Hari ini saya rasa seperti 'recharge'. Semenjak dua menjak ini saya sentiasa bergelut dengan kesibukan demi kesibukan yang mengundang stress yang seolah tidak berpenghujung. Kepala yang sakit berdenyut2, perut memulas2, mual, kerongkong sakit, letih, kurang tidur, sakit sendi, suara serak dan kemuncaknya kelmarin saya rasa seperti hampir pitam semasa menaiki tangga menuju ke kelas tingkatan 3. Saya gagahkan juga kaki melangkah untuk melunaskan tanggungjawab hari ini...Malam tadi saya ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Saya mendapat 'sick leave' sehari. Itupun awal2 pagi tadi pensyarah sudah call suruh arrange masa untuk dia datang observe. Kemudian datang pula sms dari sekolah minta data headcount. Suruh hantar di pejabatlah pulok!
Last2 jam 12.30 thari baru saya dapat bertenang dan melabuhkan kepala di bantal. Kebetulan dua orang pengawal saya (my children) pun kurang sihat dan mereka pun turut sama terlelap. Dalam tempoh itu saya terbangun dua kali. Pertama, Yasmin (my second child) minta segelas air minum. Kedua, Ecad (my 1st son) mengigau mencari babahnya di bilik sebelah. Selepas itu kami terlelap lagi...Hinggalah akhirnya ketiga2 kami terbangun dan terpisat2 melihat sekeliling. Saya mencapai handphone untuk melihat masa dan rupanya sudah jam 5.30 petang. Lama juga kami 'ngorok' tau..5 jam!
Beberapa minit kemudian terdengar ketukan pintu dan rupanya babah mereka sudah pulang. Dia ketawa melihat kami bertiga seraya bertanya "Kamu baru bangun kah ni?" Saya bertanya kembali "Macamana abang tau?" Dia menjawab sambil membuka kasut "Nampak muka kamu pun tau sudah. Belum lagi pesen rambut" Saya rasa geli hati juga tapi fikiran masih 'blank2'..maklumlah 5 jam off.
Sekarang ini suami saya tengah bengang kerana kami bertiga masih berjaga dan buat2 tak perasan masa yang sudah lebih jam 12 malam. Anak2 masih berlari2 di ruang tamu, berkelahi dan berbaik semula, bermain dan sebagainya. Saya masih di depan komputer, men'surf' internet dan sekali sekala ke dapur buka peti sejuk. Nampaknya, babah diorang juga yang tidur menekup telinga...he he he...
No comments:
Post a Comment