CHECK IT OUT!

Sunday, June 28, 2009

Saturday, June 27, 2009

Perginya seorang teman....

Tanggal 25 june 2009, inbox message saya bertalu2 menerima mesej baru. Saya sangat risau kerana di kala itu seorang teman yang sangat saya sayangi sedang nazak di hospital queen menderita penyakit leukimia. Saya membuka mesej demi mesej yang diterima dan ternyata kerisauan saya menjadi kenyataan. Kak Lina Jalil telah meninggal dunia.....serta merta fikiran saya kosong, bingung dan wajah allahyarham bermain2 di mata. Dalam diam saya menyedekahkan al fatihah padanya..Tiada lagi air mata yang tumpah kerana segalanya sudah terluah semasa menerima berita nazaknya dia di hospital. Namun hati saya terasa begitu pedih...Saya hampir tidak bersemangat untuk melakukan semua perkara.

Allahyarham Kak Lina Jalil merupakan seorang teman yang saya kenali semasa belajar di UMS sejak tahun 2005. Dia seorang yang sangat periang, prihatin, ringan tulang, workaholic, kuat beribadat, penyayang dan selalu memberi nasihat kepada kami. Usianya masih muda untuk pergi....39 tahun. Namun tuhan lebih sayangkan dia...

Masih jelas diingatan saat2 pertama dia jatuh sakit. Ketika itu kami sedang menjamu selera di de bayu cafe. Semasa tengah makan arwah mengadu badannya sejuk. Sejuk sangat sampai bandannya terketar2. Kami naik risau kerana kesejukan yang dirasainya kelihatan luar biasa. Pandangannya mulai kabur pada masa itu. Tidak ada cara lain, arwah menelefon suaminya. Dia bergegas ke hospital dan setelah beberapa hari...Beliau di sahkan mengidap Leukimia.

Beberapa minggu sebelum itu, baru saya teringat, dia pernah juga mengadu sakit sendi2 sampaikan tangannya bengkak dan tidak mampu memandu. Kami menasihatinya untuk ke hospital pakar. Setelah beberapa minggu dia memberitahu kami bahawa doktor mengatakan dia mengalami penyakit "tambah darah tapi tidak pandai naik2".

Masih teringat kek keju buatan arwah yang lembut dan enak. Begitu juga biskut2nya yang membuka selera. Arwah kalau soal masak memasak memang handal. Begitu juga jahit menjahit. Dia memang istimewa dan sangat sukar untuk menemui insan seperti arwah Kak Lina. Ketika dalam proses rawatan kemoterapi dia masih sempat meluangkan masa mengikuti kuliah. Sedih saya melihat kepayahannya berjalan, menaiki tangga ke bilik kuliah dan ke surau yang terletak ditingkat atas. Semasa solat di surau dia sempat menunjukkan kepalanya yang telah dicukur licin dan beberapa anggota badannya yang lebam2 bahana rawatan kemoterapi.

Setelah bertarung dengan Leukimia selama setahun lebih akhirnya dia tewas juga..lambaian terakhirnya menjadi kenangan abadi kami semua...Semasa peperiksaan akhir pada hujung Mei 2009, dia memaksa diri mengambil peperiksaan di dalam dewan yang teramat sejuk. Terketar2 dia menahan sejuk dengan tubuhnya yang kurus melidi dek melawan penyakit. Penutup hidung dan mulut yang dipakainya tidak mampu menghalangnya dari terkena jangkitan penyakit. Doktor sudah berpesan agar Arwah Kak Lina tidak terdedah kepada khalayak untuk mencegah jangkitan. Namun takdir menentukan dia terkena juga jangkitan chicken pox yang membuatkan kondisi kesihatannya bertambah teruk. Dan..lambaian selamat tinggalnya kepada kami pada petang 27 mei 2009 itu (kami sudah habis paper tapi dia dan Aziah masih ada satu paper lagi) merupakan pertemuan kami yang terakhir..Semoga Rohnya di tempatkan bersama orang2 yang beriman..Amiiin....


Sunday, June 21, 2009

Catatan Praktikum

(15 Jun 2009 - catatan hari pertama - dah lama taip tapi tidak terpublished)

Hari ini saya memulakan hari pertama praktikum di SMK Taun Gusi Kota Belud.

Beberapa langkah sebelum mencapai kaki lima bangunan sekolah, saya terbayang2 kenangan semasa mengajar di sekolah ini 12 tahun yang lepas...Betapa cepat masa berlalu. Hari terakhir saya mengucapkan selamat tinggal kepada sekolah ini (melanjutkan pelajaran ke maktab), saya berusia 21 tahun, bujang, slim and slender dan naif. Kini saya kembali ke sekolah ini untuk praktikum 3 bulan dalam situasi berbeza. 33 tahun, berkahwin dengan 2 cahayamata, 3G (ha ha ha) dan sudah 9 tahun bergelar guru.

Sesampainya saya di sekolah ini, saya melihat kelibat guru2 lama yang pernah menjadi 'geng karas' saya 12 tahun yang lampau. Syukurlah...Mereka masih seperti dulu. Peramah, kuat bergurau malah masih manis dan tampan seperti dahulu. Mereka seperti tak dimakan usia. Mungkin benar kata kakak saya, Ramai guru lambat tua sebab tugas sebagai guru yang setiap hari berhadapan dengan remaja 13-19 tahun menyebabkan jiwa mereka sentiasa muda. Mungkin benar...semasa berborak dengan kawan lama, mereka memberi amaran "jangan harap budak2 sekarang sama seperti zaman dulu2. Budak sekarang lebih agresif, berani membantah dan harus ditangani dengan penuh kesabaran dan kebijaksanaan"

Saya masuk ke kelas pertama. Terkejut beruk saya melihat kesemua pelajar lelakinya buat tidak tahu saja kewujudan saya di dalam kelas. Ada yang menjerit2 memanggil kawan di blok sebelah, ada yang duduk berkumpulan membelakang saya, menjeling sambil tersenyum sinis. Yang perempuan buat2 termenung dan ada juga yang sedang leka berlawan cakap dengan pelajar lelaki. Saya menarik nafas dalam2 dan mengucapkan selamat petang. Eh..Cikgu pula yang beriya2..Takpalah..first impression count.

HARI KEDUA - 16/06/2009

Hari kedua saya masuk ke kelas yang sama. Kelmarin saya berjanji untuk memberikan kertas ujian ringkas bertajuk Apa itu imbangan duga. Itu sahaja. Saya meminta semua pelajar untuk duduk berasingan. Dengan susah payah saya memujuk mereka duduk berasingan. Seorang pelajar masih degil. Saya mengulangi arahan agar pelajar itu duduk berasingan. Tidak semena-mena dia melenting dan berkata "Kang lemiang kerusi eh lek ku!" Saya terpegun tidak terkata. Tidak sangka ada murid sekurang ajar itu! Paling mengejutkan, rakannya di dalam kelas bersorak sakan menyokong tindakannya...masyaallah..Apa sudah jadi dengan murid2 sekarang...saya hampir bertempik kerana marah dan kecewa namun saya tidak ingin merosakkan hari kedua saya dengan 'tempikan' ala2 Kungfu Hustle. Saya menggetap bibir menahan marah. Air mata saya hampir tumpah dek terlalu geram. Namun saya berjaya menstabilkan tahap adrenalin saya selepas beristighfar dalam hati berkali2..

Dua masa sebelum pulang, saya memasuki sebuah kelas khas yang mengambil pengkhususan bahasa Arab. Saya bersedia dari segi mental dan fizikal. Masuk saja ke kelas, mereka berdiri dan mengucapkan salam, membaca doa dan memberikan senyuman. Tidak ada lagi wajah2 ganas dengan rambut punk, seluar ketat dan terlondeh, kolar terangkat, butang terbuka dan jelingan sinis. Selepas berkomunikasi selama beberapa minit, rasa lega menyelubungi diri. Mereka terdiri dari pelajar terpilih dari segi sikap dan akhlak. Sejuk hati....Ada cahaya di hujung terowong...

kemelut Iran


Sekarang ini saya tengah mengadap komputer dan suami tengah menonton buletin TV3. Kisah tunjuk perasaan di Tehran menjadi tajuk utama. 19 orang penunjuk perasaan terbunuh.

Secara peribadi, saya kecewa dengan situasi politik di Iran. Pada masa ini Iran merupakan salah satu negara Islam yang berjaya menangkis serangan pelbagai motif oleh USA. Kekaguman saya terhadap presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad bermula pada tahun 2007 semasa dia di dapati menyampaikan syarahan di Universiti Columbia, USA dikala beliau tengah menerima ancaman serangan dan bunuh oleh USA. Genius kan. Siapa sangka?

Saya tak mahu komen soal 'undi tipu' yang di perjuangkan oleh pembangkang di Iran. Itu hal mereka. Namun sepatutnya mereka bersyukur kerana tidak senasib dengan Iraq. Perbuatan merusuh membuka seluas2nya peluang dan kesempatan US untuk mengacau hal ehwal Iran. Nampaknya mereka tidak belajar dari pengalaman jiran sebelah.

Semoga Malaysia akan terus aman damai dan makmur......

Yasmin dan Ecad

Akhirnya terpublished juga video clip 2 orang cahaya mata saya di you tube. Semuanya atas usaha adik perempuan saya yang bertugas di Hosptl Kudat. Walaupun mungkin dia mengupload video itu atas tujuan suka2 dan bereksperimentasi, namun it means a lot to me... Thanks Keriung.. he he.



Saya tidak perasan pun bila dia datang rumah dan rekod video clips dengan budak2 tu..time saya pegi kuliah kut...

Sunday, June 14, 2009

Selamat bertugas wahai guru!!


IRSYAD ILHAM BIN ASRIE (6 TAHUN)



YASMIN SYAMINI BINTI ASRIE (3 TAHUN)



Esok kehidupan akan berlangsung seperti 2 minggu yang lalu. Cuti 2 minggu akhirnya berlalu jua dan esok semua guru di seluruh negara akan mula bertugas. Begitu juga murid2 sekolah akan mula menjalani rutin bangun pagi, gosok baju, berus kasut, naik bas, menelaah pelajaran dan macam2 lagi. Guru juga akan mula membuka buku rancangan mengajar,mencari sisa2 pen yang bertempiaran semasa cuti, membuka takwim sekolah dan memikirkan strategi2 pengajaran yang seterusnya.

Ibu bapa juga akan sibuk semula menghantar dan mengambil anak dari sekolah. Teringat pula kakak sulung saya. Selepas ini bermulalah rutinnya setiap pagi menghantar anak ke sekolah, tengahari mengambil anak dan menghantar anak sidang petang ke sekolah. Petangnya turun lagi mengambil anak yang belajar di sidang petang. Walau pun suri rumah takkan terlepas dari kesibukan. Masa cuti sekolah ni dia pun tumpang rileks berlenggang ke Melawa ( Rumah kedua mereka yang terletak berhampiran tempat kerja suami). Biasanya suaminya yang berulangalik KB-KK kalau tak ada overtime.

Seperti yang saya pernah tulis sebelum ini, sekolah akan mula bersipongang dengan suara guru2 dan murid2 begitu juga bunyi enjin kenderaan lalu lalang di hadapan sekolah. Meriahlah sekolah2 Malaysia...

Saya teringat pada hari2 awal cuti, suami terlentang di atas kusyen dengan santainya dan berkata "sioknya cuti...tak payah kelam kabut urus itu ini" Tiba2 anak kami yang belajar di Pra sekolah menyampuk "Sioknya cuti..Tidak payah hari2 buat kerja sekolah" dan tanpa dijangka anak kami yang bongsu (3 tahun) manyampuk juga "Ya kan bang (merujuk abangnya di Pra sekolah), sioknya cuti...tidak payah pergi nursery.." Kami bertiga serentak tertawa mendengar kata2nya yang spontan dan serius itu..Dia terpinga2 melihat gelagat kami.

Sekarang ini dia tengah bersedih mengingat hari esok kerana ayahnya telah memberitahu bahawa esok dia akan dihantar ke nursery semula. Alasan dia tidak suka dihantar ke nursery:

a) TV di nursery kecil dan tak ada cartoon network. "Balik2 TV1 saja..yang kakak (pengasuh) suka saja" katanya.

b) Kakak pengasuh balik2 suruh tidur.

c) Mangkuk nasi terlalu kecil. "Mangkuk sana kecil jak mama..besar lagi piring di rumah kita" katanya.

d) Makanan tak sedap. "Balik2 kami makan nasi sama sup ikan saja mama" Bukannya apa, di rumah ada sup sayur, fishball, nugget dan bila2 mereka request masak itu ini, saya akan tunaikan jika sempat. Kalau di nursery takkan mereka bagi makan benda2 mahal (Seperti nugget, udang atau ayam sentiasa). Tak pulang balik modal pula nanti. Saya tak kisah menu mereka asalkan bersih, halal dan berkhasiat.

e) Tilam tak empuk. ha ha ha....



Wednesday, June 10, 2009

Shukery Hashim meninggal dunia



Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat pelakon Shukery Hashim. Beliau telah disahkan meninggal dunia kira-kira jam 1.15 tengah hari tadi akibat penyakit barah pankreas.

Shukery dilahirkan pada tahun 1954 dan merupakan anak jati Langkawi. Beliau mendapat pendidikan di merata tempat termasuk Sekolah St Michael, Alor Setar dan Sekolah Jalan Raja Muda yang dulunya dikenali dengan Princess Road School.

Walaupun mula berlakon pada 1984, arwah sebenarnya sudah terbabit dalam drama radio sejak 1975 di RTM. Allahyarham Shukery adalah salah seorang pelakon drama yang popular. Arwah selalu menunjukkan lakonannya yang hidup dan penuh penghayatan.

Sepanjang pembabitannya dalam dunia seni, Shukery sudah menerima tiga anugerah yang diiktiraf sebagai terbaik dalam industri seni di Malaysia iaitu Pelakon Terbaik di Anugerah Sri Angkasa pada 1990; Pelakon Drama TV Terbaik di Anugerah Sri Angkasa (1994) dan Pelakon TV Lelaki Popular 1994 (1995).

Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang beriman. Al-Fatihah.

Windi's note: Beliau merupakan antara pelakon yang sangat saya kagumi. Saya mengikuti perkembangan beliau sejak diumumkan menghidap barah pankreas tahap 4. Bila saya terbaca tahap 4 saya tahu yang dia tidak akan bertahan lama. Ini berdasarkan pengalaman melihat penderitaan pakcik saya yang menderita penyakit yang sama dan cuma mampu bertahan 1 bulan..Semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat keatas roh kedua mereka..Amin...

Talian isu B.I wajib lulus SPM

KUALA LUMPUR - Orang ramai yang ingin mengemukakan cadangan dan pandangan berhubung isu Bahasa Inggeris syarat wajib untuk lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh berbuat demikian melalui saluran telefon dan e-mel yang disediakan Kementerian Pelajaran.

Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran semalam, ia boleh disalurkan ke talian khidmat pelanggan kementerian itu di 03-77237070 atau e-mel di kpkpm@moe.gov.my.

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempelawa orang ramai mengemukakan pandangan mengenai isu mewajibkan calon lulus bahasa Inggeris sebagai syarat lulus SPM.

Tuesday, June 9, 2009

WAJIB LULUS BI SPM

CYBERJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju supaya Bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran wajib untuk lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


Katanya, idea itu boleh memberi nilai tambah kepada masa depan pelajar terbabit khususnya untuk bersaing dalam dunia pekerjaan dalam era globalisasi.


Bagaimanapun, beliau berharap Kementerian Pelajaran akan mendapatkan pandangan daripada orang ramai khususnya ibu bapa terlebih dulu sebelum melaksanakannya kerana ia menyentuh masa depan anak mereka.


“Sebenarnya keputusan sama ada cadangan itu boleh dilaksanakan atau tidak bergantung kepada ibu bapa dan bukannya kerajaan kerana ia membabitkan masa depan anak mereka,” katanya.


Windi’s note: Kalau kerajaan boleh melaksanakan PPSMI tanpa mengambil kira pandangan ibubapa, masyarakat dan guru-guru begitu juga cerdik pandai dan tokoh pendidikan terkemuka (ramai menentang tapi tetap diteruskan) mengapa pula kerajaan ragu2 untuk mewajibkan lulus BI ?


Sekurang-kurangnya bila BI diwajibkan lulus, guru2 dan pelajar akan bersunguh2 belajar Bahasa Inggeris (by hook or by crook).


Sekurang2nya tenaga dan fokus guru-guru BI adalah kepada BI dan tidak bercelaru lagi dengan Program Rakan Taulan (Membimbing rakan sekerja belajar BI agar mereka fasih berbahasa BI dan mampu mengajar ETEMS dengan sempurna).


Program Rakan Taulan ini sangat murni tujuannya tapi akhirnya guru BI juga yang menghadapi isu “burn out”. Nak pandaikan rakan satu hal, murid lagi… Alih2 bila guru BI mengadu letih, Elaun BISP juga disebut2…diungkit2…Jangan makan gaji butalah…nanti elaun ditarik lah..buat malu sekolah lah… Duit tak berkatlah…SKT statiklah…Deploymentlah…Rekod perkhidmatan black listlah…urgghh…!!


Sebenarnya guru2 PPSMI pun tekanan juga. Terutama bagi mereka yang tidak mahir berbahasa Inggeris (limited user) di mana Bahasa Malaysia sudah sebati dalam diri mereka sebagai bahasa perantaraan untuk mengajar Sains atau Matematik. Mereka sudah masak dan mahir untuk memilih laras bahasa yang sesuai dan ‘ngam’ di hati pelajar. Tiba-tiba mereka terpaksa mengubah dunia mereka kepada penggunaan Bahasa asing. Sudahlah tidak mahir untuk diri sendiri, terpaksa pula bergelut di kelas. Tidak hairanlah bila tercipta ayat "are you finished? May I pass away? disturb2 the water, ten push tree same with seven, look face letter, kabag (cabbage), I very angry, what you thing? and etc....."


Semasa PPSMI diuar2kan pada tahun 2002, saya pernah terfikir..kenapa tidak wajibkan saja lulus BI peringkat SPM? Dengan itu pelajar akan bersungguh2 belajar BI, membeli kamus sendiri dan menggunakan apa saja sumber yang ada asalkan lulus BI. Kenapa kita harus memakan ubat selesema walhal kita sebenarnya mengalami cirit birit?


Selain itu masa pengajaran dan pembelajaran BI haruslah di tambah begitu juga wajibkan subjek kesusasteraan Inggeris. Wajibkan setiap pelajar menyertai English Club dan wajibkan mereka mengikuti sekurang-kurangnya dua pertandingan dalam setahun semasa English week. Banyak pertandingan yang boleh diikuti seperti Story telling, News reading competition, Quizzes, Debate, singing dan banyak lagi.


Jumlah pengambilan pelajar IPG untuk TESL juga harus ditambah. Antara alasan popular pihak sekolah ataupun jabatan pelajaran berkenaan kelemahan prestasi BI pelajar ialah kekurangan guru terlatih BI terutama sekolah luar bandar. Alasan ini ada benarnya kerana sepanjang 10 tahun saya dalam bidang perguruan dan selalu mengikuti kursus berkaitan BI anjuran sekolah atau pejabat, selama itu juga lah selalu terdengar keluh kesah guru yang hadir "saya ajar BI di sekolah tapi saya ni bidan terjun saja. Sekolah kami dari dulu lagi tidak pernah ada guru opsyen BI" semasa kursus BI, guru bidan terjun BI biasanya lebih ramai daripada guru terlatih BI.


Semoga Menteri Pendidikan kita yang baru ini mampu merungkaikan isu PPSMI yang membelenggu sistem pendidikan di negara kita ini. Saya faham beliau sedang mencari kaedah terbaik untuk menyelesaikan isu ini dan membuka pintu perbincangan seluas2nya kepada sesiapa sahaja yang berminat. Tahniah Tan Sri !


Saya cuma memberi pendapat mengikut logik akal dan pengalaman sebagai seorang pendidik dan pelaksana dasar kerajaan berkaitan bidang pelajaran. Kamilah yang setiap hari bergelut dan bergelumang dengan pelajar dan setiap hari berhadapan dengan isu2 yang timbul.


Orang mungkin beranggapan saya tidak patriotik kerana tidak menyokong dasar kerajaan (berkenaan PPSMI). Saya sangat cintakan negara Malaysia (semasa bersekolah menengah saya mempunyai puluhan koleksi gambar menteri2 yang saya kagumi seperti Tun Dr Mahathir dan DSAI) namun selepas 7 tahun PPSMI dilaksanakan saya tidak boleh memujuk hati dan membohongi diri ini bahawa PPSMI inilah kaedah terbaik untuk meningkatkan prestasi BI pelajar. Saya juga tidak mengatakan PPSMI ini tidak mempengaruhi langsung peningkatan kebolehan BI pelajar. Ada juga sesetengah golongan yang selesa dengan PPSMI. Namun saya percaya terdapat ruang dan jalan lain untuk pelaksanaan yang lebih mantap, menyeluruh dan paling penting dapat mencapai sasaran.

Monday, June 8, 2009

Sapa Lebih Cun????





Sapa tak kenal? Inilah dia Waheeda....Yang kononnya sedang hangat bermain cinta dengan Akhil Hay dan telah menggegarkan mahligai 16 tahun antara Akhil dan isterinya .



Inilah dia Maizawati..isteri Akhil Hayy selama 16 tahun... Akhil berusia 40 tahun..well..orang kata life begin at 40, betul tak?..



Thursday, June 4, 2009

KISAH MANOHARA ODELIA PINOT

Kisah terhangat sekarang ini ialah kisah Manohara yang berkahwin dengan Putera Kelantan tetapi mendakwa di layan seperti binatang. Agak susah untuk mengadili siapa berada dipihak yang benar..Hanya mereka yang tahu..

Tuesday, June 2, 2009

Tumbangnya ayam tambatanku...

Susan Boyle...wanita yang mengejutkan penonton dan juri dengan kemerduan nyanyiannya (walhal penampilannya sangat simple) telah tewas kepada kumpulan Diversity dalam rancangan British Got talent.

Tapi selepas melihat video klip kumpulan ini semasa peringkat final, tidak hairanlah mereka boleh menang. Malangnya, Susan Boyle pula telah menyanyikan semula lagunya semasa audition. Walaupun dia menyanyi dengan baik namun para pengundi mahukan sesuatu yang baru, segar dan suspen... Maka kemenangan pun berpihaklah kepada kumpulan Diversity yang menampilkan persembahan lebih mantap, baru, bertenaga dan suspen...Lihatlah di bawah. Happy watching!!


Monday, June 1, 2009

BESTNYA CUTI !!










First of all.....Selamat cuti persekolahan dan Kotobian Tadau Kaamatan kepada semua Tobpinai dan Tambalut, Inan2 dan Gaman2...

Hari ini saya menghabiskan masa mengemas rumah, bersantai2 dan juga bermalas2an di rumah yang sentiasa lengang pada hari2 biasa. Lengang kerana penghuninya sentiasa sibuk di tempat kerja dari pagi hinggalah ke petang. Manakala setiap hujung minggu pula penghuni rumah ini maintain ke KK (Kuliah) semenjak 4 tahun yang lalu. Nampaknya minggu ini merupakan minggu paling best saya sejak 4 tahun yang lalu kerana inilah hujung minggu yang saya nikmati tanpa perlu memikirkan kuliah. Adusss...tak percayanya aku....


Hari Sabtu (kelmarin dulu) baru2 ini saya nikmati dengan bershopping di Giant 1Borneo. Bukannya kerana di KB tidak ada shopping mart tapi...sekala sekala mahu juga bertukar angin. Beza harga pun bukannya banyak...Budak2 pun suka main sorong2 troli dan bila letih pandailah diorang tu memujuk masuk ke Restoran makanan segera yang pelbagai jenama itu. Lagi pun sesak sungguh la di Shopping mart KB tu..Ada aircon pun berpeluh2 ketiak. Apatah lagi semenjak KB superstore tutup kedai, makin sesaklah supermarket Kuning yang fofular tu....Lumayan..

Esoknya (Ahad) kami sekeluarga berpiknik ke Kampung Dudar dan Pantai Manis, Kg Sarang. Sudah lama kami tidak mengunjungi kampung halaman sebelah ibu kami ini. Bila sampai di sana, saya dan kakak mengambil kesempatan 'menginas' D-Max adik lelaki saya yang fresh from the showroom... Kami bawa tour ke Kg Taburan lah..he he he..Macam tension juga dia bila dapat tau kami bawa kereta tu ke Kg Taburan (maklumlah kereta baru), tapi dia buat2 tak kisah konon..keh keh keh...Rupanya tak jauh ba Kg Taburan dari Kg Dudar. 5 km jak..Tapi mahu tahu jalannya, Subhanallah..Dari kedudukan paras laut, kemudian naik bukit sampailah ke puncaknya, kemudian turuuuuunnnn.........pastu naiiiiiikkkkkkkkkkk sampai puncak pastu turuuuuuuunnnnnnn......sampailah ke kawasan sekolah!

Petangnya on the way pulang ke rumah, mama mengajak kami melawat pantai Manis, Kg Sarang. Sampai sana..punyalah best!!! Pasirnya putih, halus, bersih dan luas.... mama duduk sorang2 bawah pokok memerhatikan kami yang 'overacting' di tepi pantai. Rupanya dia melayan kenangan silam semasa zaman remaja dan zaman kanak2nya .... Pantai itu banyak sejarah bagi dirinya...Biarlah..kami bagi chance..he he...

Ombak semakin bergelora dan badan pun makin letih dan 'pilit'. Kami pun berinut..tapi dalam hati saya berazam untuk kembali ke Pantai ini bagi menikmati keindahan alam ciptaan tuhan dan merehatkan minda....Yang pasti I will bring the whole clan barulah siok kan....That's all for now..choww..
Related Posts with Thumbnails