CHECK IT OUT!

Thursday, March 25, 2010

BENJY DITAHAN SEMULA SELEPAS 5 minit DIBEBASKAN


Sekitar berita jam 6 petang tadi, Benjy telah dihadapkan ke mahkamah dan mengaku tidak bersalah kerana memiliki dadah. Benjy dibebaskan dengan ikat jamin RM2000.

Sebentar tadi buletin utama menyiarkan berita penahanan semula Benjy. Tidak pula diterangkan mengapa. Apa yang menyayat hati ialah kesungguhan Kak Yan mengurus Benjy walhal dia juga sedang berperang dengan kanser. Kelihatan dia memegang IC Benjy di bahagian pendaftaran. Kelihatan juga ayah Benjy yang berwajah sugul. Tabah sungguh Kak Yan. Benjy ditahan semula selepas 5 minit dibebaskan. Kegembiraan Kak yan cuma untuk 5 minit. Mahkamah menetapkan  8 April ini untuk sebutan semula kes.

Semoga Benjy memang benar2 tidak bersalah dan cuma teraniaya. Saya sangat kasihan dengan Kak Yan yang sangat mengharapkan pembebasan anak sulungnya Benjy.



   

3 comments:

akhatam said...

Wah info menarik sob.. Salam kenal

windi said...

makaseh...salam kenal jg.

Yuni Aisyah said...

mmg x samgke la benjy cantu..
hope sgt pertuduhan keatas dia x benar..

Related Posts with Thumbnails