CHECK IT OUT!

Wednesday, September 16, 2009

jangan ada dusta di antara kita...

SELAMAT HARI MALAYSIA!!! Hari ini cuti am sempena hari malaysia. Sepatutnya seluruh negara bercuti kerana ianya melibatkan hal negara. Kalau peristiwa pada tarikh ini tidak berlaku maka tidak wujudlah negara Malaysia. Yang ada cuma Persekutuan tanah Melayu. Oleh kerana cuti maka berpeluanglah saya mengetuk keyboard laptop dan merealisasikan aktiviti kegemaran saya ini. Sebenarnya saya cuma mengambil kesempatan sementara menunggu kuih tarap saya masak di kuali. perenggan kedua akan saya sambung selepas menerbalikkan kuih tarap saya ok. he he...

Pertama sekali, dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa saya telah tamat praktikum di SMK Taun Gusi. Saya sangat gembira bukan kerana meninggalkan sekolah ini apatah lagi rakan2 sekerja (mereka sangat baik. Thanks to Zuraidah Jawin dan Dr Jessel Ginturun iaitu my guru pembimbing yang sangat sporting dan bijak) tetapi kerana memikirkan akhirnya saya dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada core business iaitu mengajar di sekolah rendah. Saya simpati kepada murid2 cilik yang memerlukan 100% perhatian dan bimbingan. Selepas ini saya tidak perlu lagi terkocoh2 meninggalkan sekolah tepat jam 12.30 setiap hari dan selalu minta excuse untuk apa2 jua aktiviti petang. Nasib baik GB sporting begitu juga rakan2 sekerja apatah lagi murid2.

Kedua, kisah tarian pendet. Tarian Pendet? Saya membuka pelbagai website yang pro indonesia. Ternyata bukan tarian pendet saja yang membuatkan mereka marah malahan mereka ternyata sakit hati bila kita mempromosi bahasa melayu, batik, muzik angklung dan yang paling kelakar mereka mempertikaikan promosi belacan, rendang dan kunyit oleh malaysia. Bagi mereka indonesia patut mempatenkan rendang dan kunyit agar malaysia tidak boleh mengatakan makanan itu kepunyaan kita. kah kah kah kah kah.....sampaikan makcik2 di hujung2 kampung di temuramah untuk menguatkan dakwaan mereka bahawa rendang berasal dari Indonesia. Tak ada kerja lain ke???

Secara peribadi saya merasakan perbuatan mereka ini sia2 dan seolah2 cuba mengalihkan pandangan masyarakat tentang isu yang lebih penting seperti survival dan ekonomi mereka. Sudahlah negara itu balik2 di timpa bencana. Ada masa lagi membincangkan isu remeh temeh. Mungkin juga siaran TV mahukan rating tinggi dan media cetak mahukan jualan tinggi dan oleh kerana mereka mengetahui bahawa sentimen kebencian ini boleh menaikkan rating maka isu ini juga yang berputar2 di media mereka. Kadang2 saya terfikir..What for?? Selagi media Indonesia masih terus memainkan isu ini selagi itulah perasaan rakyat mereka akan bersemarak. Teringat ungkapan lucu profesor Dr Kassim (pensyarah dan Dekan SPE, UMS), "ndak da pekdah2.." yang merujuk kepada perbuatan sia2.

Bayangkan jika orang-orang di USA melilit kain di kepala dan membawa pencungkil gigi sebagai ganti buluh runcing (yg penting tajam dan ringan) dan membawa sepanduk "sweeping asia".. atas sebab orang2 asia sibuk2 meniru burger mereka. maklumlah sekarang ini banyak jenama burger yg baru. Ramly burger, Otai burger, sugarbun, chicken king, dan macam2 lagi. Bayangkan mereka merayu kepada Obama untuk mempatenkan burger agar warisan burger mereka tetap terpelihara di USA.

Bayangkan jika negara China menghalakan senjata nuklear mereka ke arah singapura dan malaysia kerana kedua-dua negara ini mempromosikan tarian singa. Agar warisan tarian singa ini terpelihara maka mereka pun mempatenkan tarian singa untuk negara China sahaja. Mereka takut jika dibiarkan Malaysia akan naik kepala dan cuba meng'klaim' tembok besar China sebagai kepunyaan Malaysia sebagaimana Indonesia takut Malaysia lama kelamaan akan meng'klaim' Candi borobudur sebagai hak miliknya. Begitu juga China menghalakan nuklearnya kepada USA kerana mempopularkan Chinese food dan China Town. Apa lagi yang China ada jika segalanya dimonopoli oleh negara luar? Bak kata perantara rancangan TV Indonesia yang kacak dan jelita itu, "apa lagi yang kita ada jika semuanya telah diklaim oleh Malaysia?"

Bayangkan juga jika India mengisytiharkan perang ke atas Malaysia kerana mencuri resipi roti canai dan menaja kumpulan penari Bhangra?Apa lagi yang India ada jika Malaysia mencuri warisan roti canai India dan mengklaim tarian Bhangra sebagai kepunyaannya? Lama kelamaan Malaysia akan mengklaim Taj Mahal sebagai hak miliknya. Maka India pun mempatenkan roti canai dan tarian Bhangra mereka. Siapa teringin makan roti canai dan melihat tarian Bhangra mestilah datang ke India.

Kesimpulannya, kita bernasib baik kerana negara2 yang disebutkan di atas tidak teringin pun untuk bertindak demikian dan mungkin tidak pernah terfikir pun. Malahan jika mereka mendengar idea seperti yang saya utarakan diatas mungkin mereka akan terfikir "Barbarian sungguh pemikiran penulis blog ini. We got bigger fish to fry lah.." Yang penting pemerintah kedua2 negara harus mencari resolusi untuk menghentikan perkara ini dari berlaku lagi dan fitnah2 oleh media dari mana2 negara harus dihentikan. Yang jadi mangsa ialah rakyat kedua2 negara. Ekonomi kita juga yang terjejas. Yang untung adalah negara yang aman damai lah...

6 comments:

zie said...

macam media dorang sendiri yang kasi panas rakyat dorang kan..yang suam2 pun boleh jadi menggelegak dengar cara penyampaian perantara TV yang kacak dan jelita tu..

windi said...

ya. kalo tengok muka, kalah perantara tv3 tapi once they open their mouth we know what is their mind set.

Kaimun AL said...

Diorang saja bah tu yang buruk sangka sama Malaysia. Orang Indon yang sudah kerja dan ada yang sudah kahwin sama orang Malaysia bukan main bertepuk tampar lagi berketawa'an sama2. Siap mimpangkis lagi merambat talapia di di kolam Haji Suning di Kg Pirasan. Keamanan pasti janjikan kebahagiaan..

windi said...

yakan..riang RIA sungguh diorang.

elly yusof said...

pelik org sabah lebih prihatin pasal isu malaysia-indon nie. klu kt semenanjung nie org ramai yg x perasan jer. kt sini org lebih sibuk psl politik dlm negara. org semenanjung lebih mengangap UMNO sbg musuh no #1.

windi said...

yeke? kalau macam itu susahlah kita nak capai gagasan 1Malaysia...

Related Posts with Thumbnails