CHECK IT OUT!

Friday, April 30, 2010

Kes Aleeza Kassim dan suami di bicara

Bertengkar isu balik kampung

 ALEEZA  dan  suami, Mohd Fauzi   hadir pada bicara kes pengesahan
 lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, semalam.
ALEEZA dan suami, Mohd Fauzi hadir pada bicara kes pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, semalam.


PETALING JAYA: Suami kepada pelakon jelita serta peragawati, Aleeza Kassim, 39, memberitahu Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam, beliau dan isterinya bertengkar mengenai isu balik kampung sebelum berlarutan sehingga dia melafazkan “Kita bercerai esok”.

Ahli perniagaan, Mohd Fauzi Che Ros, 47, berkata mereka tidak bersetuju pendapat berhubung perkara kecil iaitu balik kampung dan jika boleh, beliau mahu isterinya itu mengikut cakapnya saja.  Tujuan saya melafazkan ketika itu bermaksud jika mahu bercerai, kita boleh pergi ke mahkamah keesokan harinya dan lakukan dengan cara yang betul iaitu melalui kaunseling terlebih dulu,” katanya.

Ketika ditemui, Mohd Fauzi berkata selagi beliau dan isterinya masih mencintai antara satu sama lain, mereka akan terus bersama. Pasangan itu bernikah pada 15 Julai 2006 dan tidak dikurniakan cahaya mata.

Low prices everyday

Sabun cuci jenama Daia dijual di kedai XYZ = RM13.00
Sabun cuci jenama Daia dijual di kedai ABC = RM12.99

Mana satu pilihan hati anda? Mestilah anda gembira membeli di kedai ABC kan. Pertama kerana harganya murah satu sen (10 kali beli dah jimat 10sen) Kedua, setiap hari Kedai ini mengindoktrinasikan pengguna dengan slogan  Harga murah setiap hari, Sayur kacang buncis, 99 sen sahaja. Muraaaahhhh memanjang. Siapa tak happy?

Tapi, kita semua tahu, negara kita mengamalkan sistem bundar. Jika harga barang 54 sen maka automatik ia digenapkan kepada 50 sen. Barang berharga 56 sen akan digenapkan kepada 60 sen. Bagaimana pula dengan 99 sen? Semestinya harga sebenar ialah RM1.00. 

Bayangkan surirumah yang berkunjung ke kedai ABC kerana penangan RM12.99 (Nombor 12 yang kelihatan lebih murah dari 13) walhal bila membayar dikaunter, harganya tetap RM13.00. 

Adakah ini satu jenis pernyataan harga yang jujur? Memanipulasi harga dengan penggunaan nilai 99 sen? Mengapa tidak nyatakan terus harga barang itu mengikut harga sebenar? Apabila sesuatu kenyataan itu tidak benar seperti dinyatakan bukankah ia satu pembohongan dan penipuan? Kalau iya, mengapa dibiarkan?

Windi's Note:
Suka Shopping di pasaraya Gergasi? Low prices Everyday.

Tidak hidup dan tidak kuat hisap?

Windi's Note:  
What say you?

Thursday, April 29, 2010

Benarkah ianya bahtera Nabi Nuh a.s ?

Saintis Britain minta bukti kukuh


GAMBAR yang disiarkan agensi berita AFP pada Selasa lalu menunjukkan seorang anggota ekspedisi melihat dinding kayu yang dipercayai kandang haiwan di dalam bahtera Nabi Nuh di Gunung Ararat, Turki.


LONDON - Seorang saintis Britain meminta satu kumpulan ekspedisi China-Turki menunjukkan lebih banyak bukti saintifik bahawa mereka telah menemui bahtera Nabi Nuh di Gunung Ararat, Turki, lapor sebuah akhbar semalam. Pada Isnin lepas, agensi berita AFP melaporkan sekumpulan 15 penjelajah dari Hong Kong dan Turki mendakwa menemui tujuh struktur berupa kandang kayu besar di dalam lereng curam bersalji pada ketinggian sekitar 4,000 meter berhampiran puncak Gunung Ararat di timur Turki.

Ujian penentuan tarikh karbon mendapati struktur yang ditemui di Gunung Ararat itu berusia 4,800 tahun. Seorang pakar arkeologi Britain, Mike Pitt berkata, buat masa ini, kumpulan ekspedisi itu masih belum mengemukakan bukti kukuh. "Jika berlaku banjir besar yang berupaya mengapungkan kapal hingga ketinggian 4,000 meter ke lereng sebuah gunung pada 4,800 tahun lalu, saya yakin terdapat bukti geologi mengenai banjir ini di seluruh dunia tetapi sehingga kini tiada bukti lagi," kata Pitt.

Wednesday, April 28, 2010

TUGASAN PELAJAR AF8 MINGGU KE7

Daripada pemerhatian, kesemua pelajar dapat lagu makanan mereka. Memasuki minggu ketujuh, kecenderungan genre pelajar sudah dapat dikenalpasti. Berikut adalah senarai lagu tugasan bagi konsert minggu ketujuh:

PELAJAR LELAKI
MAULANA – Semalam (Sean Ghazi)
SHAHIR – Tiara (Kris)
IWAN – Warisan Wanita Terakhir (Teacher’s Pet)
DAUS – New Devide (Linkin Park)

PELAJAR WANITA
ADIRA – Ayat Ayat Cinta (Rossa)
AIN – Seindah Biasa (Dato’ Siti Nurhaliza)
FARINA – Jika Kau Ubah Fikiran (Mila)

LAGU BONUS DEBARAN
Medley Jangan Diucap Selamat Tinggal (Shades) dan Viva Forever (Spice Girl)

Windi's Note:
Mampukah mereka menggalas cabaran minggu ini?

Lelaki mati dibelasah jiran kerana tegur buang sampah

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki mati dibelasah dengan kayu besbol oleh jirannya sendiri hanya kerana marah dengan perbuatan lelaki itu yang menegur perbuatan jirannya yang membuang plastik mengandungi sampah di hadapan rumahnya di Flat Sri Sentul, Bandar Baru Sentul awal pagi ini.

Lelaki yang dikenali sebagai Chung Sin, 51, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala selepas dihentak dengan kayu besbol dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu. Ia bermula dengan perbalahan Chung Sin dengan seorang jirannya yang memuncak sehingga jirannya yang bekerja sebagai pemandu lori itu masuk ke rumah dan mengambil kayu besbol.

Chung Sin yang dikatakan menggunakan sebatang besi untuk mempertahankan diri terus tersungkur dan mati di tempat kejadian sebaik sahaja kayu besbol itu mengenai kepalanya. Beliau berkata, berikutan kejadian itu polis menahan seorang suspek bersama anak lelakinya yang berumur 23 tahun di sebuah rumah di sini bagi membantu siasatan.

TM diminta beri notis awal jika ada gangguan talian streamyx

April 17, 2010, Saturday

MIRI: Syarikat Telekom Malaysia (TM) Berhad, Miri digesa agar mengeluarkan notis pemberitahuan kepada pelanggan, khasnya pengguna talian streamyx sebagai peringatan awal sekiranya berdepan dengan sebarang masalah. Pemberitahuan awal kepada pengguna yang mengunakan talian streamyx adalah bagi membolehkan mereka mengetahui gangguan talian streamyx.

Sekiranya streamyx bermasalah, pihak TM seharusnya mengumumkan kepada pengguna agar pengguna bersedia menghadapi gangguan talian itu. Masalah utama streamyx ialah apabila talian memberi bertindak balas yang kurang memuaskan beberapa minggu lepas, terutamanya ketika cuaca kurang baik.

Mengulas pekara sama, jurutera perkhidmatan TM Miri, Zakinah Tuah memberitahu pihaknya akan memantau masalah yang dihadapi oleh pengguna memandangkan pengguna di Miri ramai.


Persidangan Parlimen bertaraf dunia?



Parlimen Ukraine kecoh


KIEV 27 April - Parlimen Ukraine menjadi kecoh hari ini apabila anggota Parlimen bergaduh dan melontar bom asap ketika berlaku perbahasan hangat mengenai tempoh melanjutkan kehadiran sebuah pangkalan tentera laut Rusia di negara ini.

Di sebalik kejadian luar biasa yang menyaksikan dewan persidangan dipenuhi asap, Parlimen meluluskan usul untuk melanjutkan tempoh armada Laut Hitam Rusia di Crimea sehingga 2042, yang disifatkan oleh pembangkang sebagai 'menggadai' Ukraine. Walaupun keadaan kecoh, terdapat ahli Parlimen meneruskan ucapan seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.


windi's note:
Gagah perkasa sungguh ahli parlimen Ukraine ini ya..Segeram-geram  ahli parlimen kita sekurang-kurangnya mereka keluar dewan sahaja. Kalau bertarung macam ni, rasanya siapa yang menang, siapa yang penyet?

I am back!

Sudah 2 hari saya tidak update blog. Rindu rasanya..tapi semuanya gara2 peristiwa hari Isnin yang lalu. Lihatlah kesannya pada blog saya ini. Plain se plain2 nya. No layout at all. Ni semua gara2 line streamyx yang tersangatlah Siput dan sesiput-siputnyaa...Oh, sakit jiwa semula. I invest  lots of money to get the fastest speed..Then, ni je yang dia bagi? Buka facebook pun terkemut2. Then tengah2 tukar layout, jem sana sini. Pastu hang everywhere. Pastu cannot respond to bla bla bla..Boring. Then I shut down 2 hari, tunggu hati sejuk then hari ni baru beraksi semula. Nasib baiklah prudential add masih sayang kat blog ni..Tuhan, berikan aku kesabaran...dan ketabahan.

Sunday, April 25, 2010

KEPUTUSAN PILIHANRAYA HULU SELANGOR

KUALA KUBU BARU: Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kembali kerusi P 094 Parlimen Hulu Selangor dengan majoriti lebih besar iaitu 1,725 undi berbanding 198 majoriti yang diperoleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Umum 2008 lalu. BN yang diwakili P. Kamalanathan memperoleh 24,997 undi, sekali gus menewaskan calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim yang memperoleh 23,272 undi.

Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Hulu Selangor, Nor Hisham Ahmad Dahlan pada pukul 9.15 malam ini di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Pejabat Daerah Hulu Selangor di Kuala Kubu Baru. Kawasan Parlimen Hulu Selangor mempunyai 64,500 pengundi dengan 34,020 atau 52.7 peratus terdiri daripada Melayu, 16,964 atau 26.3 peratus Cina, 12,453 atau 19.3 peratus India dan kira-kira 1,000 Orang Asli.

Kerusi Parlimen kawasan itu kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad dari PKR pada 25 Mac akibat barah otak. Penamaan calon telah diadakan pada 17 April lalu. Dr Zainal Abidin memenangi kerusi kawasan itu pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 198 undi selepas menewaskan Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel yang menyandang kerusi itu selama empat penggal.

Windi's Note: 

* Adakah  calon BN menang kerana Datuk Seri Samy Vellu berjanji akan bersara lebih awal jika P. Kamalanathan menang?

* Atau kerna aura isteri perdana menteri yang sama2 turun padang berkempen untuk BN?

* Tahniah kepada BARISAN NASIONAL. 

* Rakyat Hulu Selangor, jangan lupa tagih janji ya...

PELAJAR TERSINGKIR AF8 KONSERT KE6

Terkini !!



* Giliran Nad untuk meninggalkan AF8.

* Sarimah sejak minggu kedua - tak reti2 buat ayat yang proper semasa sesi  peyingkiran pelajar. Kadang-kadang bingung sendiri, Kadang2 tak tau nak cakap apa. Lagi bagus kalau dia pakai skrip.

* Jimmy takda attitude untuk mengacarakan program besar macam AF8. Pelajar kena belasah dia boleh ketawa berdekah2, juri tak hingin bagi lampu hijau, dia balik2 minta, Sarimah buat lawak dia pula tak reti menyedapkan lawak, Senyuman palsu, tak spontan dan langsung tak kelakar. Bapa Daus main saksofon dia boleh kata "SUMBANG LAH PAKCIK". Adakah fatut..Bagilah sokongan moral dekat orang tua tu.


* Untuk Gimik anak Farina, terpaksa pinjam tenaga Aznil. Kalau suruh Jimmy gerenti tak happening. Macam gimik Emak Maulana, bila Adlin dah komen bla-bla baru emak Maulana di keluarkan dari belakang pentas. Improper sungguh. Nampak kelam kabut dan tak synchronize.

* Juri tetap - Adlin dan Aznil (Well Done!)

* Tapi saya lebih suka trio juri Raja lawak - Afdlin Shauki, Bob Lokman dan Allahyarham Din Beramboi.

Gara-gara Berbohong - Kisah seorang teman.


Beberapa bulan yang lalu saya mengikuti kursus anjuran British council. Semasa waktu rehat, saya berbual-bual dengan seorang rakan bernama 'Cikgu K' ( wanita, bukan nama sebenar). Dia menceritakan kepada saya pengalamannya beberapa tahun yang lampau.

Alkisahnya begini. Ketika itu Cikgu K sedang belajar di Universiti Malaysia Sabah  kampus Sandakan. Setiap Sabtu dia akan menaiki flight ke sandakan  untuk menghadiri kuliah dan terbang semula ke Kota Kinabalu pada hari Ahad. Begitulah rutinnya selama beberapa tahun demi segulung ijazah.


Pada suatu hari, dia menaiki flight balik KK. Tapi kali ni terdapat seorang wanita pertengahan usia yang sedang 'landing' baiiikk punya di kerusi Cikgu K. Dia lantas memberitahu wanita itu, 'kak, ini kerusi saya'. Wanita itu terkejut dan beralih ke sebelah. Cikgu K pun duduk. Keadaan hening seketika. Cikgu K menjeling wanita itu. Segak bergaya orangnya. Beg pun jenama mahal.

Tiba2 wanita itu menegurnya.
Wanita: Adik balik mana?
Cikgu K : saya balik KK
Wanita : Adik buat apa di Sandakan?
Cikgu K : Cari kerja.Lama sudah saya di sandakan. Keluarga suruh pulang sekejap.

Alamak!! Terbohonglah pulak! Sebenarnya Cikgu K tidak mahu memberitahu perkara sebenar kerana penampilannya ketika itu sangat simple dan selekeh. Takut nanti dianggap berbohong jika mengaku sedang belajar.  Lagipun Cikgu K tidak bersedia mendedahkan identitinya ketika itu. Dia ingatkan perbualan mereka akan tamat disitu. Rupanya wanita itu agak peramah orangnya.

"Mana kampung adik?" tanya wanita itu. "Kampung Dudar, Kota Belud" jawab cikgu K. "Oh, Saya pernah round kawasan tu dulu dengan helikopter" jawab wanita itu selamba raya..

Tergamam Cikgu K seketika. Siapakah gerangan wanita ini? Datang seorang pramugari  "Datuk nak minum apa?" . Betulkah pramugari tadi menyebut 'datuk?' bisik hati Cikgu K.  "Bagi saya fresh orange. Bagi satu lagi untuk dia ni" kata wanita itu sambil menunjuk kearah Cikgu K. "Saya ni mau pergi Sutera harbour. Mau rasmi majlis tapi helikopter ada masalah teknikal. Tepaksa naik fokker ni, mau kejar masa" Kata wanita itu lagi.


"Kalau kau mau cari kerja, macam ni lah, kau ikut saya, nanti saya tolong. Untuk permulaan, kau tolong saya angkat beg saya ni" kata wanita itu ketika mereka sudah hampir keluar dari flight.  Cikgu K  panik. Maklumlah, tetiba disuruh angkat beg. Tapi salah Cikgu K juga sebab berbohong. Mahu tidak mahu terpaksa Cikgu K mengangkat beg dan membontoti wanita itu.

Permaidani merah terhampar dilaluan masuk kebilik Vip. Wanita itu melangkah ke atas permaidani itu. Cikgu K berkata "Datuk, laluan masuk di sini" Kata Cikgu K kearah laluan yang sering diikutinya .Wanita itu tersenyum "tak apa, kita ikut saja di sini" katanya menunjukkan permaidani merah itu.

Tiba-tiba telinganya terdengar tepukan gemuruh. Flash kamera memancar-mancar hingga menyilaukan matanya. Terdengar pengumuman tentang ketibaan seseorang. Suasana hingar bingar. Cikgu K bingung. Tapi dia nekad minta izin  pulang.

"Tidak apalah kalau begitu. Ini kad saya kalau ada apa-apa kol saja ok. Nah ini upah sebab tolong angkat beg" Kata Wanita itu. "Tak apalah datuk saya ikhlas. Saya pulang dulu" balas Cikgu K ."Macam ni lah, kau ikut saja pemandu saya nanti dia hantar kau pegi stesen bas" kata wanita itu lagi sambil bersalam-salaman dengan para penyambutnya. "Bah. Terima Kasih Datuk" Kata Cikgu K girang kerana dapat melepaskan diri akhirnya.

Cikgu K mngikuti pemandu itu ke kereta. Arakian kereta yang bakal dinaiki itu ialah sebijik Mercedez Benz dengan lambang negeri Sabah.  Dalam perjalanan Cikgu K nekad bertanya pada pemandu "Bang, siapa perempuan tadi tu?"

"Ahhh Kau tidak tau siapa tadi tu?" Pemandu tadi terbelalak matanya tidak percaya. "Itulah Datuk Norjan Khan Bahadar"  Cikgu K sebenarnya tidak kenal pun siapa Datuk Norjan Khan! (Sampai ketahap ini saya tidak dapat menahan diri dari berkata "Takkan datuk Norjan pun kau tidak kenal?")

Alasannya, dia sangat fokus dengan pengajian sampai tidak menghiraukan  hal2 politik Sabah. Berbalik pada cerita tadi,  kereta Mercedes Benz tadi perlahan-lahan memasuki kawasan stesen bas. Beberapa orang polis yang kebetulan berada di kawasan itu tiba-tiba memberi tabik hormat.

Orang ramai memberi laluan. Tercangak2 para pemandu bas melihat siapa gerangan orang besar yang bakal muncul dari kereta itu dan mengapa gerangan kereta itu sudi mampir di bus stop Kota Belud. Perlahan2 pintu Mercedes Benz terkuak. Pemandu bas mulai tidak keruan dan tidak kesabaran untuk menoktahkan sisa2 ke'saspen'an mereka.

Tersebutlah sejenis senyuman yang diberi nama senyuman kerang busuk. Adapun senyuman itu jugalah yang terbit dari bibir Cikgu K ketika dia keluar dari kereta itu. Para pemandu bas menjerit "Ya rabbi! kau pula K! Apa kau buat sana?!!" Kata mereka dan Cikgu K pun menerangkan segala-galanya..

Windi's Note: Kusedekahkan Al fatihah buat Allayarham Datuk Norjan Khan. Semoga rohnya dicucuri rahmat.Amiiinnn.

Friday, April 23, 2010

ASAL USUL MEE SEGERA


Siapa pernah makan mee megi? Apa punya soalan daaa...Sudah gaharu cendana pulak kan...Sume orang pernah makanlah. Anak datuk2, Tan Sri2, jutawan2, tak taulah pulak..
Masa kat maktab dulu, saya selalu pekena megi jenama ni. Very affordable to those yang sengkek. Maklumlah, elaun masa tu, RM275  je sebulan. Dah tu, kalau elaun lambat masuk, megi pun belah empat! One piece for breakfast, 1 piece for lunch, 1 piece for dinner, 1 piece for supper. The very the suffer you..
Kalau elaun dah kena potong macam2, bayaran MGP lah, sewa biliklah, blazer lah, batiklah, bersih2 RM100 lebih je dapat. Megi inilah kitaorang layannn..The cheapest halal megi in town! Bila saya bawa balik megi ni ke asrama, kawan2 semua guling2 gelakkan  Megi Murahku. Takpa korang..Lapar2 nanti jangan carik aku yea...
ASAL USUL MEGI
Pernah tak semasa anda sedang membaham megi dengan syahdunya, tetiba anda terfikir..siapa agaknya yang telah mencipta formulasi mee megi cepat dimasak sedap dimakan ni? OK, saya terjumpa artikel ini dalam blog MalaysiaKini . Oleh kerana saya ni caring so rasa nak sharinglah pulok (Oh, really?)

kekurangan makanan dalam zaman pasca peranglah yang melahirkan mi segera. Teknologi menyedikan mi segera ini dipelopori Momofoku Ando pengerusi syarikat Nissin Food. Kuasa Perikatan di Jepun pada masa itu menggalakkan rakyatnya makan roti gandum, yang perlu diimport daripada Amerika. Bagaimanapun Ando memperkenalkan mi pra-masak itu bagi membolehkan warganya terus menikmati mi, yang lebih dekat dengan selera masyarakatnya. Sehingga 2008, dianggarkan sebanyak 94 juta hidangan makanan itu dimakan setiap hari di seluruh dunia.

Windi's Note: 
Lagu Iklan popular dulu2 "Mee yang mana satu yang sedap dimakan, Mee Lee Fah yang sedap dimakan"
Lagu iklan Megi spagheti yang tak berjaya menambat hati masyarakat "Tuang air dulu2x, tunggu mendidih2x, masukkan mee..Perencah sup..Tunggu lima minit..lima minit2x.."

Thursday, April 22, 2010

Menyahut cabaran TAG HotMama

Wahhh...Hotmama telah men'tag' saya lah..Katanya saya ni pengomen dan pengunjung setia blognya. Itu memang BETUL! Sebab http://hotmamaindahouse.blogspot.com/ memang best dengan idea entrynya yang kreatif dan kelakar.Sapa2 susah hati jalan2lah kat blog ni. Berbaloi2..Anyway, Thanks for ur remembrance.

OK. Back to business, cabarannya ialah:

1. Go to your photo files, select the 8th photo folder.
2. Select the 8th photo in that folder.
3. Post that photo along with the story behind it.
4. Then challenge 8 blogging friend to do the same.

Harap maaf. My 8th folder ni gambar beruk lah..Upload tak upload?? Tak yah Uploadlah ye..menyakitkan bijik mata korang je..Nanti saya delete gambar beruk pastu gambar sebelah yang cun tu jadi yang kelapan lah kan..OK. set!. Tungguuuu....prong preng kreng krong prot pret pruuutt (tengah bertukang).

 
Inilah gambar anak buah saya, Fazilah binti Jafrin. Mak budak ni kakak saya. Benda yang bertenggek kat belakang dia ni dinamakan 'barait'. Tempat simpan padi yang baru dituai. Dia eksyen je tuh. Budak ni mana pernah menuai padi. Tulah excited bergambar kat ladang padi huma datuknya (my dad). Fazilah ni sangaaattt pemalu tapi otak bergeliga (macam makciknya juga..haha). Baru2 ni Fazilah berjaya mendapat tempat di Matrikulasi Labuan dan bakal mendaftar diri bulan Mei ini. Pesanan dariku 'Jaga diri, hiasi peribadi'. Nak tahu kisah selanjutnya tepuk dululah... Pok pok pok...TAMAT..(lawak kitaorang masa kecik2 dulu)

Sekarang saya akan me'list' kan mangsa2 TAG yang seterusnya. 8 orang pulak tuh (pssttt..korang tak payahlah pilih gambar ke8 yea..Kut2 gambar poyo, buang masa kitaorang je nengok. hehehe...pilih gambar yang the best jer..psstt..Jangan bagitau HotMAMA yea..hik hik) Tapi promo tatap promo tau!
(yang paling ikhlas sebab takde nuffnang tapi rajin blogwalking..entry pun best2)

(kisah2 masyarakat yang penuh pengajaran. Sesuai untuk seisi keluarga)

(anak dara tua yang cun melecun dan kesepian..yeke?)

(very creative blogs  and very peramah..orangnya pun cantik)

(Ada cerita tentang Tempat2 menarik di Sabah. Jom cuti2 Malaysia)

(Blogger yang dah established dan banyak link sana sini dan banyak contest dan entry best2)

(Yang berjasa dengan penerangannya tentang unik visitor dan visitornya sentiasa mencanak2 everyweek)
(Nak tahu, inilah antara blogger pertama yang saya kenal semenjak berblogging pada tahun 2008. Masa ni kami sama2 tak pasang Datuk Nuffnang)

Sudi2kanlah menyahut cabaran yea...Chaiyo! Chaiyo!

Windi's Note:
Ada hati nak tag Hanis Zalikha dan Redmummy. Tak sedar diri sungguh...


Bung Mokhtar dan Zizie kena dakwa


ZIZIE dan Bung Mokhtar ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Perkahwinan kontroversi aktres Zizie Ezette Abd. Samad dan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin kembali hangat semalam apabila mereka didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini atas tuduhan berpoligami dan bernikah tanpa kebenaran pendaftar.
Zizie, 32, dan Bung Mokhtar, 51, masing-masing didakwa bagi kedua-dua pertuduhan.

Zizie didakwa kerana bernikah tanpa kebenaran pendaftar manakala Bung Mokhtar pula didakwa mengikut  kerana berpoligami tanpa kebenaran. Pasangan itu kemudian didakwa kerana bersubahat dengan pasangan masing-masing. Turut didakwa bersama pasangan itu ialah empat orang saksi pernikahan termasuk dua daripadanya adik-beradik Zizie. Mereka ialah Samzy Fuzette dan Shaheizy Sam serta dua rakan Bung Mohktar. Shaheizy Sam adalah pelakon filem Adnan Sempit.

WINDI'S NOTES:
Aikk..Ingatkan borang2 dah clear...Rupanya dengan saksi2nya sekali kena dakwa. Teringat pula satu lagu Omputih...Love is blind...la..la..la...

Wednesday, April 21, 2010

POLICE MESSAGE FOR LADIES !!

DO YOU KNOW??
Rapist uses this method.

It is a cheap and widely used method.
This method was used in Canny Ong murder.





 Coca-cola  +   ajinomoto/monosodium glutamate 
= a medicine which will cause drowsiness and excitement in the victim.  

This mixture is poisonous if used too often on the victim.
DO NOT accept coca-cola or any other drinks from stranger  
even if it is your friend that you are not very close with.

WINDI'S NOTE:
Sumber diperolehi dari e-mail. Kesahihan berita tidak dijamin. 
Namun tidak salah berhati-hati kan...

JOM KERINGKAN GUSI

(ENTRY 2009 - BEFORE JOIN NUFFNANG) 

TAJUK LAWAK:  Menyampuk

Satu hari ketika dalam perjalanan balik dari Ipoh, aku singgah sekejap di KLCC. Ada sesuatu untuk aku beli. Ketika aku sedang mencari barang dibeli, tiba-tiba perut aku terasa memulas. Apalagi aku pun terus bergegas ke tandas yang terdekat. Masuk saja ketandas aku tengok ada 3 bilik air. Bilik air yang di tengah bertutup, jadi aku pegi yang disebelahnya. 
 
Baru saja aku duduk, aku terdengar orang dari sebelah bersuara, "Haa, camna sekarang ?" Aku pun bukan suka nak berbual dengan orang yang aku tak kenal. Entah macamana untuk tidak menghampakan orang, akhirnya aku balas juga, "Ok gak ler". 

Lepas suara tu bertanya lagi, "Bila kau nak gerak ni??". Aku selamba jer kata, "Lepas aku sudah ni, habis beli aku chow la".  

Kemudian aku terdengar lagi suara org sebelah tu berkata "Hei, aku call kau balik lepas ni, tiap kali aku tanya soalan kat kau, mamat bodo sebelah aku ni asyik jawap jer!!!

WINDI'S NOTE: Ini bukan kisah aku ye..Harap maklom. Hehe..
 

Peserta af8 terkeluar konsert kelima

Bukan mengigau, bukan salah taip dan bukan saja2 nak buat gempak. Setiap kali membuka blog, saya mesti cek nuffnang. Biasalah..Kalau takda angin masakan pokok bergoyang. Eh.. ada kaitan ke?

Bila buka keyword tu, punyalah ramai yang cari data tentang tajuk kat atas. Mula2 tu saya buat tak nampak je. Tapi sampai hari ni masih ada lagi yang tersesat masuk sebab tajuk kat atas. Kesian juga. Mesti diorang hampa. Balik2 muka Shah af8 sebab entry tu saja yang ada.

Bagi tidak menghampakan peminat Akademi fantasi musim ke8 konsert ke5, maka, selepas diperkenankan oleh windi2u.blogspot.com, maka dengan itu adalah dimaklumkan bahawa pada konsert ke5, TIDAK ADA PENYINGKIRAN. Saya kunci lirik ini!

LAGU TUGASAN MINGGU KEENAM

PELAJAR LELAKI
MAULANA – Bila Rindu (Ruffedge)
SHAHIR – Kau Yang Satu (Ramli Sarip)
IWAN – Aku Cinta Kau Dan Dia (Dewa)
DAUS – Selamat Malam (Faizal Tahir)

PELAJAR WANITA
NAD – Jikalau Aku (Ezlynn)
ADIRA – My All (Mariah Carey)
AIN – Jujur Takkan Melupakanmu (Ella)
FARINA – Mainan Jiwa (Rini)

LAGU BONUS
KONSERT – Pak Balik Pak (Melati)
DEBARAN – Perpisahan Terasing (KRU)

Untuk minggu ini, Juara AF3, Mawi dan buat julung kalinya Dafi dari AF5 akan mengadakan Konsert mini selepas pengumuman pelajar tersingkir. (windi's note: Ala2 American Idol Gitu...)

Tuesday, April 20, 2010

GARA2 DITIPU ZUL ARIFF

Komandan kem PLKN dibuang


KEM PLKN Cahaya Gemilang di Cherating, Pahang dilihat dari udara.


KUALA LUMPUR – Khidmat Komandan Kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Cahaya Gemilang di Cherating, Pahang ditamatkan ekoran kecuaiannya sehingga seorang pelajar yang menyamar sebagai anak angkat Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berjaya meloloskan diri ‘melawat’ kem berkenaan. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan disiplin ke atas Leftenan Komander Azri Ideris itu dianggap wajar memandangkan kes yang sangat memalukan itu tidak sepatutnya berlaku.

Keputusan dibuat oleh Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kecil bersama Pengarah PLKN Zon Pahang, Lt. Kol. Salleh Hassan. “Siasatan dalaman tersebut jelas membuktikan kecuaian pegawai tersebut. Justeru soal menuding jari kepada Abdul Hadi tidak seharusnya timbul memandangkan kejadian itu bukan kesilapan beliau"

WINDI'S NOTE: 
Finally... they found the black sheep. 

PENDIDIKAN SEKS


KUALA LUMPUR - Pendidikan seks tidak perlu dijadikan sebagai subjek khas di sekolah-sekolah kerana ia sudah terdapat dalam pengajaran agama Islam, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, subjek khas mengenai seks tidak perlu tetapi memadai dengan menjelaskannya dengan baik mengenainya supaya anak-anak faham dan tidak mudah terpengaruh dengan nafsu. Menurut beliau, dalam subjek agama Islam boleh dimasukkan perkara-perkara yang mengajar anak-anak berdisiplin dan mengawal nafsu kerana ia sebahagian daripada ajaran Islam. 

WINDI'S NOTE:
saya tidak bersetuju dengan PPSMI ilham Tun Mahathir. Namun dalam hal pendidikan seks ini saya sangat bersetuju. Cukuplah isi subjek itu di selitkan sebagai salah satu chapter dalam Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral.

Monday, April 19, 2010

OTAK BISNES PUNYA BUDAK

 
Pagi tadi (masa rehat), saya lepak dalam kelas tahun 6 Bestari. Sambil2 tu saya periksa buku latihan mereka.  Menyedapkan cerita, saya belanja budak2 tu makan kuih karipap. Saya memang suka duduk2 lepak dengan budak2 sambil sembang2 dengan mereka. Banyaklah kisah2 gosip mosip bebudak tu. Kadang2 ada juga mengadu nasib. Tapi ada peristiwa yang mencuit hati saya pagi tadi. 

Alkisah seorang budak dalam kelas itu bernama Jafri. Hari ini dia membawa dua plastik kecil umang-umang yang dikutip di tepi pantai, kelmarin. Dengan rasa bangga dia menghadiahkan semua umang2 dalam plastik pertama kepada kawan2nya. Apalagi, kembang kempis hidungnya dihujani pujian. Selepas itu punyalah dia terkejut bila kawan2nya menjual pula Umang2 itu kepada pelajar kelas lain dengan harga maksimum RM1.00. Laku pulak tu. Terduduk dia di depan saya. Mungkin rasa rugi dan tidak dihargai.

Nak tau, lepas itu seorang budak perempuan yang agak gempal dari kelas tahun 3 tiba2 masuk dan berjumpa dengannya. Serius sangat rundingan diorang. Rupanya budak perempuan itu 'peraih' Umang2. Dia memajak semua umang2 yang ada dalam plastik kedua (tak tahu macamana dia tahu kewujudan plastik kedua) dengan harga 10 sen seekor. Senyum2 si Jafri dapat duit seringgit. 

Jeng jeng jeng...Pastu kan, budak gempal  itu bawa Umang2 tu ke kelas dan menjualnya pula dengan harga 30 sen seekor. Laku pulak! Very business minded kan! Saya menahan ketawa bila rakan sekelas Jaffri  menyuarakan rasa simpati padanya sebab terlepas peluang mengaut untung!


Sunday, April 18, 2010

TIPS PILIH IKAN SEGAR

Mungkin ramai di antara kita yang hanya tahu makan ikan tapi tak pandai beli ikan kat pasar (mengata dulang ke..). Sebenarnya membeli ikan sangat mudah. Yang susah ialah memilih ikan yang segar tanpa was-was. Dan..mengeluarkan wang dari dompet terutamanya  semasa hujung bulan..hahaha (syok sendiri). Sharing is caring..so i want to share my petua Nenek Kebaya.

MATA
Mata bersinar2, terbonjol dan tidak merah.
INSANG
Merah cerah, tidak berlendir dan tidak gelap.
SISIK
Melekat kuat
ISI
Melekat di tulang dan warna tidak berubah.
BADAN
Pejal dan elastik bila di cuit.
KULIT
Cerah, bersinar, basah, tidak kusam dan kering.
BAU
Masih berbau laut (segar) dan tidak busuk
PERUT
Bila ditekan masih pejal dan keras.

Jika silap pilih nanti macam ni jadinya:

MY 2ND BLOG AWARD

Hari ini Windi's Diary mendapat award kedualah pulok. Hehehe... Nama award tu agak unik iaitu AWARD BLOG MESRA MATA. Thanks a lot  to blog  http://seribahasa.blogspot.com/ . Blog ni memang best. Ada pantun, gurindam dan banyak lagi.

Walaupun kita semua tahu award itu sekadar untuk suka2 je tapi best juga bila ada orang suka2 je bagi kat kita. At least terbuka juga hatinya nak mempromo blog kita yang tak seberapa ini. Lepas ni kena bagi award yang sama kat 5 orang blogger lagi. Yang tak terbagi jangan kecik hati ya..lain kali giliran korang pulak.

ANUGERAH BLOG MESRA MATA :

 Jangan lupa bagi kat 5 orang blogger yang lain, ok! bye..happy surfing!!

ACHIK SPIN MENINGGAL DUNIA


ACHIK bersama sahabat baiknya, Nana.


SEREMBAN – Penyanyi Abdillah Murad Md. Shari, 27, atau Achik Spin yang popular dengan lagu Janji Kita, maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 14.7, Lebuh Raya Kajang-Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini lewat petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.15 petang itu, kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima yang dinaiki Achik dikatakan terbabas ketika dia bersama seorang rakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Green Street Homes, Seremban 2 di sini.

Akibat kemalangan itu, Achik dikatakan tercampak keluar dari kenderaan sejauh kira-kira lima meter sebelum MPV itu terbakar dan meletup.Kemalangan itu juga menyebabkan Achik cedera parah di kepala dan beberapa bahagian anggota badan sebelum meninggal dunia di tempat kejadian.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Abd. Halil Hamzah berkata, semasa kemalangan, mangsa menaiki kenderaan tersebut bersama seorang rakan dikenali sebagai Mohd. Salihin Shah Mohd. Salleh, 29.

WINDI'S NOTE:
Dia pergi dalam usia yang begitu muda. Ajal maut ditangan tuhan. Tiada sipa yang dapat menjangka apa yang akan terjadi kepada kita hari ini, esok, lusa, tulat dan seterusnya. Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat olah Allah SWT. Marilah kita sama2 sedekahkan Al-Fatihah kepadanya.

Saturday, April 17, 2010

ZUL ARIFF MINTA AMPUN


Rumah bapa saudara 'Tuan Muda' di Tanah Putih, Pekan kelihatan tidak berpenghuni.


KUANTAN – Setelah mendapat ‘lampu hijau’, remaja pintar yang menyamar sebagai anak angkat Tengku Mahkota Pahang dengan memakai gelaran ‘Tuan Muda’ akhirnya meminta ampun secara rasmi kepada pihak istana semalam. Permohonan maaf itu dinyatakan oleh Zul Ariff Abdullah, 18, dalam sepucuk surat yang dia sendiri serahkan melalui Setiausaha Sulit Tengku Mahkota Pahang, Leftenan Kolonel (B) Nor Hashim Abdul Aziz kepada Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Dalam surat tersebut, remaja berasal dari Bera itu telah membuat aku janji tidak akan mengulangi perbuatan itu pada masa akan datang. Nor Hashim berkata, remaja terbabit juga menyatakan rasa kesal dengan perbuatannya. “Dia memohon ampun kepada Tengku Abdullah serta semua anggota kerabat diraja dan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan serupa.

“Remaja itu juga mengaku bahawa dia melakukan perbuatan tersebut seorang diri atas kehendaknya sendiri tanpa pengetahuan saudara-maranya yang lain. “Berikutan itu kita telah menarik balik laporan polis yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan di sini petang kelmarin berhubung kes tersebut,” katanya di sini semalam.

DIKEJAR HANTU BAYI


Kisah ini bermula di study room asrama sekolah kami pada tahun 1993. Ramai pelajar yang bercerita tentang kemunculan suara bayi menangis di tengah malam. Suara itu datangnya dari makmal sekolah yang terletak sepelaung dari study room asrama. Sebenarnya di dalam bilik makmal itu terdapat sebiji balang berisi mayat bayi manusia yang diawet. Bayi itu dipercayai berusia 7 bulan semasa digugurkan. Namun usia sebenar bayi itu semenjak diawet dipercayai menjangkau 70 tahun. Ia digunakan di dalam kelas sains semenjak zaman British. Untuk pengetahuan, balang itu disimpan sebaris dengan binatang2 awet seperti ular, biawak dan tikus. 

Ramai juga pelajar asrama yang pernah terserempak dengan pontianak mendukung bayi semasa melintasi makmal itu. Ada juga yang ditegur oleh perempuan yang bertanyakan bayinya yang hilang. Last2, bila tengok bawah, kakinya terapung-apung. arrrgghhh...pengsan!

Dek kerana bosan dengan cerita ceriti yang entah betul entah tidak, saya, Asmah (bestfriend) dan Molly (sepupu) mengambil keputusan untuk mencabar kesahihannya. Maka pada tanggal (lupa dah) 1993, jam sepuluh malam, bila kawan2 semua dah masuk bilik, kami stay di study room dan menunggu jam doblas malam. Jam 11 malam angin sepoi2 bahasa bertiup2..Tiba2 Asmah sakit perut dan bergegas naik ke tingkat atas. Memang takkan turun balik. Oleh itu tinggal saya dan Molly sahaja.

Tik tok tik tok. Jam 11.45 malam. Kedengaran bunyi burung hantu..hut hut hut...betul2 di tepi bilik study, atas pokok. Kami masih poyo dan buat2 rilek. meoww..meow...Eh..tetiba je bunyi kucing. Eleh, kucing je. Nak takut ape? Mbeekkk..Mbeekk..bunyi kambinglah pulak. Kambing sapalah terlepas malam2 buta ni? Saya mula tak sedap hati. Tapi Molly cool je..Saya mula tengok kiri kanan.

Mbekk...mbekkk..hut hut..mbekk mbekk..hut hut..bunyi kambing dan burung hantu bertingkah2. Angin mula berdesir dengan kuat. Pohon2 disekeliling asrama mula bergoyang. Adrenalin kami mula merembes. Tangan sejuk. kaki sejuk. mata terbuka luas. Tiba2 terdengar bunyi kecil dari arah makmal. Uweekkk..Uweekk..Macam bunyi baby tapi slow sangatlah. Kami menunggu lagi. Uweekk..Uweekk..suara semakin jelas. Ya..kami hampir pasti itu bunyi bayi. Semakin lama semakin kuat dan dekat. Tanpa berlengah lagi kami berdiri dan mengemaskan meja..namun...bunyi itu lebih cepat sampai dari sangkaan kami. 

UWEEEKK!!! UWEEKK!!! Bunyi bayi menangis bersipongang di dalam bilik belajar. Kami tidak sempat lari lagi. Saya menutup telinga denga kedua belah tangan dan menjerit, "Tidak!Tidak!" dan hati melaungkan surah2 yang terlintas difikiran ketika itu. Molly juga sedaya upaya membaca apa sahaja surah yang terdaya. Sudahlah ketika itu dia baru saja memeluk agama Islam. Belum banyak surah yang dihafalnya. Kaki kami seolah terkunci sementara bunyi itu seolah ingin meresap ke dalam telinga kami.

Entah kekuatan mana yang datang, saya menjerit "Allahuakhbar!!" dan membuka langkah seribu (agak2nya ala2 Saiful Apek kut). Molly juga lari lintang pukang. Kami berlari sekuat hati menuju ke dorm. Kadang saya di depan. Kadang-kadang dia. Sampai di bilik, kami mengetuk pintu dengan ganasnya. Takut 'benda' tu mengejar di belakang. Pintu terkuak. Kami masuk ke dalam dorm dan terduduk longlai. Rakan sebilik memandang kami dengan cemas. Mata tidak berkedip. Rupanya mereka telah menyaksikan segala yang berlaku dari A ke Z..Esoknya, asrama sekolah riuh lagi dengan cerita hantu bayi.


Windi's note:
Mayat Bayi itu telah dikebumikan pada tahun 2005.

Friday, April 16, 2010

Masa kecik2 dulu

Hari ini saya rasa down sangat. Stress pun ada. Perkara sekecil2 nyamuk boleh buat saya hilang mood. Tapi awas! Nyamuk juga yang menjadi penyebab kematian Din Beramboi. Entahlah... Ada kejadian pagi tadi yang membuatkan saya rasa diperlekehkan oleh 'Durian'. Sebagai sebiji timun, tau2 jelah. Atau mungkin hormon tak seimbang kut. Maklumlah, biologi seorang perempuan. Oleh itu entry saya pada hari ini tersangatlah syok sendiri, demi mengubat hati yang lara. Maka saya pun mengimbas kenangan lalu zaman2 hingus meleleh. Tapi hingus saya tak pernah meleleh tau. Kecuali selesema.On your mark, gain set, Go!

Masa kecik2 dulu, saya suka tengok peti sejuk di rumah kawan dan tak malu minta air sejuk kat dalamnya. (Kampung kami belum ada bekalan elektrik).

Masa kecik2 dulu, Saya seorang pengembala kerbau - 16 ekor. (Saya penyibuk je sebenarnya. Itu tugas kawan baik saya - the owner of the big fat buffaloes).

Masa kecik2 dulu, saya suka makan otak ayam. yarkh..!

Masa kecik2 dulu, saya selalu terfikir mengapa harus ke sekolah dan sampai bila (boring giler..)

Masa kecik2 dulu, saya sangat selekeh, tak suka pakai selipar dan selalu menang main teng-teng.

Masa kecik2 dulu, saya tak sedar pun bapa saya pegang jawatan yang disegani pada masa itu.

Dan.... masa kecik2 dulu orang terkejut bila dapat tahu saya anak si bapa...Huhuhu. (muka tak sama pastu selekeh)

Dan selepas itu....Masa merubah segalanya...

windi's note: 
Tunggu iklan  Ding Dang..

Thursday, April 15, 2010

Pelajar menyamar anak angkat Tengku Mahkota Pahang?

ZULKIFLI menunjukkan seragam PLKN yang tertera nama dan gelaran 
Tuan Muda yang menyamar  pada sidang media di Kuantan, semalam.
ZULKIFLI menunjukkan seragam PLKN yang tertera nama dan gelaran Tuan Muda yang menyamar pada sidang media di Kuantan, semalam.
 
KUANTAN: Seorang pelajar pintar @ temberang ? ditahan polis kelmarin selepas menyamar sebagai anak angkat Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dengan gelaran ‘Tuan Muda’ sehingga berjaya memperdayakan seorang Exco Kerajaan Negeri ini serta pegawai tinggi Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN).

Ketika menyertai lawatan rasmi ke Kem PLKN Cahaya Gemilang, remaja itu turut menyempurnakan majlis menyematkan lencana kepada pelatih kem berkenaan. Helah remaja berasal dari Bera itu tambah meyakinkan apabila turut memakai pakaian PLKN yang bersulam namanya sebagai Tuan Muda dalam lawatan berkenaan.

Difahamkan, suspek yang juga bekas pelajar aliran sains di sebuah sekolah menengah di Bera tinggal bersama sepasang suami isteri yang bekerja sebagai pembantu perubatan sejak kecil.  Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Zulkifli Taha, berkata suspek diberkas sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang ketika berehat di rumah saudaranya di Tanah Putih Baru I di Pekan, kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.

“Kita masih menyiasat identiti sebenar remaja itu, selain berusaha mengesan ayah kandungnya kerana dia dipelihara keluarga angkat sejak kecil," katanya, di sini semalam.
 
Windi's Note:
 
* Teringat pula cerita 'catch me if u can' lakonan Leonardo de kaparenyo.
 
* Pintarnya dia memperbodohkan beberapa orang tu. Adalah nanti orang2 yang tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang, berak tak lawas nih...
 
* Bagaimana jika ada ramai lagi orang2 yang buat penyamaran macam ini. Apatah lagi jika orang menyamar itu sebenarnya perisik negara luar.
 
* Harap2 pelajar ini tidak digelapkan masa depannya kerana aset kepintaran dan kelicikannya boleh diguna pakai untuk membanteras penipuan atau memikirkan perkara2 yang orang dewasa tak terfikir.
 
* Mungkin dia kepingin merasa layanan VVIP kut..I pun pernah juga terfikir bagaimana rasanya duduk dalam kereta dengan iringan polis trafik dan menerima lambaian peminat. hahahaha!
 
* Kenapa Pegawai kem PLKN tak semak dulu dengan pegawai istana? 

* Tahniah pada budak itu dan kesian pada yang kena tipu.hehehe
 
* Masyarakat kita terlalu melihat darjat dan pangkat sehingga lupa kita hanya insan Allah yang kerdil.. 

* Apa motif sebenar budak ini nekad menipu, menyamar dan last2 memalukan diri sendiri selepas tertangkap?

Wednesday, April 14, 2010

ISA SAMAD DAN BIBI SHARLIZA BERNIKAH


KUALA LUMPUR, 14 April – Bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad yang menduda sejak 2005, bernikah dengan bekas Setiausaha Puteri Umno, Bibi Sharliza Mohd. Khalid. “Tak perlulah diperbesar-besarkan. Saya perlu jaga hati ahli keluarga saya, anak-anak saya dan juga keluarga perempuan,” Kata Tan Sri Isa.

Mohd. Isa, 60, mempunyai empat anak hasil perkahwinan dengan Allahyarham Puan Sri Hazizah Tumin yang meninggal dunia pada 7 Dis 2005 akibat penyakit kanser. Sementara itu, Bibi Sharliza yang merupakan ibu tunggal dilahirkan pada 20 Nov 1970 dan memulakan karier politik sebagai Ketua Puteri Umno negeri dan Ketua Penerangan Puteri Umno dari tahun 2000 hingga 2003.


RAHSIA KEJAYAAN BLOG REDMUMMY

(DIPETIK DARI BLOG REDMUMMY)
First few things to remember to be on that stage:

1.Minat! minat dulu kena ada…kalo kamu tak minat ngan blog, camne kamu nak be part of the blogging line? Bila kamu keep on complaining *tak geti, tak tau, segala macam tak* so how you nak go on living with blogging? Saya bermula bukan kerana minat pada hari pertama saya membuka blog. saya bermula kerana saya ingin lakarkan sejarah kisah anak2 saya. Itu asal minat niat saya. kemudian sedikit demi sedikit minat saya makin bercambah coz saya menang Bloggers Idol 2006 and also since ai m envy to red colour, so orang melihat saya wanita yang unik kerana gilakan warna merah. that s my reality life yang diadaptasikan di dalam blog. 

2. Apabila kamu ada minat, kamu bertambah berusaha untuk menambah pendapatan. Permulaan pendapatan saya dari Nuffnang was like RM90 or seratus lebih ajer. saya antara blogger pertama yang mendapat cheque nnang. Dulu kala, saya sebenarnya tidak suka ngan segala iklan nih, menggangu tugas blogging saya, tp bila dpt cheque saya terus jadi seronok dan justeru dari beratus2 ringgit per month terus meningkat ke ribuan ringgit, setiap bulan.

3. You must have the hits, the more hits you get, lagi tinggi lah income kamu. camne nak dpt hits,  bila orang seronok dok lam your blog. spt mana kamu lakarkan lam entry, kalau entry kalakar ke, entry kisah umahtangga ke, but for RM, ai talk about everything except politics. so ko nak carik hiburan, airmata, shopping, education, family, anak2, nangis sedih gembira you can find in my RM.

4. Setelah berada di atas, sentiasa ingat akan susah kita waktu di bawah….saya selalu imbas balik betapa susahnya nak naik jugak. camne ye…saya bekerja kuat for my red blog. despite saya dimaki dicerca sampai ada cuba cantas idup blog saya, ngan sumpah seranah lalat, sampai kena buat police report…itu semua sebenarnya cabang2 yang kamu harus ingat bila kamu bebaskan diri kamu di dalam dunia blog.

5.  The followers, my loyal readers sejak taun 2005/6 pasti ingat macamana how hard and rajin susahnya saya nak naikkan RM. Macam ni, saya diberi sebiji buah epal merah. dan sorang blogger lagi diberi juga sebiji epal merah. Blogger tu akan tulis ‘ini sebiji epal merah’. Tapi my writings ‘sebiji epal merah yang boleh dimakan bersama keluarga, senang dibawa ke mana saja, harus basuh sebelum makan, pastikan epal merah ni dibeli di pasar tani’ . So you leh nampak tak 2 pasang tangan yang menaip tp delivery saya sentiasa lebih dari apa yang dikehendaki.

6.Saya tahu ramai yang excited nak bukak blog, tp dok bising kenapa earnings kamu masih 50sen, kenapa 100 inggit pun tak dpt, ianya bukan arini kamu letak, bulan depan leh cash out kan ye dik. to gain that, berbalik kepada hits jugak. well ok ada orang yes ada hits, tp kenapa masih takde dedicated ads, mungkin kerana blog kamu is not ads interest. itu pada firasat saya. ai dont have the right answer, lgpun saya bermula pada taun 2005 dan saya mula mendapat cheque pun pada tahun 2007, 2 years later.

7. Berbalik pada hukum alam, rezeki dikongsi bersama, terus terang, wpun buah tangan saya dapat, tapi apabila saya ada singgit saya akan cuba berkongsi bersama readers apatah lagi my family members kan. Saya keluarkan duit sendiri untuk membalas mereka2 yang melabur membaca blog saya, saya juga pastikan the contest in RM tidak kering, 

9. PR – Saya sangat rajin menjawab emails kamu, saya cuba jawab secepat laju daya.  wpun kadangkala emails yang saya terima berulangkali sudah dijaja dalam blog, tp saya gigih jugak jawab. Sabar sabar. 

10. Di belakang kejayaan RM, ada sorang lagi insan yang membina naiknya blog ni. All of you kenal dia. Sirman. He is responsible on my blog, the template, the photos. he s the manager of RM. Restu suami dan kerana dia membantu saya, makanya kami sesama bekerjasama for RM. anak2 juga penguat semangat, tp jangan sampaikan lupakan family hanya kerana mengejar blog plak.



Tuesday, April 13, 2010

KRISDAYANTI TERNYATA CURANG

Krisdayanti
KRISDAYANTI PUTUS CINTA!


JAKARTA: Penyanyi terkenal Indonesia Krisdayanti mengumumkan bahawa hubungan cintanya dengan jutawan Timor Leste, Raul Lemos sudah berakhir dan mengaku melakukan kesalahan kerana sanggup menjadi kekasih lelaki itu.
Krisdayanti memberi alasan tindakan memutuskan hubungan dengan Raul kerana beliau berasa dibohongi jutawan itu yang mendakwa dirinya duda. Saya beranggapan tiada salah jika menjalin hubungan dengan Raul sehingga isteri beliau, Silvalay Noor Arthalita menunjukkan bukti jelas mereka masih suami isteri yang sah. Beliau sedih kerana beliau menyintai Raul. Arthalita berkata, beliau menolak maaf KD. 

Windi's Note: 
Rupanya memang benar KD curang kepada Anang. Setiap penafian yang dibuatnya adalah satu pembohongan. Mustahil KD tidak tahu Raul masih bersama isterinya. Mungkin Raul tidak mahu menceraikan isterinya membuatkan KD naik darah. Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. Itulah peribahasa yang sangat tepat untuk KD.

Sunday, April 11, 2010

Demi anak bangsaku yang tersayang


Demi anak bangsa yang tersayang, cikgu sanggup harungi lumpur demi kamu...
Semoga kamu tabah menuntut ilmu walaupun serba kekurangan
Jangan main lumpur nanti cacing masuk dalam kaki..oohh..whatever, yang penting kamu happy.

Pembahagian makanan RMT. Walaupun berlumpur, pelajar tetap bersemangat menjamah makanan tambahan

Windi's note: 
Gambar ini adalah ihsan seorang rakan guru yang berkongsi situasi terkini di sekolahnya.

Saturday, April 10, 2010

Mayat berjalan pulang ke rumah


Di Kg Toradja (Indonesia) terdapat satu ilmu yg luar biasa dimana mereka boleh menjadikan mayat berjalan pulang ke rumah sendiri. kejadian berlaku disebuah daerah pendalaman Indonesia yg berbukit bukau. Jika ada kematian di kg Toradja maka mayat itu akan diberi kuasa hipnotisme supaya simati boleh pulang berjalan kaki dan hanya berhenti bila sampai dirumahnya. kuasa ini dibuat supaya tidak menyusahkan orang kg dari mengurus mayat tersebut.



windi's Note: 
Betulkah ni? Harap2 ada yang tahu perkara sebenar disebalik gambar ini. Adakah ini cuma penggambaran filem atau orang tertimbus selepas gempa atau apa? Is it really happenend?

Friday, April 9, 2010

Rahsia Pemakanan Ilmuwan Islam


  • 1) Madu - Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.

  • 2) Kismis - Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.
  • 3) Susu segar - Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.

  • 4) Telur - Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya.  Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

  • 5) Halia - Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.

  • 6) Buah Delima - Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

Tuesday, April 6, 2010

TUMPANG LALU..MAKCIK NAK JAWAB SOALAN TAG

Sudah lama Blog True life ni tag saya..Tapi tau2 sajalah makcik ni lambat pick up. Hari ini makcik menyahut cabaran lah ya..Makcik try lah jawab soalan2  yang tak sesuwei untuk mak dara macam makcik nih..hehe..

1-siapakah diri anda di rumah? 
Pengawas, polis, tukang cuci dan tukang masak. Bukan  saya je..semua emak2 kat rumah macam ni kut..(expirenya jawapan makcik ni).

2- siapakah diri anda di samping rakan? 
Makcik ni ambivert. Sekejap jadi Mak Lawak sekejap jadi  Nerd.

3- 5 benda yg anda idamkan tp masih belum tercapai.
a)Jutawan - material sungguh
b) Naik haji - Amin amin ya rabbal alamin
c) Pengarah pelajaran Malaysia (layak ke?) - Gila glamour
d) Melancong ke London - tapi romantik
e) ASB maximum debit - makcik ni memang materialistik

4-siapakah nama pasangan anda?
Ehemmm...malu makcik..Terjemahannya  'Demi masa'

5- ceritakan 5 perkara yg paling anda suka tentang pasangan anda.
nguah2x...malulah..hensem (pada pandanganku), menepati masa, caring, pembersih, bergaya.

6-bila tarikh anda couple 
Long time ago..1997.
7-apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
Mak oii..banyak tuh...tapi yang paling best, kitaorang pernah sama2 pokai gila.

8-lagu tema cinta anda 
Makcik suka soalan nih! Of Courselah 'AKU CINTA PADAMU' by siti. Tahun 1997 lagu ni meletopz tak hengat tau.

9-apa perubahan yg ingin anda lihat dari pasangan anda?
Takde..I like the way he is..(soalan gossip2 ke ni?) Anyway, Tingkatkan keimanan dan ketakwaan.

10- tag 10 rakan yg lain
windi's note: 
kalau sudi, jawab2lah tag tu yea...

Rafiqin Darwisy kutuk arwah Din Beramboi

Apa la nak jadi dengan segelintir budak-budak zaman sekarang ni? Kecik-kecik lagi dah tunjuk kebiadapan. Bila dah besar nanti, tak tau apa plak yang akan jadi. Yang terbaru ni kes sorang budak bernama Rafiqin Darwisy yang dengan sengaja telah mengutuk arwah Din Beramboi kat laman facebook’nya. Kat bawah ni apa yang dia tuliskan:
Rafiqin Darwisy
Ada lagi kat bawah ni.

* * * * * * * * * *
Rafiqin Darwisy
* * * * * * * * * *
Rafiqin Darwisy
* * * * * * * * * *
Rafiqin Darwisy
* * * * * * * * * *
Rafiqin Darwisy
Dalam kes ini, siapa yang harus dipersalahkan? Adakah ibu bapa kerana kurang memberi pendidikan kepada’nya, rakan-rakan yang mempengaruhi’nya atau kesalah tersebut hanya perlu diletakkan di bahu’nya sahaja kerana dia sendiri yang memilih jalan tersebut?

windi's note:
i copy paste this article from zonbebas.com. Budak ini kemaruk perhatian dan cuba mendapatkannya walaupun dengan cara yang zalim. bagaimana agaknya sikap dia dengan ibubapanya. orang yang sayangkan keluarga tidak akan sanggup berkata nista seperti ini.
Related Posts with Thumbnails