CHECK IT OUT!

Thursday, March 18, 2010

Benjy anak Azean


Ada apa dengan tajuk di atas? Kerana keyword di ataslah maka blog saya yang tak famous dan sunyi munyi ni mendapat kunjungan 275 pelawat dalam sehari. Sampai sekarang pun kunjungan ke atas blog ini masih atas sebab kes Benjy. Tidak pernah saya menyangka entry ini akan memfamouskan blog ini untuk satu hari. Selepas tu, keadaan back to normal..Tenang, aman damai dan sesejuk salju. hahaha.

Mengikut data yang disediakan oleh Nuffnang untuk para bloggers yang mendaftar jadi ahli, pencari kisah benjy anak Azean ini datang dari seluruh dunia. USA, Norway, Uzbekistan, Singapore dan of courselah paling ramai dari Malaysia. Agaknya orang Malaysia yang kenal dengan Kak Yan ni dah bertebar di seluruh alam. Kak Yan pelakon hebat dan ramai peminat. Benjy pun kita dah kenal sejak dia kecil lagi. Lakonan Benjy pun hebat seperti emaknya. Sayang sungguh musibah ini boleh menimpa mereka.

Walaupun nasib Benjy kelihatan tidak berpihak padanya, harap-harap hukuman yang dikenakan cuma hukuman penjara. Janganlah dia dikenakan hukuman "xyz" yang tak sanggup saya nak taip. Tapi saya secara peribadi mengharap ini semua cuma salah faham dan dia dibebaskan seperti sedia kala dan berkarya dengan lebih hebat.

Insyallah...

No comments:

Related Posts with Thumbnails