. Itu baik kerana budaya ‘kecemerlangan’ harus diangkat dan dijulang dalam sfera masyarakat. Maka pelajar hebat seperti Amalina, sebagai contoh, menjadi idola, malah ada yang cuba pula menipu untuk mengalahkan Amalina.

Seorang guru yang amat saya kenali di Shah Alam pada beberapa tahun yang lalu, telah menangis kesedihan yang amat sangat apabila keputusan UPSR anaknya diumumkan. Kebetulan anaknya yang mengambil peperiksaan UPSR itu juga bersekolah di sekolah tempat dia mengajar. Dia menangis bukan kerana anaknya gagal mendapat keputusan 5A. Sebaliknya dia menangis kerana setelah semua guru-guru bertungkus-lumus sepanjang dua tahun mengerah tenaga untuk melahirkan pelajar cemerlang di sekolahnya, hanya anak dia sahaja satu-satunya yang mendapat keputusan cemerlang 5A.

Dengan budaya memuja kecemerlangan yang sedemikian kita berlumba-lumba untuk memastikan bahawa anak-anak kita cemerlang. Kita menghantar anak-anak ke pusat tuisyen. Guru-guru juga ghairah mencari ruang untuk mendapatkan pendapatan tambahan dengan menjadi guru tuisyen. Daripada pengalaman rakan-rakan di kalangan guru, saban malam sesetengah daripada mereka akan bertungkus-lumus ke sana ke mari kerana keterlibatan mereka sebagai guru tuisyen. Namun kita lupa orientasi kelas-kelas tuisyen ialah peperiksaan, soalan ramalan, skema soalan peperiksaan dan skema jawapan peperiksaan; amat malanglah jika soal moral, nilai murni dan disiplin diletakkan ke tepi.

Kerana ramai yang telah belajar di pusat-pusat tuisyen terutamanya pada tahun-tahun yang mereka akan menghadapi Peperiksaan Nasional, maka saya pasti terdapat keselesaan guru-guru yang mengajar di sekolah-sekolah. Tanggapan ‘prakonsif’ bahawa pelajar telah menggarap kemahiran dan ilmu daripada pusat-pusat tuisyen pastinya memberikan impak negatif kepada guru-guru untuk mengembleng tenaga mereka di bilik-bilik darjah. Lalu kita lihat yang akan menjadi mangsa ialah anak-anak daripada keluarga kurang berada; yang tidak mampu untuk menghantar anak-anak mereka ke pusat tuisyen. Lalu sebahagian daripada mereka ini akan menjadi calon ‘pelajar kandas’ yang berkontradik dengan ‘pelajar cemerlang’.

Dengan senario sedemikian itu juga kita lupa bahawa di tengah-tengah kehadiran pelajar cemerlang itu telah wujud koloni para pelajar yang berkompleks inferioriti dan melihat masa depan mereka dengan penuh kekaburan dan tandus keyakinan. Sesetengah daripada mereka menghadapi tekanan kerana terabai dari segi pergaulan di sekolah, pandangan negatif guru-guru, dan ditindan-tindih dengan kedaifan keluarga yang kurang berkeupayaan. Sesetengahnya juga menjadi agresif, kurang disiplin, mula menubuhkan koloni mereka yang tersendiri dan terdedah dengan pelbagai gejala seperti gangsterisme, dan kumpulan kongsi gelap.

Pelajar yang saya labelkan sebagai calon ‘kandas’ ini sesetengahnya pula memang buta huruf, walaupun mereka bukannya lembam. Kerana orientasi masyarakat kita yang terlalu menekankan pencapaian peperiksaan, keputusan cemerlang dan menyanjung tinggi pelajar cemerlang, pelajar kandas ini telah kita pinggirkan dan kita biarkan begitu sahaja tanpa ada suatu strategi yang tuntas dan berkesan untuk memulihkan mereka. Lazimnya sekolah-sekolah kita melepaskan tangan dan membiarkan pelajar-pelajar kandas ini berlarutan dengan sikap, tingkah laku dan pencapaian corot mereka. Mereka ini seakan-akan disembunyikan apabila laporan-laporan kepada Pegawai Pendidikan Daerah jarang sekali mengangkat isu ini. Ironinya sekolah-sekolah yang pencapaiannya rendah akan ‘dihentam’ dan akhirnya ‘hentaman’ itu tertuju kepada guru-guru yang lelah, dan kecewa kerana ‘bahan-bahan mentah’ yang mereka terima sudah sedia buruk sehingga menjadi mustahil untuk menjadi produk cemerlang.

Berdasarkan satu temubual saya dengan seorang guru di salah sebuah sekolah di Bandar Baru Bangi, pada tahun ini di sekolahnya terdapat kira-kira 15-20 peratus pelajar dalam Tingkatan Tiga dan Lima yang masih buta huruf atau separa buta huruf. Mereka bukan sahaja bakal menjadi calon-calon kandas, tetapi sesetengahnya menjadi pengganggu kepada sistem pembelajaran-pengajaran di bilik darjah kerana disiplin mereka yang rendah, kerap ponteng sekolah, agresif, biadap dan mengancam kerja-kerja guru.

Gejala yang serantaian seperti menganggu pelajar-pelajar lain, merosakkan harta benda sekolah, mengugut guru-guru, agresif, suka bergaduh, terlibat dengan gangsterisme, dan gejala lain yang memesongkan mereka daripada nilai murni sering kita lihat di kebanyakan sekolah menengah (sila lihat Utusan Online tentang gejala gangsterisme dan pelajar ganas di sekolah pada: 28 April 2004, 26 April 2004, 25 Jan 2004, 15 Ogos 2000, 25 April 2000, dan 3 Mac 2000). Hal ini mengheret permasalahan serius di sekolah kita kerana golongan pelajar yang saya lihat sebagai ‘malang’ ini seringkali kita abaikan tanpa perhatian serius, tidak seperti calon-calon pelajar cemerlang yang dipuja, dijulang dan diberi ruang yang amat luas untuk kejayaan masa depan mereka.

Dengan menjadikan Bandar Baru Bangi sebagai kajian kes mini, saya dapati bahawa iltizam murni Jabatan Pendidikan Daerah mewujudkan Sekolah Menengah Khas untuk pelajar cemerlang UPSR telah membangkitkan suatu paradoks kerana projek sekolah tersebut telah menarik keluar pelajar-pelajar cemerlang dari kawasan ‘catchment’ tertentu seperti Sek Men Jalan Reko. Lalu yang tertinggal di kawasan catchment itu ialah pelajar-pelajar yang kurang beriltizam dan yang menjadi masalah ialah sesetengahnya ialah calon-calon pelajar kandas.

Namun keadaan menjadi lebih parah apabila sebahagian daripada pelajar-pelajar dan guru-guru di kawasan catchment ini, daripada aspek psikologinya, telah tercalar motivasi mereka, muram, dan tebal dengan kompleks inferioriti kerana komposisi pelajar yang rata-rata dipenuhi oleh para pelajar yang rendah pencapaian mereka. Hal ini dibebankan lagi apabila 90 peratus guru-gurunya adalah wanita yang saya pasti kurang berkesan untuk menangani pelajar-pelajar lelaki yang agresif, bermasalah, dan rendah tahap disiplin mereka, dan kerap kali hanya menjadikan guru-guru bahan lelucon mereka.

Pada tahun 2007 saja misalnya terdapat enam orang guru wanita di salah sebuah sekolah menengah di Bandar Baru Bangi, yang ‘keguguran’ kerana stres akibat yang dipercayai berpunca daripada sikap dan tingkah-laku pelajar-pelajar yang ‘biadap’ dan disiplin yang rendah. Bayangkan bagaimana terganggunya emosi guru-guru akibat sikap pelajar yang biadap, mengganggu pengajaran guru, mengganggu pelajar lain, tidak membuat kerja rumah, bising semasa proses pembelajaran-pengajaran. Emosi guru yang terganggu akan menjejaskan tumpuan guru itu sendiri dan akhirnya proses pembelajaran-pengajaran menemui kegagalan. Guru kecewa dan pelajar terbiar. Yang menjadi mangsa ialah golongan pelajar yang bersungguh-sungguh hendak belajar. Akhirnya gejala ini berlarutan.

Sistem persekolahan di negara ini tidak menyediakan kelas pemulihan; apa yang wujud ialah kelas pemulihan untuk pelajar lembam (yang dijustifikasikan oleh pemeriksaan doktor pakar), bukannya untuk pelajar ‘kandas’. Memang ada kelas peralihan, tetapi konsep kelas-kelas peralihan ini disediakan untuk para pelajar lepasan Darjah Enam yang datang daripada Sek Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil bagi memantapkan penguasaan Bahasa Malaysia mereka dan bukannya khusus untuk tujuan pemulihan.

Sekolah-sekolah kita juga menghadapi masalah kerana komposisi guru-guru wanita dan lelaki tidak seimbang malah di sekolah-sekolah tertentu kadar guru lelaki kepada guru wanita ialah 2:8 dan sesetengahnya 1:9. Tidak dinafikan banyak faktor lain yang menekan seperti bilangan pelajar yang padat dalam satu-satu bilik darjah (sehingga lebih 40 orang pelajar), persekitaran sosial yang tidak sihat, masalah inflasi/ekonomi, pengaruh urbanisasi, gejala konsumerisme, dan hedonisme yang kental.

Saya percaya bahawa wujud korelasi yang tinggi antara kewujudan pelajar kandas pada masa lalu dengan kes-kes jenayah masakini: gangsterisme, ragut, rompak, pecah rumah, curi motosikal, dadah, seks bebas, rogol, Mat Rempit, dan gejala lain.

Saya juga percaya bahawa wujud di kalangan pelajar kita golongan ‘late developer’ sedangkan sistem persekolahan kita mengasak, mengheret dan menolak mereka ke peringkat atas tanpa proses pemulihan dan penapisan. Setiap pelajar mempunyai potensi mereka yang berbeza, dan dari aspek psikologi pendidikan mereka juga menuntut pendekatan yang berbeza dalam proses pengajaran-pembelajaran.

Saya masih ingat lagi bagaimana tindakan korporal digunakan untuk menangani masalah disiplin di sekolah-sekolah kita pada tahun-tahun 60-an dan 70-an dahulu. Hari ini kita menolak sistem sedemikian dan kemudiannya kita berhadapan dengan kes-kes pelajar memukul guru, mengugut guru malah menggunakan samseng untuk berindak ganas ke atas guru-guru yang sebenarnya mahu menjadikan mereka manusia mulia (sila lihat Utusan Online 12 Sep 2006, 6 Sep 2006, 4 Sep 2006, 24 Sep 2005).

Saya percaya sudah sampai masanya kita mewujudkan ‘Sekolah Khas Pemulihan Pelajar’ bagi mengatasi masalah disiplin yang rendah di sekolah-sekolah menengah di seluruh negara, seiring dengan penubuhan sekolah-sekolah berasrama penuh yang mengangkat dan memuja para pelajar cemerlang. Kita harus kesan kewujudan pelajar-pelajar yang rendah tahap disiplin mereka untuk ditempatkan di sekolah-sekolah pemulihan ini, sekurang-kurangnya untuk selama setahun. Konsep Sekolah Khas Pemulihan Pelajar ini hendaklah dipisahkan daripada konsep ‘sekolah jahat’ seperti Sekolah Henry Gurney, kerana kemasukan pelajar-pelajarnya ditentukan oleh mahkamah juvenil.

Setelah mengikuti pendidikan di sekolah pemulihan khas ini, dan sekiranya laporan pemulihan mereka memuaskan barulah mereka boleh dibenarkan kembali semula ke sekolah asal mereka. Guru-guru di sekolah pemulihan ini hendaklah guru-guru terlatih bagi mendidik pelajar kandas, agresif, ganas dan memulihkan mereka sebelum mereka kembali kepada sekolah yang sewajarnya.

Kita tidak mahu mewujudkan konsep penjara untuk anak-anak muda yang masih mentah ini, namun kita harus sedar bahawa golongan ini tidak boleh dibiarkan bercampur dengan pelajar-pelajar lain yang ada harapan untuk berjaya dan mungkin diangkat sebagai pelajar cemerlang di peringkat PMR, SPM dan STPM.

Kita sudah sekian lama menghapuskan sistem penapisan melalui PMR. Pada masa kini semua pelajar, sama ada yang lulus PMR, atau tidak, secara automatiknya dibenarkan masuk ke Tingkatan Empat. Sedangkan kita tahu ada di antara mereka yang buta huruf dan ketinggalan dalam banyak aspek pendidikan asas. Golongan ini akan terus tenggelam sehingga mereka ke Tingkatan Lima. Bayangkanlah jika mereka meninggalkan bangku sekolah dengan sifat buta huruf, bebal, ganas dan agresif.

Golongan calon pelajar kandas ini pada pengalaman dan pada perkiraan saya, akan menjadi pengganggu kepada proses pengajaran-pembelajaran di bilik darjah. Sedangkan kita tahu bahawa dari aspek psikologi remaja, zaman remaja antara 13 – 17 tahun adalah zaman yang ‘tegang dan memberontak’ yang harus ditangani dengan bijaksana dan dengan kepelbagaian strategi. Sekolah Khas Pemulihan Pelajar ini mungkin boleh menjadi suatu ‘sistem penapisan pelajar’supaya proses pengajaran dan pembelajaran di bilik-bilik darjah Tingkatan Empat dapat berjalan lancar dan selesa.

Sunday, December 6, 2009

Charlie bit my finger !

Can't help it. Very cute and adorable. happy watching...

Aku cinta padamu...

This is the keramat song that he use (my hubby) to declare his feeling...waduh2..malu plak I sakap dalam BM. he he he...just for rememberance... 1997 memory...

The Song bird..

Saya sangat meminati Siti Nurhaliza. Sebuah hakikat yang sukar di sangkal dan sukar dikikis walaupun saya sangat marah ketika dia berkahwin dengan Datuk K. Saya berazam untuk tidak meminati lagu2nya selepas dia berikrar sehidup semati dengan Simisai tebal itu namun I just can't resist..Suaranya bak buluh perindu dan lagu2 yang dinyanyikannya sangat indah membuai kalbu. Belum ada penyanyi yang mampu meng'hipnotized' kan saya seperti suara alunan siti..Walaupun lagu tak best, dengan siti sebagai penyanyinya..lagu itu kedengaran sedap bila keudara berulang kali..Di bawah ialah video klip siti ketika menyertai bintang HMI. The moment dia menyanyi, saya tahu saya akan jadi peminatnya. 
 
Pada waktu itu rumah kami belum dibekalkan dengan tenaga elektrik (Kerajaan tiada peruntukan) . Menonton tv pun hanya dengan kuasa bateri. Semua kelengkapan berkuasa elektrik tidak dapat dinikmati. Oleh itu kami sekadar merakam suara siti semasa pertandingan dengan radio kaset berkuasa bateri. Selepas itu, rasanya setiap hari kami ulang tayang lagu siti. Keadaan kami tak ubah seperti Sarimah yang terangau oleh nyanyian kassim Selamat (P.Ramlee). happy watching...


FB menyatukan kita..

Berkenalan dengan laman sosial Facebook membuatkan dunia saya semakin ceria. Sebelum ini saya cuma berbicara di dalam blog. kemudian saya belajar membuat website. Adik2 saya menyarankan saya untuk join FB namun saya beranggapan FB hanya untuk anak2 muda yg ingin mencari teman baru. Namun akhirnya saya termakan juga dengan hujah2 mereka yang disampaikan dengan sempoi. Lagi pun beberapa blogger berkaliber seperti Abd Naddin dan En Mohd Isa pernah menulis tentang FB di dalam blog mereka. Saya pun tergerak untuk merasai sendiri pengalaman ber'FB'. How amusing it is...

Langkah demi langkah saya turuti untuk pendaftaran akaun FB. Berdebar2 pun ada. Maklumlah, pengalaman baru. Seterusnya saya melihat paparan FB kepunyaan saya. Oh begini rupanya...dengan support yang baik oleh adik2 dan sepupu2 akhirnya saya join the club dengan rasminya...Setiap hari saya boleh mengikuti perkembangan mereka dan mereka juga boleh mengikuti perkembangan saya. Jika dulu saya bersms sahaja dan sudah tentu memerlukan ongkos kredit yang tinggi (maklumlah..ada yang digi, ada yg maxis..) Dengan FB saya boleh berchatting secara free, sampaikan mesej dengan free, hantar gambar free dan lihat gambar pun free...except bayaran bulanan streamyx lah. Dengan jumlah pertukaran maklumat yang banyak, responden yang ramai dan gambar yang besar..saya yakin ia lebih menjimatkan berbanding SMS dan MMS.


Facebook juga telah mengeratkan semula hubungan dengan rakan2 lama terutamanya rakan2 semasa menuntut di Maktab Perguruan Keningau kira2 10 tahun yang lampau. Sebenarnya kami semua telah terputus hubungan namun kami bersatu semula di alam maya. Reunion di alam maya. Something that never been thinking before! Terbuka semula cerita2 lama mahupun cerita baru. Setakat ini hampir 85% rakan2 sepengajian di MPKS telah saya temui dan mereka juga menemui saya.

Selain itu Facebook juga telah mengeratkan silaturrahim sesama saudara mara. Selepas membesar dan mempunyai kehidupan peribadi masing2, detik pertemuan itu seakan sukar di realisasikan. Melalui FB, kami dapat bertukar2 maklumat dan khabar dan rasanya berdozen2 maklumat lama telah kami bongkar dan bertan2 maklumat baru yang di hebahkan.

kesimpulannya, FB telah menyatukan kita semua. Semoga silaturrahmin antara kita sentiasa berbunga dan mekar selamanya. Insyallah...

Tuesday, December 1, 2009

Twilight Vs new Moon




Last thursday I watched New moon at 1 Borneo cinema. I am so excited to watch the sequel of twilight because twilight is my favourite movie off all time. I never watch movie twice except for twilight. First, i watched it with my husband and then I watched it again with my kids.  Why i like the movie? for thousands of reasons. The romantic screenplay, the handsome vampire, the unexpected scene, the cold weather, the beautiful scenery and many more. Can hardly tell you..How fanatic I am. I also bought the novel (New Moon) as a preparation for the next movie. Am I weird? Kind of..

Back to new moon movie...I sat on my chair in the cinema...listening to their dialogue..almost same with what was written on the book..It was adapted nicely...Edward cullen (Robert) came and do some romantic scene with Bella (Kirsten)...He left..Bella Suffered..then I saw my husband yawning...Then some of the audiences giggled for no reason... Then the story about Bella and the werewolf...exactly the same as in the book..then there were some kissing scene between Bella and Jacob where some guys in the cinema keep shouting " Hei...lalai betul!!" or "Berbiji2 oh.." they said referring to Jacobs muscle.  There was a kid shouting in the cinema "Pak, Sam ni siapa?"  he said asking his father. All of sudden the whole audiences kind of giggling...Then my 3 years old daughter asked her father too "Babah..bila belawan ni?" Then it came to Volturi castle...Bella saved her vampire boyfriend and he saved her afterwards. Last scene was Edward proposed her...Then the cinema lights turn on...we went out...

I feel nothing..empty..confused. Why? I dont know..maybe because I am so excited and I expected too much, or maybe because I've read the novel? No surprised elements for me for I already know the flow of the story. I am so surprised that I didn't quite entertained as what i felt when i watched twilight. Or maybe the actress (Kirsten)? She is really a great actress but in certain aspect. When it comes to facial expression, I dont see it on her face. For example when she was so suffered when Edward dumped her..I cannot see it on her face. She was kind of staring outside the window for month. that's all. Then when she almost fall in love with Jacob, her expression is just ordinary. When she knew that Jacob was a werewolf, her dialogue seemed that she was so shocked but her face not. Orubat kopioh!! (what a waste!!) Edward's acting quality was high up on the sky. His co star? I think Miley cyrus or vanessa Hudgens could do better or even Liyana Jasmay..


Maybe it was  the director..? It was directed by Chris Weitz. I define the movie as dull, slow and overall gloomy romantic.  I think I prefered to see the first movie twice instead. Sitting through this experience (watching New Moon) is like driving a pickup in low gear to KK.

Firing Twilight director Catherine Hardwicke was a lousy idea, and so was getting Chris Weitz to take her place. I don’t know what tricks Hardwicke used to make Twilight play as well as it did, but I do know that Weitz isn’t nearly as good with this kind of material as she was. Though the battles between good and evil vampires and between vampires and wolves generate excitement, mostly Moon is a stilted, soapy supernatural romance. The Twilight Saga’s second installment may satisfy viewers but it was likely to be turned off by its slow pace, relentlessly downcast tone, and excessive length.

Then..I am yawning too..huaaaaaaahhhh......nyam..nyam..nyam...

Related Posts with Thumbnails